Sunday, September 21, 2008

7 Penjenayah Perang Bosnia Dipenjara

SARAJEVO 29 Julai - Tujuh penjenayah Serb dipenjara antara 38 dan 42 tahun oleh Mahkamah Jenayah Perang Bosnia hari ini setelah didapati bersalah melakukan 'pembersihan etnik' di Srebrenica pada Julai 1995.

Hakim Hilmo Vucinic turut mensabitkan enam daripada tertuduh terlibat secara langsung dalam pembunuhan lebih 1,000 umat Islam di bandar Kravice, timur Bosnia.

Antara yang dijatuhi hukuman ialah Milos Stupar, 42, bekas komander perang yang didapati bersalah kerana tidak menghalang pembunuhan dan gagal menghukum penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah yang dibarisi panel hakim dari Bosnia, Belanda dan Amerika Syarikat (AS) itu membebas empat lagi tertuduh.

"Semua defendan tahu bahawa dengan membunuh lelaki Islam Bosnia, mereka terbabit dalam penghapusan etnik Bosnia dari Srebrenica.

"Mereka jelas membunuh beratus-ratus umat Islam Bosnia dengan tujuan mengusir umat Islam Bosnia dari Srebrenica," kata Hakim Vucinic.

- AFP

sumber

No comments: