Saturday, August 23, 2008

Dua Exco Perak ugut saman BPR RM100j

IPOH 22 Ogos - Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak mengugut untuk memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekiranya gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengaitkan mereka dengan satu kes rasuah sebuah projek perumahan di Seri Iskandar yang didakwa palsu dan berunsur fitnah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi turut meminta pihak media berbuat demikian atau berhadapan dengan tindakan sama kerana menyiarkan laporan palsu.

Mohd. Osman berkata, selepas berita mengenai penahanannya disiarkan secara meluas dalam akhbar dan televisyen, beliau seisi keluarga merasa tertekan dan malu kerana dikaitkan dengan rasuah serta seks.

Katanya, tuduhan tersebut sebenarnya tidak berasas dan merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mencemarkan nama baik kerajaan negeri serta ingin mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

''Saya memberikan tempoh selama 24 jam kepada BPR dan media untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan atau saya akan memfailkan saman sebanyak RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

seterusnya

2 comments:

MR. SATU UMAT said...

Bertindak nekad, tanpa mempedulikan kesan, risiko dan implikasi buruk daripada nya , bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli telah bertindak, dengan bantuan Pengarah BPR Perak , Samsiah bertindak ‘memerangkap’ dua exco Perak, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi.

Sudah digoda sebelum ini , tapi tidak berjaya. Puas sudah ikhtiar dan usaha dibuat , namun masih gagal . Pujuk dan rayu , juga tidak berjaya .Pelbagai umpan ditaburkan ,sia – sia juga.

Kerana tamak dan haloba , mengejar pangkat , kuasa dan harta , semua perkiraan diletakkan ke tepi , nafsu dan akal bertelagah mencari yang benar , akhir kehancuran juga yang menimpa

Kerajaan Perak mahu BPR, media mohon maaf

IPOH: Kerajaan Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan.

Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik. Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.

Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin.

Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan. “(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku.

“Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri.

“Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya.

Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang. Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.
"
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14801