Friday, January 25, 2008

700,000 penduduk Gaza banjiri sempadan Mesir




RAMAI: Ratusan ribu penduduk Gaza keluar masuk dengan bebas ke Mesir apabila tembok pemisah sempadan Gaza-Mesir diletupkan kelmarin.

Warga Palestin berpusu-pusu beli barang keperluan disekat Israel

RAFAH: Lebih 700,000 penduduk Gaza, atau hampir separuh daripada 1.5 juta keseluruhan rakyat wilayah itu membanjiri sempadan Mesir sejak dua hari lalu, untuk membeli barang keperluan harian. Seorang pegawai kanan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bagi Pelarian Palestin berkata kira-kira 400,000 orang menyeberang masuk kelmarin, manakala sekurang-kurangnya 300,000 orang memasuki sempadan Mesir, semalam.

Saksi berkata beratus ribu penduduk terus menyeberang ke sempadan, kebanyakannya mahu membeli barangan di sebelah Mesir seminggu selepas Israel menutup semua laluan masuk ke Semenanjung Gaza.


Mereka menyeberang masuk ke negara itu tanpa halangan selepas pejuang meletupkan tembok sempadan Gaza-Mesir di Rafah malam Selasa lalu, peluang yang dikatakan jarang diperoleh.

seterusnya

1 comment:

kayrolldin said...

mesir, jordan dan rab saudi adelah antare negare islam yg bodoh! mreka tindas umat sesame agame. sedih tengok palstine. msir plak dgr jekate USA utk menghalang rakyat teraniaya ni dr mendapatkan sesuap makanan.

tgh tercari2 maklumat ttg asia barat, terjumpe plak page ni. bleh tanye, adekah sume maklumat ni dr sumber yg tidak boleh meragukan?

terima kasih kerana membace komen sy.