Monday, December 31, 2007

Kolesi Video Letupan ke Atas Benazir Bhutto





MASJID MERAH Diubah Imej

ISLAMABAD: “Kerajaan takut dengan warna merah, agaknya,” kata seorang bekas kolonel yang hanya menggunakan nama Farhan selepas mengerjakan solat Zohor di Masjid Lal atau Masjid Merah yang terkenal di Pakistan.

Masjid Lal mendapat tumpuan meluas di dalam dan luar Pakistan selepas tembak menembak antara askar dengan sekumpulan pelajar pro-Taliban pertengahan tahun ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang maut dan 200 lagi cedera.

Perangkaan rasmi itu dibantah pembangkang yang mendakwa 1,000 pelajar terbunuh.

lagi

Bilawal ganti Benazir (ibunya)



Asif Ali Zardari, kiri memperkatakan sesuatu kepada anaknya lelakinya, Bilawal semasa pengkebumian Benazir Bhutto di Garhi Khuda Bakhsh, dekat Larkana, Pakistan, Jumaat lalu. – AP.

NAUDERO, Pakistan 30 Dis. – Anak lelaki tunggal Benazir Bhutto, Bilawal, 19 tahun hari ini dilantik menerajui Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan bekas perdana menteri itu, bersama-sama ayahnya yang juga suami Benazir, kata pegawai rasmi parti itu.

lagi

Sunday, December 30, 2007

Bhutto Sempat Minta Perlindungan MOSSAD


Akhbar Israel Today, Sabtu (29/12), mengatakan pemimpin pembangkang Pakistan Benazir Bhutto sebelum terbunuh sebenarnya dalam proses mengadakan persetujuan dengan Mossad, meminta agar Polis Rahasia Israel tersebut menjaga keselamatan dirinya setelah Presiden Pervez Musharraf menolak untuk meningkatkan sistem keamanan terhadap Bhutto sesaat setelah percobaan pembunuhan pertama yang gagal, beberapa hari sebelum Bhutto benar-benar terbunuh.

seterusnya

China Buat 46 Kali Ujian Nuklear di Xinjiang!


*Niatnya tak lain, untuk merosakkan umat Islam di sana.


Siapa Pembunuh Benazir?

Apabila Benazir Bhutto terbunuh, maka banyak pihak tanpa ragu-ragu menyatakan ia pasti perbuatan Al-Qaeda. Ini kerana kaedah pembunuhan itu adalah cara Al-Qaeda. Ia dilakukan oleh pengebom bunuh diri. Maknanya, dia meletupkan dirinya hingga menyebabkan berpuluh orang turut terkorban.

Bezanya ialah Benazir bukan terbunuh kerana pengeboman itu. Dia ditembak. Pembunuh itu dikatakan menembak dahulu Benazir, mungkin bagi memastikan dia mati, sebelum bom diletupkan.

Kaedah pembunuhan Benazir adalah klasik Al-Qaeda, bezanya tembakan dilakukan dahulu. Mungkin sebelum ini cubaan membunuh Benazir gagal dengan cara pengeboman diri. Dalam cubaan pertama ketika Benazir baru saja sampai di Karachi 18 Oktober lalu, seramai 150 orang terbunuh, termasuk pengebom bunuh diri itu. Tetapi Benazir selamat.

Mungkinkah yang menembak Benazir pihak lain sebagai pelengkap kepada usaha ini. Maknanya seorang yang mahir menembak telah melakukan pembunuhan bagi memastikan kematian Benazir sebelum pengebom bunuh diri itu meletupkan diri, bagi menyatakan ia perbuatan Al-Qaeda?

seterusnya

Saturday, December 29, 2007

Pembunuhan Benazir Bhutto 3

Pervez dalam dilema

Oleh: AZMI HASSAN

RAMAI yang menuding jari ke arah Presiden Pakistan Pervez Musharraf untuk mencari pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Benazir Bhutto. Pembunuhan yang berlaku di Rawalpindi adalah kubu kuat tentera Pakistan yang sedikit sebanyak masih di bawah telunjuk Pervez.

Dengan demikian untuk menuduh puak militan yang bertanggungjawab melaksanakan angkara ini agak sukar untuk dipertahankan. Mungkin Pervez tidak bertanggungjawab secara langsung tetapi ada golongan tertentu dalam tentera dan perisikan Pakistan yang mahu melihat Benazir dihapuskan.

seterusya

Perjalanan politik Benazir penuh onak, duri

Oleh: DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI


GAMBAR Keluarga - Benazir Bhutto (kanan) bersama keluarganya pada Julai 1978. (Dari belakang, kiri) ibunya Nusrat Bhutto, adiknya Shahnawaz Bhutto, bapanya bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto, Sanam Bhutto adik perempuannya dan Murtaza Bhutto (depan, kiri). - AP.

Pembunuhan Benazir Bhutto 2

Al-Qaeda dituduh dalangi pembunuhan

ISLAMABAD 28 Dis. – Kerajaan Pakistan hari ini menuding jari kepada pergerakan Al-Qaeda dan Taliban sebagai dalang utama pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto semalam.

“Kami mempunyai bukti bahawa Al-Qaeda dan Taliban mendalangi serangan berani mati terhadap Benazir,’’ Menteri Dalam Negeri, Hamid Nawaz.

seterusnya

Transkrip didakwa perbualan militan selepas Benazir dibunuh

ISLAMABAD 28 Dis. – Kerajaan Pakistan hari ini menyiarkan sebuah transkrip yang didakwa sebagai perbualan antara ketua kumpulan militan, Baitullah Mehsud atau digelar Emir Sahib dengan seorang lagi lelaki lain yang dikenali sebagai Maulvi Sahib.

Kerajaan menyifatkan perbualan antara dua anggota militan ini sebagai “bukti yang tidak dapat disangkal” mengenai penglibatan rangkaian Al-Qaeda dalam pembunuhan pemimpin pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto.

seterusnya

Benazir disemadi - *Lebih 100,000 hadir *Rakyat merusuh mahu Pervez dihukum


PENYOKONG fanatik Benazir membakar dan memusnahkan sebuah bank ketika merusuh di Larkana. – Reuters.
seterusnya

Pembunuhan Benazir Bhutto

Pakistan huru-hara

PESHAWAR 27 Dis. – Pakistan dijangka mengalami huru-hara apabila para penyokong pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri negara ini Benazir Bhutto yang dibunuh merusuh dijalan- jalan raya kerana marah.

Kekacauan dijangka menjadi lebih meluas dan lebih buruk di wilayah kelahirannya, Sindh dan Karachi,

seterusnya

Sejarah hidup Benazir Bhutto

PEMIMPIN pembangkang yang terkemuka Pakistan Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serangan bersenjata dan bom selepas satu perhimpunan awam menjelang pilihan raya di bandar Rawalpindi semalam.

Berikut adalah fakta tentang Benazir:

Benazir Bhutto dilahirkan pada 21 Jun 1953 dalam keluarga berada. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, merupakan pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan menjadi Presiden dan kemudiannya Perdana Menteri Pakistan dari tahun 1971 hingga 1977.

seterusnya

Pakistan kacau-bilau -- 32 terbunuh apabila penyokong Benazir merusuh, serang bangunan kerajaan


SEDIH...Suami Allahyarham Benazir Bhutto, Asif Ali Zardari (berkopiah putih) dan anaknya, Bilawal (dua dari kiri) bersama penyokong Parti Rakyat Pakistan mengusung keranda Benazir untuk dikebumikan di kampung halamannya di wilayah Sindh, semalam. Bekas Perdana Menteri Pakistan itu ditembak mati oleh seorang penyerang yang kemudian meletupkan dirinya. – Gambar AFP.


seterusnya

Thursday, December 27, 2007

Malaysia Larang Akhbar Kristian Gunakan Kata "Allah"

Keputusan pemerintah Malaysia melarang penggunaan kata "Allah" oleh surat kabar milik Gereja Katolik, membuat umat Katolik di Negeri Jiran itu kecewa.

Sekretaris Konferensi Keuskupan Malaysia Augustine Julian, seperti dikutip AFP mengatakan, pemerintah Malaysia tidak mau umat Katolik juga menggunakan kata "Allah", kata dalam bahasa Arab yang berarti Tuhan.

Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan perintah pada surat kabar The Herald-surat kabar mingguan milik Gereja Katolik yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggris, China dan Tamil-untuk tidak menggunakan kata "Allah" dalam artikel-artikelnya. Alasanya, kata "Allah" tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain selain Muslim.

seterusnya

Tanah Runtuh di Jawa: 81 Terkorban

JAKARTA 26 Dis. – Seramai 81 penduduk dikhuatiri terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang diakibatkan oleh banjir selepas hujan lebat melanda tujuh buah mukim di daerah Karanganyar, Jawa Tengah sejak tengah malam tadi hingga pagi ini.

Mangsa korban merupakan mereka yang tinggal di kawasan lereng-lereng bukit apabila rumah kediaman mereka ditimpa tanah runtuh.

seterusnya

Wednesday, December 26, 2007

Serangan Berani Mati: 22 Maut

BAGHDAD 25 Dis. – Seramai 22 orang terbunuh dan 30 cedera dalam satu serangan berani mati ke komplek kediaman di utara Iraq hari ini.

Penyerang yang memandu sebuah trak pikap meletupkan kenderaannya apabila polis dan anggota pasukan sukarela menghalangnya daripada memasuki kawasan kediaman milik North Oil Company di Baiji, 250 kilometer di utara Baghdad.

seterusnya

Israel enggan hentikan aktiviti penempatan haram Yahudi


BAITULMAQDIS 25 Dis. – Rundingan damai pusingan kedua Palestin-Israel semalam gagal selepas tidak mendapat kata putus mengenai penempatan haram Yahudi berhampiran Baitulmaqdis.

Perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, rundingan tajaan Amerika Syarikat (AS) dan yang pertama dalam tempoh tujuh tahun itu “sangat sukar” kerana keengganan Israel memberi komitmen bagi menghentikan semua aktiviti penempatan seperti yang ditetapkan dalam pelan damai.

seterusnya

Tuesday, December 25, 2007

Syeikh Maher, Singa Berjenggot Putih Palestin



Syeikh Maher, singa berjenggot putih

seterusnya

PM Israel, "Perang" Sedang Berlangsung di Ghaza

Perdana Menteri Ehud Olmert menyatakan bahawa sedang berlangsung "perang" di Jalur Ghaza antara pasukan tenteranya dengan para pejuang Palestin yang disebutnya sebagai pengganas.

“Tidak ada cara lain untuk menjelaskan apa yang kini sedang terjadi di sana (Ghaza), melainkan perang yang nyata antara militer Israel dan kelompok-kelompok pengganas, ” kata Olmert dalam rapat mingguan kabinetnya.

seterusnya

CSIS: Israel Punya Bom Nuklear Berkekuatan Satu Megaton

Israel saat ini memiliki sekitar 200 kepala nuklir. Bom-bom berkekuatan megaton, kata Cordsmen, sama dengan kekuatan dua kali MK 18, yaitu bom paling dashsyat yang dimiliki AS saat ini yang mengandung 60 kilogram uranium.

seterusnya

Kaherah: Lima maut bangunan 12 tingkat runtuh



Keadaan di sekitar bangunan yang runtuh akibat pembinaan dan penggunaan bahan binaan yang tidak mengikut piawaian. – Reuters.

KAHERAH 24 Dis. – Sekurang-kurangnya lima orang maut termasuk seorang budak perempuan apabila sebuah bangunan flat setinggi 12 tingkat runtuh di bandar Iskandariah hari ini.

Angka kematian dijangka meningkat setelah pasukan penyelamat mendapat maklumat bahawa terdapat 20 orang yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

seterusnya

Monday, December 24, 2007

Pilihan raya Uzbekistan: Kuasa Presiden Islam Karimov makin mantap

TASHKENT 23 Dis. – Rakyat Uzbekistan keluar mengundi hari ini pada pilihan raya yang dilihat bakal dimenangi oleh Presiden Islam Karimov yang telah memerintah selama 18 tahun.

Negara yang kaya dengan simpanan minyak dan gas itu kini berhadapan dengan perebutan kuasa geopolitik antara Rusia dan Barat.

Kritikan terhadap pemimpin dari Parti Komunis itu adalah sesuatu yang dilarang dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa pernah menuduh Karimov melanggar hak kebebasan di negara tersebut.

Rakyat Uzbekistan yang majoriti beragama Islam keluar mengundi seawal 6 pagi ini (9 pagi waktu Malaysia).

seterusnya

Israel Tolak Tawaran HAMAS

RAMALLAH: Hamas sedia mengadakan persetujuan gencatan senjata dengan Israel jika rejim Zionis itu menghentikan operasi kejamnya ke atas pejuang Palestin selain membuka laluan ke kawasan miskin dan tersisih berkenaan, tetapi ia ditolak Perdana Menteri Ehud Olmert.

Kenyataan oleh Ahmed Youssef, pembantu Ismail Haniyeh yang dipetik agensi berita Palestin Maan, adalah yang terbaru dibuat pegawai Hamas bagi menyokong gencatan senjata.

“Kami sememangnya tidak menolak sebarang persetujuan yang menamatkan kempen ganas Israel dan ia tidak harus bersifat berat sebelah,” kata Youssef.

seterusnya

Sunday, December 23, 2007

Statistik Oleh ifamericansknew.com

BismiLlahiRrahmaniRrahim.



Graf di atas menunjukkan graf bilangan kanak-kanak Israel yang dibunuh (warna biru) dan bilangan kanak-kanak Palestin yang dibunuh. Data diambil dari 29 September 2000 sehingga 23 Oktober 2007. Kesimpulan dari graf diatas, hanya 119 kanak-kanak Israel yang terbunuh berbanding 971 kanak-kanak Palestin yang terbunuh sepanjan tempoh tersebut.

Maklumat lanjut, sila lawat www.ifamericansknew.com. Terdapat juga banyak statistik lain. Semoga bermanfaat.

p/s: Oleh kerana website ini dibina oleh warga Amerika yang mahu menyedarkan rakyat Amerika sendiri tentang isu Palestin, maka website ini berbahasa inggeris.

Pelarian Darfur berdepan ancaman penyakit

DARFUR: Lebih 70 peratus daripada 120,000 pelarian yang mendiami enam khemah pelarian di sini, berdepan ancaman pelbagai jenis penyakit.

Ketua Unit Kebajikan dan Kesihatan Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM), Dr Jamnul Azhar Mulkan, berkata antara penyakit itu ialah malaria, bilharzia (penyakit cacing Sungai Nil), kepialu, kolera, meningitis dan pelbagai jenis jangkitan kuman.

Beliau berkata, masalah penyakit akan menjadi lebih kritikal dengan kedatangan musim panas bermula April hingga Oktober tahun depan.

seterusnya

Saturday, December 22, 2007

Aidil Adha di China

BEIJING 21 Dis ,-Hari Raya Korban di Negara China di sambut serentak pada 20 Disember. Kerajaan China telah menyediakan cuti selama sehari kepada umat Islam di China. Umat Islam di pelbagai tempat di China telah secara meriah menyambut hari kebesaran tersebut.

Seramai 150 ribu orang umat Islam di Xining, provinsi Qinghai yang terletak di utara China telah telah berkumpul beramai-ramai di Masjid Dongguan, iaitu masjid keempat terbesar di dunia dan solat berjemaah untuk menyambut Hari Raya Korban. Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah memakai pakaian yang cantik, sambil menyanyi dan menari untuk menyambut hari kebesaran tersebut.

seterusnya

2 Tentera Israel Cedera Parah

Jumaat 21 Disember-Dua orang tentera Israel luka parah ketika cuba menyusup masuk ke Gaza yang dikuasai Hamas apabila sebutir bom meledak berhampiran mereka.

seterusnya

Serangan waktu solat Aidiladha, 55 maut di Peshawar



Pasukan penyelamat mengangkat mangsa yang cedera dalam insiden serangan berani mati di sebuah masjid ketika orang ramai mengerjakan solat Aidiladha di Sherpao, Peshawar, semalam. – AP.

PESHAWAR 21 Dis. – Sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di dalam sebuah masjid ketika penduduk termasuk seorang bekas Menteri Dalam Negeri sedang mengerjakan solat Aidiladha.



seterusnya

Friday, December 21, 2007

Sudan: Darfur Tetap Sambut Aidil Adha

KEADAAN serba kekurangan di kawasan khemah pelarian Syakally Jadidi di Nyala, dekat sini, akibat peperangan tidak menghalang penduduk Darfur yang berlindung di khemah itu menyambut Aidiladha, semalam.

Walaupun, hampir semua penghuni di khemah pelarian itu hidup dalam kedaifan termasuk tidak mempunyai kemudahan asas terutama air, mereka masih sempat menunaikan solat sunat Aidiladha berjemaah di masjid berhampiran.

seterusnya

140 Juta Muslim Bangladesh Menyambut Aidil Adha


Sebuah kereta api yang sesak dengan penumpang meninggalkan stesen utama di Dhaka, semalam ketika penduduk Bangladesh berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk meraikan kedatangan Aidiladha. – Reuters.
sumber

Thursday, December 20, 2007

Pakistan- Keretapi Tergelincir, 58 Maut


Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di dalam gerabak yang rosak teruk selepas kereta api tergelincir di Mehrabpur, utara Karachi, semalam. – AP.

MEHRABPUR 19 Dis. – Sekurang-kurangnya 58 orang terkorban dan 150 lagi cedera apabila sebuah kereta api ekspres yang sesak dengan penumpang yang hendak pulang berhari raya tergelincir dari landasan di selatan Pakistan awal pagi ini.

Kereta api tersebut dalam perjalanan dari Karachi ke Lahore apabila kira-kira 12 daripada 16 gerabaknya tergelincir sekitar pukul 2 pagi (5 pagi waktu Malaysia) dekat pekan ini, kira-kira 400 kilometer ke utara Karachi.

seterusnya

Jemaah Haji Malaysia Terkandas

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Hampir separuh daripada 26,000 jemaah haji negara terkandas lebih 12 jam di Muzdalifah, Mekah selepas mengerjakan wuquf di padang Arafah ekoran masalah pengangkutan dan kesesakan lalu lintas.

Menurut Pengurus Bilik Gerakan Haji di Mekah, Mohd. Shahidan Taib, kesemua jemaah haji tersebut terpaksa menunggu dari pukul 12 malam (5 pagi waktu Malaysia) Selasa sehingga pukul 1 petang (6 petang waktu Malaysia), apabila bas yang dijadualkan membawa mereka ke Mina gagal tiba pada masa yang ditetapkan.

seterusnya


Wednesday, December 19, 2007

Pejuang Chechnya Serang Konvoi Rusia (video)

Briged al-Qassam Gempur Israel

Gaza – Infopalestina: ISNIN 17 DISEMBER- Mujahidin Briged al Qassam, sayap militer gerakan HAMAS berhasil menggempur pos tentera pengganas Israel di sebelah timur Jalur Gaza dengan 4 mortar (caliber 80 mm).

”Kami akan menghadapi penjajah Zionis Israel dengan segala kelengkapan yang kami miliki. Kami akan hancurkan kekuatan pasukan tentera Israel,” tegas al Qassam dalam pernyataan militernya.

Sidang Annapolis hina demokrasi Palestin



DR HAFDZI MOHD NOOR.

SANDIWARA rejim Zionis Yahudi Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat ke atas Islam dan pribumi Palestin memasuki episod baru apabila Sidang Annapolis di Maryland berlangsung 27 November lalu.

Malah ia dilihat legasi paling ‘sentimental’ untuk ‘ketua polis dunia’, George W.Bush tinggalkan impak ‘putih’ menjelang berakhir tempoh kekuasaannya.

Kehadiran negara-negara Arab dan Islam termasuk Malaysia yang disifat ‘payung’ bagi umat Islam Arab terutama Palestin, ke dalam komuniti persidangan yang diwakili oleh 50 negara dunia itu turut memungkinkan pengiktirafan semula dunia Islam ke atas rejim Zions Yahudi Israel ke atas bumi Palestin.

seterusnya

Ibadah Haji






ARAFAH, Arab Saudi 18 Dis. – Sebaik sahaja fajar mula menyinsing di sebalik banjaran gunung, berjuta-juta umat Islam mula membanjiri Padang Arafah yang terletak di bahagian timur Kota Mekah untuk melakukan ibadat wukuf sebagai kemuncak kepada ibadat haji tahun ini.

Sambil berjalan kaki, menaiki bas mahupun lori-lori dari Mina dan pelbagai bahagian, mereka menuju ke Mekah, menjadikan bilangan jemaah yang berkumpul di kota suci ini mencecah angka dua juta.

Sesetengah jemaah terbabit sempat bermalam di puncak Jabal Rahmah di Gunung Arafat dalam keadaan udara sejuk yang bertiup dari padang pasir berdekatan.

seterusnya

Tuesday, December 18, 2007

Mustahil HAMAS Serahkan Gaza Kepad FATAH

Juruckap Hamas- Sami Abu Zuhri menegaskan bahwa pihaknya tidak akan menyerahkan Ghaza kepadaMahmud Abbas hanya untuk melanjutkan dialog dengan pihak Fatah.

Abu Zuhri menegaskan, pihaknya juga tidak akan menyerahkan kepemimpinan keamanan di Ghaza pada pihak Abbas.

"Abbas sendiri menuding para pimpinan keamanannya di Ghaza korup. Maka, Hamas tidak akan menyerahkan markas-markas besar keamanan di Ghaza sebelum dialog dilanjutkan, " tegas Abu Zuhri.

seterusnya

Jemaah Haji Rusia- Dulu 17 Orang Kini 26 000

Dulu, jumlah jemaah haji paling banyak dari Soviet Union tidak lebih daripada 17 orang Muslim sahaja setiap tahun. Tapi kini musim haji seperti membuka kesempatan besar di mana setiap Muslim di Rusia yang menjadi bekas negara itu, begitu berlomba untuk pergi ke Baitullah. Proses keberangkatan dan birokrasi naik haji menjadi lebih mudah, ditambah lagi kehidupan ekonomi yang lebih baik, menjadikan jumlah jemaah haji asal Rusia melonjak hingga 26 ribu orang. Subhanallah.

seterusnya

Penyerahan Basra bukti al-Qaeda makin kukuh


Ayman Al-Zawahiri

Zawahiri dakwa pengunduran dedah peningkatan kekuatan Mujahidin

WASHINGTON: Pemimpin kedua al-Qaeda Ayman Al-Zawahiri berkata keputusan Britain untuk 'lari' dari Iraq menunjukkan kedudukan gerakan pemberontakan di negara Arab bergolak itu semakin kukuh.

Dalam rakaman video yang diedarkan dengan sari kata dalam bahasa Inggeris, Zawahiri berkata, tindakan tentera Britain untuk menyerahkan Basra kelmarin kepada tentera Iraq adalah bukti memadai berhubung kejayaan pemberontak.

seterusnya

Rusia mula hantar bahan api nuklear ke Iran

MOSCOW 17 Dis. – Rusia hari ini mengumumkan penghantaran bahan api nuklear pertamanya untuk stesen tenaga atom pertama Iran, tindakan yang sekali gus menafikan dakwaan bahawa Teheran secara rahsia membina bom atom.

“Pada 16 Disember 2007, Atomstroiexport memulakan penghantaran bahan api untuk pemasangan awal di stesen tenaga Bushehr,” jelas syarikat itu dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Atomstroiexport, proses penghantaran mengambil masa sehingga dua bulan untuk disiapkan sementara stesen yang dibina oleh Rusia akan mula membekalkan tenaga elektrik dalam tempoh enam bulan lagi.

SETERUSNYA

Tiada Bantuan Buat HAMAS

PARIS 17 Dis. – Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad semalam menegaskan, kerajaan beliau memerlukan wang tunai dalam kadar segera untuk menampung keperluan kewangan pada bulan-bulan akan datang.

Salam menyuarakan keperluan itu dalam satu wawancara semalam sebelum beliau dijadual memohon bantuan antarabangsa berjumlah AS$5.6 bilion (RM19.04 bilion) pada persidangan penderma yang bermula di sini hari ini.

Seterusnya

Rundingan Manila-MILF

MANILA 17 Dis. – Kumpulan pejuang Islam terbesar Filipina tidak akan kembali ke rundingan damai kecuali jika Manila memenuhi tuntutan terdahulu bagi pembentukan sebuah wilayah khas Islam di selatan negara ini.

Rundingan bagi memuktamadkan persetujuan mengenai tanah warisan di Kuala Lumpur hujung minggu lepas ditangguhkan selepas perunding kerajaan menyatakan, ia perlu mendapat kelulusan Kongres, walaupun ia tidak terkandung dalam draf awal.

Pertelingkahan itu merupakan yang terbaru dalam mencari rundingan damai di selatan negara ini selepas para pejuang Islam melancarkan pemberontakan sejak beberapa dekad bagi mendapatkan kemerdekaan, konflik yang telah meragut lebih 120,000 nyawa.

seterusnya

Monday, December 17, 2007

FATAH Tidak Mahu Berbaik Dengan HAMAS

Menjelang Aidil Adha, tiga faksi perjuangan rakyat Palestin iaitu Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP), Democratic Front for the Liberation of Palestine (DFLP), dan Jihad Islam, menyerukan kembali agar dialog antara HAMAS dengan Fatah dilakukan segera. “Penyatuan rakyat Palestin merupakan hal yang sangat penting dan utama. Jika kita bersatu, kita akan kuat menghadapi musuh dan mengusir penjajah Zionis-Israel keluar dari Tanah Palestin!” demikian salah satu butir pernyataan mereka.

HAMAS sendiri sudah beberapa kali cuba menghubungi kubu Fatah yang dipimpin Mahmud Abbas. Namun tanggapan yang diterima tidaklah sehangat jika Abbas dihubungi Zionis-Israel atau pun AS. Fatah mendiamkan huluran tangan HAMAS dan berkali-kali mengelak adanya pembicaraan damai di antaranya untuk penyaatuan rakyat Palestin.

Bahkan jurucakap Fatah, Fahmi Az-Za'ari, beberapa hari lalu kepada pejabat berita Maan News Agency (MNA) dengan tegas menyatakan yang Fatah tidak akan membuka dialog dengan HAMAS. Za’ari juga menyatakan yang laporan sesetengah media bahwa HAMAS dan Fatah akan segera berdialog itu sebagai berita yang salah besar.

Sejak HAMAS mengambil-alih penguasaan di Jalur Gaza, Presiden Mahmud Abbas dan kelompok Fatahnya menutup diri dan menyatakan sebagai musuh bagi HAMAS. Abbas dan kelompoknya malah secara intensif menghubungi Zionis-Israel dan AS serta melakukan beberapa pertemuan. AS dan Israel bahkan memberi bantuan kepada Abbas dan kelompoknya berbagai bentuk persenjataan untuk memerangi HAMAS.

Selain itu, sejumlah tokoh perjuangan Palestin juga menyatakan langsung kepada eramuslim jika kelompok Abbas merupakan komprador Zionis-Israel dan bekerja demi kepentingan tuannya itu dengan sejumlah bayaran. “Abbas dan kelompoknya, termasuk Dahlan, telah menukar nyawa rakyat Palestin dan Islam dengan dollar, ” tegas mereka. (Rizki/MNA)

Asal:

http://www.eramuslim.com/berita/int/7c17045921.htm

Britain Serah Basrah Kepada Tentera Iraq

Britain serah kawalan Basra kepada askar Iraq





Baghdad ambil alih semula tanggungjawab keselamatan di zon bergolak

BASRA: Britain menyerahkan tanggungjawab keselamatan wilayah Basra kepada tentera Iraq semalam, sekali gus menandakan berakhirnya penguasaan askar British terhadap wilayah di selatan Iraq itu.

Penyerahan hab eksport minyak itu wilayah terakhir dikawal Britain sejak 2003 adalah ujian terbesar kepada keupayaan kerajaan Iraq untuk mengekalkan keselamatan wilayah itu tanpa bantuan askar Amerika atau sekutunya.

seterusnya

Kisah Turki Oleh Dr Abdullah Azzam

KALAU boleh dikatakan, Turki menjadi antara negara Asia Barat yang tidak henti-henti menjadi bahan berita selain sempat dilanda kontroversi berkali-kali. Sebabnya barangkali menjurus kepada satu perkara – sejarah dua wajah yang dilaluinya dalam rentang masa panjang.

Faktor itu memberi pula sebab untuk terus menjadikan Turki sebagai bahan menarik bagi kajian di kalangan penulis, pengamat dan penganalisis.

Tanpa terkecuali sisi mengenai politik, demokrasi, kehidupan intelektual dan peradaban Turki terus dibincang dan dikupas.

Lebih penting daripada itu sebenarnya, hal-hal mengenai naik turun keadaan umat Islam di sana menjadi kajian.

“Percayalah, Turki akan terus menarik untuk dijadikan bahan kajian walaupun sesudah pilihan raya yang memberi pintu kepada Abdullah Gul untuk membuka laluan memberikan cahaya Islam di situ,” begitu kata Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman, pakar sejarah dan politik Asia Barat dalam satu temu bual.

seterusnya

Turki gempur puak Kurdis di utara Iraq

ANKARA 16 Dis. – Seorang wanita terbunuh apabila pesawat perang Turki membedil kedudukan puak pemisah Kurdis di utara Iraq awal hari ini.

Pesawat perang itu membedil kedudukan anggota Parti Pekerja Kurdis (PKK) di kawasan bersempadan dengan Turki dan di kawasan Gunung Qandil yang terletak lebih jauh dari sempadan, lapor tentera Turki dalam kenyataan di laman webnya.

seterusnya

Pakistan- Pervez Memang Licik

ISLAMABAD 16 Dis. – Walaupun perintah darurat ditarik balik, ramai ahli politik, pengundi dan petugas media Pakistan hari ini menyatakan mereka berasa tertipu kerana Presiden Pervez Musharraf terus mengukuhkan kuasa menjelang pilihan raya bulan depan.

Menurut mereka, pilihan raya tersebut dijangka memihak kepada Pervez.

Beberapa pindaan dan perintah yang diluluskan semalam bersama-sama pemulihan perlembagaan menetapkan mahkamah tidak boleh mencabar tindakan Pervez semasa perintah darurat selama enam minggu itu.


PEMIMPIN pembangkang, Nawaz Sharif berucap kepada ribuan penyokongnya sewaktu kempen Pilihan Raya Parlimen Pakistan di Patoki, Lahore, semalam. – AP.

seterusnya


Sunday, December 16, 2007

Umat Islam China yang Dilupakan

Penghapusan Etnik Sunnah di Iraq

BAGHDAD: Perkara yang amat ditakuti oleh seorang bapa selepas anaknya tidak pulang selama 16 bulan akhirnya terjadi juga dan tekanan kerana kehilangan anak tersayang juga membuatkan cuma satu benda menguasai segenap akal waras Abu Fuad - membalas dendam.

Kehidupan serba indah bagi Abu Fuad dan anak lelakinya, Fuad, biarpun serba kekurangan sehinggalah dua tahun lalu apabila Fuad, yang memang gilakan bola sepak hilang selepas menjawab satu panggilan misteri.

Lebih menyayat hati apabila mayat Fuad yang ketika itu berusia 20 tahun ditemui sendiri oleh bapanya di perkuburan Syiah di Najaf dengan kesan penderaan kejam.

seterusnya

Ghaddafi Yang Luar Biasa

LAYANAN biasa kepada ketua negara yang melawat negara asing selalunya penginapan hotel bertaraf lima bintang dan barisan limosin untuk membawa mereka ke mana saja, tetapi berlainan dengan pemimpin negara Afrika Utara ini yang mengangkut sekali khemah dan untanya ketika melakukan lawatan ke Perancis baru-baru ini.

Pasukan keselamatan bagi tokoh lain dikuasai pengawal peribadi lelaki bertubuh sasa dan penembak tepat yang ditempatkan di tempat strategik. Menariknya, VIP yang seorang ini membawa bersamanya 30 pengawal peribadi wanita yang masih dara.
Rombongan aneh itu sekali gus membezakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dengan ketua negara lain yang sedia bertentangan baik dari segi pandangan atau penampilan.

Seterusnya

Pemanasan Global -- Tiada yang dapat melarikan diri

BUMI kini sedang mengalami ‘demam panas’ akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding kesihatan diri.

Bagaimanapun kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia tidak kira di mana mereka berada.

Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang terselamat?

Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi (kekurangan air)?

seterusnya

Anak Ghaddafi Cetus Perpaduan Pejuang Filipina

MANILA 15 Dis. – Kumpulan pejuang Islam Filipina yang bertelagah telah bersetuju untuk berunding selepas didesak oleh Saif Al-Islam, anak lelaki sulung pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Perunding damai Manila memberitahu, Saif Al-Islam telah membangkitkan perlunya perpaduan antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semasa pertemuan dengan para pemimpin MILF minggu ini.

“Mari kita bersatu supaya kita mempunyai satu langkah yang sama dan kita boleh tunjukkan kepada negara-negara Islam bahawa kita adalah satu kesatuan dan bukan kumpulan individu,” kata Jesus Dureza yang memetik Saif Al-Islam sebagai berkata.

- AFP

sumber

Pengebom Bali Berpuasa Tebus Dosa?

Bencana besar jika pengebom Bali dihukum mati – Abu Bakar

CILACAP, Indonesia 15 Dis. – Ulama terkemuka Indonesia, Abu Bakar Bashir hari ini memberi amaran bahawa negara ini akan mengalami bencana besar jika tiga pengebom Bali menjalani hukuman mati.

Beliau yang dituduh oleh beberapa kerajaan asing mengetuai Jemaah Islamiyah berkata demikian sebelum melawat ketiga-tiga pengebom terbabit yang kini menunggu hukuman berkaitan dengan peranan mereka mengebom kelab malam di Bali pada 2002.

“Saya bimbang jika mereka menjalani hukuman mati akan berlaku bencana besar,” ujar Abu Bakar yang dalam perjalanan ke kompleks penjara Nusakambangan di pesisir selatan Pulau Jawa.

seterusnya

Pakistan- Darurat Berakhir

ISLAMABAD 15 Dis. – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini menarik balik perintah darurat, sekali gus memulihkan semula perlembagaan, selain tidak lagi bertindak keras terhadap penentang yang sebelum ini mencetuskan kemarahan pembangkang dan juga membimbangkan sekutu Baratnya.

Menteri Penerangan, Nisar Memon berkata, Pervez telah menandatangani arahan untuk menarik balik perintah darurat yang berusia enam minggu.

Beliau yang menyifatkan pengumuman itu “hari bersejarah”, menambah pilihan raya Parlimen yang diadakan bulan depan akan menandakan pemulihan demokrasi di Pakistan.

seterusnya

3 Juta Jemaah Haji Penuhi Kota Mekah

MEKAH, 15 Dis. - Hampir tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia kini memenuhi kota Mekah, tiga hari menjelang hari wukuf.

Kira-kira sejuta daripada mereka memenuhi setiap ruang Masjidil Haram di sini untuk menunaikan solat Jumaat semalam, yang merupakan solat terakhir sebelum seluruh jemaah haji bergerak ke padang Arafah mulai Isnin ini untuk menunaikan ibadat wukuf pada Selasa, 18 Disember.

Menurut laporan akhbar tempatan kira-kira tiga juta jemaah akan mengerjakan ibadat haji selama lima hari bermula Isnin ini. Kira-kira setengah juta daripada mereka adalah rakyat Arab Saudi.

Kemuncak ibadat haji ialah wukuf di Arafah, yang terletak kira-kira 21.9km dari kota Mekah, Selasa ini.

Ibadat haji merupakan perhimpunan terbesar umat Islam di dunia dengan lebih 100 negara menghantar jemaah haji masing-masing ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

– Bernama

sumber

Saturday, December 15, 2007

Tragedi Sepanjang 2007

‘‘Seperti tahun 2001 dan 2003, terlalu banyak darah mengalir pada tahun 2007 ini. Kalau 2001, ada perang di Afghanistan. Dua tahun kemudian, tindakan ketenteraan di Iraq. Pada tahun 2007, tiada perang tetapi tragedi berdarah satu demi satu banyak memilukan masyarakat dunia,’’ kata Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr. Chandra Muzaffar, sambil membilang satu persatu peristiwa berdarah yang memberi kesuraman kepada wajah dunia. Antara yang disebut ialah taufan Sidr di Bangladesh; tragedi berdarah di Masjid Merah, Pakistan; demonstrasi bertukar ganas menentang junta di Myanmar selain siri gempa bumi di Indonesia.

Seterusnya

Pervez Sudah Atur Keputusan Pilihanraya

WASHINGTON 14 Dis. – Kongres Amerika Syarikat (AS) telah diberitahu bahawa penghantaran pemantau pilihan raya ke Pakistan bulan depan tidak diperlukan kerana mendakwa hasil keputusannya telah diketahui.

Utusan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hina Jilani mendakwa keputusan pilihan raya sudah pun diatur oleh Presiden Pervez Musharraf.

“Tidak ada gunanya untuk memantau atau memerhatikannya (pilihan raya) kerana manipulasi sudah pun berlaku,” kata Hina, seorang peguam Pakistan tersebut yang juga utusan khas PBB bagi pembela hak asasi manusia.

Seterusnya

Friday, December 14, 2007

Tragedi Memali

PENDAHULUAN
KRONOLOGI MEMALI - Rahsia PDRM
MEMALI - Bahagian 1
MEMALI - Bahagian 2
MEMALI - Bahagian 3
MEMALI - Bahagian 4
MEMALI - Bahagian 5
MEMALI - Bahagian Akhir
MEREKA YANG SYAHID

Sejarah Pattani (lengkap)

Muqqadimah
Kerajaan Melayu Patani
Hubungan Kerajaan Melayu Patani dengan Siam
Patani Diserang oleh Kerajaan Chakri
Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar
Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani
Pertelingkahan Raja Patani dan Pesuruhjaya Siam
Rundingan Tengku Abdul Kadir dengan Phya Sri Shadheb
Peraturan bagi Mentadbir Tujuh Wilayah bagi Tahun 120
Reaksi ke Atas Penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin
Patani di Bawah Pemerintahan Siam
Kebangkitan di Kampung Belukar Semak
Rancangan Asimilasi dan Kesannya ke atas Masyarakat Melayu
Pibul Songgram dan Dasar Rathaniyom
Haji Sulung dan He’et al Napadh al Lahkanal Shariat
Perjuangan untuk Kemerdekaan dan Percantuman
Petisyen November 1945
Tuntutan Autonomi dan Reaksi Kerajaan Siam
Tuntutan Autonomi bagi Empat Wilayah
Rampasan Kuasa Tentera dan Penahanan Haji Sulung
Mesyuarat di Pantai Semut Api
Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR)
Kempen, Reaksi Akhbar dan Pertubuhan Politik Semenanjung
Sikap Kerajaan Siam terhadap Tuntutan dan Pergolakan di Selatan Siam
Kebangkitan di Kampung Dusun Nyior
Pertemuan Abdullah Long Puteh dengan Tengku Mahmood Mahyideen
Sikap British terhadap Pergolakan di Patani
Laporan Madoc dan Reaksi Tanah Melayu
Mesyuarat Khas di Singapura
Pertemuan Abdullah Long Puteh dengan Tengku Mahmood Mahyideen
Darurat dan Kesannya ke atas Orang Melayu Patani
Mesyuarat Khas di Kuala Lumpur
Persidangan Songkhla dan Implikasinya keatas Pergerakan Melayu Patani
Persidangan Songkhla
Rumusan

Serangan Udara Israel- 3 Maut

Israel kembali membuat serangan udara ke Kota Ghaza. Serangan itu menyebabkan tiga warga Palestin terkorban dan dua orang lagi cedera.

Menurut sumber-sumber perubatan di Palestin, serangan udara tentera pengganas Zionis menghentm sebuah kereta di kawasan Zeitoun. Salah seorang warga Palestin yang terkorban, dikenalpasti sebagai anggota sayap militer Jihad Islam.

Juru bicara tentera Israel membenarkan serangan tersebut. Seperti biasa, tentera pengganas Zionis mengatakan yang serangan itu ditujukan kepada "mereka yang bertanggung jawab ke atas serangan roket ke wilayah Israel. "

Kereta yang menjadi sasaran serangan udara Israel, hancur. Pasukan perubatan terpaksa bekerja keras untuk mengumpulkan potongan-potongan tubuh manusia yang berserakan.

Insiden yang terjadi pada Khamis (14/12)ini menambahkan jumlah korban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada tahun 2000, menjadi 5, 976 orang.

Asal:

http://www.eramuslim.com/berita/int/7c14102855.htm

Iran: 12 Penentang Revolusi Terkorban

TEHERAN: Polis Iran semalam membunuh 12 orang disyaki terbabit kegiatan keganasan dalam kejadian tembak menembak di Sistan-Baluchistan, di tenggara negara itu.

Laporan stesen televisyen tempatan berkata polis mengesan satu kumpulan penentang revolusi yang merancang kegiatan sabotaj, pertelagahan etnik dan pengeboman di seluruh negara dan bertempur dengan mereka.

Polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan itu dan 11 yang lain di bandar Iranshahr, kira-kira 1,600 kilometer ke tenggara Teheran.

Seterusnya

Trak kena bom, enam askar Thailand cedera




SUASANA TEGANG: Tentera memeriksa trak selepas melanggar bom di tepi jalan di Narathiwat, semalam.

Puak pemisah dituduh lancar serangan tepi jalan di Narathiwat

NARATHIWAT: Enam anggota tentera Thailand cedera awal pagi semalam dalam serangan bom tepi jalan oleh suspek pemisah di selatan negara itu.

Bom itu mengenai trak pengawal membawa 12 tentera di sini, satu daripada tiga wilayah Islam bergolak sejak empat tahun lalu, kata polis.

Seterusnya

Krisis Kemanusiaan di Asia Barat

SITUASI tegang di Iraq telah menyebabkan berlakunya kematian dan pembunuhan secara tidak terkawal. Sehingga pertengahan 2007 sahaja, seramai 4,000 askar bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat dilaporkan telah terbunuh. Malahan, perang di Iraq juga sejak 2003 sehingga kini dilaporkan oleh Iraq Body Count telah meragut di antara 77,000 hingga 84,000 nyawa masyarakat awam yang tidak berdosa.

Sehingga 10 November 2007 sahaja, dilaporkan oleh organisasi tersebut, seramai 84,078 kes pembunuhan telah berlaku, di mana yang terakhir setakat ini dilaporkan adalah kejadian pembunuhan ke atas seorang penunggang motosikal berhaluan Syiah di bandar Adil, barat Baghdad.

Seterusnya

Pakistan- Darurat Tamat Sabtu Ini

ISLAMABAD 13 Dis. – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf (gambar) akan menarik balik perintah darurat pada Sabtu ini hanya selepas meminda perlembagaan untuk memastikan beliau tidak boleh diheret ke mahkamah.

Pervez memecat hakim antikerajaan, memenjarakan ribuan penentang dan menutup stesen berita televisyen selepas beliau menggantung perlembagaan dan mengisytiharkan perintah darurat pada 3 November lalu.

Seterusnya

Pakistan- 10 Maut Serangan Berani Mati

QUETTA, Pakistan 13 Dis. – Sepuluh orang terbunuh termasuk enam anggota keselamatan dalam dua serangan berani mati di pusat pemeriksaan tentera di barat daya Pakistan.

Menurut pihak berkuasa, serangan itu dilakukan oleh dua penyerang selang beberapa saat berhampiran satu barisan kenderaan yang sedang menunggu untuk pemeriksaan di Quetta, ibukota wilayah Baluchistan.

Timbalan Ketua Polis, Rehmatullah Niazi berkata, tiga orang askar maut dalam letupan pertama manakala dua lagi askar dan seorang polis serta empat penduduk awam terbunuh dalam letupan kedua beberapa saat selepas itu.

Seterusnya

Palestin belum pasti mantap – Bank Dunia

BAITULMAQDIS 13 Dis. – Bank Dunia hari ini mengesahkan pelan pembaharuan Palestin yang memerlukan dana bantuan antarabangsa sebanyak AS$5.6 bilion (RM18.48 bilion) dalam tempoh tiga tahun tetapi memberi amaran wang tersebut tidak akan dapat membendung kejatuhan ekonomi di Tebing Barat dan Gaza selagi Israel tidak melonggarkan pergerakan dan perdagangan penduduk Palestin.

Seterusnya

Thursday, December 13, 2007

Lebih 283,000 Ditangkap Sejak Intifadah

Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Departemen Tahanan di pemerintah pelaksana Palestin menunjukkan bahwa “Israel” telah menangkap lebih daripada 283.000 warga Palestin sejak meletusnya Intifadhah I 8 Disember 1987.

Seterusnya

Syarat-syarat Israel di Annapolis

Infopalestina: Sejak dicanangkan dari konferensi Madrid tahun 1991 kemudian kesepakatan Oslo tahun 1993 hingga konferensi internasional yang dilaksanakan pada akhir November 2007 lalu di Annapolis, Amerika Serikat, proses kompomi politik terhadap konflik Arab – Israel diwarnai oleh banyaknya syarat yang diajukan oleh pihak Zionis Israel.

Seterusnya

PFLP Gesa Abbas Hentikan Dialog Dengan Israel

The Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) secara terbuka mengeluarkan seruan keras yang ditujukan kepada Abbas agar segera menghentikan segala macam bentuk pertemuan dan dialog dengan Israel pengganas, karena hal ini sama sekali tidak bermanfaat bagi rakyat Palestin.

Seterusnya

11 Pekerja PBB Maut di Algeria

GENEVA: Sekurang-kurangnya 11 pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan terbunuh dalam letupan bom disasarkan kepada pejabat badan dunia itu dan bangunan lain di Algiers kelmarin.

Timbalan jurucakap PBB Marie Okabe berkata masih ada mangsa belum ditemui dan sebilangan mereka terperangkap di bawah runtuhan. Angka kematian terbaru pekerja PBB setakat ini ialah 11 orang.

Beliau berkata dua letupan yang berlaku selang beberapa minit kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, manakala 200 yang lain cedera.

Seterusnya

62 Korban Bom Kereta di Algeria

ALGIERS 12 Dis. – Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengaku bertanggungjawab melancarkan dua serangan bom kereta yang menyebabkan sekurang-kurangnya 62 orang terbunuh di sini semalam.

Cawangan Al-Qaeda di Maghreb (BAQMI) dalam kenyataan di sebuah laman web mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, tetapi kesahihan dakwaan itu belum disahkan.

“Kami ingin memaklumkan berita baik kepada negara-negara Islam.

“Serangan ini bertujuan mengingatkan pejuang salib yang menjajah tanah kita dan mencuri kekayaan kita.

Seterusnya

Penmimpin Pengganas Serb Dipenjara 33 Tahun

THE Hague, Belanda 12 Dis. – Bekas jeneral Serb Bosnia, Jeneral Dragomir Milosevic hari ini dihukum penjara 33 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengarahkan pembunuhan orang awam dalam serangan ke atas Sarajevo.

Milosevic, 65, tidak menunjukkan sebarang emosi semasa keputusan itu dibacakan.

Dia didapati bersalah terhadap lima tuduhan termasuk mengetuai satu kempen keganasan, pembunuhan dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Seterusnya

Sunday, December 9, 2007

Cara HAMAS

Cara Hamas
Posted on Sunday, December 09 @ 07:59:28 MYT by SongkokPutih
Berita Luar Negara Oleh alexanderwathern

" Tindakan HAMAS menghantar wakilnya ke Moscow untuk bertemu dengan Presiden Rusia- Vladimir Putin suatu ketika dahulu mendapat bantahan daripada para pejuang Chechnya. Hal ini tidaklah menghairankan kerana pastinya nyawa 250,000 orang Islam Chenchnya yang melayang di tangan tentera Rusia itu bukanlah perkara kecil.

Namun begitu HAMAS berjaya memberikan penjelasan yang baik kepada mujahiddin Chechnya. Pemergian wakil HAMAS adalah atas isu Palestin. HAMAS dan terasnya (Ikhwanul Muslimin) sama sekali tidak pernah menolak perjuangan mujahiddin Chechnya. Pemimpin HAMAS, Misy’al menyatakan sokongannya ke atas kemerdekaan Chechnya.



Mungkin pembaca tertanya-tanya, mengapa HAMAS tidak membuka ruang jihad kepada dunia seperti yang berlaku di Afghanistan pada zaman mujahiddin menentang Rusia dulu? Begitu juga dengan jawapan Syeikh Ahmad Yassin ketika ditanya oleh orang luar Palestin, “Bagaimana saya boleh menjadi anggota HAMAS?” Jawapannya mudah (lebih kurang), “Anda tidak perlu datang ke Palestin. Cukuplah dengan anda menyokong perjuangan HAMAS, maka ketika itu anda seorang anggota HAMAS.”

Sebenarnya, jika HAMAS membuka ruang sebegitu, besarlah peluang Amerika dan sekutu-sekutunya untu mengaitkan HAMAS dengan keganasan. Tapi jika HAMAS tidak mengundang mujahiddin luar, perjuangan mereka akan dipandang sebagai perjuangan tempatan, perjuangan membebaskan tanah air dan bukannya perjuangan antara agama. Dengan itu, musuh-musuh Islam menghadapi sedikti kesulitan untuk mengaitkan HAMAS dengan keganasan antarbangsa ataupun keganasan agama.

Begitulah cara HAMAS. Cara ini juga digunakan oleh Gerakan Atjeh Merdeka (GAM). Sebab itulah apabila Israel cuba menghalang hubungan HAMAS-Rusia dengan mengaitkan HAMAS bersama pejuang Chechnya, usahanya tidak berhasil.

Ingin menjadi anggota HAMAS? Bantulah dengan doa dan penerangan. Salurkan bantuan anda ke Palestin.

Mendermalah melalui AMAN PALESTIN
http://www.amanpalestin.com/v1/

Teringat kata-kata para mujahiddin Afghanistan dahulu- “Selepas kami membebaskan bumi kami, destinasi kami seterusnya ialah Palestin.” Malangnya ia tidak menjadi kenyataan...

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathen’
8 DIS 2007
28 ZULQAIDAH 1428

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/

Sumber:

http://www.tranungkite.net/v7/

modules.php?name=News&file=

article&sid=4976&mode=&order=0&thold=0

AS Pertahan Nuklear Israel

MANAMA: Setiausaha pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates mempertahankan program nuklear Israel dengan menyatakan ia bukanlah ancaman kerana Tel Aviv tidak berhasrat memusnahkan negara jiran dan tidak menyokong pengganas, seperti Iran.

Menjawab soalan pada satu persidangan keselamatan di Manama semalam, Gates berkata: “Tidak, saya tidak fikir begitu (program nuklear Israel adalah satu ancaman).

Jawapannya disambut dengan ketawa sinis oleh hadirin yang kebanyakannya adalah pegawai dari negara Asia Barat.

Seterusnya

Pakistan: Tentera usaha tawan bandar Musa Qala

KABUL: Tentera Afghanistan dan pakatan diketuai Amerika melancarkan operasi besar-besaran bagi menawan semula bandar penting dan strategik Musa Qala, yang dikuasai Taliban sejak 10 bulan lalu kata satu kenyataan Nato semalam.

Tentera dikerahkan ke kawasan pinggir bandar berkenaan lewat Jumaat dan sepanjang malam menggunakan helikopter dalam usaha untuk mengusir pemisah.

“Bandar yang terletak di kawasan pengeluaran candu di selatan wilayah Helmand, dikepung dan serangan udara sudah dilancarkan,” kata jurucakap kementerian pertahanan Afghanistan Mohammad Zahir Azimi semalam.

Seterusnya

Menara Masjid Mesti Lebih Rendah Daripada Gereja

BERLIN: Canselor Jerman Angela Merkel dikecam umat Islam di negaranya kerana berkata menara masjid tidak harus lebih tinggi daripada menara gereja.

Kenyataan berkenaan yang dianggap satu hasutan dan bermatlamat politik, dikatakan sengaja direka pemimpin parti Demokrat Kristian itu sebagai modal bagi kempen pilihan raya yang akan diadakan di beberapa negeri tidak lama lagi.

“Kita mesti berhati-hati melayan usaha untuk mencetuskan isu palsu bagi tujuan politik yang tidak langsung mempunyai hubungan dengan dunia sebenar,” kata Bekir Alboga, jurucakap Majlis Penyelaras Muslim, satu badan gabungan pertubuhan Islam di Jerman.

Seterusnya

Kemiskinan di India

Sebab itu bukan sesuatu yang mengejutkan apabila di sidang kemuncak itu seorang panel membangkitkan mengenai kira-kira 150,000 petani di India membunuh diri dalam tempoh satu dekad lepas akibat dihimpit kemiskinan dan jumlah ini bersamaan dengan purata satu kematian setiap 30 minit.

Tahun ini saja, 1,200 petani telah membunuh diri di Vidarbha Barat (di negeri Maharashtra). Keadaan ini memang menyedihkan. Kebanyakan petani dibebani hutang serta tidak mampu lagi menanggung beban kos yang semakin meningkat.

“Akibat tekanan kewangan, mereka membunuh diri,’’ kata Kishore Tiwari, Presiden Vidarbha Jan Andolan Samiti, sebuah kumpulan aktivis petani terkemuka di Maharashtra.

Seterusnya

AS Gagal Gertak Iran

Adakah Iran akan terpengaruh dengan gertakan Presiden George W. Bush untuk menyerang Iran dengan menggunakan lesen Majlis Keselamatan PBB? Pertanyaan ini menarik kerana sekali pun Iran dilihat jauh lebih kecil kemampuan ketenteraan dan teknologi perang berbanding Amerika Syarikat (AS) tetapi Iran memegang kunci Majlis Keselamatan. Gertakan AS sekadar serangan psikologi untuk melemahkan semangat Iran khususnya Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Tetapi Iran mendapat kekuatan daripada Majlis Keselamatan yang sebelum ini dikatakan diperalatkan oleh AS.

Seterusnya

Demokrat kecam CIA- Isu Al-Qaeda

WASHINGTON 8 Dis. – Ahli Kongres Demokrat semalam menuntut siasatan dilancarkan terhadap tindakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang memusnahkan rakaman video mengenai soal siasat ke atas suspek Al-Qaeda.

Anggota Demokrat yang berang dengan tindakan itu menuduh CIA cuba menyembunyikan penyeksaan yang dilakukan terhadap suspek terlibat dengan cuba memusnahkan bukti-bukti yang ada.

Seterusnya

Darurat Pakistan tamat 15 Disember

ISLAMABAD 8 Dis. – Peguam Negara, Malik Mohammad Qayyum hari ini mengumumkan bahawa Presiden Pervez Musharraf akan menarik balik perintah darurat dan memulihkan perlembagaan pada 15 Disember ini, sehari lebih awal daripada yang dirancangkan.

Belum jelas mengapa Pervez memutuskan untuk menamatkan perintah darurat lebih awal tetapi ia dikaitkan dengan desakan pembangkan untuk mempercepatkan langkah itu bagi mengelakkan boikot terhadap pilihan raya 8 Januari ini.

“Penarikan balik perintah darurat akan dibuat pada 15 Disember.

Seterusnya

Saturday, December 8, 2007

Apa Situasi Sebenar Rakyat Iraq?

Utama
Satu rombongan dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berangkat ke Istanbul 13 November lalu diketuai saudara Presiden Ust Abdullah Zaik dalam rangka menghadiri Seminar Kemanusiaan Iraq.

Seramai empat orang wakil telah menghadiri “Seminar dan Bengkel Antarabangsa Untuk Membantu Rakyat Iraq” yang julung kali diadakan diperingkat antarabangsa dianjurkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Untuk Kebajikan dan Kemanusian (IHH) dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar Rahmah Al Alamiah Kuwait.

Seminar sehari itu banyak memberi pendedahan terhadap apa yang sebenarnya berlaku di Iraq. “Rakyat Iraq khsusnya puak sunni berdepan dengan bencana besar kesan pejajahan Amerika semenjak 2003”, kata Abdullah kepada wartawan ISMAweb.

Mengikut Abdullah lagi, keadaan mereka tidak jauh beza dengan apa yang menimpa rakyat Palestin. Terdapat jutaan pelarian, anak yatim, janda, keluarga tanpa penjaga yang hidup dalam situasi keamanan yang tidak menentu”.



Tambah beliau lagi, yang lebih menyedihkan ialah keadaan keamanan yang tidak terkawal itu telah meletakkan puak sunni berdepan dengan berbagai bentuk diskriminasi, pembunuhan, pencabulan, pembersihan etnik terancang oleh pihak tertentu.



Beliau menyeru rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam agar segera bangkit memberi perhatian terhadap penderitaan yang dialami oleh saudara mereka di Iraq. “Kita orang Islam di sini (Malaysia) harus peka terhadap apa yang sebenarnya berlaku di Iraq kerana ia satu isu yang tidak mendapat liputan yang tepat dari pihak media”.

Abdullah menyatakan kekesalan kerana media gagal untuk memberi maklumat tepat terhadap apa yang berlaku di alam realiti dan berharap media Malaysia membongkar perkara ini dan bukan hanya menerima berita dari sumber barat.

“Saya kesal dengan keadaan ini. Sepatutnya menjadi peranan media Malaysia untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku dari sumber dalaman yang boleh dipercayai bukan sekadar bergantung kepada media barat yang menyembunyikan perkara yang sebenar”. Tegas Abdullah lagi.

Banyak Yahudi Miskin di Israel

Propaganda Israel untuk untuk menarik Yahudi dunia agar berhijrah ke Israel dijayakan atas dua kebohongan mitos besar;

1. Israel adalah negara kaya bagaikan surga hakiki di dunia di mana warganya merasakan kesejahteraan dan kekayaan melimpah.

2. Israel adalah negara berteknologi maju bahkan melebihi kemajuan negara-negara Barat.

Realitanya, media-media Israel sendiri mengungkap kedua mitos bohong tersebut dengan sebuah tajuk “setengah dari pendatang Yahudi Etiopia hidup di bawah garis kemiskinan”. Dalam artikelnya, wartawan Israel Tsepi Leivi dalam akhbar harian Yediot Aharonot melanjutkan tulisannya: “Bagian lain dari laporan tahunan yang dilansir oleh bank Israel yang mencakup data statistik terutama di bursa kerja bahawa kondisi sosial dan ekonomi para pendatang Yahudi Etiopia sangat buruk. Angka pengangguran melebihi dua kali ganda dari pendapatan ekonomi. Laporan juga menyatakan, setengah dari keluarga dan 2/3 keluarga Yahudi Etiopia hidup dalam kemiskinan,”

Seterusnya

Abbas Tangkap Penyokong Hizbut Tahrir

Hebron – Infopalestina: Hizbut Tahrir di Palestin mengecam penangkapan oleh pasukan keselamatan Palestin milik Abbas ke atas 10 pendokong Hizbut Tahrir dalam demonstrasi mengecam Annapolis.

Seterusnya

Sejarah Makkah

MAKKAH adalah sebuah bandar penting di negeri Hijau sejak daripada zaman sebelum Islam hinggalah ke hari ini, terletak di tengah Semenanjung Tanah Arab (Jazirah al-Arab) dan hampir dengan Laut Merah.

Makkah pada asalnya ialah sebuah wadi atau paya yang tidak ada apa-apa tumbuhan. Ini jelas seperti diterangkan melalui firman Allah yang bermaksud: “Ya Tuhan Kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di samping rumah suci-Mu. Ya Tuhan kami, supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikanlah hati manusia cenderung kepada mereka, dan kurniakanlah buah-buahan untuk menjadi rezeki mereka.” - (Surah Ibrahim, ayat 37)

SEterusnya

16 terbunuh dalam letupan

BAGHDAD: Seorang pengebom wanita yang memakai jaket dipenuhi bahan letupan meletupkan dirinya, menyebabkan 16 orang terbunuh di timur laut Baghdad semalam, tindakan yang dipercayai disasarkan kepada bekas pejuang Sunnah yang menyertai pasukan keselamatan memerangi al-Qaeda, kata polis.

Seramai 27 lagi cedera dalam letupan di bandar Muqdadiya, 90 kilometer ke timur laut Baghdad, di Diyala, wilayah pelbagai agama dan etnik dan daerah paling bahaya di Iraq. Wanita dan kanak-kanak adalah antara yang cedera, kata polis.

Seterusnya

Wanita Saudi tiada peluang bersukan

RIYADH: Wanita Arab Saudi belum berpeluang untuk bersukan walaupun pada peringkat amatur berikutan kekurangan tempat berlatih, manakala sebilangan pakar sukan di negara itu percaya wanita dilarang menyertai bidang sukan berpunca daripada masalah budaya.

Ketua Pengarah Persekutuan Dr Rashid Al-Hamed percaya jika kemudahan bertaraf antarabangsa disediakan untuk wanita mereka mampu menunjukkan bakat dan kebolehan dan mengetepikan halangan budaya.

Seterusnya

Pusat rawatan Islam pertama dibuka di Rusia

MOSCOW 7 Dis. – Berhiaskan ayat-ayat Al-Quran di dinding, pusat rawatan Islam pertama di Rusia mula dibuka minggu ini dan mendapat pujian di kalangan para pemimpin agama sebagai tanda penghormatan tinggi kepada Islam.

Mufti Besar Sheikh Ravil Gainutdin menyifatkan pembukaan pusat itu sebagai acara bersejarah.


Seterusnya

Friday, December 7, 2007

HAMAS (Ikhwanul Muslimin Palestin)

Usaha Nawaz Cabar Darurat Gagal

SLAMABAD 6 Dis. – Polis Pakistan hari ini menghalang bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif daripada menemui ketua hakim yang dipecat, Iftikhar Mohammed Chaudhry.

Nawaz telah mengetuai penyokong partinya, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dalam perarakan ke kediaman bekas ketua hakim itu sebagai mencabar perintah darurat yang diisytiharkan pada 3 November lalu.

Beliau bagaimanapun dihalang oleh kira-kira 300 anggota polis yang mendirikan sekatan konkrit dan dawai berduri dekat kediaman Iftikhar di sini.


Seterusnya

Thursday, December 6, 2007

Imbasan Wilayah Bergolak Patani



Israel Sabotaj Proses Damai

BAITULMAQDIS 5 Dis. – Pemimpin Israel dikutuk kerana cuba menghancurkan proses damai yang baru dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), George minggu lalu.

Rejim Yahudi itu dikutuk selepas mendedahkan rancangannya membina ratusan rumah baru di kawasan sekitar Baitulmaqdis.

“Rancangan ini satu percubaan untuk menghalang rundingan,” kata ketua perunding Palestin, Ahmed Qorei semalam.

Seterusnya

Pervez Pecat 37 Hakim

ISLAMABAD 5 Dis. – Kerajaan Pakistan hari ini secara rasmi telah memberhentikan 37 hakim termasuk bekas Ketua Hakim yang enggan mengesahkan perisytiharan darurat Presiden Jeneral Pervez Musharraf.

Hakim-hakim terbabit enggan mengangkat sumpah baru selepas Pervez mengisytiharkan darurat pada 3 November lalu atas alasan sistem kehakiman “mencampuri” urusan kerajaan.

Parti-parti pembangkang Pakistan termasuk pimpinan dua bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif telah mendesak hakim-hakim terbabit termasuk Ketua Hakim Iftikhar Muhammad Chaudhry dikembalikan ke jawatan.

Seterusnya

Kabul: 13 Terbunuh Bom Kereta

KABUL 5 Dis. – Seorang penyerang berani mati berkereta merempuh sebuah bas mini membawa askar Afghanistan di selatan Kabul pagi ini menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 20 lagi cedera.

Serangan bom itu dilakukan pada hari terakhir lawatan dua hari Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Afghanistan dan kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Seterusnya

Wednesday, December 5, 2007

Kempen Perpaduan Sunni-Syiah di Iraq



Subhanallah... jika ini benar-benar terjadi, sudah lama tentera pengganas Amerika hancur.

Senarai Orang Arab Terkaya

List Orang Kaya Arab Edisi 2007!
Posted on Wednesday, December 05 @ 07:34:53 MYT by SongkokPutih
Berita Luar Negara kiriman: www.dperantauan.com (Dubai)

Header3_2 List OK (Orang Kaya) Arab d dunia edisi 2007 keluar semalam (list 2006 boleh d capai d sini).

List
tahunan keluaran majalah mingguan business yang berpengkalan d Dubai, Arabian Business memaparkan anak raja Saudi Putera Al Waleed Bin Talal sebagai Arab paling kaya d dunia (tahun lalu dia d tangga kedua - d belakang Carlos Sim, Arab Lebanon d Amerika Selatan).


Carlos Sim "tidak layak" tahun ini atas sebab yang d nyatakan Arabian Business "we do not feel his heritage strictly defines him as Arab".
Antara info yang boleh d dapati d majalah/online ialah:
  • Raja/Emir/Sheikh tidak d masukkan dalam list ini (kecuali Putera Waleed)
  • Putera Waleed punya kekayaan USD29.5 billion (tahun sebelum USD28 billion) - meninggalkan Arab terkaya no 2 dengan jumlah USD5.5 billion!
  • UAE punya 10 orang kaya yang tersenarai dalam List 50 Arab Terkaya (kesemua 10 bertaraf billionaire!)
  • Orang paling kaya UAE ialah Abdul Aziz Al Ghurair - USD7.3 billion
  • Keluarga Bin Laden menduduki tangga ke-7 dengan kekayaan USD8.5 billion
  • 13 Orang Kaya baru memasuki list 2007
  • Saudi punya bilangan orang kaya teramai (dalam list ini ada 13 Orang Kaya), d ikuti UAE (10 OK) dan Kuwait (7 OK)
  • Lubna Olayan - wanita Arab terkaya d dunia
  • Billionaire termuda ialah Hind Hariri, anak perempuan bekas pemimpin Lebanon, Rafiq Hariri - berumur 24 tahun!
Banyak lagi fokus OK Arab boleh d capai dalam edisi online d sini
Kalau d lihat dalam list ini, boleh juga d analisa berapa ramai yang Muslim (yang beramal dan tidak). Berapa pula nilai zakat yang boleh d kumpul. Dari mana kumpul duit. Ingat, list ini tak termasuk OK dari kalangan Raja/Emir/Sheikh.

Mana pula antara mereka yang berstatus sahabat besar Abdul Rahman Auf, mahupun pemerintahan yang tidak perlu zakat seperti d zaman Khalifah 'Umar Abdul Aziz!

Thailand- 6 Maut 25 Cedera

Raja ajak rakyat bersatu, pulihkan perbalahan

PATTANI: Letupan kuat sebutir bom di Selatan Thailand meragut enam nyawa termasuk dua budak lelaki dan mencederakan 25 lagi semalam dalam salah satu serangan paling buruk dalam masa beberapa bulan ini di wilayah yang digegarkan dengan keganasan pemisah itu, kata jurucakap tentera.

Bahan letupan itu, yang diletakkan dalam tangki minyak sebuah motosikal, diletupkan ketika dua yang disyaki pemisah Islam menunggang motosikal terbabit melepas sebuah restoran di tepi jalan, kata Kolonel Akara Thiprote dalam temubual telefon.

Seterusnya

Jihad Islam Siapkan 70 Pembalas Berani Mati




Gaza-Infopalestina : Juru Bicara Brigade Al-Quds, sayap militer Gerakan Jihad Islam, Abu Ahmad berjanji kepada Israel untuk menggelar operasi syahid di wilayah Palestina jajahan 1948.

Jihad Islam berjanji akan kembali melancarkan roket-roketnya ke kota-kota sebelah utara Mujdal, ditengah aksi Israel di wilayah Gaza. Jihad Islam telah menyediakan 70 pemuda yang siap mati syahid untuk memerangi serdadu Israel ketika mereka memasuki Jalur Gaza.

Abu Ahmad menjelaskan hal tersebut hari kemarin (3/12) di depan para wartawan di Gaza. Ia mengatakan, Brigade Al-Quds telah mampu mengembangkan roket local yang menyamai roket Katyusa buatan Rusia.

Isu Nuklear Iran: AS Nyata Berbohong

WASHINGTON 4 Dis. – Laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) menyatakan Iran telahpun menghentikan program senjata nuklearnya empat tahun lalu, mengesahkan penilaian badan pengawas tenaga atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Tehran ‘tidak mendatangkan bahaya’ kepada dunia, kata pegawai kanan IAEA.

Laporan itu mengesahkan bahawa kenyataan (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)) sepanjang tahun lalu bahawa para pemeriksa tidak mendapati sebarang bukti kukuh terdapat program senjata nuklear yang tidak diumumkan,’’ kata pegawai yang enggan dinamakan.

Pada masa yang sama, perisikan itu mendapati tuduhan bahawa Iran berusaha untuk memiliki senjata itu sengaja dibesar-besarkan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.

Seterusnya

Israel Tak Percaya Iran Berhenti Senjata Nuklear

BAITULMUQADDIS 4 Dec. – Israel hari ini mendakwa Iran masih meneruskan pembangunan senjata nuklear, berbeza dengan laporan perisikan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS).

“Iran dipercayai telah menyambung semula program pembangunan senjata nuklear dan kami berjanji akan meneruskan kempen diplomatik bagi menghentikannya,” kata Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Walaupun laporan perisikan AS menyatakan Iran telah memberhentikan pembangunan program berkenaan pada 2003, tetapi Israel percaya projek tersebut telah disambung semula.

Seterusnya

Taliban Didakwa Hanya Kuasai 5 Daerah

KABUL 4 Dis. – Pejuang Taliban dilaporkan menguasai tidak lebih lima daripada 59 daerah di bahagian selatan Afghanistan.

Jurucakap Pasukan Bantuan Antarabangsa (ISAF), Brigedier Jeneral Carlos Branco semasa taklimat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates berkata, kumpulan pejuang terbabit juga terasing di bahagian selatan.

Menurutnya, Taliban mengawal “tidak lebih daripada lima daerah” dan menambah, terdapat 59 daerah di kawasan selatan.

“Sebagai gerakan pemberontak, Taliban telah gagal. Selepas enam tahun mereka hanya menguasai kawasan yang kecil. Mereka tidak boleh berdepan dengan tentera ISAF,” ujarnya.


Seterusnya

Tuesday, December 4, 2007

Nawaz pujuk Benazir pulau pilihan raya

ISLAMABAD 3 Dis. – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif bertemu seorang lagi bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto malam ini di Islamabad bagi memujuknya memulaukan pilihan raya umum 8 Januari ini.

Jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benzair, Farhatullah Babar memaklumkan pertemuan itu diadakan pada pukul 7 malam (10 malam waktu Malaysia) di kediaman Benazir yang dikenali sebagai Rumah Zardari.

Seterusnya


Israel Bebas Lebih 400 Tahanan (Sogok FATAH)


SEBAHAGIAN daripada 429 tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel bersorak kegembiraan sebaik tiba di Pos Pemeriksaan Beitouniya, Tebing Barat, semalam. – AP.

Israel bebas lebih 400 tahanan Palestin

KETZIOT 3 Dis. – Israel membebaskan lebih 400 tahanan Palestin dari Penjara Ketziot yang terletak di kawasan padang pasir Negev di selatan negara ini awal hari ini.

Baca seterusnya

Nasib Umat Islam di Angola

Pernah mendengar negara yang bernama Angola? Negara ini beberapa waktu lamanya terlibat dalam perang saudara, sepertihalnya kebanyakan negara-negara di Afrika. Nah, bagaimana nasib umat Islam di sana?

Belum lama ini, PBB mengeluarkan laporan yang mengungkap bahwa umat Islam di negara itu mengalami nasib mengenaskan. Mereka tidak mendapatkan hak dasar mereka untuk menjalankan ajaran agama. Pemerintah saat ini tidak mengakui mereka dan dari waktu ke waktu sering menutup masjid-masjid mereka.

Baca seterusnya

Berita AR-RAHMAH 4 DIS 07

Perjuangan Moro dan Kesultanan Sulu

Mukaddimah
Asal-usul Tausug
Asal-usul Orang Bajao & Kaum-kaum Lain
Islam Di Sulu
Kesultanan Sulu
Salsilah Kesultanan Sulu
Salsilah Aranan
Tausug Bangsa Pembela
Panji-panji Diraja Sulu
Cop Mohor Diraja Sulu
Pulau Janggi (Bukti)