Thursday, November 29, 2007

Sidang Damai Asia Barat Bermula

ANNAPOLIS, Maryland 28 Nov. - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan rundingan damai rasmi di White House bermula hari ini.

“Sidang Annapolis, yang pertama diminta dan dihadiri oleh Presiden George W. Bush merupakan acara Asia Barat pertama di tanah Amerika Syarikat (AS),” kata Setiausaha Negara, Condooleezza Rice di Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland.

Katanya, fokus di sini adalah kepada tanggungjawab bukan saja membabitkan pihak terlibat tetapi juga masyarakat antarabangsa bagi mencapai matlamat bersama iaitu dua negara demokratik Israel dan Palestin yang hidup aman dan selamat.

“Memenuhi semua tanggungjawab ini merupakan kerja yang perlu disegerakan selepas Annapolis.

“Presiden Bush telah menjemput kedua-duanya ke White House bagi memulakan rundingan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu semula selepas pulang ke Asia Barat pada 12 Disember ini,” tambahnya.

Jurucakap White House, Dana Perino berkata, Bush akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua pemimpin itu sebagai “mesyuarat tiga hala” selepas ini.

Israel dan Palestin telah berikrar mencapai persetujuan damai sebelum akhir 2008 dengan rundingan berkisar kepada pelan damai yang dirangka oleh Bush pada 2003.

– AFP



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

2 comments:

MR. SATU UMAT said...

GAZA: Seorang pegawai kanan Hamas menyifatkan kenyataan bersama Palestin-Israel di persidangan Asia Barat Annapolis yang dibacakan kelmarin oleh Presiden George W Bush sebagai 'membuang masa.'

"Apa yang kami lihat ia hanya parti perpisahan untuk Bush dan usaha gagal untuk menggambarkan beliau sebagai pemimpin hebat yang berjaya melakukan apa yang gagal dibuat oleh pemimpin Amerika lain.

"Annapolis bukan laluan untuk membawa kita ke arah keamanan sebenar. Ia cuma membuang masa," kata tokoh kanan pergerakan pejuang itu di Gaza, Ahmed Youssef.

Berpuluh ribu penyokong Hamas terdahulu berkumpul membantah persidangan itu di Gaza, yang diambil alih oleh pergerakan itu Jun lalu daripada tentera yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Di Annapolis, persidangan berakhir dengan Bush membacakan kenyataan bersama bahawa Palestin dan Israel bersetuju bekerja ke arah merumuskan perjanjian damai menjelang akhir tahun 2008, iaitu sebulan sebelum Bush melepaskan jawatan.

Bagaimanapun, beberapa minit sebelum persidangan itu dirasmikan, perbincangan berhubung pernyataan bersama itu masih tergantung.

Pergelutan di belakang tabir selama beberapa bulan dan pusingan akhir maraton perbincangan yang berlanjutan sehingga 3 pagi waktu tempatan dan disambung pada jam 5 pagi waktu tempatan masih belum membuahkan persetujuan di antara Israel dan Palestin mengenai kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pihak masih buntu mencari persetujuan berhubung satu perenggan penting yang berkaitan dengan tuntutan Israel untuk menggelar negaranya sebagai 'negara Yahudi', langkah yang dibantah keras pihak Palestin.

Jadi, Bush terpaksa mengadakan pertemuan berasingan dengan Mahmoud dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert selama beberapa minit, ketika mereka tiba di persidangan itu, dengan harapan dapat menekankan kepada mereka kepentingan mengeluarkan kenyataan bersama.

Bush melihat kenyataan bersama itu sebagai komitmen kedua-dua pihak bahawa rundingan itu sesuatu yang benar, kata Penasihat Keselamatan Dalam Negerinya, Stephen Hadley, sambil menegaskan Bush tidak akan menerima jawapan tidak.

Wakil dari ketiga-tiga pihak diasingkan daripada mesyuarat utama untuk menamatkan usaha menderaf kenyataan, kata pegawai. Kira-kira 25 minit kemudian, mereka memutuskan untuk menggugurkan perenggan yang menimbulkan perbalahan dan melakukan beberapa pengubahsuaian perkataan.

Bush memperoleh dokumen akhir cuma lapan minit sebelum menaiki podium untuk merasmikan sidang damai Annapolis dan membacakan persetujuan itu dengan kuat. Beliau terpaksa memakai kaca mata kerana tiada masa mencetak dengan huruf lebih besar.

Jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rudeina, berkata masalah disebabkan desakan Israel supaya dokumen itu menjamin 'negara Yahudi' dan keengganannya memasukkan garis masa untuk mencapai perjanjian damai. � Reuters

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20071129004414/Article/index_html

MR. SATU UMAT said...

Annapolis, Rabu - Amerika Serikat memuji hasil konferensi perdamaian Timur Tengah yang mereka buat. Namun, sejumlah pengamat sama sekali tidak puas dengan konferensi tersebut. Pengamat mengatakan, konferensi itu sekadar simbol dan tidak menyentuh masalah substansial.

Menteri Luar Negeri AS Condoleezza Rice mengatakan, konferensi itu memberi hasil yang sangat signifikan bagi Israel dan Palestina untuk menyepakati perdamaian. Dia mengingatkan bahwa selama tujuh tahun terakhir tidak ada diskusi bermakna yang membicarakan isu-isu kunci dalam konflik Palestina-Israel.

Konferensi yang berlangsung sehari di Annapolis, Maryland, Selasa (27/11), memang tidak menghasilkan pernyataan final. Negara-negara Arab yang terlibat dalam konferensi tersebut juga tidak mendorong proses perdamaian baru. Hasil terpenting konferensi ini hanya berupa kesepakatan Israel-Palestina untuk memulai lagi perundingan dan membuat traktat perdamaian dalam satu tahun.

Sejauh ini, Rusia menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah konferensi damai Timur Tengah berikutnya. Hal itu dinyatakan Menlu Rusia Sergei Lavrov.

Menlu Perancis Bernard Kouchner menyambut baik adanya tanda-tanda kemajuan yang dihasilkan konferensi Annapolis. Hanya saja, dia mengingatkan bahwa rakyat sesungguhnya sangat skeptis sebab sudah terlalu banyak upaya untuk menciptakan perdamaian, tetapi perdamaian itu hingga kini belum terwujud.

Normalisasi

Pengamat Timur Tengah pada Institut Perdamaian AS, Scott Lasensky, merasa tidak puas dengan hasil konferensi Annapolis. Dia mengatakan, nilai konferensi itu lebih terletak pada simbol kehadiran negara-negara Arab daripada substansi pertemuan. Dia menyebut, kesepakatan yang dibuat Palestina-Israel pada konferensi itu terlalu samar dan tidak menjelaskan isu yang harus mereka selesaikan tahun depan.

Seorang diplomat Arab, bahkan, secara tegas mengatakan bahwa negara-negara Arab secara umum kecewa dengan hasil konferensi.

"Tidak ada komitmen yang jelas untuk menghormati batas akhir (perundingan), hanya ada komitmen untuk melakukan sejumlah upaya," ujarnya.

Karena konferensi Annapolis belum memberikan hasil nyata, negara-negara Arab menegaskan, normalisasi hubungan dengan Israel belum bisa dilakukan. Pemerintah Suriah mengatakan, normalisasi baru bisa dilakukan jika Israel terlebih dahulu menarik diri dari seluruh tanah Arab yang diduduki tahun 1967.

Salah satu tanah Arab yang diduduki Israel adalah Dataran Tinggi Golan, yang merupakan wilayah Suriah. Di wilayah ini berlaku hukum Israel. Suriah bersedia hadir di Annapolis karena isu Dataran Tinggi Golan menjadi salah satu agenda pertemuan. (AFP/REUTERS/BSW)

http://www.kompas.com/kompas-cetak/0711/29/ln/4036150.htm