Tuesday, July 8, 2008

Siapa Peduli Selatan Thai?

Masih adakah lagi sesiapa yang peduli nasib penduduk Islam selatan Thai. ?

Soalan ini di tanya oleh semua lapisan masyarakat selatan Thai , terutama di tiga wilayah selatan Pattani, Yala dan Naratiwats. Penoreh getah, pelajar sekolah, guru, pegawai kerajaan lebih-lebih lagi penduduk kampong, mereka menyimpan soalan ini dalam hati, kerana bagi mereka tiada siapa lagi yang peduli di kalangan penduduk dunia terutama dari Negara jiran Islam seperti Malayisia.

Sampai bila mereka harus hidup dalam ketakutan , rasa benci dan curiga pada semua orang sekeliling. Hari ini mereka hanya menunggu bila bom akan meletup, bila bunyi tembakan akan kedengaran dan apa lagi musibah yang bakal berlaku di depan mereka atau ke atas diri mereka sendiri.Masih adakah lagi sesiapa yang peduli nasib penduduk Islam selatan Thai. ?

Kehidupan dan kematian dipisahkan oleh garis yang sangat kecil sekali, hari ini beberapa lelaki mati di tembak esok penduduk kampong sebelah di bom , bila-bila masa, ada yang menjadi mangsa tiada siapa dapat pastikan. Hari-hari di hebahkan semua kejadian adalah angkara kumpulan pemisah , militant atau penduduk Islam, namun hakikat yang dunia tak tahu atau yang cuba di sembunyikan oleh regim kuffar Bangkok adalah penduduk Islam dibunuh oleh kakitangan kerajaan atau dengan kata lain tentera Thai sendiri. Bagi penduduk kampong sekarang apa yang berlaku adalah penghapusan etnik Melayu Islam oleh kerajaan kafir Thai.

Siapa yang peduli lagi pak imam atau ustaz ditembak oleh orang yang tidak dikenali . Siapa ambil tahu berapa ramai penduduk kampong yang tidak dapat pergi menorah getah atau ke kebun buah kerana takut .Adakah orang nak tanya berapa ramai anak-anak yatim tidak bersekolah pada hari ini. Semuanya yang menjadi mangsa adalah saudara kita yang beragama Islam yang dipisahkan oleh sebatang sungai sahaja.

Kita merayu , kerajaan Malaysia khasnya selaku anggota OIC dan rakyat Malaysia amnya mainlah peranan sewajarnya , atas dasar kejiranan , kemanusiaan lebih-lebih lagi seakidah . Sanggupkah kita membiarkan saudara kita tidur dalam kedukaan, makan dalam tangisan , bekerja dalam ketakutan tanpa ada pembelaan. Berikan sedikit harapan kepada mereka yang telah lama hidup tertekan, jenuh kepayahan keperitan . Buatlah siasatan sewajarnya, bantulah seadanya jangan kita membiarkan kezaliman di lakukan sewenang-wenangnya.

Apa nak di bangga dengan mercu tanda tersergam, pintu gerbang gemerlapan , rumah berbelas bilik ,kolam dan kemewahan sedang jiran dalam kesusahan. Kita harus khuatir atau takut amaran Allah dan rasul akibat tidak mengasihani saudara seagama. Apakah tidak mungkin perkara seumpamanya tidak akan berlakku ke atas Negara kita, atau mungkinkah Allha Taala akan turunkan bala yang seumpamanya dek kelapaan kita . Masih adakah sesiapa yang perihatin akan musibah yang menimpa saudara-saudara kita. .

sumber

1 comment:

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

Salam.. lebih kasihan kerana kebanyakan dari mereka kurang penghayatan terhadap Islam. Teringat masa sekolah dahulu apabila pelajar2 Siam datang melawat ke sekolah, rata-rata tidak tahu solat. Penduduk Siam yg asalnya beragama Islam sudah tidak lagi berani menonjolkan diri mereka sebagai Islam, nama Islam juga tidak begi relevan..