Thursday, April 24, 2008

Israel Sedia Serahkan Bukit Golan!

DAMSYIK 23 April - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, negaranya sedia berundur sepenuhnya dari Bukit Golan sebagai balasan untuk keamanan dengan Syria.

Kesediaan Israel itu telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kepada Presiden Bashar al-Assad.

"Perdana Menteri Recep telah menghubungi Presiden Bashar semalam dan menyatakan kesediaan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert untuk berundur sepenuhnya dari wilayah Syria di Golan sebagai balasan untuk keamanan," lapor media Al-Watan hari ini.

Damsyik menuntut supaya negara Yahudi itu mengembalikan keseluruhan wilayah strategik itu yang menganjur sehingga ke pantai Laut Galilee-yang merupakan sumber utama air Israel, sebagai "harga" untuk keamanan.

Tel Aviv keberatan untuk memenuhi tuntutan tersebut melalui rundingan damai yang kali terakhir diadakan pada tahun 2000.

Namun, media Israel melaporkan kesediaan Tel Aviv untuk memenuhi tuntutan tersebut selepas Syria bersetuju menamatkan pakatan dengan Iran dan sokongan berterusan kepada pejuang Palestin dan Lebanon.

- AFP

Israel menawan Bukit Golan dalam Perang Asia Barat pada tahun 1967 dan mendudukinya pada tahun 1981 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

sumber

1 comment:

Nur said...

salam

kalau tak silap saya bukit golan sebenarnya telah dapat di tawan olhe askar Egypt.. tetapi kerana kebodohan ketua askar Egypt menyerah bukit golan kepada israel maka askar egypt telah membunuh ketua askar itu

itu yang saya ingat..