Thursday, January 31, 2008

Perpustakaan Denmark Iktiraf Kartun Hina Rasulullah Bahan Sejarah


Perpustakaan Denmark 'Royal Library' - perpustakaan terbesar dan terpenting di seluruh Skandinavia menyatakan keinginannya untuk menyimpan kartun-kartun kontroversi yang pernah dimuatkan dalam akhbar Denmark dua tahun yang lalu.

Kartun-kartun itu mencetuskan kemarahan dunia Islam karena memaparkan gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad Saw. Namun jurucakap Royal Library Jytee Kjaergaard, seperti dikutip surat kabar Guardian edisi Rabu (30/1) mengatakan, pihaknya tidak bermaksud mempamerkan kartun-kartun itu, tapi hanya menyimpannya agar generasi generasi akan datang tahu bahawa kartun-kartun pernah mencipta sejarah di Denmark.

Royal Library akan mengambil alih hak milik kartun-kartun tersebut atas nama muzium seni kartun Denmark, untuk kepentingan pelestarian benda-benda yang dianggap bersejarah. Royal Library sendiri sudah megesahkankan kartun-kartun menghina Nabi Muhammad Saw itu sebagai bahan bersejarah.

"Di sinilah tempat yang sesuai untuk menyimpan kartun-kartun itu karena kami akan mengambil langkah keselamatn untuk menjaganya. Kartun-kartun itu akan diperlakukan seperti buku-buku langka lainnya, " kata Kjaergaard seraya menambahkan yang kartun-kartun itu tidak akan dipamerkan umum.

"Tidak mudah bagi orang yang datang untuk melakukan sabotaj karena sesiapa pun yang ingin melihat kartun-kartun itu, walaupun untuk tujuan penyelidikan mesti membawa surat sokongan dari profesor universiti orang yang berkaitan, " jelas Kjaergaard.

Rencana Royal Library menyimpan 12 kartun yang pernah dimuat dalam akhbar Denmark Jylland Posten pada 12 September 2005, menarik minat sebuah media khusus muzium untuk membuat artikel tersebut. Namun pengarah media tersebut, Ervin Nielsen ingin memasang kartun-kartun tersebut sebagai ilustrasi artikelnya.

"Kalau perpustakaan berhasil mendapatkannya, kami ingin memperlihatkan kartun-kartun itu bersama dengan laporan-laporan media tentang penyiaran dan aksi-aksi protes yang mengecamnya, " kata Nielsen.

Menurut Nielsen, ia hanya ingin menyampaikan informasi dan bukan ingin memprovokasi dengan menyiarkan kembali kartun-kartun itu dalam artikelnya.

Bagaimana dengan reaksi 200.000 warga Muslim Denmark terhadap rancangan Royal Library? Organisasi Danish Muslim Society menyatakan mereka tidak akan terprovok. "Kami tidak akan melakukan aksi protes apapun, karena kami juga tidak mendapatkan hasil apapun ketika kami berusaha menuntut akhbar-akhbar yang menyiarkan kartun tersebut, " kata juru bicara Komuniti Muslim Denmark, Kasem Said. (ln/iol)

sumber

Salji tebal landa kota Asia Barat






RIBUT salji melanda kota Baitulmaqdis dengan gambar (kiri) menunjukkan Masjid Omar atau Masjid Kubah Emas bertentangan Masjidil Aqsa diselimuti salji, menyebabkan sekolah dan perniagaan ditutup, manakala pengangkutan awam dihentikan.

Salji selalu turun di Baitulmaqdis sekali atau dua kali setiap kali musim sejuk tetapi cuaca jarang jatuh di bawah paras beku.

sumber

Poster Pilihanraya Malaysia Dihadkan

ALOR STAR 30 Jan. – Bilangan poster dan bendera yang dipasang di setiap daerah pada pilihan raya umum akan datang akan dihadkan bagi memberi keadilan kepada semua parti ketika berkempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, tindakan itu adalah untuk kebaikan kepada semua pihak dan memberi ruang yang sama kepada parti yang bertanding menampal poster calon mereka.

Menurutnya, keputusan SPR untuk mengehadkan bilangan poster kali ini bukan bertujuan mengganggu proses berkempen atau menyekat kebebasan mana-mana pihak tetapi mahu mendisiplinkan mereka yang bertanding.

seterusnya

Wednesday, January 30, 2008

Kenali Bumi Algeria (video)

Bintang Bolasepak Paling Popular Sokong Palestin!


Muhammad Aboutreika, pemain bolasepak yang berasal dari Mesir menjadi menjadi pemain bolasepak paling popular di dunia berdasarkan undian International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) yang berpusat di Jerman.

Dari 2.727.548 orang pengundi melalui laman IFFHS, 1.017.786 orang memilih Aboutreika sebagai pemain bolasepak pilihan, mengalahkan pemain-pemain lagenda seperti Kaka, David Beckham, Ronaldo, Ronaldinho, Thierry Henry dan Francesco Totti.

Kaka, pemain bolasepakBrazil yang dinobatkan sebagai "World Player" pada tahun 2007, hanya menduduki tangga ke-7 sedangkan Beckham berada di peringkat ke-14. Aboutreika, yang bermain untuk kelan bolasepak Mesir El-Ahly, masuk nominasi pemilihan bersama 50 pemain bolasepak dunia lainnya dari pelbagai kelab bolasepak terkemuka seperti Barcelona, Liverpool dan AC Milan. Undian dilakukan pada akhir Disember sampai 3 Januari dan hasilnya diumumkan hari Isnin (28/1) .

Aboutreika dikenal sebagai pemain yang rendah hati dan bersahaja. Hari Sabtu lalu, dia menunjukkan sokongannya kepada warga Ghaza yang sedang diblok rejim Israel.

Saat itu pasukan Mesir sedang berhadapan dengan pasukan Sudan dalam kejuaraan Africa Cup of Nations. Ketika berhasil memasukkan bola ke gawang lawan, Aboutreika tiba-tiba mengangkat bahagian depan kaos seragam pasukannya dan kelihatan tulisan "Sympathize With Ghaza" di T-Shirt putih yang dikenakannya. Tindakan Aboutreika itu sempat membuat Israel berang.

Pada kejuaraan yang sama tahun 2006, Aboutreika melakukan tindakan serupa setelah berhasil mencetak satu gol. Ia memperlihatkan T-Shirt yang dikenakannya bertuliskan "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" sebagai reaksi atas munculnya kartun yang menghina Nabi Muhammad di Denmark.

Di media Barat, Aboutreika dijuluki sebagai "The Smiling Assasin" karena ketangkasannya mencetal gol dan senyumnya yang selalu mengembang.

Selain sebagai pemain bolasepak, Aboutreika adalah salah satu duta PBB untuk Program Pembangunan (UNDP) bersama 40 bintang bolasepak lainnya seperti Ronaldo dan Zinedine Zidane, yang pada tahun 2005 menggelar pertandingan persahabatan "Match Against Poverty" di Jerman. Sekarang, Aboutreika menjadi duta bagi World Food Program untuk memerangi ancaman kebuluran. (ln/iol)

sumber

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia


aKUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.


aSebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

KEMASKINI
sumber

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

sumber


Tuesday, January 29, 2008

Musharraf Temui Barak!


Berita seputar pertemuan antara Presiden Pakistan Pervez Musharaf dan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak menjadi berita yang hangat di Pakistan. Juru bicara kementerian luar negeri Pakistan secara rasmi mengakui pertemuan itu, namun juru cakap Musharraf membantahnya.

Jubir kementerian luar negeri Pakistan Sadiq Khan membenarkan pertemuan antara Musharraf dan Barak pekan kemarin di Paris. Menurut Khan, pertemuan itu bukan pertemuan yang sudah dijadualkan, tapi lebih berupa kebetulan saja. Musharraf dan Barak, kata Khan, berbicara hanya beberapa minit saja di lobby hotel.

seterusnya

Suharto selamat bersemadi

Suharto selamat bersemadi


Anggota tentera Indonesia membawa gambar Suharto yang diringi paluan dram ketika berlangsungnya majlis pengebumian beliau. – AFP.


MATESIH, Indonesia 28 Jan. – Jenazah bekas Presiden Muhammad Suharto selamat disemadikan tengah hari ini dengan penuh penghormatan tentera, mengakhiri babak kontroversi dalam sejarah pemerintahannya selama 32 tahun.

Bekas Presiden berusia 86 tahun yang didakwa mengamalkan korupsi dan tercemar dengan pelanggaran hak asasi manusia ini telah disemadikan mengikut upacara pengebumian negara di pusara keluarganya, Astana Giribangun di bandar kecil Matesih, Jawa Tengah

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberikan ucapan singkat ketika anggota keluarga terdekat menaburkan kelopak bunga mawar dan melur di atas kerandanya.

Suharto disemadikan di sebelah pusara isterinya, Siti Suhartinah yang meninggal dunia pada 1996.

sumber

Sunday, January 27, 2008

Ahli Politik Peranchis Cuba Menangi Undi Muslim

PARIS: Ramai Datuk Bandar dan anggota majlis tempatan yang mewakili hampir setiap ahli politik Perancis kini saling berlumba-lumba mendapatkan pengaruh pengundi Muslim, termasuk menjanjikan pembinaan masjid baru sempena pilihan raya pihak berkuasa tempatan pada Mac depan.

“Kebanyakan calon sudah menyedari kepentingan bahawa pentingnya masjid baru sebagai cara terbaik memenangi hati pengundi Muslim,” kata pegawai Persatuan Muslim Gennevillier, Eissa Nahari yang dipetik media Arab, semalam.

Pemilihan kerajaan tempatan itu yang akan diadakan pada 9 dan 16 Mac depan, menyaksikan pertandingan kerusi utama, termasuk jawatan Datuk Bandar dan Pengerusi Majlis Tempatan.

sumber

Hamas terus tekan Mesir



KENDERAAN dari Gaza merentasi sempadan di Rafah untuk ke bandar El Arish selepas pejuang Hamas membuka laluan lebih besar untuk membolehkan penduduk Palestin ke Mesir dengan lebih mudah, semalam.


RAFAH , Palestin 26 Jan. – Penduduk Palestin dari Genting Gaza hari ini buat kali pertama memasuki Mesir dengan menaiki kenderaan selepas pejuang Hamas menggunakan jentolak untuk membuka laluan kenderaan di sempadan yang dibolosi sejak lima hari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, berpuluh-puluh anggota polis pencegah rusuhan Mesir membentuk rantaian manusia untuk menyekat dua laluan yang digunakan oleh kenderaan di sempadan tersebut.

Beberapa kenderaan berperisai Mesir mengambil kedudukan untuk membantu anggota polis berkenaan.

seterusnya

Friday, January 25, 2008

700,000 penduduk Gaza banjiri sempadan Mesir




RAMAI: Ratusan ribu penduduk Gaza keluar masuk dengan bebas ke Mesir apabila tembok pemisah sempadan Gaza-Mesir diletupkan kelmarin.

Warga Palestin berpusu-pusu beli barang keperluan disekat Israel

RAFAH: Lebih 700,000 penduduk Gaza, atau hampir separuh daripada 1.5 juta keseluruhan rakyat wilayah itu membanjiri sempadan Mesir sejak dua hari lalu, untuk membeli barang keperluan harian. Seorang pegawai kanan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bagi Pelarian Palestin berkata kira-kira 400,000 orang menyeberang masuk kelmarin, manakala sekurang-kurangnya 300,000 orang memasuki sempadan Mesir, semalam.

Saksi berkata beratus ribu penduduk terus menyeberang ke sempadan, kebanyakannya mahu membeli barangan di sebelah Mesir seminggu selepas Israel menutup semua laluan masuk ke Semenanjung Gaza.


Mereka menyeberang masuk ke negara itu tanpa halangan selepas pejuang meletupkan tembok sempadan Gaza-Mesir di Rafah malam Selasa lalu, peluang yang dikatakan jarang diperoleh.

seterusnya

48 maut bertempurdi Pakistan

ISLAMABAD 24 Jan. - Sekurang- kurangnya 40 pejuang militan dan lapan askar Pakistan terbunuh dalam pertempuran sengit selama 24 jam di sebuah kawasan suku kaum yang bersempadan dengan Afghanistan.

Tentera Pakistan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata 30 pejuang militan turut ditangkap dalam pertempuran di daerah suku kaum Waziristan Selatan.

Daerah itu merupakan tempat persembunyian seorang ketua pemberontak yang merancangkan pembunuhan pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto.

"Seramai 40 pejuang militan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam dan 30 lagi ditangkap, kebanyakannya cedera," kata kenyataan itu.

Askar-askar Pakistan telah menggempur kawasan-kawasan persembunyian militan dalam pertempuran selama beberapa hari di kawasan pergunungan itu yang menyaksikan lebih 20 askar dan 100 pejuang militan terbunuh, tambah kenyataan itu.

seterusnya

Thursday, January 24, 2008

Tiada Restoran Halal di Rusia

Dewan Mufti Islam Rusia mengumumkan kehidupan Muslim di negerinya tidak nyaman karena tak ada restauran dan café yang menyediakan makanan halal sesuai syariat Islam.

Kantor Berita Rusia menyebutkan ungkapan Jafar Aziz Bayev, ketua pusat pemantauan makanan halal di Rusia yang berada di bawah Dewan Mufti, yang kecewa karena tidak satupun restoran dan café di Rusia yang mau menyajikan makanan halal. Menurutnya, Dewan Mufti Rusia selama ini tidak bisa lagi memperpanjang labelisasi halal bagi sejumlah rumah makan maupun café di Moskow, karena ternyata banyak aktifitas yang dilakukan para pengelola rumah makan itu tidak sesuai dengan prinsip Islam.

sumber

Penduduk Gaza serbu Mesir -- Pejuang Hamas musnahkan tembok sempadan


Pasukan keselamatan Mesir tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya melihat penduduk Palestin melintasi sempadan ke negara itu selepas tembok yang memisahkan Genting Gaza dan Mesir dirobohkan oleh pejuang Hamas, semalam. – AP.

RAFAH, Gaza 19 Jan. – Berpuluh-puluh ribu penduduk Gaza memasuki Mesir hari ini selepas pejuang Palestin memusnahkan tembok sempadan iaitu tindakan dramatik sebagai membantah penutupan semua pintu masuk oleh Israel yang mendapat sokongan Kaherah.

Penduduk Gaza berbondong-bondong memasuki kawasan sempadan itu dengan menaiki kereta, pedati dan berjalan kaki

Mereka dilaporkan membanjiri bandar Gaza di sempadan Mesir bagi membeli bahan api dan pelbagai barangan yang bekalannya kurang serta mahal berikutan tindakan rejim Tel Aviv menyekat pintu sempadan.

Kakitangan keselamatan Hamas mengawal lalu lintas sempadan dan penduduk yang keluar masuk kepada dua laluan dan memeriksa barang-barang.

Seorang lelaki yang kembali ke Gaza dengan membawa tujuh pucuk pistol telah dirampas oleh petugas keselamatan terbabit.

seterusnya

Tuesday, January 22, 2008

Israel lancar satelit risik Iran

BAITULMAQDIS 21 Jan. – Israel hari ini telah melancarkan satelit perisikan yang mampu meninjau sebarang perkembangan yang berlaku di negara musuhnya iaitu Iran walaupun pada waktu malam atau ketika langit berawan.

Satelit TECSAR yang dihasilkan oleh Industri Aeroangkasa Israel beroperasi dengan sistem radar yang maju dengan keupayaan pemantauan lebih baik daripada satelit Ofek yang menggunakan kamera.

Satelit ini berperanan besar dalam merisik usaha Iran yang didakwa menjalankan aktiviti penghasilan senjata nuklear.

– AP

sumber

Monday, January 21, 2008

Jenayah Perang Israel




KESEJUKAN: Penduduk Palestin membakar unggun api selepas bekalan elektrik putus di Gaza.

Zionis serang orang awam, tidak benar bahan api dihantar ke Gaza: PBB

GENEVA: Tindakan Israel menyerang pejabat Hamas di Gaza Jumaat lalu yang menyebabkan kecederaan ramai tetamu di sebuah majlis perkahwinan berhampiran adalah 'jenayah perang' dan mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum.

Keadaan juga semakin genting selepas Israel terus enggan membuka lintasan sempadan pada hari ketiga bagi membolehkan bahan api dihantar ke Gaza menyebabkan satu-satunya loji kuasa di situ menutup satu daripada dua enjin wapnya., semalam.


Satu lagi enjin wap itu akan ditutup beberapa jam kemudian yang bermakna 1.5 juta penduduk Gaza akan menerima separuh daripada keperluan elektrik sebanyak 240 megawatt, kata Sari Bashi, pengarah kumpulan hak asasi manusia GISHA.

sumber

Hidup Palestin

Sunday, January 20, 2008

Tentera Syurga-kerajaan bertempur, 70 maut

KERBALA 19 Jan. – Sekurang- kurangnya 70 orang terbunuh manakala lebih 100 cedera dalam satu pertempuran antara kumpulan ajaran sesat yang menggelarkan diri mereka “Tentera Syurga” dengan pihak berkuasa terutamanya di dua bandar besar Iraq, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Basra dan Nasiriyah, sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh. Sejumlah lagi mangsa dilaporkan maut dalam beberapa kejadian berasingan di sekitar Iraq.

Pertempuran ini berlaku ketika berlangsungnya sambutan hari Ashura yang dianggap hari suci oleh puak Syiah di negara itu.

Hari Ashura yang disambut selama 10 hari oleh puak Syiah bagi meratapi kematian cucu Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Hussein yang dibunuh lebih 1,300 tahun lalu di Karbala.

seterusnya

Saturday, January 19, 2008

3 Muslimah Belanda Jadi Personaliti TV


"Kami semuanya perempuan Belanda. Meskipun ada darah Marroko dalam diri kami yang tidak mungkin terputus. Terlepas dari itu semua, kami adalah Muslimah. "

Ini ungkapan salah satu dari muslimah Belanda, yang tergabung dalam Tiga Muslimah Berjilbab yang kini menjadi bintang siaran televisi bernuansa dialog yang diselingi humor yang cerdas. Mereka dengan lincah mampu mengomentari banyak hal dalam perdebatan dengan bahasa yang baik dan tidak bertentangan dengan komitmen Islam.

seterusnya

Israel Tutup Gaza 7 Hari

GAZA: Tentera Israel yang menerima arahan Menteri Luar Ehud Barak, bertindak menutup Semenanjung Gaza dari dunia luar selama tujuh hari berturut-turut mulai semalam, sehari selepas jet pejuangnya membunuh tujuh warga Palestin atas alasan mengekang serangan roket ke negara Yahudi berkenaan.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin maut di tangan Israel dalam tempoh tiga hari.

sumber

Thailand kini dakwa Al-Qaeda biayai pejuang

BANGKOK 18 Jan. – Kerajaan sementara Thailand hari ini mendakwa rangkaian Al-Qaeda membiayai pejuang pemisah di wilayah selatan negara ini.

“Keadaan semakin bertambah buruk kerana mereka menerima bantuan wang dari seberang laut, dari pertubuhan antarabangsa, Al-Qaeda,” kata jurucakap kerajaan, Chaiya Yimvilai.

“Terdapat pembabitan para pengedar dadah tempatan yang menyalurkan bantuan kewangan dan membeli senjata untuk pemisah,” katanya.

Kenyataan itu merupakan perubahan yang sebaliknya dalam pendirian kerajaan Thailand yang selama ini mengatakan konflik di tiga wilayah selatan tidak mempunyai hubungan langsung dengan kumpulan antarabangsa.

Pergolakan berdarah di wilayah majoriti penduduk Islam sejak Januari 2004 menyebabkan lebih 2,800 orang terbunuh.

seterusnya

Thursday, January 17, 2008

Palestin Perjuangan Kita Semua (video)

Cuaca Sejuk Luar Biasa di Saudi Korbankan 10 Orang

Perubahan cuaca yang ekstrim melanda beberapa negara, setelah Iran dan Pakistan yang dilanda hujan salju terparah sehingga menimbulkan korban jiwa, beberapa wilayah di Arab Saudi juga mengalami musim dingin yang berat sehingga menyebabkan 10 orang tewas dan ratusan hewan mati.

Musim dingin kali ini, disebut-sebut sebagaim musim dingin paling dingin dalam kurun waktu beberapa tahun terakhir. Di kota Jeddah misalnya, menurut laporan prakiraan cuaca, suhu di kota ini turun drasti menjadi 11 derajat Celsius. Di Riyadh, suhu udara mencapai minus 2 derajat Celcius, di Madinah suhu udara mencapai 2 derajat Celcius dan di utara Tabuk mencapai minus 4 derajat Celcius.

seterusnya

srael bunuh ketua pejuang Briged Al-Quds

JENIN 16 Jan. – Tentera Israel menembak mati ketua sayap bersenjata bagi pergerakan Jihad Islam, Walid Abeidi dalam satu pertempuran di Tebing Barat, hari ini.

Sumber keselamatan Palestin berkata, pemimpin berusia 40 tahun itu ditembak mati dalam satu pertempuran sengit setelah rumahnya di Qabatiya dikepung oleh tentera Zionis.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan pihaknya membunuh Walid dan menahan seorang lagi.

seterusnya

Wednesday, January 16, 2008

Bom di Thailand: 37 Cedera


Pihak polis Thai memeriksa dan menyiasat kawasan berlakunya letupan bom.

BANGKOK 15 Jan. – Seramai 37 orang cedera parah apabila bom yang disembunyikan pada sebuah motosikal meletup di sebuah pasar yang sesak dengan pengunjung di selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Yala itu, bom seberat beberapa kilogram itu turut menyebabkan 28 yang lain mengalami cedera ringan.

Seramai 10 daripada mereka mengalami kecederaan parah apabila bom itu meletup pada pukul 6.35 pagi tadi (7.35 waktu Malaysia).

seterusnya

Tuesday, January 15, 2008

8 Tentera Thai Terbunuh


Tentera Thailand berkawal di kawasan yang menjadi sasaran terbaru puak pemisah sempadan Thai yang mengorbankan lapan anggota tentera di wilayah Narathiwat, semalam. – Reuters.


BANGKOK 14 Jan. – Lapan anggota tentera Thailand terbunuh apabila kenderaan mereka diserang hendap oleh puak pemisah di wilayah selatan, kata jurucakap tentera.

Anggota tentera terbabit diserang hendap kira-kira pukul 9.40 pagi (10.40 pagi waktu Malaysia) di Narathiwat, sebuah daripada tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia yang bergolak sejak empat tahun lalu, kata jurucakap itu, Acar Tiproch kepada AFP.

‘‘Kesemua lapan anggota tentera itu terkorban selepas mereka mengiringi sekumpulan guru menuju ke sekolah,’’ kata beliau.

seterusnya

Monday, January 14, 2008

Suhu Riyadh 0 Darjah Celcius

Penduduk Riyadh dilanda kesejukan


Suhu pantas berubah sehingga cecah paras beku

RIYADH: Beribu-ribu penduduk Riyadh menggeletar menahan kesejukan, apabila bandaraya itu yang sebelum ini disifatkan sebagai antara ibu negara paling panas di dunia, tiba-tiba dilanda suhu dingin sehingga mencecah paras beku.

Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca Pusat, Hassan Al-Qahtani, berkata walaupun suhu pada waktu siang di Riyadh minggu lalu ialah kira-kira 12 darjah Celsius, suhu pada waktu malam berubah dengan pantas sehingga ke paras 0 darjah Celsius.


"Keadaan suhu musim dingin kali ini dijangka menjadi lebih buruk dalam tempoh beberapa hari akan datang dan suhu dingin berterusan yang melanda Arab Saudi sejak bulan lalu berterusan sehingga minggu depan," katanya.

Beliau berkata bahagian utara negara itu adalah yang paling teruk terjejas akibat suhu dingin dengan bandaraya Tabuk, Arar dan Hail dilanda salji untuk kali pertama sejak bertahun lalu, menyebabkan banyak sekolah terpaksa ditutup, manakala beberapa masjid mengadakan solat khas.

Hassan berkata suhu luar biasa ini mungkin disebabkan tekanan tinggi di bahagian utara Arab Saudi yang mengakibatkan tiupan angin barat laut beralih arah ke kawasan bertekanan rendah.

Pada masa sama kota Makkah dilanda hujan lebat semalam dan ia dijangka melanda banyak lagi bandaraya lain di negara itu terutama di sebelah timur.


"Banyak laporan media menyatakan bahawa musim dingin kali ini adalah yang paling teruk melanda Arab Saudi dalam tempoh empat dekat, tetapi ia tidak benar," katanya.

Beliau berkata Riyadh pernah keadaan lebih dingin pada 1992 apabila suhu yang dicatatkan ketika itu ialah � 4. Jeddah juga pernah mengalami suhu lebih dingin dengan suhu 11 darjah Celsius pada sebelah petang tahun yang sama.

Suhu paling dingin pernah dicatatkan di Madinah ialah � 1 darjah Celsius pada 1973, manakala wilayah Qassim mengalami suhu � 4 darjah Celsius sepada 1992.

Pejabat kaji cuaca melaporkan bahawa suhu paling dingin pernah dicatatkan di Arab Saudi sejak 40 tahun lalu ialah di Turaif, iaitu � 11 darjah Celsius. � Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/

Monday/Dunia/20080114010231/Article/index_html

Pervez cadang kubur Benazir digali semula

Kerajaan mendakwa Benazir meninggal dunia akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada bumbung suria kenderaan yang dinaikinya, sementara para penyokongnya menyatakan, beliau mati ditembak.

Pervez berkata, jenazah Benazir perlu digali bagi menentukan sama ada beliau mati akibat peluru atau pun sebab-sebab lain.

“Ya, gali semula. Seratus peratus. Saya lebih memilih ia digali semula,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden Pakistan itu menolak untuk mengadakan bedah siasat tanpa persetujuan keluarga Benazir.

seterusnya

Sunday, January 13, 2008

Paderi Oxford Sokong Azan Dilaungkan

LONDON: Paderi bandar Oxford menyokong rancangan memperdengarkan azan di bandar bersejarah itu dan bersetuju dengan cadangan jawatankuasa Masjid Pusat Oxford untuk melaungkan azan tiga kali sehari di timur bandaraya itu.

John Pritchard berkata, mereka yang menentang cadangan itu perlu bertenang, relaks dan menikmati ‘kepelbagaian budaya’ yang ada di bandaraya itu.

Beliau turut menolak dakwaan bishop Michael Nazir Ali dari Rochester bahawa membenarkan azan diperdengarkan menggunakan pembesar suara menunjukkan cubaan untuk “menguatkuasakan ciri keislaman’ di beberapa kawasan.

seterusnya

Makkah Banjir



MASIH SIBUK: Banyak kenderaan dilihat di jalan raya Makkah kelmarin selepas banjir semakin surut dan salji dilaporkan melanda utara Arab Saudi.

MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi memindahkan 1,050 banduan penjara utama Makkah kelmarin selepas ia dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Ketua Pengarah penjara, Mejar Jeneral Ali Al-Harithy, berkata semua langkah sudah diambil untuk memastikan keselamatan banduan. Bantuan seperti makanan, pakaian dan keperluan lain turut disediakan.

Katanya, banduan dipindahkan ke pusat tahanan berhampiran.

Saturday, January 12, 2008

Bermusafir ke Sepanyol

- Prolog
- Rokok
- Barcelona
- Dublin vs Barcelona
- Tiket Habis

- Sagrada Familia
- Rambla Rawa I
- Rambla Rawa II
- Rambla Rawa III
- Tiba Di Cordoba

- Le Mezquita Cordoba
- Di Dalam Masjid Itu
- Beberapa Perkara Lagi
- Nak Beli Apa Ye?
- Penilik Nasib Yang Terlampau

- Ke Granada
- Sampai Di Granada
- Malam Di Granada
- Jalan Elvira
- Buka dan Tutup

- 2 Jam Sahaja?
- Petikan Buku
- Istana Merah
- Baca Tiket Dulu!
- Sebab Ia Dibina

- Al-Cazaba
- Istana Charles V
- Satu Lanskap
- Istana Nasrid I
- Istana Nasrid II

- Istana Nasrid III
- Ferdinand Oh Ferdinand...
- Dan Sultan Itu Menangis
- Terima Kasih Washington Irving
- Sesudah Sultan Itu Pergi

- Wa laa Ghalib Illallah I
- Wa laa Ghalib Illallah II
- Selamat Tinggal Granada
- Soul of Andalucia
- Bandar Bosan

- Madrid
- Hollywood & Sandwich
- Islam Di Madrid
- Atocha Dibom, Kami Terselamat
- Stesen Keretapi Toledo

- Sejarahnya...
- Masjid Lama
- Epilog


Blog HEMBUSAN

Cerita Wakil Malaysia ke Darfur

BERAPA kali warga Malaysia makan daging dalam tempoh seminggu atau sebulan? Di Darfur, Sudan walaupun terkenal dengan hasil ternakan yang bermutu tinggi, beberapa penghuni khemah pelarian dapat menikmati daging lembu setahun sekali, itu pun pada Aidiladha.

Kita bersyukur di Malaysia, bukan saja boleh makan daging pada bila-bila masa, jika mahu, malah pada Hari Raya Korban pun, kadang-kala ada orang menghantar daging korban di depan pintu rumah. Malah, boleh mendapatkannya di surau atau masjid pada hari berkenaan.

Di Darfur, daging korban yang diperoleh sedikit setiap keluarga pula terpaksa dikeringkan supaya boleh disimpan lebih lama.

lagi

Salji Turun di Baghdad!

BAGHDAD: Beribu-ribu penduduk Baghdad terkejut tetapi gembira apabila ibu negara Iraq itu dilanda salji semalam, kali pertama dalam sejarah bandar raya berkenaan dan mengisytiharkannya sebagai petanda keamanan di negara itu.

“Ini adalah kali pertama kami melihat salji di Baghdad. Kami pernah menerima hujan batu sebelum ini, tetapi tidak pernah melihat salji. Saya memandang wajah semua penduduk dan mereka kelihatan amat kagum,” kata Hassan Zahar, 60.

seterusnya

Thursday, January 10, 2008

Bush, Olmert & Abbas- Pertemuan 3 Syaitan di Israel?

Presiden AS George W. Bush akhirnya tiba di Israel, yang merupakan kunjungan pertamanya ke wilayah pendudukan Israel di Palestin. Bush mendawa kunjungannya itu untuk memanjangkan Persidangan Annapolis di Maryland dalam usaha perdamaian Palestin-Israel.

Bush akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Al-Quds pada hari Khamis (10/1), bersama dengan Presiden Palestina Mahmud Abbas. Bush juga bercadang untuk mengunjungi kota-kota di Tebing Barat seperti Ramallah dan Beit Lahm.

Beberapa jam sebelum kedatangan Bush, seorang tentera Israel menembak seorang aktivis pejuang Palestin di Jalur Ghaza. Sumber perubatan mengatakan, aktivis yang gugur itu adalah anggota Jihad Islam. Salah seorang pimpinan Jihad Islam mengatakan, pasukan Zionis Israel membunuh sejumlah anggotanya dengan misil setelah kelompok Jihad Islam menembakkan lebih kurang empat roket ke bahagian selatan wilayah Israel. (ln/presstv/albwb)

Rundingan Manila-Moro di KL: Wakil Moro Keluar Dari Mesyuarat

MANILA: Kerajaan Filipina bercadang meminta Kongres meminda Perlembagaan negara itu bagi membenarkan pembentukan sebuah wilayah persekutuan Islam di selatan negara itu bagi memecah kebuntuan dalam rundingan dengan sebuah pergerakan Moro.

Rundingan damai antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Malaysia sebagai orang tengah, terjejas Disember lalu, apabila perunding pemisah berkenaan keluar dari mesyuarat di Kuala Lumpur sebagai bantahan terhadap Manila yang mengadakan perbincangan itu mengikut kerangka Perlembagaan.

lagi

Wednesday, January 9, 2008

Roket HAMAS Sejauh 25 km

Infopalestina: Sumber-sumber keselamatan Israel menyatakan maklumat risikan yang sampai ke kementerian pertahanan Israel menegaskan, pasukan pembina senjata dan perang Hamas berjaya membina roket-roket yang memiliki jangkauan sehingga 25 kilometer dan berkuasa tinggi.


lagi


Tuesday, January 8, 2008

Lebih 20 000 Maut di Iraq Pada 2007

IBC yang mengumpul datanya daripada sumber rasmi, termasuk Pentagon, mendapati di antara 22,586 hingga 24,159 kematian awam dicatatkan pada 2007 dengan kebanyakannya berlaku di antara Januari dan Ogos.

Keganasan banyak mencatatkan kematian ialah di Nineva, yang mencatatkan peningkatan kematian sebanyak 143 peratus.

lagi

Monday, January 7, 2008

Google Earth Dikawal Israel

Tahu apa itu Google Earth? Pernah mencubanya? Kolumnis terkenal Muhammad Hasanain Haikal menyinggung soal Google Earth yang dipercayai dikendalikan oleh orang-orang Israel.

Hal ini dikesan kerana peta yang ditampilkan dalam Google Earth itu tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi ketenteraan dan plbagai tempat strategik Israel, selain gambar petanya juga cenderung buram, bila dibandingkan tampilan gambar kawasan lain.

Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang kredibiliti Google Earth sebagai fasiliti satelit yang mampu memantau secara terperinci seluruh tempat di dunia ini, sejak beberapa bulan lalu.

Dalam forum "Bersama Haekal" yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap petang Khamis, dikatakan, "Sekarang ada satelit yang dapat memaparkan semua tempat. Dan Google menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia. "

Benarkah seluruh dunia dapat dilihat di layanan Google Earth? Ternyata tidak. Peta Isarel tidak ada di sana. Sesuai ketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan dan menjual peta apapun tentang Israel kerana peta Israel khusus hanya dimiliki Departemen Pertahanan AS.

Menurut Haikal, "Saya tidak tahu ada satu negara yang terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah cuba untuk masuk ke wilayah Israel tapi lokasi itu buram saja tampilannya dalam Google Earth. "

Berbeza apabila kita mencoba mengakses fasiliti yang sama untuk melihat peta Mesir, yang berjiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, dapat dilihat lokasi strategik apapun di Mesir. "Saya dapat melihat istana, dan berbagai-bagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting Mesir secara ketenteran, " ujar Haikal.

Menurut koresponden Islamonline bahagian Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilancarkan, lokasi Israel menampilkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang saat ini sudah banyak berubah. Setelah itupun, kini peta Israel menjadi buram. Mungkin terkait dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.

Sementara dari pihak Google sendiri, mengatakan mereka tetap peduli memberikan yang terbaik bagi pengguna fasiliti yang ditawarkan. Hanya saja, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian mengatur tampilan Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol)

rujukan

Bekalan Elektrik Gaza Ditutup lapan Jam Sehari

Ketua otoritas sumber daya energi untuk kawasan Ghaza, Kanan Obeid menyatakan, pihaknya terpaksa memutuskan bekalan elektrik di kawasan itu selama lapan jam setiap hari.

Pemutusan bekalan elektrik, menurut Obeid, dilakukan untuk menjimatkan penggunaan persediaan bahan bakar untuk wilayah Jalur Ghaza, karena rejim Zionis Israel mengurangkan kembali pengiriman bahan bakar ke wilayah Ghaza.

lagi

7 Polis 3 tentera Thai Ditahan, Jadi Pengintip Pemisah

BANGKOK, 7 Jan (Bernama) — Pihak berkuasa Thailand menahan tujuh pegawai polis dan tiga pegawai tentera kerana dipercayai menjadi pengintip bagi puak pemisah di wilayah selatan yang sedang bergolak.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kesemua 10 orang yang ditahan adalah beragama Islam dan sedang disoal siasat di Pattani.

Jurucakap angkatan tentera Kolonel Akara Thiproj, semasa dihubungi, mengesahkan tiga pegawai tentera, seorang daripadanya berpangkat kolonel, sedang disiasat tetapi beliau tidak pasti mengenai penahanan tujuh pegawai polis itu.

lagi

Sunday, January 6, 2008

The Herald Mencabar Muslim Malaysia?

Pemerintah Malaysia tetap bertahan dengan pendiriannya untuk melarang The Herald, akhbar mingguan milik gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah" untuk Tuhan Sembahan mereka, meskipun akhbar itu sudah melahirkan kemungkinan tindakan undang-undang. "Salah satu alasan untuk tetap mempertahankan larangan ini adalah, karena negara ini sudah sejak lama menggunakan kata Allah untuk menyebut Tuhan dalam keyakinan umat Islam, " kata Abdullah Mohd Zin, menteri yang mengurusi kantor perdana menteri seperti di kutip surat kabar The Star.

lagi

Esfahan Kota Tercantik Iran



IMAM Square menjadi tempat penduduk Esfahan berehat dan bersiar-siar.

Beribu-ribu pokok sesetengahnya berusia 100 tahun hiasi ibu kota purba

'ESFAHAN Nesf-e Jahan'... ungkapan lama Parsi ini yang bermaksud, 'Esfahan adalah separuh dunia' memang tepat untuk menggambarkan kota ini sebagai bandaraya paling indah di Iran dan antara yang tercantik di dunia.

Udara nyaman dan segar, selain beribu-ribu pokok sesetengahnya sudah berusia ratusan tahun, ditanam di kiri, kanan dan di pembahagi jalan di seluruh Esfahan membuatkan kota itu kelihatan seperti berada di dalam taman.

lagi

Saudi Mahu Haram Jualan Rokok

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi mengawal penjualan tembakau dan rokok dengan kemungkinan mengharamkan penjualan sepenuhnya.

Isu berkenaan sudah menimbulkan kontroversi di negara berkenaan tetapi terdapat rakyatnya yang menyokong langkah drastik berkenaan.

Seorang penduduk Makkah, Sami Abdullah Al-Qurashi, berkata beliau gembira jika keputusan dibuat untuk mengharamkan penjualan tembakau dan rokok, seperti di sekitar Masjidil Haram.

lagi

Friday, January 4, 2008

AS undurkan 30,000 tentera di Iraq


OWESAT, Iraq 3 Jan. – Amerika Syarikat (AS) dijangka mengundurkan 30,000 tentera di Iraq bermula Julai ini, iaitu kembali kepada 130,000 berbanding 160,000 sekarang.

Tentera penceroboh di Iraq menyatakan, pengunduran besar-besaran itu tidak menjejaskan kawalan keselamatan di Iraq berikutan tugas-tugas memburu pejuang Al-Qaeda akan diambil alih oleh unit-unit tentera Iraq.

Komander tentera AS, Jeneral David Petraeus semalam berkata, pihaknya tidak akan mengalah terhadap keganasan yang dicetuskan oleh pejuang Al-Qaeda yang dipersalah melakukan kekacauan di Iraq.

lagi

Thursday, January 3, 2008

Sah 112 terkorban di Pulau Jawa


JAKARTA 2 Jan – Pihak berkuasa Indonesia mengumumkan seramai 112 penduduknya terkorban dan 12 lagi dikhuatiri turut terkorban kerana masih hilang dalam kejadian banjir besar yang melanda Pulau Jawa sepanjang minggu lalu.

Hujan lebat yang turun berhari-hari lamanya bukan hanya menyebabkan berlaku banjir besar tetapi juga kejadian tanah runtuh yang menimbuskan rumah dan hampir 10,000 penduduk masih berlindung di penempatan sementara.

lagi

Wednesday, January 2, 2008

6 Pejuang Palestin Terbunuh


Israel sudah dua kali melancarkan serangannya ke Jalur Ghaza sejak Subuh Rabu (2/1) dan telah membunuh enam pejuang Palestin serta mencederakan lapan orang lainnya.

Jurucakap tentera Israel menyatakan, serangan dilakukan dari udara dan darat sebagai balasan atas roket-roket anti-kereta kebal yang dilancarkankan para pejuang Palestin ke arah pasukan Israel di Ghaza. Serangan itu, kata jubir militer Israel, untuk menghancurkan apa yang mereka sebut sebagai "infrastruktur teroris" di wilayah Ghaza yang kini dikuasai Hamas.

seterusnya

2007 Perit Untuk AS di Iraq


Tahun 2007 menjadi fasa kematian yang miris bagi pasukan AS di Irak. Jumlah askar AS yang maut mencapai 896 orang dalam satu tahun kemarin. Dan itu adalah angka paling tinggi bagi AS sejak kehadirannya berkedok menegakkan perdamaian di Negeri Seribu Satu Malam di tahun 2003.

seterusnya