Wednesday, October 15, 2008

Bekalan Lanun Somalia Cukup 20 Tahun

NAIROBI, Kenya 6 Okt. – Seorang penganalisis Somalia, Ted Dagne berkata, kumpulan lanun di negara itu mempunyai kelengkapan senjata yang mencukupi untuk berperang selama 20 tahun.

Justeru, katanya, kempen memerangi lanun akan menemui jalan sukar, ditambah lagi dengan sikap lanun yang rela mati.

“Tidak ada jalan untuk memenangi pertempuran apabila satu pihak lagi mempunyai pemikiran rela untuk mati,” katanya kepada The Associated Press semalam.

Menurut Dagne, kumpulan lanun di Somalia mempunyai peruntukan kewangan, pentadbiran yang lebih baik daripada apa yang disangkakan oleh kebanyakan orang.

Malah katanya, mereka juga mempunyai kelengkapan persenjataan jauh lebih baik.

“Mereka juga mendapat sokongan daripada komuniti mereka dan sebahagian pemimpin kerajaan. Sesetengah kumpulan lanun itu malah berjanji untuk menyumbangkan sebahagian wang tebusan yang diperolehi untuk membangunkan sekolah dan jalan-jalan raya,” katanya.

Berdasarkan jumlah wang tebusan yang dibayar, kegiatan lanun dianggap sumber pendapatan terbesar di Somalia, katanya.

Menurut beliau, kumpulan lanun jarang mencederakan tebusan mereka, sebaliknya hanya menahan mereka untuk mendapatkan wang tebusan.

sumber

1 comment:

Ibnu Mohyeddin said...

ASSALAMUALAIKUM ... SALAM UKHUWAH .. SALAM PERJUANGAN