Thursday, November 29, 2007

Pakistan: Darurat Akan Ditarik Balik

ISLAMABAD 28 Nov. – Peguam Negara Pakistan, Malik Muhammad Qayyum hari ini mengumumkan kerajaan akan menarik balik perintah darurat dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, Presiden Pervez Musharraf mahu memansuhkan perintah tersebut sebelum pilihan raya umum diadakan pada 8 Januari ini.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memberitahu tarikh dan waktu sebenar mengenai penarikan balik perintah darurat tersebut tetapi saya boleh menyatakan tindakan itu akan diambil tidak lama lagi,” tegas Malik.

Katanya, kerajaan tidak mendapat faedah dengan meneruskan perintah darurat itu kecuali bagi memerangi puak pelampau dan pemberontak.

Sebelum itu seorang pegawai kanan berkata, Pervez yang meletakkan jawatan sebagai ketua turus tentera hari ini mahu menarik balik perintah darurat sebelum pilihan raya 8 Januari nanti tetapi masih menimbang pilihan-pilihan yang boleh diambil sebagai alternatif.

Kenyataan oleh pegawai itu dikeluarkan selepas stesen televisyen Dawn News memetik sumber sebagai berkata, Pervez sudah bersiap sedia untuk menamatkan perintah darurat yang diisytiharkannya pada 3 November lalu dalam tempoh 48 jam.

“Pervez memberitahu para pegawai kanannya beliau mahu menarik balik perintah darurat sebelum pilihan raya tetapi tarikh untuk berbuat demikian belum diputuskan,” kata pegawai tersebut.

Pervez dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden awam esok untuk menduduki penggal lima tahun, di tengah-tengah tekanan hebat dari dalam dan luar negara untuk menarik balik perintah darurat berkenaan.

Jurucakap Presiden, Rashid Qureshi berkata, Pervez akan berucap di televisyen pada malam esok.

– AFP



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

3 comments:

MR. SATU UMAT said...

slamabad-RoL -- Pemerintah Pakistan membebaskan 5.748 pengacara, pekerja politik, dan pegiat hak asasi, yang ditangkap di bawah undang-undang darurat, dengan hanya 37 tersisa di balik jeruji, kata kementrian dalam negeri hari Selasa (27/11).

Tahanan itu ditangkap dalam penumpasan sesudah Presiden Pervez Musharraf menyatakan keadaan darurat pada 3 November dengan menyebut pengadilan kusut dan peningkatan kegiatan Islamiah.

Jurubicara kementerian dalam negeri Javed Cheema dalam temu pers menyatakan 5.748 orang sudah dibebaskan, dengan menambahkan bahwa itu melambangkan hampir seluruh yang ditangkap dalam tiga pekan terahir.

Dari 37 sisanya, polisi menahan 32 dengan tuduhan melakukan kekerasan dan lima lagi atas dasar undang-undang pemeliharaan ketertiban umum, katanya.

Pada pekan lalu, pejabat memerkirakan jumlah yang dilepaskan di atas 5.000 orang. Mereka termasuk politisi mantan olahragawan kriket, Imran Khan, yang mogok makan menentang penahanannya di bawah undang-undang anti-teror. Beberapa pengacara terkemuka dibebaskan akhir pekan lalu.

Musharraf membekukan undang-undang dasar, memecat sebagian besar hakim tertinggi negara itu dan memperketat media pada beberapa hari awal keadaan darurat tersebut, tapi kemudian mengendurkan beberapa hal.

Penguasa tentara Pakistan Pervez Musharraf dijadwalkan mengangkat sumpah baru sebagai presiden sipil hari Kamis, kata pejabat, mengahiri delapan tahun sebagai pemimpin, yang juga panglima tentara.

"Keterangan saya peroleh adalah ia akan dilantik sebagai presiden sipil pada Kamis," kata Jaksa Agung Malik Muhammad Qayyum kepada kantor berita Prancis AFP.

Ia menyatakan Musharraf, yang merebut kekuasaan dalam kudeta tak berdarah tahun 1999, akan mundur dari jabatan panglima tentara sebelum dilantik sebagai presiden.

Pada pekan lalu, Mahkamah Agung mensahkan kemenangan Musharraf dalam pemilihan presiden 6 Oktober, yang membuka jalan baginya untuk memangku jabatan presiden lima tahun lagi.

Qayyum menyatakan kementerian pertahanan hari Senin atau Selasa diperkirakan mengumumkan undur dirinya dari ketentaraan. "Kami perkirakan hari ini pemberitahuan itu dikeluarkan," kata jurubicara Musharraf, Rashid Qureshi, menegaskan.

"Jika pemberitahuan itu diterima hari ini, maka penyerahan kekuasaan dan pengambilan sumpah bisa dilakukan besok atau sehari setelah itu," katanya kepada AFP. Langkah tersebut memungkinkan pelantikan pada hari Kamis.

Pengambilan sumpah itu akan dipimpin ketua Mahkamah Agung, yang diangkat setelah Musharraf memecat yang digantikannya, karena menolak menyetujui pemberlakuan keadaan darurat 3 Nopember.

Penguasa tentara itu, sekutu penting Amerika Serikat dalam perang melawan Alqaida dan Taliban, mendapat tekanan antarbangsa untuk mencabut keadaan darurat dan melepaskan jabatan tentaranya sebelum menjadi pemimpin sipil.

Persemakmuran, yang beranggotakan 53 negara, pekan lalu menangguhkan keanggotaan Pakistan setelah Musharraf tidak memenuhi tenggat mencabut kekuasaan darurat dan mundur dari ketentaraan.

Sumber Inggris mempertahankan kemungkinan bahwa Pakistan dapat masuk kembali ke Persemakmuran jika pemilihan umum, yang direncanakan berlangsung Januari, memuaskan.

Itu kali kedua keanggotaan Pakistan ditangguhkan setelah 1999 ketika Musharraf merebut kekuasaan melalui kudeta tak berdarah. Islamabad diakui kembali pada 2004 sebagai pengakuan bahwa kemajuan demokratik telah dibuat.

Persemakmuran mengelompokkan 1,8 miliar orang atau lebih dari seperempat penduduk dunia. antara/afp

http://www.republika.co.id/online_detail.asp?id=315224&kat_id=248

MR. SATU UMAT said...

Pervez: Darurat ditarik balik 16 Disember

ISLAMABAD 29 Nov. – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini mengumumkan penarikan balik perintah darurat dan pemulihan perlembangaan pada 16 Disember ini.

Pervez membuat pengumuman itu malam ini dalam ucapannya ke seluruh negara selepas mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden tetapi sebagai Presiden Awam tanpa memegang jawatan ketua turus tentera.

Pervez telah mengiystiharkan perintah darurat pada 3 November lalu atas alasan sistem kehakiman hilang kawalan dan kebangkitan militan.

Sebelum ini, Pervez yang merampas kuasa pada 1999, telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat selama lima tahun lagi di hadapan Ketua Hakim yang baru dilantik, Abdul Hameed Dogar di istana Presiden di ibu negara ini.

“Inilah detik bersejarah dalam peralihan Pakistan kepada demokrasi sebenar.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Pakistan kerana menaruh kepercayaan kepada saya,” kata Pervez, 64, dalam ucapannya selepas majlis yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Beliau berikrar pilihan raya umum akan diadakan “walau apa pun halangan yang dihadapi.”

Pervez, sebelum ini menolak tekanan untuk menarik balik perintah darurat dengan berkata, beliau mengingini demokrasi tetapi “kami akan melaksanakannya dengan cara kami.”

Pervez yang berpakaian tradisional mengangkat sumpah di hadapan ratusan orang kenamaan selepas ayat-ayat suci al-Quran dibacakan.

Antara tetamu yang hadir ialah pengganti pilihan Pervez sebagai Ketua Turus Tentera, Jeneral Ashfaq Kiyani.

Majlis angkat sumpah itu diadakan hanya beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Setiausaha Negaranya, Condoleezza Rice menyambut baik peletakan jawatannya sebagai ketua turus tentera tetapi menggesa beliau menarik balik perintah darurat untuk membolehkan pilihan raya berlangsung secara bebas dan adil.

“Saya berpendapat, bagi membawa Pakistan balik ke landasan demokrasi, beliau perlu menggantung undang-undang darurat sebelum pilihan raya,” kata Bush kepada CNN malam tadi.

Pervez ketika dalam ucapannya ke seluruh negara malam ini, juga mendesak musuh-musuhnya Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif tidak memboikot pilihan raya yang akan diadakan 8 Januari kerana mereka diberikan peluang yang adil.

Sebagai Presiden Awam, Pervez mempunyai kuasa memecat kerajaan tetapi bakal menghadapi tentangan daripada bekas-bekas Perdana Menteri, Benazir dan Nawaz.

– Agensi

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

MR. SATU UMAT said...

PRESIDEN Pakistan, Pervez Musharraf memerlukan semua kemahiran politik yang dimilikinya untuk selamat sebagai Presiden dan juga bagi mengekalkan kepercayaan antarabangsa selepas beliau meletakkan jawatan di dalam tentera.

Ketika Pervez mengangkat sumpah sebagai Presiden awam untuk pertama kalinya semalam, pakar politik melihat masalah beliau dalam kancah politik Pakistan mungkin hanya baru bermula.

Lebih membimbangkan untuk Presiden berusia 64 tahun itu, masyarakat antarabangsa mungkin akan menganggapnya sebagai wira silam yang hanya berguna dalam menentang Al-Qaeda dan Taliban ketika masih dalam pakaian seragam tentera.

Pakar mengenai Pakistan di pusat analisis politik Chatham House di London, Farsana Shaikh sangsi Pervez dapat bertahan sebagai Presiden awam dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Dalam dunia pemerintahan Presiden, Perdana Menteri dan Ketua Tentera di Pakistan, jawatan Ketua Tentera sentiasa dianggap yang teratas.

“Pervez mungkin mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang memerlukan beliau ‘mengikut kata’ Ketua Tentera baru, sesuatu yang pelik bagi seseorang yang hanya tahu memberikan arahan sebelum ini,” katanya.

Menurut Farsana, Pervez mungkin terpaksa bertolak-ansur dalam sesetengah perkara yang sebelum ini tidak dipedulikan ketika menjadi Ketua Tentera.

Keputusan besar pertama yang perlu dibuat Pervez kini adalah memilih untuk menarik balik perintah darurat atau tidak, supaya pilihan raya umum yang bebas dapat dijalankan pada 8 Januari ini.

Sebelum ini, dua bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, yang berfahaman sekular sederhana, dan Nawaz Sharif, seorang konservatif dengan hubungan badan agama yang rapat, telah berikrar untuk memulaukan sebarang pilihan raya ketika di bawah perintah darurat.

Dalam pada itu, penganalisis politik dan pengarang akhbar The Daily Times, Najam Sethi menyatakan Pervez terpaksa menarik balik perintah darurat tersebut.

“Pihak pembangkang kini cukup kuat untuk mengadakan tunjuk perasaan dan membawa masalah yang lebih besar kepadanya jika Pervez cuba mengatur keputusan pilihan raya itu,” jelas Sethi.

Penganalisis lain menjangkakan satu Parlimen yang tergantung dengan tiada kemenangan mutlak untuk mana-mana parti politik.

Ini juga bermakna perebutan kuasa besar antara Benazir dan Nawaz sementara Pervez pula akan cuba membentuk pakatan yang tidak akan memudaratkan kedudukannya di kemudian hari.

Menurut Sethi, jika Benazir dan Nawaz mengumpul undi yang banyak, mereka juga mungkin bergabung bagi menentang Pervez dengan mendakwanya di atas perintah darurat tersebut.

“Pervez perlu berhati-hati dalam mengambil setiap langkah supaya Benazir menyertai kepimpinannya.

“Benazir menjadi kunci untuk Pervez terus berkuasa dan jika gagal, beliau mungkin terpaksa mengharapkan sokongan daripada parti berhaluan agama walaupun mereka sering dikaitkan dengan kumpulan militan,” katanya.

Tambah Sethi, parti berhaluan agama juga pasti mempunyai ‘permintaan’ tertentu yang mungkin membantutkan peperangan terhadap keganasan dan seterusnya mengasingkan masyarakat antarabangsa serta pihak berhaluan sederhana di Pakistan.

Katanya lagi, sebarang pakatan antara Benazir dan Nawaz akan menjadi mimpi ngeri bagi Pervez dan beliau mungkin akan berhadapan dengan sebuah Parlimen yang enggan bekerjasama serta merancang untuk membalas dendam di atas perintah darurat itu.

Pengerusi Institut Penyelidikan Polisi Islamabad, Profesor Pervaiz Iqbal Cheema bagaimanapun percaya parti politik lain terlalu sibuk berbalah sesama sendiri dan tidak akan membawa masalah besar kepada Pervez.

“Pervez hanya perlu mengekalkan tahap hubungan kerja yang bersesuaian dengan kumpulan yang berjaya membentuk kerajaan.

“Saya pasti beliau telah belajar bagaimana untuk mengawal situasi seperti ini sejak memerintah selama beberapa tahun lalu kerana Pervez kelihatan seperti seorang yang banyak belajar ketika menjalankan tugasnya,” katanya.

Pervaiz Iqbal bagaimanapun bimbang dunia Barat mungkin akan menganggap Pervez sebagai bebanan kelak jika pergolakan politik itu masih berterusan.

Menurut Pervaiz Iqbal lagi, jika pewaris jawatan Ketua Tentera, Jeneral Ashfaq Kiyani meneruskan perjuangan menentang militan seperti yang dimahukan Amerika Syarikat, dunia Barat juga tidak perlu memberi sokongan kepada Pervez lagi.

“Jika pergolakan kini masih berterusan, saya menjangkakan Pervez bukan sahaja akan dilihat sebagai tidak relevan malahan sebagai satu halangan terhadap kestabilan politik,” jelasnya.

Bagi pakar mengenai keganasan di Universiti Kebangsaan Australia, Clive Williams, situasi semasa kini adalah antara keadaan di mana seseorang yang kuat mungkin lebih berguna daripada pemerintahan secara demokrasi.

– AFP

UM 30 11 07