Monday, November 17, 2008

Video Semangat Rakyat Iran Melawan Barat



Paparan ini dibuat atas dasar 'pemberitaan'. Laman Satu Umat dan dakwah Tajdid Segar sama sekali tidak menyokong apa yang salah daripada fahaman Syiah.

1 comment:

Jernih said...

Salam~

Benar adalah salah adalah suatu perkara yang subjektif. Ianya dibuat mengikut ukuran mereka2 yang membuat penilaian. Persoalannya, dengan ukuran apakah benar salah itu dibuat?. Apakah dengan ukuran ketaksuban mazhab, keegoaan peribadi atau atas dasar ketaqlidan membabi buta.

Meskipun Iblis laknatullah, menjustifikasikan keengganan dia untuk sujud kepada Adam as, atas dasar qiyas dengan mengatakan dirinya lebih mulia dari Adam kerana dia dijadikan dari api sedangkan Adam as. dijadikan dari tanah. Moralnya di sini, Iblis menghalalkan tindakannya atas dasar yang salah dengan membelakangi perintah Allah lantas Allah itu sendiri dan mengutamakan pendapat dan pandangan dirinya sendiri.

Kalau ada mana-mana kumpulan mazhab menyalahkan kumpulan yang lain, atas dasar apakah mereka menjustifikasikan penilaian mereka?. Realitinya yang tidak dapat dinafikan oleh orang yang tulus ialah orang yang bermazhab Syiah di Iran dan Lubnan sebagai contoh paling cemerlang dan merupakan kumpulan manusia yang paling ke hadapan berhadapan dengan Israel dan Amerika sambil paling ikhlas membantu ummat Islam yang tertindas di Palestin. Mereka bukan sahaja amat bersedia dari segi ilmu, persenjataan bahkan dari video tadi, mereka bersedia bahkan sampai mengorbankan urat2 dan darah mereka sendiri.

Buat golongan yang menyalahkan orang lain dan secara tidak langsung, ego dengan kebenaran golongan sendiri, apakah contoh terbaik anda yang telah ditunjukkan kepada manusia sejagat dalam bentuk jamaah, negeri atau negara?. Siapakah yang mampu menandingi Hizbullah dan Republik Islam Iran?. Kalau benar anda berada dalam kumpulan yang paling benar dan anggun, di manakah model-model manusiawi dan praktikal anda yang berada dalam alam realiti dan bukan dalam alam khayalan?. Di manakah yang salah di sini?

Ma'assalam