Saturday, January 19, 2008

Thailand kini dakwa Al-Qaeda biayai pejuang

BANGKOK 18 Jan. – Kerajaan sementara Thailand hari ini mendakwa rangkaian Al-Qaeda membiayai pejuang pemisah di wilayah selatan negara ini.

“Keadaan semakin bertambah buruk kerana mereka menerima bantuan wang dari seberang laut, dari pertubuhan antarabangsa, Al-Qaeda,” kata jurucakap kerajaan, Chaiya Yimvilai.

“Terdapat pembabitan para pengedar dadah tempatan yang menyalurkan bantuan kewangan dan membeli senjata untuk pemisah,” katanya.

Kenyataan itu merupakan perubahan yang sebaliknya dalam pendirian kerajaan Thailand yang selama ini mengatakan konflik di tiga wilayah selatan tidak mempunyai hubungan langsung dengan kumpulan antarabangsa.

Pergolakan berdarah di wilayah majoriti penduduk Islam sejak Januari 2004 menyebabkan lebih 2,800 orang terbunuh.

seterusnya

1 comment:

Hamzah A said...

Inilah komen para pemerintah yang bodoh, apabila masalah dalaman negara tidak dapat diselesaikan, maka dengan cara menunding jari dan menuduh membabi buta adalah jalan penyelesaian mereka...pemerintah yang terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka dengan memperbudakkan pemikiran rakyatnya...