Thursday, February 28, 2008

Lagi serangan bom di selatan Thai



PASUKAN forensik polis Thailand memeriksa trak pasukan renjer yang musnah dalam serangan bom di sebatang jalan di Yala, semalam. – Reuters.


YALA 27 Feb. – Seorang anggota renjer terbunuh manakala empat lagi cedera akibat satu serangan bom yang dilancarkan di selatan Thailand hari ini.

Bom seberat 20 kilogram yang disembunyikan di bawah jambatan itu, meletup sebaik sebuah trak yang sedang melakukan rondaan, melalui jambatan tersebut.

seterusnya

Wednesday, February 27, 2008

Vatican Kutuk Penerbitan Karikatur Nabi Muhammad



Vatican dan Al-Azhar membuat pernyataan bersama mengutuk penerbitan kembali kartun-kartun yang menghina Rasulullah SAW oleh media cetak Denmark.

Dalam pernyataan rasminya selepas pertemuan selama dua hari di Kaherah, Mesir dua lembaga keagamaan itu juga mengecam sebarang bentuk pelecehan dan penghinaan terhadap agama apapun dan menghimbau para pemuka agama, kaum intelektual dan kalangan akademik baik Muslim ataupun Kristian, untuk bersama-sama menjaga sikap saling menghormati terhadap kepercayaan agama lain.

"Kami menyerukan penghormatan terhadap agama apapun, kitab suci dan simbol-simbol keagamaan lainnya. Kebebasan bersuara selayaknya tidak dijadikan dalih untuk merendahkan agama dan menodai kesucian agama, " demikian bunyi pernyataan bersama mereka.

Pertemuan antara Vatican dan Al-Azhar merupakan pertemuan yang pertama kalinya antara dua lembaga Muslim dan Katolik selama dua tahun belakangan ini. Delegasi Vatican dipimpin oleh Kardinal Jean-Louis Tauran yang mengepalai Dewan Dialog Antara-Agama di Kepausan. Sedangkan delegasi Al-Azhar dipimpin oleh Syeikh Abdul Fatah Allam, deputi pimpinan Al-Azhar dan ketua dari Komite Dialog Al-Azhar.

Menurut Syeikh Abdul Fatah, pertemuan itu adalah atasundangan balas dari Al-Azhar, setelah Vatican mengundang al-Azhar pada tahun 2007. "Tahun lepas, mereka mengundang delegasi dari Al-Azhar untuk berkunjung ke Vatican dan sepakat mengaktifkan kembali dialog berdasarkan kesepakatan tahun 1998, " ujarnya.

Al-Azhar pernah menolak dialog dengan Vatican, sebagai bentuk protes atas pernyataan Paus Benediktus ke XVI yang merendahkan Nabi Muhammad SAW. Pernyataan itu juga sempat menerbitkan kecaman dari dunia Islam. Namun Paus Benediktus berdalih bahawa telah terjadi kesalahfahaman dan pernyataannya tidak mewakili pendapat peribadinya. (ln/iol)

sumber

Dua Partai Islam Terbesar di Malaysia Umbar Isu Agama

Suara dari Indonesia

Isu-isu agama menjadi alat untuk partai-partai Islam konservatif di Malaysia untuk mendapatkan dukungan suara rakyat menjelang pemilu di negeri Jiran itu.

Pan Malaysian Party (PAS) dalam kampanyenya di negara bagian Kelantan, berjanji akan meningkatkan kesejahteraan masyarakat Kelantan. Yang unik, partai itu berjanji akan menyediakan jasa perjodohan bagi kaum perempuan usia tua dan menurunkan harga mahar perkawinan, dalam manifesto politiknya.

"Kami akan memberikan banyak manfaat, seperti memberikan jasa perjodohan dan menurunkan harga mahar perkawinan, " kata Deputi Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

baca seterusnya

Perdana Menteri Malaysia

Kuasa Tuhan dalam Menentukan Pemerintahan (video)

WARKAH API

Detik-detik Kemenangan Parti Islam di DUN Kijang (video)

Tazkirah Pilihanraya oleh Dato' Nik Aziz (video)

Rayuan Selamatkan Gaza

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak tahun 2006. Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran ‘entiti musuh’ yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan. Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak maoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.

baca seterusnya

Pilihanraya Dulu & Sekarang

Oleh Ziauddin Sharuddin

SISWA Institut Teknologi Mara (ITM) membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada 1969.

TUNKU Abdul Rahman sedang berucap ketika berkempen di Perak dalam Pilihan Raya Umum 1959

Pilihan raya lalu jauh berbeza: Kemiskinan menyebabkan calon ketika berkempen membawa gula, teh dan biskut, untuk diberikan kepada tuan rumah

GENDANG sudah dipalu dan hanya menanti tari mengikut rentak. Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Rabu lalu, akhirnya menjawab teka-teki mengenai pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, demam pilihan raya sebenarnya sudah melanda seluruh pelusuk negara sejak berbulan-bulan lalu.


Apabila gendang dipalu secara rasmi, bermakna bilik gerakan parti politik yang sudah dibuka kini mula beroperasi. Poster dan bendera pula sedia ditampal dan digantung. Di kalangan parti politik, senarai calon yang bakal bertanding kini memasuki peringkat akhir sebelum diumumkan.

Bagaimanapun, pilihan raya bukan hanya untuk ahli politik. Inilah masa rakyat menjadi raja untuk membuat pemilihan bijak hanya sekali dalam tempoh lima tahun.

Walaupun zaman berubah, pilihan raya tetap sama, tetapi kaedah berubah. Ketika berceramah di khalayak ramai masih menjadi cara berkempen popular, kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan saluran internet seperti laman web dan blog mula menjadi pilihan.

Begitu juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang turut dijadikan saluran berkempen. Itulah bezanya pilihan raya dulu dan sekarang.

SUDAH terang lagi bersuluh. Ketibaan pilihan raya umum ke-12 amat dinanti-nantikan, terutama di kalangan pengundi baru. Jika sebelum ini hanya melihat dan mendengar cerita orang lain, kali ini berpeluang memasukkan sendiri kertas undi ke dalam peti.

Mereka yang pernah mengundi juga menantikan kehadiran pilihan raya untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warga negara memilih calon dan parti yang membentuk kerajaan serta memerintah negara.

Menjelang pilihan raya umum ke-12, sebahagian besar penduduk negara tidak tahu atau ingat permulaan pilihan raya umum di negara ini.

Pilihan raya pertama diadakan pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu pada 27 Julai 1955, bertujuan menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Dalam pilihan raya yang membabitkan 52 kerusi, Parti Perikatan yang dianggotai Umno, MCA dan MIC bertanding di semua kawasan. Pencabar utama, Parti Negara meletakkan 33 calon dan Pas 14 calon.

Persatuan Kebangsaan Perak, Liga Melayu Perak dan Parti Progresif Rakyat (PPP) hanya bertanding di Perak. Seramai 18 calon bebas turut bertanding di seluruh negara.

Dalam suasana kebangkitan rakyat untuk mendapat pemerintahan sendiri, Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, mendapat kepercayaan pengundi dengan menang besar apabila meraih 51 kerusi. Baki satu kerusi menjadi milik Pas.

Selepas kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan sekali dalam tempoh lima tahun atau dewan dibubarkan lebih awal. Berikutan itu, pilihan raya pertama selepas kemerdekaan diadakan pada 1959.

Sebanyak 11 pilihan raya umum diadakan dengan kali terakhir pada 2004. Sepanjang tempoh itu, perubahan yang berlaku sejajar dengan kepesatan kemajuan negara menyebabkan pilihan raya pada peringkat awal sukar digambarkan oleh generasi sekarang.

Bayangkan ketika negara baru mencapai kemerdekaan dengan pelbagai kekurangan dari segi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik hanya di kawasan bandar, manakala sebahagian rakyat dibelenggu buta huruf.

Mengimbas suasana ketika itu, Tan Sri Aishah Ghani, 85, yang bertanding di Parlimen Setapak pada pilihan raya umum 1959, banyak menyimpan pengalaman pahit manis ketika rakyat masih mentah dari segi pengalaman pilihan raya.

Pada tahun itu, Aishah tewas kepada Ahmad Boestaman, tetapi menang pada pilihan raya umum 1974, 1978 dan 1982 di Parlimen Kuala Langat.

"Kalau dibandingkan zaman dulu dan sekarang, pengundi sekarang jauh lebih canggih. Dulu pengundi perlu diajar kerana ramai yang bukan saja tidak boleh membaca dan menulis, malah tidak biasa mengundi.

"Saya bukan saja berkempen untuk kemenangan Perikatan, tetapi mengajar pengundi cara memangkah kertas undi," katanya.

Pada awal 1960-an, katanya berkempen di Selangor tidak sesukar menjelajah negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Kebanyakan kampung di pedalaman negeri itu, katanya tidak mempunyai jalan yang boleh dimasuki kenderaan, termasuk basikal.

Bekas Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno itu memberitahu calon dan ahli parti terpaksa berjalan kaki dari sebuah kampung ke kampung lain. Walaupun penat, terpaksa menggagahkan diri demi parti.

Katanya, kemiskinan menyebabkan calon ketika berkempen membawa gula, teh dan biskut, untuk diberikan kepada tuan rumah.

"Mereka terlalu miskin hingga tidak sampai hati datang dengan tangan kosong. Walaupun miskin, penduduk kampung sudi meluangkan masa untuk mendengar penerangan mengenai perjuangan Perikatan," katanya.

Berbeza dengan sekarang, katanya pilihan raya umum peringkat Parlimen dan Negeri pada 1959 tidak diadakan serentak. Pilihan raya Negeri diadakan pada Mei, manakala Parlimen berlangsung tiga bulan kemudian.

Katanya, ini menyebabkan keputusan peringkat Negeri memberi kesan terhadap pilihan pengundi peringkat Parlimen.

Veteran Umno Melaka, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, 84, hanya bertanding pada pilihan raya umum 1978, tetapi aktif dalam politik sejak sebelum merdeka dan mempunyai banyak pengalaman berkaitan pilihan raya.

Antara pengalaman lucu yang masih diingat ialah seorang pengundi menggigil selepas keluar dari pusat mengundi.

"Saya tanya mengapa menggigil. Lelaki itu beritahu saya, dia hendak mengundi kapal layar (lambang Perikatan), tetapi pada kertas undi, dia menulis tanda betul dan bukan pangkah. Dia keliru kerana tanda betul digunakan dalam kebanyakan urusan harian," katanya.

Faktor perubahan zaman, katanya menyebabkan kerja memasang poster dan bendera kini perlu dibayar.

Hingga akhir tahun 1970-an, katanya secawan kopi dan kuih sudah mencukupi sebagai tanda terima kasih kerana ahli parti lebih mengutamakan perjuangan parti.

Pada 1959, Abdul Aziz memberitahu beliau hanya ahli biasa parti, tetapi bekerja keras untuk memenangkan calon Perikatan.

"Satu perkara yang tidak berubah sejak dulu hingga sekarang, suasana pilihan raya umum meriah seperti pesta. Poster dan bendera dipasang di mana-mana. Saya bersyukur kerana di Melaka, walaupun persaingan antara parti hebat, pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman," katanya.

Zaman berubah, pilihan raya tetap sama, tetapi kaedah berubah. Ketika berceramah di khalayak ramai masih menjadi cara berkempen popular, kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyebabkan saluran internet seperti laman web dan blog mula menjadi pilihan.

Begitu juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang kegunaannya bukan hanya digunakan untuk mengundi peserta Akademi Fantasia,

Jika pada zaman awal kemerdekaan, pengisian kemerdekaan seperti kemudahan asas, jalan raya, bekalan air dan elektrik dan peluang pendidikan menjadi isu utama, isu itu masih relevan hingga hari ini, ditambah dengan pelbagai perkembangan semasa.

lawati sumbernya

Pesanan Tun Mahathir Kepada UMNO (video)

Mahathir Bicara tentang Abdullah & Anuar (video)

KLIK DI SINI

Lagi Tsunami Akan Berlaku

JAKARTA 26 Feb. – Garisan gelinciran yang mencetuskan tsunami di Lautan Hindi pada 2004 telah retak hampir 20 kali pada bulan ini sehingga menyebabkan tiga gempa bumi kuat dalam tempoh 24 jam lalu.

Saintis memberi amaran, aktiviti itu menunjukkan gelinciran itu mengalami tekanan hebat dan boleh menjadi petanda buruk.

Profesor dari Amerika Syarikat (AS), Kerry Sieh yang mengkaji gelinciran tersebut sejak lebih 10 tahun lalu menyifatkannya sebagai seutas tali dalam perlawanan tarik tali antara sekumpulan lelaki dengan seekor gajah.

“Seorang demi seorang lelaki dalam kumpulan itu mengalami keletihan dan melepaskan tali, menyebabkan setiap seorang lelaki yang masih bertahan semakin tertekan.

“Siapa tahu lelaki mana pula yang akan melepaskan tali atau sama ada mereka semua akan melepaskannya sekali gus?” tulis Sieh dalam e-mel beliau hari ini.

– AP

sumber

Tuesday, February 26, 2008

Sejarah Daulah Uthmaniah

Sultan abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari rabu, 21hb september 1842. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Dia adalah anak kepada Sultan Abdul Hajeed (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Persia dan dia telah belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi khalifah, Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politiknya Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa singkat kerana tidak layak.

Pada 31hb Ogos 1876 (1293H), Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi khalifah. Ummah memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Abdul Hameed menyedari seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang daulah Islamiah.


Abdul Hameed seorang sejarawan yang sentiasa merenung secara mendalam sejarah silam. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam tulisan dan sajak. Katanya;

Di sini diambil daripada buku Ayahku Abdul Hameed tulisan anak perempuannya, Aishah.


Terjemahan sajaknya:

“Ya tuhanku aku mengetahui engkau yang Maha Esa (Al Aziz)

dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa, Engkau Yang Maha Maha Esa dan tiada yang lain

Ya tuhanku pimpinlah aku dalam kepayahan ini

Ya tuhanku jadilah penolongku dalam masa yang genting ini.”


Masalah pertama yang Abdul Haneed hadapi adalah Midhat Pasha. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudarnya. Semasa abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai ketua Majlis mentri-mentri, kerana Midhat Pasha sangat dikenali pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik tetapi beliau keras kepala. Midhat telah disokong golongan yang berpengaruh dalam majlis syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya dalam meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan. Tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kerugian disebabkan daripada tidak dijangkakan ini (miscalculataed wars). Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut, Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan.


Seterusnya Abdul Hameed boleh menggunakan perbezaan di antara dia dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat dan Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ummah dan ahli politik menyambut baik langkah tersebut.


Seterusnya Abdul Hameed beralih kepada musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Dia telah mampu untuk meramalkan revolusi kominis di Russia, dan ianya akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada masa itu negeri-negeri Balkan adalah sebahagian dari Daulah Islam Utmhaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk mengejutkan negeri Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya bakal dihadapi. Dia cuba untuk membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan, tetapi bila perjanjian diperingkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan menolak Daulah Islam Uthmaniah.


Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh barat dan Russia . Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ianya melibatkan dalaman dan luaran. Sangkaannya terhadap penyingkiran Midhat Pasha dan orang-orangnya meleset dan terpaksa berhadapan pula dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan juga salah seorang ketua tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Inggeris dan peranannya dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudaran Abdul Hamed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.


Awni Pasha cuba memaksa Daulah Uthmaniah ke dalam kancah orang Bosnia tanpa persetujuan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku, Russia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Ferancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.


Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa ada 200, 000 orang askar yang bersiap sedia. Tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada jeneral lain dan mendapati hanya ada 30,000 askar, untuk menghadapi 300,000 askar musuh. Pada masa itu, ummah menyukai Wani dan Abdul Hameed tidak boleh menyingkirkannya dari jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman daulah Islamiah.


Kuasa-kuasa barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi kerajaan Uthmaniah dengan sokongan daripada empat Negara balkan (Romania, Serbia, Montenegro dan Ausria Hungari). Keputusannya Bosnia dan Greece terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.


Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummha menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.


Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islamiah Uthmaniah) dilihat sebagai paling utama. Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga golongan Yahudi. Pada tahun 1901 pemiliki Bank Yahudi, Mizray Qrassow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang kepada Abdul Hameed, Mereka menawarkan kepadanya:


Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah.

Membangunkan angkatan laut daulah Islamiah Uthmaniah.

35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islamiah Uthmaniah.


Sebagai tukarannya:

Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu untuk melawat tempat-tempat suci.


Bersambung...


lawati sumbernya

Mereka Yang Menang Tanpa Bertanding

Barisan Nasional (BN) telah memenangi 7 daripada 222 kerusi parliament dan hanya dua daripada 505 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding setelah pencalonan ditutup hari ini.

Sementara, pembangkang memenangi satu kerusi dewan undangan negeri melalui calon muslimatnya Wan Ubaidah Omar yang berjaya di dewan ndnagan negeri Kijang apabila calon BN Mustopha Ahmed dibatalkan kerana telah diisytihar muflis.



Ia merupakan satu bonus penting untuk PAS kerana ia menguasai 23 kerusi berbanding 22 milik di Kelantan sebelum pembubaran dewan undangan negeri, menjadikan setiap pentandingan di Kelantan begitu penting di dalam usaha kedua-dua pihak merebut negeri berkenaan.

Pada PRU 2004, BN memenangi 17 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding sementara PAS memenangi 1 kerusi Senggarang di Johor.

Dengan perkembangan ini, kini terdapat 215 kerusi parlimen an 502 kerusi dewan undangan negeri yang akan dipertandingkan pada 8 Mac nanti.

Kerusi parlimen yang dimenangi oleh BN adalah di Sarawak iaitu Selangau, Kapit, Kanowit and Tanjung Manis, di Sabah iaitu Kalabakan dan Pensiangan serta Pengerang di Johor.

Calonnya adalah Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Norah Tun Rahman (Tanjung Manis), Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan), Joseph Kurup (Pensiangan) and Youth dan Azalina Othman Said (Pengerang).

Ini adalah kal kedua Azalina dan Abdul Ghafur, yang masing-masing turut memenanginya tanpa bertanding pada 2004.

Kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi BN adalah Bugaya di Sabah (Ramli Marahaban) dan Sementa di Selangor (Abdul Rahman Palil).

Pertempuran Tiga Penjuru

Pilihanraya kali ini akan menyaksikan beberapa pertandingan 3 penjuru. Diantara yang utama, ialah di Sungai Siput di antara Presiden MIC S Samy Vellu, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar dan calon Bebas Nor Rizan Oon.

Kehadiran Billi Lim Peng Soon di Kelana Jaya (P104) juga menyebabkan pertandngan 3 penjuru di situ. Calon yang lain ialah perakam klip pita VK Lingam iaitu Loh Gwo-Burne dan calon penyandang dari MCA Lee Hwa Beng.

Blogger yang menjadi ahli politik Jeff Ooi akan mencuba nasibnya di Jelutong (P50). Beliau akan bertemu Dr Thor Teong Gee dari Gerakan, Ooi akan juga berdepan calon Bebas Badrul Zaman.

Yang lain ialah satu yang agak mengejutkan iaitu di Kuala Terengganu. Selain Razali Ismail dari UMNO dan Mat Sabu dari PAS, seorang nenek berusia 89 tahun menjadi calon Bebas di persaingan itu.

Maimun Yusuf, seorang nenek kepada 7 orang cucu, telah cuba bertanding empat kali sebelum ini tetapi ditolak atas sebab-sebab teknikal. Beliau menyatakan kepada media matlamatnya untuk "membetulkan apa yang salah dan membawa turun harga barang keperluan".

Selain itu, Sabah akan turut menyaksikan kerusi ditandingi oleh 4 atau lebih calon. Ia adalah di Kota Kinabalu, Kimanis, Penampang (P174) dan Beluran.


oleh Malaysiakini
Terjemahan Bebas oleh: GB

Bantahan Parti Islam (PAS) Ditolak

Guna cek, tanpa 'stamping' - SPR tolak bantahan PAS
Nur Abdul Rahman
Sun | Feb 24, 08 | 1:27:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Calon PAS Parlimen Titiwangsa (P119), Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang menolak bantahan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) berhubung peraturan 'stamping' (mematikan setem pada borang Akuan Berkanun) dan pembayaran wang deposit melalui cek oleh calon BN.

ImageTegas Dr Lo' Lo', tiga hari sebelum penamaan calon, beliau dipanggil oleh SPR berhubung peraturan baru yang mewajibkan mematikan setem pada borang Akuan Berkanun calon.

Bagaimanapun, pagi tadi, Dr Lo' Lo' sekali lagi menyuarakan kepada SPR berhubung peraturan tersebut apabila mendapati calon BN, Dato' Aziz Jamaluddin tidak berbuat demikian (mematikan setem). Namun, calon PAS berasa terkejut kerana pihak SPR memaklumkan mereka menerima arahan 'terbaru' bahawa syarat mematikan setem tidak lagi menjadi syarat wajib dalam borang Akuan Berkanun calon.

"Semasa perjumpaan dengan kita pada 21 Februari lalu, SPR kata wajib matikan setem pada borang tersebut, kita jadi kelam kabut kerana tinggal tiga hari lagi penamaan calon, malah SPR mensyaratkan cop yang 'original', tetapi hari ini, sama ada matikan setem atau tidak, kedua-dua boleh. Bila saya tanya SPR, mereka jawab 'Ini arahan lisan terbaru'," ujar Dr Lo'Lo' ketika berucap sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.

ImageMalah, beliau juga kesal kerana tidak dibenarkan menyemak permohonan calon BN yang dilihat menggunakan bank draf untuk bayaran deposit pilihan raya.

"PAS sudah bayar awal, malah secara tunai sebelum penamaan calon, tapi saya ternampak calon BN mengemukakan cek, mana tahu cek tersebut cek 'tendang' atau sebaliknya, bagaimanapun SPR enggan membenarkan calon PAS menyemak permohonan calon BN," ujar beliau.

Sementara itu, kira-kira 6,000 penyokong mengiringi calon ke pusat penamaan calon. Mereka mula berkumpul di surau Taman Maluri kira-kira jam 8 pagi untuk menunaikan solat hajat. Borang pencalonan PAS diterima pada jam 9.06 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya, Yahya Soh manakala calon BN pada jam 9.02 pagi. Suasana di tempat penamaan berjalan lancar, pihak polis dan FRU turut mengawasi sekitar kawasan penamaan. - mks.

SUMBER


Parti Islam (PAS) Letakkan Calon WANITA BUKAN ISLAM

JOHOR BARU: Kumutha Raman kelihatan agak gementar didekati wartawan, bersama komputer riba dan perakam suara, berasak untuk satu sesi wawancara dengannya.

Lulusan undang-undang berusia 29 tahun itu baru saja dinamakan sebagai calon bukan Islam pertama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum pada 8 Mac ini.


Cik Kumutha akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, di Johor.

Apabila ditanya sama ada beliau berasa kekok menjadi sorang calon PAS, Cik Kumutha menyatakan:

'Saya tahu saya tidak akan rasa terasing kerana saya percaya para pengundi sekarang lebih bersikap terbuka. Saya juga tahu orang Islam dan bukan Islam boleh menerima saya,' katanya.

Cik Kumutha ialah seorang anggota Biro Perpaduan Kelab Penyokong PAS di Johor, yang dianggotai anggota bukan Islam.

'Saya menyertai kelab ini kerana saya lihat PAS tidak radikal. Bagi saya, semua bangsa, tanpa mengira Melayu, Cina atau India, semuanya sama,' kata Cik Kumutha.

Pengumuman mengenai pencalonan Cik Kumutha sebagai calon PAS dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed, yang menegaskan langkah itu menunjukkan sikap PAS yang mengamalkan toleransi kaum.

Dalam pilihan raya 2004, calon BN di Tiram, Encik Maulizan Bujang, menewaskan calon PAS, Encik Roslani Sharif, dengan kelebihan 15,595 undi.

Langkah PAS mengetengahkan Cik Kumutha sebagai calonnya, bagaimanapun, menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Ketua divisyen Kongres India Malaysia (MIC), Encik M Soorianarayanan, berkata:

'Apa yang PAS lakukan? Mereka akan memalukan wanita ini dan menghancurkan masa depannya dalam politik. Masyarakat India akan membencinya kerana menyertai pembangkang.'


b

Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Mahfodz Mohamed (kiri) besama Kumutha Raman, wanita bukan-Islam pertama yang dicalonkan oleh Parti yang akan bertanding di DUN Ulu Tiram. Di kanannya ialah abangnya R. Logeswaran.

sumber

Sunday, February 24, 2008

Sebuah Filem Anti-Yahudi Bakal Ditayangkan

Filem Yiddish Policemen's Union yang diadaptasi dari novel berjudul Yiddish Policemen's Union karya Michael Chabon, akan diproduksi kembali. Filem yang pernah dibuat pada tahun 2007 dan menuai kritik dan kecaman dari kalangan Yahudi, karena isi ceritanya yang anti-Zionis ini, akan diproduksi dan diarahkan oleh Coen Brothers.

Dijangka film anti-Zionis ini juga akan menuai kritik dan kecaman seperti tahun 2007, jika benar-benar ditayangkan pada tahun 2009. Saat ini, menurut laporan The Guardian, Coen Brothers sedang melakukan persiapan pembuatan filem tersebut yang akan diproduksi sepanjang tahun 2008.

Mereka yang mengkritik Yiddish Policemen's Union mengatakan bahawa cerita filem yang diadaptasi dari novel itu banyak memuatkan rekaan semata-mata dan merupakan karya yang tidak lucu. Namun, tanpa disengaja atau tidak, kisah satira dalam novel tersebut memang menggambarkan Israel sebagai negara yang tidak masuk akal dan menggelikan.

Novel itu berisi cerita tentang sebuah kem pelarian sementara yang dibangun untuk menampung warga Yahudi di Alaska, pasca Perang Dunia II. Novel ini juga mengisahkan cerita bergaya satir, tentang penghancuran Israel dalam perang tahun 1948, setelah bangsa itu gagal memperjuangkan kemerdekaannya. Sebuah kisah yang bertolak belakang dengan fakta yang terjadi sebenarnya bahwa pada saat itu kaum Zionis memenangkan peperangan tahun 1948 dan berhasil mendirikan negara Yahudi, Israel.

Chabon sendiri adalah salah seorang penulis papan atas, di mana karyanya berjudul The Amazing Adventures of Kavalier & Clay, memenangkan penghargaan bergengsi, hadiah Pulitzer. (ln/presstv)

sumber

Uskup Jerusalem Minta Kepungan ke atas Gaza Ditamatkan

Jemaat Gereja Kebangkitan di Jerusalem Sabtu (13/2) mengadakan tunjuk perasaan aman di halaman depan gereja tersebut untuk menunjukkan sikap peduli dan rasa kesetiakawanan mereka terhadap warga Gaza yang sudah berbulan-bulan hidup bagaikan di neraka kerana dikepung dan diembargo oleh tentera Zionis-Israel.

Dalam doanya yang dipimpin oleh Uskup Gereja Ortodoks Roma, Attallah Hana, mereka mengharapkan agar penduduk Gaza diberi ketabahan, kekuatan, dan pengharapan akan kehidupan yang lebih baik. Mereka juga mendoakan agar tentera Zionis-Israel segera mengakhiri aksi ganas ke atas warga Gaza yang tidak bersalah.

"Kita duduk di sini, di Jerusalem, untuk menunjukkan kepada Zionis-Israel bahawa kita memihak kemanusiaan, bukan memihak iblis. Kita mendukung penuh warga Gaza yang selama ini terus dikepung oleh penjajah Israel. Kita tunjukkan solidaritas kita terhadap warga Gaza yang berbulan-bulan hidup bagaikan di dalam segala kesempitan akibat penindasan Zionis. Kita serukan agar Israel segera mengakhiri tindakannya yang tidak berperi-kemanusiaan ini!” tegas Uskup Hana.

Uskup Hana di depan jemaatnya juga menyatakan bangsa Palestin hendaklah merdeka dari segala bentuk penjajahan. “Gaza merupakan sebuah penjara yang sangat besar. Israel telah menjadikan warga Gaza, saudara-saudara kita sebagai pesakitan. Kondisi ini tentu mestilah segera diakhiri! Kami menyerukan kepada semua orang di dunia ini yang masih memiliki nurani, masih memiliki rasa kemanusiaan, untuk memerhatikan keadaan saudara-saudara kita di Gaza. Segera tolong mereka dengan apa yang kita miliki!”(rizki/MNA)

sumber

Ikhwanul Muslimin: Kami Tidak Akan Berundur

Meskipun penangkapan rambang menimpa ratusan tokoh dan aktivis Al-Ikhwan Al-Muslimun di Mesir, namun organisasi itu tetap bertekad untuk terlibat dalam pilihanraya yang akan diadakan April tahun ini.

Mursyidul Ama Al-Ikhwan Al-Muslimun, Mahdi Akef, dalam siaran medianya di Kaherah mengatakan, “Kami telah menetapkan untuk tetap terlibat dalam pilihnanraya legislatif ini kerana Allah dan untuk berkontribusi menyelamatkan umat.”

Akan tetapi Akef tidak menjelaskan jumlah sebenar berapa calon dari Al-Ikhwan yang akan ikut dalam pilihanraya. Ia hanya mengatakan, “Nama-nama para calon dan jumlah mereka tidak akan diumumkan sekarang untuk menjaga agar mereka tidak ditangkap, mengingat apa yang pernah terjadi pada pilihanraya pertengahan tahun silam.”

Masih menurut Akef, jumlah kerusi yang akan diperoleh Al-Ikhwan kelak akan ditetapkan oleh Maktab AL Ikhwan di setiap daerah “Al-Ikhwan wujud dalam seluruh kelompok dan tingkatan masyarakat Mesir. Karenanya kami akan selalu berupaya serius untuk mencalonkan para anggota di setiap kota dan desa, ” ujarnya.

Ia menjelaskan pula bahawa keterlibatan Al-Ikhwan dalam pilihanraya akan tetap dilakukan meskipun aksi penangkapan yang kini terjadi dan dilakukan oleh pemerintah atas para anggotanya.

“Mereka mengira bahwa masalah ini akan menghalangi kita untuk memperoleh hak dalam beramal. Penangkapan anggota Al-Ikhwan, jelas menunjukkan tak adanya niat baik dari pemerintah untuk memperbaiki demokrasi di Mesir, ” jelasnya. (na-str/iol)

sumber

Doa Parti Islam


" الحمدلله الواحد الاحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولدز لا اله الا الله الحليم الكريم ،سبحان الله رب العرش العظيم الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على رسول الامين اشرف الانبياء المرسلين وعلى اله الطاهرين واصحابه اجمعين اللهم نسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل اثم لا تدع لنا ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين يا ذىالجلال والاكرام


Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menjadi tempat hamba-hamba-Nya mengadu, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah. Sesungguhnya, kami mengaku, lemahnya kami, banyaknya dosa kami, buruknya kelakuan kami, lalainya amal-amal kami, sedikitnya ibadat kami, tatapi Ya Allah, kami tidak pernah berTuhankan melainkan kepada Engkau Ya Allah, kerana tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Yang Maha Tunggal.



Ya Allah, Tuhan Yang memiliki alam semesta, kami mengadu kepadaMu, berilah kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia dan sekutu-sekutunya dalam pilihanraya kali ini Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepada kami, kegerunan kepada musuh-musuh kami, Kau kuatkan saf-saf kami, hancurkan barisan musuh-musuh kami. Ya Allah Yang Maha Perkasa, Engkau hancurkanlah peluang mereka, patah-patahkanlah hujah mereka, kembalikanlah tipu daya mereka kepada batu jemala mereka sendiri.Engkau kalahkanlah mereka sebagai mana Engkau kalahkan tentera ahzab dahulu.

Ya Allah, tamatkanlah keangkuhan dan kesombongan mereka, patah-patahkanlah tulang-temulang mereka, putus-putuskanlah urat temurat mereka, lemahkanlah daya mereka, dan berikanlah kemengangan kepada Kami Ya Allah.

Ya Allah, kepadaMu kami mengadu, kerana tiada tempat bergantung melainkan kepadaMu, kami serahkan pengundi-pengundi hantu yang memihak kepada musuh kami kepada-Mu Ya Allah. Engkau timpakanlah kesusahan kepada mereka, Engkau sempitkanlah usaha mereka, Engkau halangkanlah usaha mereka, Engkau lumpuhkanlah segala pergerakan mereka,Engkau timpakanlah musibah kepada mereka seumur hidup mereka, Engkau butakanlah mata mereka sehingga tiada apa yang mereka nampak melainkan bulan purnama yang bersinar ceria.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar, Tuhan Yang Maha Membalik-balikkan hati, berilah petunjuk kepada rakyat Malaysia untuk mengundi parti kami dan sekutunya, balikkanlah hati mereka untuk mengundi parti kami dan sekutunya, hanya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Amin ya Rabbal Alamin.


sumber

Qardhawi Gesa Umat Islam Pulaukan Produk Denmark

Sheik Youssef el-Qaradawi kesal kartun hina Nabi dicetak semula

KAHERAH: Ulama terkenal Sunnah kelmarin mendesak umat Islam memulaukan barangan Denmark sebagai reaksi kepada keputusan beberapa akhbar negara itu untuk mencetak semula kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Kartun berkenaan memaparkan lakaran seorang lelaki yang dikatakan Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom dengan fius terbakar, adalah antara 12 lakaran yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam apabila ia mula disiarkan pada 2006 dan menyebabkan ramai umat Islam memulaukan barangan Denmark.


Sheik Youssef el-Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang kini menetap di Qatar, kelmarin menggesa umat Islam mengulangi pemulauan dan memberi amaran dunia melihat mereka sebagai lemah jika tidak menunjukkan tindak balas tegas.

"Amat dikesalkan kerana umat Islam bermula dengan tegas berhubung isu ini, kemudian semakin tenang kerana kekuatan penyokong semakin lemah dan semangat mereka juga kian malas. Tugas kita sekarang ialah meneruskan pemulauan," kata Qardawi dalam sidang akhbar yang disiarkan oleh stesen Aljazeera.

Islam mengharamkan sebarang lakaran mana-mana nabi.

Eksport Denmark ke negara Islam jatuh lebih 11 peratus pada 2006 ketika pemulauan itu, menurut agensi statistik kebangsaan negara berkenaan. Pemulauan diiringi bantahan keras, penunjuk perasaan membakar bendera Denmark dan menyerang misi diplomatik negara itu di Syria, Iran dan Lubnan.

Kebanyakan negara Islam tidak menunjukkan reaksi tegas berhubung pencetakan semula kartun itu tetapi penduduk Islam Iraq dan Indonesia mengadakan tunjuk perasaan minggu ini dan Mesir melarang empat akhbar asing daripada menyiarkan lakaran berkenaan.

Lebih 12 akhbar Denmark menyiarkan semula lukisan itu pada 13 Februari lalu untuk menunjukkan komitmen mereka kepada kebebasan bersuara selepas polis menggagalkan rancangan membunuh kartunis yang mencetuskan idea itu.

Sementara itu di SURABAYA, penduduk Islam di dua bandar di Indonesia mengadakan tunjuk perasaan membantah penyiaran kartun memaparkan imej Nabi Muhammad di Denmark dan menuntut pelukis terbabit dihukum mati.

"Sudah cukuplah. Mereka perlu berhenti menghina Islam," kata Muhammad Djabir, seorang daripada 1,000 penunjuk perasaan di Surabaya. Tunjuk perasaan turut diadakan di Medan.

Penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat konsulat Denmark sambil berteriak... "Hukuman mati untuk kartunis Denmark!".

"Musuh Islam mempunyai agenda besar untuk menghina kepercayaan kami dan kita tidak boleh berdiam diri," kata Zainuddin, seorang lagi penunjuk perasaan. � AP

sumber

PKR Lebih Risau Akan SPR Berbanding Calon Lawan

BUKIT MERTAJAM 23 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bakal memperolehi undi besar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugasnya dengan telus.

Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak risau langsung mengenai pesaingnya, Datuk Pirdaus Ismail atau Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nallakaruppan yang hendak berkempen di kawasan itu bagi pihak Barisan Nasional (BN).

''Sekiranya SPR tidak menjalankan tugasnya mengikut peraturan, tidak telus dalam pilihan raya akan datang, itu lebih berbahaya dan lebih merisaukan saya.

''Berdasarkan pengalaman saya, SPR perlu lebih dirisaukan berbanding calon atau sesiapa pun," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon PKR yang akan bertanding di Pulau Pinang di sini hari ini.

seterusnya

Saturday, February 23, 2008

Pilihanraya Malaysia Guna Dakwat? (video)

Askar Abbas Tangkap 3 Anggota HAMAS

Askar-askar Presiden Abbas masih menangkap anggota Hamas di Tebing Barat. Kali ini mereka menangkap tiga angota Hamas pada Khamis kelmarin di kota-kota yang berbeza. Di Nablus mereka menangkap dua bersaudara Mujahid dan Mu'tasim, anak dari pejuang Jamal Salim. Padahal Mujahid baru beberapa minggu keluar dari penjara Israel.

Di Selvit askar Abbas menangkap pemuda Muhammad Fattasy (17) anak dari Syeikh Aziz Fattasy untuk kedua kalinya setelah beberapa hari lalu ia dibebaskan dari penjara aparat Abbas. Ia hanya dipindahkan dari penjara Selvit ke penjara Baitunia.

Aparat Abbas juga di Nablus masih menahan warga Palestina Ghanim Sawalimah untuk hari ke 67. Ia adalah tokoh reformis dari kamp Balathah yang mendapatkan simpati besar di Nablus. (bn-syr)

sumber

Mesir Tangkap Anggota Ikhwan Menjelang Pilihanraya

Lagu lama. Menjelang pilihanraya, seperti yang sudah-sudah pihak berkuasa Mesir menyisir para aktivis Islam Al-Ikhwan Al-Muslimun. Mereka dikutip dari pelbagai tempat dan dihumbankankan ke dalam penjara.

Rabu (20/2), lebih daripada 100 orang Al-Ikhwan ditangkap. Jumlah keseluruhan mereka yang ditangkap sejak 4 Februari tahun ini, berjumlah lebih daripada 200 orang. Majoritinya adalah tokoh-tokoh masyarakat yang kemungkinan besar masuk dalam pencalonan anggota legislatif dalam pilihanraya pada bulan April mendatang.

Menurut para pimpinan Al-Ikhwan, aksi penangkapan itu memang jelas mengarah kepada sabotaj terhadap keterlibatan Al-Ikhwan dalam pemilu. Kepada Reuters, sebuah sumber Al-Ikhwan mengatakan, ”Ada sekurang-kurangnya 101 anggota Al-Ikhwan yang ditangkap dari tujuh daerah kelmarin. Di Kairo, Aljeza, Qalybiya, Alminya, Asiyuth, Sohag, dan Al-Wadi Al-Jadid.” Sementara sumber pemerintah Mesir mengatakan pihaknya menangkap 85 orang anggota Al-Ikhwan.

Al-Ikhwan mempamerkan senarai anggotanya yang ditangkap melalui internet. Termasuk dalam daftar itu adalah para dosen, dokter, guru sekolah dan karyawan di sejumlah perusahaan. Hingga saat ini, menurut laporan Al-Ikhwan, keseluruhannya ada 525 anggotanya yang merengkok di penjara Mesir.

Al-Ikhwan adalah kelompok dakwah sekaligus kelompok pembangkang yang menduduki seperlima kerusi legislatif dalam parlimen Mesir. Keberadaan mereka sangat menjadi ancaman bagi Parti Nasional Demokratik yang merupakan parti pemerintah. “Penangkapan yang dilakukan terakhir ini memang sangat terkait dengan pilihanraya. Ini sudah sangat jelas, sejelas sinar matahari, ” ujar Ketua Biro Politik Al-Ikhwan Isham Arayan kepada Reuters. (na-str/iol)

sumber

Friday, February 22, 2008

Minyak Brunei Bakal Habis

Rakyat Brunei perlu ubah gaya hidup

SINGAPURA 21 Feb. - Rakyat Brunei diminta mengubah gaya hidup mewah dan bersedia menghadapi masa depan apabila negara itu kehabisan simpanan minyak.

"Ia bukan persoalan mengenai pilihan atau kehendak tetapi lebih kepada kelangsungan hidup," kata Menteri Tenaga Brunei, Awang Yahya di sini, semalam.

Minyak menjadi tulang belakang ekonomi Brunei dan menjadikan ia antara negara terkaya di Asia sejak sekian lama.

Pakar-pakar menganggarkan simpanan minyak negara itu bertahan sehingga 25 tahun lagi sementara simpanan gas mencukupi untuk tempoh 40 tahun.

"Banyak perkara perlu diubah terutamanya gaya hidup yang menggunakan banyak tenaga dan membazir," ujarnya.

Para pegawai Brunei menyatakan, rakyat negara itu terlalu selesa dengan sumber tenaga kerana harga runcitnya mendapat subsidi kerajaan.

- AP

sumber

Thursday, February 21, 2008

Ulang siar kartun Rasulullah dibantah

JAKARTA: Kira-kira 200 penduduk Indonesia berkumpul di depan Kedutaan Denmark semalam untuk membantah penyiaran semula kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam akhbar di negara berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut berhenti di luar kedutaan Belanda untuk membantah penayangan filem kontroversi mengenai al-Quran, oleh ahli Parlimen berhaluan kanan negara itu.

“Di sebalik topeng kebebasan bersuara, mereka sebenarnya mahu menghina Islam.

sumber

Pasar raya minta maaf ejek Muslimah

UTAH: Rangkaian pasar raya terkenal Amerika Syarikat, Wal-Mart Stores Inc, meminta maaf kepada seorang pelanggan wanita Islam yang berkata beliau dipermain-mainkan kerana memakai penutup muka.

“Tolong jangan pukul saya,” kata juruwang kepada pelanggan berkenaan dalam nada mengejek pada 2 Februari lalu, menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Wal-Mart memohon maaf Isnin lalu dalam surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya dan Pengurus Besar Rantau, Rolando Rodriquez.


“Saya memberi jaminan individu terbabit dikenakan tindakan disiplin menurut dasar pekerjaan kami disebabkan keadaan itu,” katanya.

sumber

Kosovo makin tegang

PRISTINA 20 Feb. – Ketegangan diplomatik mengenai kemerdekaan Kosovo semakin meruncing hari ini ketika pasukan pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menutup dua pintu sempadan dengan Serbia selama 24 jam setelah ia dibakar oleh penduduk etnik Serb.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa pemisahan Kosovo dari Serbia adalah sesuatu yang “berbahaya” kepada dunia tetapi Presiden George W. Bush berkeras mengatakan ia akan membawa keamanan.

Sementara itu, Serbia mengumumkan demonstrasi aman akan diadakan di Belgrade esok untuk membantah perisytiharan kemerdekaan Kosovo.

Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku tidak menghalang pemimpin Kosovo daripada meneruskan langkah pembinaan negara dengan meluluskan undang-undang warganegara Kosovo, pasport dan Kementerian Luar.

seterusnya

Palestin dicadang ikut langkah Kosovo

RAMALLAH, Tebing Barat 20 Feb. – Rakyat Palestin dicadangkan agar mengisytiharkan sebuah negara merdeka secara sehala sekiranya rundingan damai dengan Israel terus menemui kegagalan.

Usul itu dikemukakan oleh Yasser Abed Rabbo iaitu pembantu kanan Presiden Mahmoud Abbas, sehari selepas beliau menghadiri pusingan terbaru rundingan damai peringkat tinggi dengan Israel.

“Jika perkembangan semasa tidak memperlihatkan tanda-tanda untuk menghentikan aktiviti penempatan Yahudi dan jika rundingan ini tidak diteruskan secara serius, maka kita haruslah mengambil tindakan dan mengisytiharkan kemerdekaan secara sehala,” kata Yasser.

Tidak jelas sama ada Mahmoud mempunyai pandangan yang sama dengan Yasser tetapi seorang lagi perunding kanan Palestin, Saeb Erekat menentang perisytiharan kemerdekaan yang dibuat secara sehala.

seterusnya

Wednesday, February 20, 2008

Takut Hizbullah: Pepimpin Israel Pakai Bodyguard


Israel ketar ketir dengan ancaman Hizbullah yang menyatakan akan membalas kematian salah seorang komandannya Imad Mugniyah yang tewas dibunuh di Suriah. Sejak itu, rejim Zionis meningkatkan keamanan di dalam negerinya, termasuk keamanan para pejabat pemerintahnya.

Laporan surat kabar Israel Yedioth Ahronot menyebutkan, sekarang, para menteri Israel selalu ditemani dengan sejumlah 'body guard' ke manapun mereka pergi, termasuk perjalanan pribadi ke luar negeri. Kebijakan menyediakan pengawal bagi para pejabat Israel adalah saran dari badan intelejen dalam negeri Israel, Shin Beth karena kekhawatiran Hizbullah akan menjadikan para pejabat pemerintah Israel sebagai target pembalasan atas terbunuhnya Mugniyah.

seterusnya

Ratusan etnik Serb serang pos sempadan Kosovo

PRISTINA: Ketegangan memuncak di antara Serbia dan Kosovo selepas pengaman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bertindak menyekat beberapa kumpulan penduduk Serb yang memusnahkan dua lintasan sempadan Kosovo kerana membantah kemerdekaan wilayah itu, semalam.

Serangan itu dilaporkan oleh beratus-ratus etnik Serb selepas Serbia enggan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Sekurang-kurangnya 1,000 etnik Serb Kosovo dan 150 dari Serbia menggeledah dan membakar pos lintasan sempadan di Banja dan Jarinje sebelum lari dari situ, kata seorang anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

sumber

Gempa di Sumatera, Gegarnya Sampai Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 skala richter telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 4.08 petang tadi.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.1 utara longitud 97.2 timur, 427 km dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sumber yang tidak rasmi juga menyebut bahawa gegaran itu turut dirasai di beberapa tempat di Pulau Pinang.

sumber

3 Pembekal Ayam Malaysia disaman Kerana Tak Sembelih

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

seterusnya

Tuesday, February 19, 2008

AS Akui Kemerdekaan Kosovo


AS secara rasmi mengakui kemerdekaan negara Kosovo yang diumumkan oleh Perdana Menteri Hashim Thaci pada Ahad (17/2). Namun Kesatuan Eropah belum mencapai suara bulat untuk mengakui Kosovo sebagai negara merdeka yang ibebas.

"Kami mengucapkan selamat kepada rakyat Kosovo atas peristiwa yang bersejarah ini, " kata Menlu AS Condoleezza Rice dalam pernyataannya.

PM Kosovo Hashim Thaci menyatakan, Kosovo akan menjadi negara yang demokratik dan menghormati hak asasi manusia. Pengumuman kemerdekaan hari Ahad kemarin, serta merta disambut gembira ratusan ribu rakyat Kosovo yang mempamerkan kegembiraan mereka di jalan-jalan di ibukota Pristina yang masih diselimuti salji.

"Setelah masa-masa konflik di tahun 1990-an, kemerdekaan adalah satu-satunya pilihan untuk menstabilkan situasi di wilayah ini, " sambung Rice.

seterusnya

Penduduk Serbia merusuh Kosovo diisytihar merdeka




SUASANA TEGANG: Penduduk Serb merusuh sejurus Kosovo mengisytiharkan merdeka dari Serbia.

800 belia bertindak ganas di bandar raya Belgrade, sasar kedutaan Barat

BELGRADE: Polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata dan belantan untuk menyuraikan beratus-ratus belia Serbia yang merusuh di tengah bandar raya Belgrade, dengan mensasarkan kedutaan Barat yang menyokong kemerdekaan Kosovo.

Belia, dengan bilangan kira-kira 800 orang pada kemuncak keganasan, memecahkan tingkap dua restoran McDonald's dan kedutaan Amerika Syarikat serta Slovenia. Kebanyakan mereka adalah peminat fanatik bola sepak.


Rusuhan berlangsung selama beberapa jam dan sekurang-kurangnya 50 orang - termasuk 20 daripadanya anggota polis - cedera, lapor radio B92 yang memetik kenyataan pegawai hospital.

Kecederaan mereka tidak mengancam nyawa, kata doktor unit kecemasan, Aleksandar Marinkovic, kepada agensi berita Beta.

Empat wartawan juga dilaporkan cedera apabila penunjuk perasaan membaling batu dan botol ke arah mereka, memecahkan kamera dan kenderaan mereka, lapor media tempatan.

BEBAS: Penduduk Kosovo menyambut kemerdekaan negara mereka di Pristina, semalam.

sumber

Parti Islam (PAS) Akan Benarkan Demonstrasi Jika Menang

KANGAR: Pas berjanji akan membenarkan orang ramai mengadakan bantahan melalui demonstrasi jalanan jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan dapat membentuk kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu tidak akan menghalang demonstrasi jalanan kerana Pas mahu membentuk apa yang didakwanya kerajaan yang mengamalkan demokrasi sebenar.

Beliau berkata, tindakan pihak berkuasa menghalang tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan tidak mencerminkan amalan demokrasi.


Abdul Hadi berkata, kerajaan demokrasi sebenar harus memberi kelonggaran kepada rakyat menyuarakan bantahan.


“Malah, amalan sedemikian juga memberi peluang kepada kerajaan membetulkan kesilapan.

“Jika tuduhan dibuat tidak betul, maka kerajaan perlu jawab. Kalau tidak, kerajaan tak akan tahu silap sendiri,” katanya dalam ceramahnya di sini, malam kelmarin.

Ceramah itu diadakan sempena kempen ‘Gelombang Kuning, Semarak Hijau’. Hadir sama, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin.

sumber

Serbia Tetap Halang Komerdekaan Kosovo

Belgrade 18 Feb. - Serbia akan memfailkan tindakan undang-undang untuk mendakwa pemimpin Kosovo kerana mewujudkan 'negara palsu' dan berazam menyekat negara baru itu daripada menyertai komuniti antarabangsa berikutan tindakan mengumumkan kemerdekaan.

Kementerian Luarnya berkata, Presiden Fetmir Sejdiu, Perdana Menteri Hashim Thaci dan Speaker Parlimen Jakup Krasniqi akan didakwa kerana melakukan 'perbuatan jenayah yang serius terhadap perlembagaan dan keselamatan Serbia' selepas membuat pengumuman yang bersejarah itu di Parlimen Kosovo yang mana majoritinya rakyat Albania.

Serbis berkata, pihaknya juga akan menhalang Kosovo daripada mendapat pengiktirafan diplomatik dan keanggotaan di dalam organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, Hashim hari ini berkata, Kosovo telah meminta pengiktirafan diplomatik daripada kerajaan di seluruh dunia dan menjangka jawapan positif pertama dalam masa beberapa jam akan datang.

Sejumlah 192 pucuk surat telah dihantar kepada negara-negara dunia untuk meminta mereka mengiktiraf kemerdekaan Kosovo secara rasmi sementara para pemimpin dan rakyat menantikan pengiktirafan penting daripada Amerika Syarikat (AS) dan kuasa-kuasa utama Eropah.

seterusnya

Rakyat Pakistan Keluar Mengundi Walaupun Berisiko



Seorang warga tua diusung ke pusat pengundian di Multan bagi membolehkannya membuang undi pada pilihan raya Parlimen Pakistan, semalam. – AP.


ISLAMABAD 18 Feb. – Berjuta-juta rakyat Pakistan keluar mengundi pada pilihan raya Parlimen yang dijangka boleh menggugat kedudukan Presiden Pervez Musharraf, tanpa menghiraukan ancaman termasuk letupan bom dan tembakan.

Pengundian itu berlangsung setelah tertangguh disebabkan pembunuhan pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto dalam serangan berani mati pada Disember lepas selain pergolakan politik serta pertumpahan darah dalam tempoh setahun lalu.

Pervez yang membuang undi di bandar pusat tentera, Rawalpindi berjanji untuk bekerjasama “secara harmoni” dengan sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya ini.

sumber

Sunday, February 17, 2008

Pilihanraya Klasik

Cubaan bunuh Presiden Somalia gagal

MOGADISHU 16 Feb. – Presiden Somalia, Abdullahi Yusuf selamat dalam satu cubaan membunuhnya apabila istananya dilontar dengan mortar oleh penyerang yang tidak dikenali.

Agensi berita Reuters melaporkan penyerang telah melontar empat bom mortar ke arah istana Abdullahi yang baru beberapa jam sahaja tiba daripada menjalani rawatan di luar negara.

‘‘Satu dari mortar itu tepat memasuki kawasan istana namun ia tidak mencederakan sesiapa,’’ kata pembantu istana yang enggan dikenali.

Presiden yang berusia 73 tahun itu tiba di Mogadishu pada pagi ini setelah meninggalkan Somalia sejak 4 Januari untuk menjalani rawatan.

sumber

8 termasuk pemimpin Islam maut di Gaza

GAZA 16 Feb. - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh termasuk seorang pemimpin pergerakan Jihad Islam Palestin, Ayman Fayed apabila berlaku satu letupan kuat yang memusnahkan sebuah rumah di Tebing Gaza semalam.

Pengeboman itu turut mencederakan 40 yang lain.

Ayman atau lebih dikenali sebagai Abu Abdallah terbunuh dalam serangan itu yang turut mengorbankan isteri dan dua anaknya, masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Tiga lagi anaknya cedera dalam peristiwa tersebut.

Serangan tersebut dipercayai telah dilancarkan melalui udara bagaimanapun Israel menafikan terlibat dalam kejadian ini

"Kami akan membalas balik pembunuhan yang dilakukan Zionis ini," kata jurucakap pergerakan ini, Abu Ahmed.

Pembunuhan ini dilakukan dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kumpulan militan yang bertanggung jawab melancarkan serangan bom terhadap Israel.

Bagi sesetengah penduduk di kem tahanan al-Bureij mereka percaya bahawa berlaku satu serangan bom yang dilancarkan melalui udara.

Israel sebelum ini telah beberapa kali melancarkan serangan udara terhadap beberapa buah kereta bagi membunuh anggota militan namun belum pernah melancarkan serangan udara terhadap rumah sejak 2006.

Seorang pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batsh berkata pihaknya percaya Israel merupakan dalang pembunuhan ini selain letupan bom membabitkan sebuah kereta di Damsyik yang membunuh seorang pemimpin Hizbullah, Imad Moughniyah.

- Reuters

sumber

Bom Kereta: 27 Maut di Pakistan

PARACHINAR 16 Feb. - Seramai 27 penduduk dipercayai terbunuh dan 93 lagi cedera akibat serangan bom kereta berani mati terhadap pejabat parti pembangkang, Parti Rakyat Pakistan (PPP) di bandar Parachinar, berdekatan sempadan Afghanistan hari ini.

Seorang saksi memberitahu seorang lelaki memandu laju sebuah kereta ke arah pejabat PPP ketika ramai penyokong parti sedang bermesyuarat sebelum berlaku letupan.

''Keadaan amat mencemaskan sekali, ramai yang cedera berada di dalam kritikal,'' kata seorang doktor di hospital utama di sini kepada AFP.

sumber

OIC lemah kerana tiada persefahaman

GOMBAK 16 Feb. - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menjadi lemah kerana tidak ada persefahaman di antara 56 negara anggotanya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, OIC tidak berupaya melaksanakan tindakan yang lebih berani untuk membantu umat Islam kerana bangkangan daripada kumpulan minoriti.

''Seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beberapa negara mempunyai kuasa veto yang akan menghalang sebarang keputusan majoriti.

''Dalam konteks OIC pula, keengganan sebuah negara anggota akan menyebabkan satu keputusan yang baik tidak dapat dipersetujui atau dilaksanakan.

''OIC pada dasarnya bergerak atas keputusan kumpulan minoriti bukan atas kumpulan majoriti,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Keamanan Global: Krisis di Dunia Islam sempena Seminar Minggu UMATIC di UIAM di sini hari ini.

Mengenai IDB, beliau memberitahu, bank itu kini dalam proses untuk melaksanakan segala program berdasarkan kepada kumpulan majoriti dan bukan lagi berdasarkan kehendak kumpulan minoriti.

''Saya juga merupakan anggota lembaga penasihat IDB dan telah menyatakan bahawa bank itu perlu bergerak bukan seperti bank yang mementingkan keuntungan.

''IDB perlu membantu negara dan umat Islam walaupun ia terpaksa berhadapan dengan kerugian,'' katanya.

sumber

Saturday, February 16, 2008

Hadi tidak tentang Abdullah

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pas tidak akan meletakkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berkata, sebaliknya calon yang akan mewakili parti berkenaan ialah seorang pemimpin Pas tempatan yang cukup dikenali serta disenangi oleh masyarakat setempat.

Katanya, Pas yakin calon tersebut mampu menyaingi populariti Perdana Menteri dan peluangnya untuk menawan Kepala Batas boleh disifatkan sebagai cukup terbuka.

''Kita akan mengadakan satu majlis pengisytiharan calon yang bakal menentang Perdana Menteri. Majlis itu akan diadakan di Pulau Pinang. Selain calon itu, kita turut mengisytiharkan calon-calon lain yang bertanding.

''Di Pulau Pinang, jumlah kerusi yang akan kita bertanding adalah sebanyak dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Semuanya berpeluang untuk menang termasuk kerusi di Kepala Batas,'' katanya.

seterusnya

Cadangan Autonomi Selatan Thai Ditarik Balik

BANGKOK 15 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Chalerm Yubamrung hari ini menarik balik kenyataannya bahawa kerajaan baru Thailand kemungkinan sedia menimbang untuk memberi hak autonomi kepada wilayah-wilayah majoriti Islam di selatan.

“Saya menarik balik kenyataan saya, termasuk gesaan meminta ditubuhkan satu pentadbiran khas wilayah. (Wilayah Selatan) akan menjadi zon biasa seperti lain-lain 76 wilayah kita,” katanya kepada pemberita.

Penarikan balik itu dibuat hanya selepas tiga hari beliau menyuarakan kesediaan kerajaan baru Thailand menimbang kemungkinan untuk memberi hak autonomi kepada wilayah-wilayah bergolak di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.

Chalerm sebelum ini dilaporkan berkata, pemberian autonomi merupakan antara agenda yang difikirkan oleh pentadbiran Samak Sundaravej bagi memenangi hati penduduk selatan.

Bagaimanapun, Samak dalam reaksinya menyifatkan kenyataan Chalerm itu sebagai “bahaya.”

seterusnya

Friday, February 15, 2008

Iklim Pilihanraya Malaysia (video)

Kuwait & Pakistan Mula Reaksi ke atas Denmark

Tindakan surat kabar-surat kabar Denmark mencetak ulang gambar-gambar kartun Nabi Muhammad Saw mulai mendapat perhatian dari negara-nagara Arab. Parlemen Kuwait hari Kamis (15/2) menyerukan boikot produk Denmark sebagai bentuk protes atas tindakan media cetak Denmark itu.

"Kita harus memboikot total hubungan politik dan ekonomi dengan Denmark, " kata Waleed al-Tabatabai. Ia bahkan menyebut pemerintah Denmark sebagai "Anak Anjing" dalam rapat paripurna di parlemen Kuwait. Namun pemerintah Kuwait meminta agar kata "Anak Anjing" itu tidak dicantumkan dalam laporan rapat parlemen.

seterusnya

Kebenaran Islam Dalam Oprah Show

Hati saya melambung tinggi penuh dengan suka cita dan kebanggaan sebagai Muslim ketika sebuah grup nasyid melantunkan nada-nada penuh semangat pada acara Musda DPD PKS Kota Bandung yang diselenggarakan di Pusdai, Bandung, Ahad (07/05) lalu.

Sebagian karena memang nasyid itu sangat menggetarkan hati, sebagian lagi karena beberapa jam sebelumnya saya baru saja dibuat terpana dengan salah satu episode talk show paling laris di dunia, yaitu The Oprah Winfrey Show.


Dalam episode yang ditayangkan siang itu, fokus pembicaraan adalah tentang diskriminasi rasialis terhadap umat Islam. Ceritanya, selama 30 hari penuh, seorang lelaki dari AS yang apriori terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim dan bahkan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian gamis panjang seperti yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah mengenali kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh orang lain di AS.


Singkat kata, ia merasakan betul bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya lantaran janggut dan baju gamis, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Ia telah berkeliling kota dengan penampilan seperti itu, dan respon instan yang diberikan orang-orang terhadapnya sangat menyakitkan.

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya bicara secara terang-terangan menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam karena mereka yakin betul bahwa semua Muslim adalah teroris.


Di sisi lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya. Ia merasa bahwa keluarga itu sangat harmonis, dan meskipun banyak kebiasaan yang tidak dipahaminya, namun ia mengakui bahwa banyak masalah bisa terpecahkan dengan ajaran Islam.


Salah satu bagian yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk dan mengobrol bersama istri sang tuan rumah berdua di sebuah ruangan.

Kemudian sang tuan rumah datang dan mengatakan bahwa dalam Islam dijelaskan bahwa ketika dua orang lawan jenis yang bukan muhrim dan bukan suami istri berada dalam satu ruangan, maka akan ada pihak ketiga bersama mereka, yaitu syetan.

Hal pertama yang dipikirkan oleh sang lelaki non-Muslim tersebut adalah bahwa prinsip ini benar-benar gila. Tapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio saat itu, akhirnya ia mengakui bahwa prinsip hubungan antar lawan jenis dalam Islam seperti demikian itu sepertinya benar-benar bisa mengakhiri banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan di AS yang serba bebas.

Pencabulan, perzinaan, penyimpangan seksual, perselingkuhan, sampai penyebaran HIV / AIDS pun bisa dicegah dengan cara ini, lebih efektif daripada cara apa pun.


…dan saya pun terpana dengan mulut terbuka lebar mendengar pengakuannya.
Saya tidak pernah menyangka seorang non-Muslim akan dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan begitu banyak kamera televisi.

Dan walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat tema-tema yang kontroversial, saya tetap terpana melihat bagaimana ia berani menggiring acara talk show tersebut dengan cara yang amat objektif.
Maka sekarang jelaslah tugas kita semua.

Anda bisa melihat sendiri betapa buruknya citra Islam di mata banyak orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, yaitu dengan membuktikan bahwa keteladanan akan menghancurkan semua asumsi yang salah.

Kalau mereka tidak mau percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan! Buktikanlah bahwa umat Islam bukan teroris! Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan solusi bagi seisi bumi. Kita harus menjadi bagian dari solusi, bukan justru menjadi beban.


Dan kita memang mampu memberikan solusi, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin karena mereka belum melihat buktinya.


Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian!

wassalaamu’alaikum wr. wb.


sumber

Lebanon Semakin Tegang

Beirut 14 Feb. - Beribu-ribu penduduk Lebanon dari dua kumpulan yang bermusuhan menghadiri perarakan peringatan utama ketika memuncaknya ketegangan.

Disatu pihak memperingati ulang tahun ketiga pembunuhan bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq al-Hariri dan satu lagi kumpulan lain berkumpul untuk upacara pengebumian seorang komander Hizbullah, Imad Mughniyeh tidak jauh dari situ.

Operasi keselamatan secara besar-besaran juga dijalankan di ibu negara berikutan kebimbangan berlakunya pertempuran antara penyokong pro-Syria dan anti-Syria ketika negara ini sudah bergolak tanpa Presiden dan Parlimen yang berfungsi.

seterusnya

Thursday, February 14, 2008

Akhbar Denmark Hina Nabi Muhammad Semula

Lakaran kontroversi gambarkan seseorang pakai serban berbentuk bom

COPENHAGEN: Beberapa akhbar utama Denmark semalam mencetak semula karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan lakaran seseorang memakai serban berbentuk bom.

Mereka mendakwa kononnya tindakan itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara selepas tiga orang ditahan kelmarin atas tuduhan berkomplot untuk membunuh lelaki yang melakar karikatur itu.


Lakaran itu, oleh Kurt Westergaard dan 11 karikatur lain menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dua tahun lalu apabila ia disiarkan oleh akhbar di Eropah.

Akhbar Jyllands-Posten, yang mula menyiarkan 12 lakaran itu pada 30 September 2005, mencetak semula karikatur Westergaard. Beberapa akhbar utama lain, termasuk Politiken dan Berlingske Tidende juga mencetak semula karikatur berkenaan, yang menunjukkan seseorang memakai serban berbentuk bom yang dilengkapi fiusnya.

Sebuah lagi akhbar tabloid, Ekstra Bladet turut mencetak semula semua 12 karikatur berkenaan.

Agensi perisik polis, PET, berkata dua orang keturunan Tunisia dan seorang warga Denmark daripada keturunan Maghribi ditahan kelmarin dalam serbuan yang diadakan pada awal subuh di Aarhus di barat Denmark.

Ketua PET, Jakob Scharf berkata tujuan operasi berkenaan adalah "untuk mengelakkan pembunuhan salah seorang pelukis kartun yang melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Jyllands-Posten mendakwa komplot itu ditujukan kepada Westergaard, 73, yang bekerja untuk akhbar berkenaan.

Scharf berkata suspek dari Denmark itu akan dibebaskan selepas disoal siasat tetapi dia masih boleh dikenakan tuduhan melanggar undang-undang keganasan Denmark. Dua lagi suspek keturunan Tunisia itu akan dibuang dari Denmark sebab mereka dianggap ancaman kepada keselamatan nasional, katanya.

Penyiaran karikatur itu mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam pada awal 2006. Melihat reaksi itu, rakyat Denmark seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan kemarahan itu apabila bendera negara berkenaan dibakar dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan.

Barang dari Denmark juga diboikot di beberapa negara Islam. - AP

sumber

Mughnieh- Komander Hizbullah Dibunuh

BEIRUT 13 Feb. – Pergerakan Hizbullah hari ini mengesahkan seorang komander kanannya, Imad Mughnieh yang sangat dikehendaki musuhnya, terbunuh dalam satu serangan bom di Syria yang didakwa didalangi oleh Israel.

Imad dilaporkan terbunuh dalam satu letupan bom kereta di ibu negara Syria, Damsyik malam tadi.

Hizbullah menuduh Israel terlibat dalam komplot pembunuhan itu kerana Imad merupakan orang yang mengetuai rangkaian keselamatan kumpulan itu ketika perang saudara pada 1975 hingga 1990.

Bagaimanapun Israel menafikan terlibat dalam pembunuhan itu.

seterusnya

Wednesday, February 13, 2008

Islamofobia kian ketara di Belanda


STRASBOURG, Belanda 12 Feb. - Islamofobia semakin menjadi-jadi di Belanda apabila penduduk minoriti Islam berdepan dengan banyak tindakan ganas dan diskriminasi, tegas Suruhanjaya Anti-Perkauman dan Tidak Bertoleransi Eropah (ECRI).

Suruhanjaya itu dalam laporanyang dikeluarnya hari ini mendapati, Islamofobia di negara ini "meningkat dengan mendadak" sejak 2000, apabila penduduk Islam "menjadi sasaran" pihak berkuasa selain berdepan tindakan ganas bersifat perkauman dan diskriminasi.

Menurut ECRI, ketegangan disemarakkan lagi dengan kejadian-kejadian seperti serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS) dan pembunuhan seorang kolumnis yang juga pembikin filem, Theo van Gogh oleh kumpulan radikal Islam pada 2004.

sumber

Selatan Thai diberi autonomi?



Para anggota tentera Thai mengawal sebuah trak yang rosak akibat diserang oleh puak pelampau di wilayah Narathiwat, semalam. – AFP.


BANGKOK 12 Feb. – Kerajaan baru Thailand sedia menimbang kemungkinan untuk memberi hak autonomi kepada wilayah-wilayah majoriti Islam di selatan bagi menamatkan konflik berdarah di sana.

Menteri Dalam Negeri, Chalerm Yubamrung berkata, pemberian autonomi merupakan antara agenda yang difikirkan oleh pentadbiran Samak Sundaravej bagi memenangi hati penduduk selatan.

“Saya ingin menegaskan bahawa pemberian autonomi bukan sesuatu yang mustahil tetapi kita perlu membincangkan apakah jenis autonomi itu,’’ kata Chalerm kepada pemberita, hari ini.

Katanya, Thailand mungkin akan menjadikan Xinjiang yang merupakan wilayah autonomi Islam di barat China sebagai model untuk menimbangkan pemberian autonomi kepada Yala, Narathiwat dan Pattani.

seterusnya

Parlimen Malaysia Bubar Hari Ini

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

sumber

Tuesday, February 12, 2008

Kempen Parti Islam di Malaysia

Askar AS di Afghanistan Memeluk Agama Islam


Sersan Wallace Nelson, 31, seorang askar AS yang bertugas di Afghanistan mengambil keputusan untuk masuk Islam. Isnin (11/2), di sebuah tempat berhampiran perbatasan Afghanistan-Pakistan, Nelson mengucapkan dua kalimat syahadah.

Acara itu dihadiri oleh para pegawai pejabat distrik setempat, termasuk komandan wilayah militer Afghanistan dan para pemimpin suku kaum di wilayah itu. Nelson menerangkan kepada AFP tentang awal ketertarikannya pada Islam. Menurut Nelson, interaksinya dengan para peterjemahnya yang berasal dari orang-orang Afghan dan dengan penduduk Afghanistan, membuatkannya ingin memeluk agama Islam.

"Islam adalah satu-satunya agama yang paling masuk akal bagi saya, " kata Nelson.

"Saya sangat berharap segala sesuatu (perang) akan berhenti dan kami daqpat hidup bersama dan beroleh kebahagiaan, " sambungnya.

Selain Nelson, ada beberapa orang lagi askar AS yang bertugas di Afghanistan akhirnya memilih agama Islam, cuma fakta ini tidak banyak disebarkan oleh media. Media massa di Afghanistan pada bulan Julai tahun lalu melaporkan tentang dua orang tentera AS, seorang lelaki dan seorang perempuan yang bertugas di pengkalan udara AS di Parvan, wilayah provinsi Bagram, memeluk agama Islam dan mengubah nama mereka kepada nama Islami. Kedua-dua orang tentera itu kemudiannya bernikah, setelah bertugas selama lima tahun di Afghanistan. (ln/presstv)

sumber asal

Wawancara Utusan Dengan Presiden Parti Islam (PAS)



ABDUL HADI AWANG.


MUKADIMAH
DARI jendela kaca bilik rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, jelas kelihatan Menara Datuk Onn, iaitu bangunan rasmi yang menempatkan parti terbesar orang Melayu, UMNO.

Kedua-dua bangunan itu jika dilihat dari satu sudut boleh disifatkan sebagai lambang pergerakan politik orang Melayu di negara ini – namun masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza.

Abdul Hadi semasa pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia menyentuh mengenai perjuangan parti itu yang menurut beliau bertunjangkan matlamat penubuhan negara Islam dan demi kepentingan umat Islam.

Beliau secara panjang lebar menjelaskan kesungguhan parti itu untuk mencapai matlamat tersebut menerusi pilihan raya umum ke-12 ini.

Malah, Abdul Hadi berkongsi keyakinan Pas akan menang sekurang-kurangnya di Terengganu dan Kedah selain mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan Mursyidul Am Pas kekal sebagai Menteri Besar di situ.

Kepada wartawan NORAINI ABD. RAZAK, BORHAN ABU SAMAH, SAIFULIZAM MOHAMAD dan jurugambar, HAYAT SUEET, bekas Menteri Besar Terengganu itu turut mengulangi hasrat Pas untuk menubuhkan ‘negara kebajikan’ dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam jika berpeluang memerintah kelak.

UTUSAN: Mengapa Pas membuat keputusan bertanding di 60 kerusi Parlimen sahaja?

seterusnya