Thursday, April 3, 2008

Uighur Bantah Pembunuhan & Larangan Bertudung



TUNTUT KEADILAN: Penduduk Muslim Uighur di wilayah Xinjiang, barat Laut China dilaporkan mengadakan bantahan terhadap kematian tahanan dan larangan memakai tudung.

BEIJING: Lebih 1,000 etnik Islam dilaporkan mengadakan bantahan di wilayah pedalaman China barat berikutan kematian seorang ahli perniagaan ternama ketika dalam tahanan.

Sebuah pertubuhan dalam buangan dan laporan media berkata bahawa laporan bantahan di wilayah Xinjiang dengan majoriti penduduk beragama Islam dibuat bulan lalu selepas pihak berkuasa China memberi amaran bahawa pengganas di sana merancang satu serangan terhadap Sukan Olimpik Beijing.

Ia juga dilaporkan berlaku ketika pihak berkuasa China cuba menangani rusuhan yang lebih besar di wilayah berjiran Tibet. Penduduk di kedua-dua wilayah sejak sekian lama mendakwa mereka ditindas di bawah pemerintahan China.

Bantahan di Xinjiang pada 23 dan 24 Mac yang didominasikan kumpulan wanita dari kumpulan etnik Islam Uighur juga menggesa pihak berkuasa menghapuskan larangan terhadap pemakaian tudung kepala, kata kumpulan terbabit.

"Puak Uighur mula membantah selepas pembunuhan Mutallip Hajim, yang mati ketika dalam tahanan polis," kata Alim Seytoff, ketua Kongers Uighur Dunia di Amerika Syarikat kepada AFP.

"Wanita terbabit juga membantah terhadap larangan memakai tudung kepala."

sumber


No comments: