Monday, April 28, 2008

60 Tahun Pembantaian di Deir Yasin, Palestin

Pembantaian yang paling masyhur dan pertama kali dikenal media dan intelektual Arab adalah pembantaian Deir Yasin yang terjadi pada April 1948, yang melibatkan jemaah pengganas zionis “Hagana”, “Irgun” dan "Stern" dalam penyerbuan desa al Musalamah dengan melakukan pembunuhan kaum wanita dan kanak-kanak, yang dilakukan dari jarak dekat. Meskipun kajian sumber-sumber sejarah menunjukkan pembantaian yang paling awal dan yang pertama dilakukan Zionis Israel terhadap orang awam Palestin telah berlaku pada tahun 1919 bertepatan pada perayaan hari raya Nabi Musa.

Pada malam 9 April, 1948, 60 tahun yang lalu, penduduk Deir Yassin terbangun kerana perintah “mengosongkan desa” yang disuarakan oleh pembesar suara. Sebelum mereka mengerti apa yang sedang terjadi, mereka telah dibunuh. Penyelidikan Palang Merah dan PBB yang dilakukan berturut-turut di tempat kejadian menunjukkan rumah-rumah dibakar terlebih dahulu lalu sesiapa yang cuba menyelamatkan ditembak mati. Dalam serangan ini, wanita-wanita hamil dirobek perutn mereka dengan benet, hidup-hidup. Anggota tubuh korban dipotong-potong, anak-anak dipukul dan diperkosa. Dalam pembantaian Deir Yassin, 52 orang kanak-kanak disayat-sayat tubuhnya di depan mata ibu mereka, lalu mereka dibunuh dengan cara kepalanya dipenggal. Lebih daripada 60 orang wanita terbunuh dan tubuh mereka dipotong-potong. Jumlah korban pembantaian Deir Yasin sebanyak 254 orang.

Tidak puas hanya dengan pembantaian, para pengganas mengumpulkan kaum wanita dewasa dan remaja yang masih hidup, menanggalkan seluruh pakaian mereka, membaringkan mereka di atas kereta tidak berbumbung, membawa mereka sepanjang jalan daerah Yahudi di Jerusalem dalam keadaan telanjang. Jacques Reynier, perwakilan Palang Merah Palestin pada saat itu, yang melihat potongan-potongan mayat selama kunjungannya ke Deir Yassin pada hari serangan itu hanya mampu berkata, “Keadaannya sungguh mengerikan."

Selama serangan, 280 orang Islam, di antara mereka wanita dan anak-anak, mula-mula diarak di sepanjang jalan lalu ditembak seperti menjalani hukuman mati. Sebahagian besar wanita yang masih remaja diperkosa sebelum ditembak mati, sedangkan remaja llelaki ada yang dikebiri kemaluannya.

Pembantaian ini adalah sebahagian daripada rancangan pembantaian yang diatur terhadap rakyat Palestin oleh para pengganas Zionis yang bertujuan hendak mengubah Palestin menjadi sebuah negara Yahudi. Aksi-aksi ganas Zionis seperti di Deir Yassin telah menghasilkan pengusiran besar-besaran orang Palestin.

Para milisi Zionis, dan kemudiannya tentera Israel mengusir mereka ke luar dari tanah bersejarah yang telah mereka huni berabad-abad lamanya. Dengan pantas pula Israel melakukan pemindahan Yahudi dari seantero dunia ke rumah-rumah dan tanah-tanah rakyat Palestin yang ditinggalkan.

Bagi bangsa Palestin, Deir Yassin adalah simbol hilangnya tanah tumpah darah mereka dan kehancuran masyarakat mereka, sebuah situasi yang terus berlangsung hingga hari ini. Ketika Israel mendeklarasikan diri pada Mei 60 tahun lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin diusir sementara 78 peratus tanah pusaka Palestina lenyap dan berubah nama menjadi “Israel”.

Dewasa ini, pelarian Palestin hampir berjumlah 4 juta orang, di luar populasi keseluruhan bangsa Palestin yang mendekati angka 10 juta. Sementara pelarian lain dari berbagai belahan dunia dapat kembali ke tanah air mereka, hak pulang pelarian Palestina hingga saat ini masih dirampas secara internasional. (seto)

sumber

Kebakaran di Maghribi, 55 Maut


Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang tilam yang menyebabkan 55 maut di Casablanca, Maghribi, kelmarin.– Reuters


CASABLANCA, Maghribi 27 April – Kebakaran di sebuah kilang tilam di bahagian termiskin di bandar raya ini awal pagi semalam menyebabkan 55 pekerja terbunuh dan sekurang-kurangnya 24 cedera.

Seorang ketua penyelamat berkata, pasukan bomba tiba di tempat kejadian lewat beberapa jam dan pintu terkunci sehingga menyukarkan kerja-kerja memadam api dan menyelamat.

Kebakaran terjadi di bangunan kilang empat tingkat di kawasan perindustrian di pinggir Casablanca yang merupakan pusat ekonomi negara ini.

Menurut pasukan bomba, 54 orang mati dan 24 cedera dalam kebakaran itu tetapi agensi berita dan pihak berkuasa negara ini menyatakan 55 orang terbunuh.

Ketua Operasi Penyelamat Bulan Sabit Merah, Jawad el-Mejdoubi berkata, pasukan bomba tiba selepas dua jam kebakaran bermula sementara pasukan penyelamat lain tiba selepas empat jam.

Beliau berkata, mereka mendapati pintu kecemasan kilang itu disekat sementara tingkap di pasang dengan jeriji besi dan bomba mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran.

sumber

Saturday, April 26, 2008

Gaza Semakin Parah


DIZALIMI... Penduduk Palestin terus-menerus menderita, tidak cukup terbuang di bumi sendiri, mereka pula hidup penuh kepayahan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh rejim Zionis Yahudi. Pelbagai bentuk sekatan dikenakan, termasuk sekatan bahan api yang menyaksikan kehidupan penduduk berkenaan bagaikan terhenti dan kemudahan awam tidak lagi mampu untuk beroperasi.
*BERIBU-RIBU penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Genting Gaza, semalam bagi menuntut Israel menarik balik sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap mereka. – AP


BANDAR GAZA 25 April - Tahap kehidupan penduduk-penduduk di Genting Gaza terus bertambah buruk ketika regim Israel bertindak menyekat bekalan bahan bakar dalam apa yang dilihat sebagai satu bentuk hukuman menyeluruh ke atas penduduk awam.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, tindakan yang tidak membenarkan bekalan bahan bakar yang secukupnya memasuki Gaza adalah sekatan yang mencabul Konvensyen Geneva.

Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA) berkata, sektor kesihatan Gaza paling teruk terjejas apabila 20 peratus ambulans tidak lagi beroperasi dan 60 peratus lagi mempunyai bahan bakar cukup untuk operasi tidak sampai seminggu.

Pungutan sampah ditelah dihentikan di separuh daripada kawasan perbandaran Gaza manakala loji rawatan air membuang 60,000 meter padu kumbahan tanpa dirawat ke Laut Mediterranean setiap hari, lapor agensi itu.

seterusnya

Thursday, April 24, 2008

Pilih Waktu Makkah Ganti Waktu Greenwich

Sejumlah pakar Islam di bidang geologi dan ilmu syariah mulai berkempen tentang persamaan waktu dunia dengan merujuk waktu Makkah Mukarramah. Hal itu dimaksudkan untuk mengganti persamaan waktu Greenwich yang selama ini digunakan banyak penduduk dunia kerana menurut sejumlah kajian ilmiah, Makkah-lah yang menjadi pusat bumi.

Persoalan ini mendapat perhatian dalam Konferen Ilmiah bertajuk “Makkah Sebagai Pusat Bumi, antara Teori dan Praktik”. Konferen yang diselenggarakan di ibukota Qatar, Dhoha pada Sabtu (19/4), menyimpulkan tentang acuan waktu Islam berdasarkan kajian ilmiah yakni Makkah, dan menyeru umat Islam agar mengganti acuan waktu dunia yang selama ini merujuk kepada Greenwich. Makkah Mukarramah dinyatakan sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia, dan di sekeliling Ka’bah yang ada di Makkah berkeliling kaum muslimin yang melakukan Thawaf dari kiri ke kanan, kebalikan dari acuan waktu Greenwich dari kanan ke kiri.

Dalam konferensi yang juga dihadiri oleh Syeikh DR. Yusuf Al-Qaradhawi dan juga sejumlah pakar geologi Mesir seperti DR. Zaglul Najjar yang juga dosen ilmu bumi di Wales University di Inggris serta Ir Yaseen Shaok, seorang saintis yang mempelopori jam Makkah.

DR. Qaradhawi dalam kesempatan itu menyampaikan dukungannya agar umat Islam dan juga dunia menggunakan acuan waktu ke Makkah sebagai acuan waktu yang sejati, kerena Makkah adalah pusat bumi. Dalam sambutannya di awal konferen ini, beliau menjelaskan juga mengapa Makkah dipilih sebagai pusat bagi bumi dan kenapa Allah swt menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat bagi umat Islam.

Qaradhawi yang juga ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa itu mengatakan, “Kami menyambut kajian ilmiah dengan hasil yang menegaskan kemuliaan kiblat umat Islam. Meneguhkan lagi teori bahawa Makkah merupakan pusat bumi adalah sama dengan penegasan jati diri keIslaman dan menopang kemuliaan umat Islam atas agama, umat dan peradabannya.”

Qaradhawi juga menyampaikan bahwa tidak ada pertentangan dalam Islam antara ilmu dan agama sebagaimana yang terjadi di agama dan peradaban lain.

Berhubung masalah Makkah sebagai pusat bumi, DR. Zaglul Najjar mengatakan bahawa hal itu memang benar berdasarkan penelitian saintifik yang dilakukan oleh DR. Husain Kamaluddin bahawa ternyata Makkah Mukarramah memang menjadi titik pusat bumi. Hasil penelitian yang dipublikasikan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kairo itu, melukiskan peta dunia baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah yang disebut "spherical triangle" Prof. Husein menyimpulkan kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah daratan bumi. Sekaligus membuktikan bahwa bumi ini berkembang dari Makkah. (na-str/iol)

sumber

5 Remaja Palesti Ditembak Zionis

Penduduk awam Palestin kembali menjadi korban tembakan membabi-buta yang dilakukan tentera Zionis-Israel. Kali ini korbannya lima remaja Palestin yang ditembak sepasukan tentera Zionis-Israel dekat Betlehem.

Kelima remaja tersebut adalah Walid Rizq (15), Ahmad Muhaisin (18), Isma'il Shadhily (18), Muhammad Iraqi (15), dan Abdullah Afandi (13). Menurut saksi, kelima-lima orang remaja tersebut melempari jeep tentara Zionis yang melintas dengan batu, namun lemparan batu itu terus disambut dengan rentetan senjata api yang dilepaskan dari dalam jeep. Akibatnya para remaja yang berasal dari kem pelarian Deheisha itu cedera di beberapa bahagian tubuh mereka.

Perisiwa tersebut merupakan hal yang terjadi setiap hari di Palestin. Bahkan selalu anak-anak kecil Palestina yang tengah bermain pasir tiba-tiba diterjang peluru Israel. Dalam sejumlah peristiwa, banyak bayi-bayi Palestin yang menemui ajal ditembak sniper Israel. Semua keganasan dan kejahatan Zionis-Israel ini tidak akan pernah diliput oleh media-media besar dunia yang memang dikuasai oleh jaringan Zionis.(rz/MNA)

sumber

Israel Sedia Serahkan Bukit Golan!

DAMSYIK 23 April - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, negaranya sedia berundur sepenuhnya dari Bukit Golan sebagai balasan untuk keamanan dengan Syria.

Kesediaan Israel itu telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kepada Presiden Bashar al-Assad.

"Perdana Menteri Recep telah menghubungi Presiden Bashar semalam dan menyatakan kesediaan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert untuk berundur sepenuhnya dari wilayah Syria di Golan sebagai balasan untuk keamanan," lapor media Al-Watan hari ini.

Damsyik menuntut supaya negara Yahudi itu mengembalikan keseluruhan wilayah strategik itu yang menganjur sehingga ke pantai Laut Galilee-yang merupakan sumber utama air Israel, sebagai "harga" untuk keamanan.

Tel Aviv keberatan untuk memenuhi tuntutan tersebut melalui rundingan damai yang kali terakhir diadakan pada tahun 2000.

Namun, media Israel melaporkan kesediaan Tel Aviv untuk memenuhi tuntutan tersebut selepas Syria bersetuju menamatkan pakatan dengan Iran dan sokongan berterusan kepada pejuang Palestin dan Lebanon.

- AFP

Israel menawan Bukit Golan dalam Perang Asia Barat pada tahun 1967 dan mendudukinya pada tahun 1981 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

sumber

Wednesday, April 23, 2008

Berita Terkini PAS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman



TranungKite Online v7.0

Penjenayah Gujarat Dihukum Hanya Setelah 5 Tahun

Pengadilan kota Godhra, sebelah barat India menjatuhkan vonis hukuman seumur hidup terhadap lapan orang yang didakwa dalam kes pembunuhan dan pemerkosaan terhadap dua orang wanita Islam dan kes pembunuhan satu keluarga seramai lima orang dengan cara dibakar.

Peristiwa itu terjadi saat pecahnya peristiwa pertempuran antara warga Muslim dan Hindu di Gujarat pada bulan Februari 2002 lalu. Sekitar 1, 000 orang, kebanyakan warga Muslim, terbunuh dalam peristiwa kekerasan yang berlanjut sampai bulan Mei pada tahun yang sama.

Peristiwa berdarah tersebut dicetuskan oleh kebakaran sebuah kereta api yang menyebabkan 59 warga Hindu tewas. Seorang warga Muslim dituding melakukan pembakaran itu, namun setelah jawatan kereta api India melakukan penyelidikan, tuduhan itu tidak terbukti. Mereka menyatakan kebakaran itu murni sebagai kecelakaan.

Selain menghukum seumur hidup lapan yang didakwa, hakim HM Dholakia juga memvonis tiga tahun penjara untuk tiga terdakwa lainnya. Jaksa penuntut Siraj Malik pada jaringan televisyen NDTV memastikan bahawa lapan orang dihukum seumur hidup, selebihnya berjumlah 29 orang dibebaskan. Para terdakwa, kata Malik, akan membuat rayuan.

Di antara terdakwa yang divonis hukuman seumur hidup adalah bekas ketua Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata.

Pendiri organisasi hak asasi manusia Supporters of Human Rights di India, Hyder Khan menyatakan, selama ini hak-hak korban peristiwa Gujarat diabaikan karena keterlibatan pegawai polis dalam peristiwa berdarah itu dan sistem undang-undang yang sengaja menghalang-halangi para pelaku kejahatan diproses di pengadilan.

Khan juga mengecam para pejabat pemerintah India yang terlibat dalam peristiwa Gujarat. "Pemerintah lokal tidak punya autiriti moral untuk tetap berkuasa. Presiden harus membuat keputusan dan membubarkan pemerintahan tempatan yang berkuasa sekarang. Setiap orang yang bertanggung jawab atas peristiwa itu, harus diadili, " tegas Khan.

Diyakini, para pejabat pemerintah Gujarat tidak melakukan usaha pencegahan malah mendorong pertelagahan agama itu terjadi. (ln/aljz/iol)

sumber

Nikah Beramai-ramai Terbesar di Dunia


Mahar yang mahal dan kemiskinan membuatkan muda mudi Muslim di India yang tergolong miskin, tergendala berkahwin. Tapi kini mereka boleh mengukir senyuman. Khabarnya ada 10 ribu pasangan muda mudi Muslim dari golongan dan anak-anak yatim Muslim akan ikut dalam pesta pernikahan besar-besaran di Andra Pradish, India. Pemerintah mendukung acara tersebut dengan melakukan pesta nikah besar-besaran secara percuma

Dewan Wakaf Kota akan menanggung biaya pernikahan besar-besaran itu dengan dukungan dari pemerintah kerana semakin mendesaknya permintaan kaum minoriti Muslim yang miskin untuk menikah secara rasmi.

Menurut harian Al-Khaleej Times terbitan Emirat, Uhamad Shaber, menteri yang menangani kaum minoriti di Andra Pradish, Utara India, mengatakan, “Pasukan parlimen telah dibentuk untuk mengkaji bagaimana caranya menguruskan pesta pernikahan pertama kali dan terbesar di India dan mungkin di dunia, uutuk Muslimin India.”

Panitia untuk pesta nikah massal ini disebutkan telah menerima pendaftaran para calon pengantin yang jumlahnya sekitar 10 ribu orang. Masih menurut Shaber yang juga sudah melakukan dialog dengan sejumlah tokoh agama dan pemerintahan setempat, agenda perbikahan besar-besaran ini sebenarnya sudah beberapa kali dilakukan tapi tidak untuk komuniti Muslim melainkan untuk komuniti Hindu yang miskin. Komuniti Hindu yang tergolong miskin mendapat bantuan dana dari lembaga peribadatan kaum Hindu yang setiap tahun memberikan sumbangan untuk pernikahan anggotanya

Dalam acara ini, para calon pengantin akan mendapat bantuan dana sebesar 251 dollar. Jumlah dana untuk para calon pengantin itu, sejumlah 1,225,000 dollar diambil dari anggaran pemerintah yang memang diperuntukkan untuk membantu pernikahan besar-besaran. Saat ini di India terdapat 31 juta Muslim, atau seperlima dari jumlah penduduk Hindu yang jumlahnya 140 juta orang. (na-str/iol)

sumber

Pemuda PAS Bantah Penyembelihan 11 Ulama Di Somalia

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), hari ini tampil mengemukakan bantahan terhadap tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini. Surat bantahan berkenaan diserahkan kepada wakil PBB di Malaysia, Asfaazam Kasbani oleh Timbalan Ketua DPPP, Ust. Nasaruddin Tantawi.

Dalam taklimat ringkas Asfaazam, beliau menyatakan bahawa DPPP adalah organisasi pertama yang tampil membuat bantahan terhadap isu ini yang nampaknya dipandang sepi oleh negara-negara OIC.

Asfaazam juga menyatakan bahawa krisis antara tentera Kerajaan Somalia dan tentera dari negara Ethiopia telah berlarutan hingga menyebabkan lebih 80 orang awam termasuk 11 ulama terbunuh. Dalam kejadian di Masjid Al-Hidayah seramai 21 orang pelajar turut ditangkap oleh tentera Ethiopia tetapi masih belum diketahui nasib mereka.

Sementara itu Ust. Nasaruddin menyifatkan tragedi ini sebagai satu perkara yang serius dan PBB sebagai pertubuhan antarabangsa harus mengambil tindakan segera agar krisis ini tidak berpanjangan.

Pembunuhan 11 Ulama dari Jamaah Sufi Tabligh termasuk pemimpin mereka Sheikh Saed Yehia adalah sesuatu yang sukar diterima kerana mereka hanyalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam pergolakkan politik yang kian meruncing itu.

Setiausaha DPPP, Sabki Yusof menyeru agar badan-badan NGOs dan Organisasi besar dunia seperti PBB, OIC dan lainnya tampil membela nasib umat Islam di Somalia.

Kekejaman yang berlaku mengambarkan seolah-olah suatu usaha ke arah pembersihan etnik sedang berlaku di mana tentera Kristian dari Negara Ethiopia boleh sewenang-wenangnya datang ke somalia menyembelih umat Islam di negara berkenaan.

Tekanan harus diberikan kepada Kerajaan Ethiopia agar menghentikan gerakkan ketenteraan ke Somalia.

Asfaazam dalam jawapan ringkasnya berjanji akan menyampaikan memorandum berkenaan kepada Sekretariat Keselamatan PBB di New York. Beliau berharap agar badan-badan Kerajan dan NGOs turut tampil memberikan sokongan bagi membela umat Islam di Somalia.
- Herman Shamsudden

sumber


Tuesday, April 22, 2008

Masjid di Perancis Dibakar!

Isnin 21 April-Sekelompok orang dicurigai membakar sebuah masjid di barat daya kota Toulouse, Perancis . Peristiwa ini mengejutkan warga Muslim tempatan dan menimbulkan spekulasi tentang siapa orang yang melakukan pembakaran itu.

Imam masjid al-Salam, Abdul Nabi al-Hamrawi mengaku terkejut melihat masjidnya terbakar. Dia menyatakan tidak dapat mengesyaki pelakunya dan apa motifnya. "Kami tidak punya persoalan atau apapun itu dengan masyarakat sekitar, " kata al-Hamrawi.

Belasan petugas pemadam kebakaran dengan cepat berhasil memadamkan api, tapi bahagian dalam masjid sudah hangus terbakar. Pasukan penyelamat dan pegawai yang menyelidiki kes ini menyimpulkan ada unsur kesengajaan dalam insiden kebakaran tersebut. Menurut mereka, api berpunca dari sebuah tempat sampah di dalam masjid yang sengaja dibakar. Pelakunya masuk ke dalam dengan cara merosakkan pintu masjid

Peristiwa pembakaran masjid ini mengundang perhatian Menteri Dalam Negeri Michele Alliot-Marie. Dia menyebut insiden itu sebagai "insiden yang didorong rasa kebencian" dan berjanji akan menangkap para pelakunya. "Segala upaya akan dilakukan untuk mencari para pelakunya dan membawa mereka ke meja pengadilan, " janji Alliot-Marie.

Warga Muslim setempat menduga-duga siapa pelaku dan apa motif pembakaran masjid yang dirasmikan tahun 2006 itu. Abdul Qader bin Ganna, pejabat Union of French Islamic Organization (UOIF) di Toulouse mengatakan kemungkinannya boleh sesiapa saja. "Boleh jadi latar belakangnya Islamofobia, tapi tidak mustahil juga kerana adanya pertikaian di kalangan warga Muslim sendiri, ini juga tidak boleh diabaikan, " kata Abdul Qader.

Menurutnya, kebelakangan ini terjadi perbezaan pendapat dalam kalangan kelompok warga Muslim, terutama warga Muslim yang berasal dari Maroko tentang persoalan siapa yang berhak mengelola masjid tersebut. "Mereka membentuk kelompok-kelompok dagang di masjid al-Salam, " tukas Abdul Qader.

Dia juga mengingatkan yang masjid itu terletak di kawasan industri kecil di kota itu dan selama ini belum pernah ada keluhan tentang adanya gangguan dari warga non-Muslim.

Tapi seorang warga Muslim setempat bernama Ammar Muakkran yakin pembakaran masjid bermotifkan Islamofobia. Dia mengaitkan peristiwa ini dengan tindakan pencabulan di 148 makam warga Muslim di pemakaman umum Notre Dame de Lorette pada awal bulan April lepas. Muakkran mencurigai pelakunya adalah para aktivis berhaluan kiri di Perancis. (ln/iol)

sumber

Tentera Ethiopia Bunuh Orang Awam Somalia di Masjid

Tentera Ethiopia membunuh 30 orang awam Somalia yang sedang berlindung di sebuah masjid, yang sedang mencari perlindungan daripada pertempuran antara pasukan Ethiopia dan para pejuang Mahkamah Islamiyah di ibukota Somalia, Mogadishu pada hari Isnin 21 April.

Enam dari 30 orang awam yang sedang berlindung di masjid al-Hidayah itu ialah para ulama dari jamaah Tabligh Sufi yang tidak terlibat dengan kelompok yang bertempur dengan pasukan Ethiopia. Sejumlah saksi mengatakan, pasukan Ethiophia menyerang puluhan orang awam sehingga 20 orang yang menjadi korban ditemukan tanpa kepala.

"Pasukan Ethiopia juga mengancam akan memenggal kepala para wanita jika mereka diserang lagi, " ujar seorang perempuan yang menyaksikan pembantaian di dalam masjid.

Dalam pertempuran yang kembali panas selama dua hari ini di Mogadishu antara para pejuang Mahkamah Islamiyah dan pasukan Ethiopia, menyebabkan sekurang-kurangnya 85 orang terkorban. Mayat-mayat korban berserakan di jalan-jalan. "Pagi ini saya ingin menghindari pertempuran yang saya takut akan berkobar lagi. Saya melihat empat mayat laki-laki yang saya kenal tergeletak di jalan, " kata Hussein Abdulle, seorang warga Mogadishu.

Warga lainnya, Abdulahi Mohamud menambahkan, "Dua orang yang kepalanya dipenggal juga tergeletak di sana."

Mogadishu menjadi pusat pertempuran sengit sejak pasukan Ethiopia menginvasi Somalia pada tahun 2006 atas permintaan pemerintahan interim Somalia untuk menumbangkan pemerintahan Mahkamah Islamiah yang berkuasa di negeri itu. Akibatnya pertempuran-pertempuran tersebut, ribuan warga Somalia terkorban dan ratusan ribu lainnya menjadi pelarian.

Kelompok Alliance for the Re-Liberation of Somalia (ARS) menuduh pasukan Ethiopia juga menjadikan orang awam sebagai tawanan.

"Banyak orang yang diambil dari rumah-rumah mereka oleh orang-orang Ethiopia. Ini membuktikan tentera-tentera Ethiopia datang untuk menghancurkan Somalia, " kata Syeikh Sharif Ahmed, pimpinan ARS kepada televisyen Aljazeera.

Dia menyerukan masyarakat antarbangsa untuk melakukan intervensi atas kemelut di Somalia dan mengancam akan menolak segala bentuk negosiasi damai yang dianjurkan PBB jika organisasi dunia itu tidak bersikap tegas terhadap tindakan pasukan Ethiopia.

Sementara itu, Perdana Menteri pemerintahan interim Nur Hassan Hussein, membela tindakan pasukan Ethiopia dan berdalih yang mereka berusaha mempertahankan diri.

Organisasi hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch dalam beberapa laporannya mendakwa pasukan Ethiopia telah melanggar hukum antarabangsa kerena dengan sengaja menyerang wilayah-wilayah padat penduduk di Mogadishu. (ln/iol)

sumber

Monday, April 21, 2008

Jaulah Iskandariah

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh…

Pada hari Sabtu 5 April 2008 bersamaan 29 Rabie’ Awwal 1429 lepas, saya berpeluang menjejaki kaki kali kedua ke bumi Iskandariah yang mana telah pernah dijejaki sebelum oleh panglima perang yang masyhur didalam sirah Islam iaitu Salahuddin Al-Ayubi suatu ketika dulu bagi menyebarkan keagungan Islam. Ini kerana pada kali ini agak meriah memandangkan saya berpeluang bersama-sama rakan tantawiyyun seramai 12 orang ( bersamaan sebuah tramco) turut serta didalam jaulah ke negeri utara mesir ini.


Destinasi pertama kami ketika mana sampai ialah tempat bernama Muntazah. Sebuah taman indah begitu terkenal dikalangan warga Mesir , pelajar-pelajar Malaysia dan pelancong dunia lain. Terpaku sebentar melihat keindahan taman yang dihiasi bunga pelbagai jenis, Istana Farouk, menara Rumah Api, keindahan pantai, teluk, deruan ombak memukul pantai dan panorama indah pemancing sedang mengail diikuti desiran angin mendayu-dayu sepoi bahasa amatlah sukar untuk digambarkan melalui sebuah penulisan melainkan berwasilahkan pancaindera yang empat. Begitulah serba sedikit gambaran keindahan bumi ciptaan Allah SWT, setiap pelusuk bumi masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Tidak perlu kita memperlecehkan geografi sesebuah negara kerana ianya dicipta Ilahi sesuai suasana masyarakatnya. Setelah puas bersiar-siar menghirup udara segar, kami tidak melepaskan waktu yang ada untuk bergambar riang sebagai tanda kenangan terindah bersama.


Istana Farouk...


Sekitar pemandangan...




Bunga-bungaan...



Melihat bunga ditaman...




Bergambar bersama Ammu Gahari disebalik bunga...


Jambatan merah yang cantik...


Menuju ke laut...


Rumah Api...


Pemandangan laut...



Zoom dibalik pokok...



Batu-batan penghalang ombak...


Pakcik Arab sedang memancing...


Tanpa membuang masa, kami terus menuju ke destinasi kedua iaitu sebuah kubu pertahanan tentera di zaman Salahuddin Al-Ayubi masih utuh, teguh dari dimamah usia. Walaupun kadar bayaran masuk dikenakan sebanyak LE10 namun saya tetap tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengunjungi dan memasuki Qal’ah tersebut memandangkan bukan senang kesempatan berkunjung ke tempat-tempat sejarah begini diperolehi lagi. Kedapatan pelbagai lapisan masyarakat Arab turut mengunjungi Qal’ah tersebut. Pada fikiran saya, mungkin musim cuti agaknya… Kubu tersebut dibina amat stretegik jika diambil kira kedudukannya kerana berhadapan pantai dan pelabuhan kecil disekitarnya. Malah senibeni bangunan tersebut menampakkan kepintaran dan kepakaran arkitek membinanya. Di dalam Qal’ah itu terdapat sebuah mihrab tempat tentera-tentera dahulukala sembah sujud kepada Allah SWT, bilik-bilik kecil, lorong-lorong berbatu disusun rapi, tangga bertingkat-tingkat menuju ke tingkat atas, menara peninjau, beranda, tempat memasak dan sebagainya. Kalau tidak silap kiraan saya, terdapat 4 tingkat di dalam Qal’ah itu. Apa yang menarik hatiku, suasana di dalam Qal’ah yang begitu sejuk dan nyaman seperti ada air-cond menghembus hawa dingin. Mungkin kesan binaan batu kapur dan lorong-lorong angin menghadap ke laut menyebabkan udara didalamnya terasa dingin walaupun keadaan di luar sedikit panas. Di bahagian dalam Qal’ah itu juga terdapat lebih kurang 3 laras meriam besi menghala ke laut kegunaan menangkis serangan musuh dari jauh.


Tersergam indah Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi...


Pintu-pintu sebalik benteng Kubu..


Meriam lama menghala ke lautan luas...


Lorong bawah Qal'ah...


Sudut pandangan tepi...


Pemandangan sekitar Qal'ah...


Batu merah menghiasi bumbung...


Lorong pelawat...


Model Qal'ah keseluruhannya...


Lorong gelap menuju ke tangga...


Kubah Qal'ah...


Orang ramai yang berkunjung...

Sebaik sahaja penat berjalan-jalan di dalam Qal’ah tersebut kami terus menju ke Masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jamak dan terus menikmati makanan yang dibawa bersama. Destinasi kami seterusnya ialah Maktabah Iskandariyah ( Perpustakaan ) yang dikatakan terbesar di Afrika. Memang tidak nafikan perpustakaan tersebut agak besar dan menarik. Dihiasi pula bahan-bahan pameran bersejarah seperti artifak, mesin percetakan di era penjajahan Perancis dan Britian suatu ketika dahulu. Disamping itu juga, pelbagai deretan bahan ilmiah tersusun rapi di setiap rak bercahaya membuktikan lagi gelaran perpustakaan terbesar di Afrika. Mungkin Negara umat Islam lain juga perlu memperbesarkan dan memerbanyakkan lagi perpustakaan ilmiah seperti ini memandangkan Islam amatlah mengagungkan maqam ilmu dan penuntut ilmu itu sendiri.


Mesin Percetakan kurun imperialisme...


Bumbung Perpustakaan boleh ditembusi cahaya matahari...



Seni Khat Islam yang dipamerkan...


Keadaan dalam perpustakaan...


Akhir sekali, lawatan kami diakhir dengan membeli belah di pasar Iskandariyah pada sebelah petangnya. Sempat juga saya membeli beberapa barangan yang tidak terdapat di Tanta seperti Ikan pari, kembung dan sebagainya. Kesimpulannya, saya mendapat ilmu dan pengalaman baru hasil sehari menziarahi tempat-tempat bersejarah dan indah di Iskandariyyah, Mesir. Semoga dengan jaulah tersebut dapat kami menambahkan thaqafah dan keimanan kami akan keagungan Allah SWT …Insyallah.


Sekian, wassalam.

sumber