Saturday, May 31, 2008

Perut Bumi Makin Kering

Perut bumi makin kering
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
abror@hmetro.com.my

JAWATAN Pengurus Kecekapan Tenaga di pejabat? Tiada yang aneh atau melucukan jika kita memang benar-benar berfikiran jauh dan mahu memanjangkan hayat keselesaan hidup seperti hari ini.

Ketika dunia menghadapi krisis makanan yang semakin berkurangan atau terlalu mahal, harga petroleum meningkat seperti tidak dapat dikekang sama sekali dan ancaman bencana alam berterusan, majoriti penduduk dunia masih leka dengan keselesaan seolah-olah tiada satu apa pun yang membimbangkan.

Masalah itu merunsingkan. Memang, tetapi ia tidak cukup untuk mendesak kita berfikir lebih jauh daripada persekitaran sangat terhad.

Barangkali fakta ini dapat membantu pemahaman anda:


# Ketika ini ada 98 negara pengeluar minyak di seluruh dunia dan 64 daripadanya dianggap melepasi tahap penghasilan puncak.

# Enam puluh daripada negara itu mula mengalami penurunan pengeluaran.

# Pengeluaran petroleum dari telaga minyak terbesar dunia, Ghawar, di Arab Saudi dijangka mula menurun sekitar 2010, atau mungkin ia kini bermula.

# Pengeluaran dari telaga minyak terbesar di Mexico, Cantarell, merosot dari 1.99 juta tong sehari pada Januari 2006 kepada 1.44 juta tong pada Disember 2006. Penghasilan purata Cantarell pada Disember adalah 2.98 juta tong sehari, turun di bawah 3 juta tong untuk kali pertama sejak enam tahun.

# Zaman bersenang-lenang warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan petroleum mula berakhir. Walaupun mendapat keuntungan besar daripada penjualan bahan itu, jangkaan permintaan keperluan elektrik UAE meningkat dan boleh menjadi dua kali ganda menjelang 2015 atau tiga kali ganda menjelang 2020.

Pada 1956, ahli geologi, M King Hubbert, meramalkan pengeluaran petroleum Amerika Syarikat mencapai kemuncaknya pada akhir 1960-an sebelum ia mula menurun tidak lama kemudian.

Walaupun jangkaan itu ditertawakan kebanyakan pihak, masa membuktikan Hubbert ternyata benar dalam ramalannya.

Penemuan itu menjadi rujukan dalam perbincangan mengenai isu petroleum dunia dan ia digelar sebagai Hubbert’s Peak.

Hubbert mendapati, petroleum sama seperti sumber alam semula jadi lain mempunyai tempoh hayat tersendiri dan pola sekata: peringkat permulaan, pertengahan (juga kemuncak) dan kemerosotan.

Ketika sumber bekalan petroleum semakin merosot, bagaimana kesedaran manusia terhadap kelestarian alam? Menyedihkan.

Justeru, kita sangat mudah melihat keadaan pembaziran berlaku secara meluas dan tidak terkawal. Penggunaan elektrik berlebihan dan melampau, misalnya.

Dalam satu kajian di kawasan kampus sebuah universiti di utara Malaysia, didapati daripada 260 bangunan dengan keluasan 350,000 meter persegi, penggunaan tenaga elektriknya sebanyak 33,590,000 kilowattjam (kWj) menyebabkan institusi pengajian tinggi (IPT) itu membayar bil kira-kira RM8 juta setahun.

Pensyarah Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, berkata penggunaan elektrik berkait secara langsung dengan kelestarian alam sekitar.

Katanya, melalui amalan penyeliaan baik, banyak tenaga, termasuk wang dapat dijimatkan.

“Kaedah penyeliaan baik ini tidak memerlukan pelaburan baru seperti ubah suai bangunan atau penukaran peralatan elektrik di bangunan,” katanya.

Mengambil contoh IPT tadi, katanya, amalan penyeliaan baik dapat menjimatkan kira-kira 10 peratus penggunaan elektrik yang bernilai kira-kira RM800,000 setiap tahun atau RM2.5 juta jika 35 peratus setahun dicapai.

Jumlah itu adalah satu angka besar dan menjadi lebih signifikan jika dilakukan secara menyeluruh di semua IPTA yang pada umumnya membayar bil sekitar RM1 juta sebulan.

Dengan penurunan permintaan elektrik yang ketara, penyedia bekalan (Tenaga Nasional) dapat menjimatkan berbilion ringgit wang untuk mendapatkan bahan bakar (petroleum) dan menyediakan rangkaian bekalan kepada pengguna.

Fakta yang perlu diakui dan difahami – setitis bahan bakar terbentuk di perut bumi memerlukan tempoh berjuta-juta tahun untuk dihasilkan, tetapi hanya sedetik untuk dimusnahkan.

Mungkinkah hidup dapat diteruskan jika akhirnya tamadun petroleum ini berakhir dengan pupusnya bahan bakar itu?

Apabila dikatakan tamadun petroleum berakhir, ia bukanlah bermakna bahan bakar itu kering mutlak dari muka bumi.

Ia mungkin masih ada tetapi kos untuk menggali dan memanfaatkannya jauh lebih tinggi berbanding keuntungan dagangannya.

Ia kira-kira samalah dengan tamadun zaman batu, tembaga atau ais. Semua bahan itu masih ada tetapi penggunaannya tidak praktikal disebabkan keadaan semasa.

Maka, perlu ditanya semula, mungkinkah hidup dapat diteruskan jika akhirnya tamadun petroleum ini berakhir dengan pupusnya bahan bakar itu? Mungkin.

Dengan memulihara sumber alam semula jadi, banyak masalah dapat dielakkan. Pemanasan global yang berkait rapat dengan krisis bekalan makanan, misalnya.

Menurut Mohd Zin, amalan menggunakan Tenaga Diperbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) dapat meminimumkan penggunaan elektrik sama ada di rumah, tempat awam atau pejabat.

“Mungkin perlu diwujudkan jawatan Pengurus Kecekapan Tenaga di pejabat sebagai langkah memantau, mengawal dan mengurus penggunaan elektrik menjadi optimum,” katanya.

Berdasarkan kajian, kira-kira 60 peratus tenaga elektrik dibazirkan akibat reka bentuk dan pengurusan salah bangunan di negara ini. Dengan mengamalkan penyeliaan baik dan program pengurusan tenaga yang betul, purata 10 peratus tenaga dapat diselamatkan.

Menurut kajian Mohd Zin, bangunan komersial dan pejabat di Malaysia hari ini mencapai Indek Tenaga Bangunan (BEI) purata sebanyak 250kWh bagi setiap meter persegi setahun.

Walaupun Jabatan Standard Malaysia mengeluarkan garis panduan supaya bangunan pejabat direka bentuk dengan sasaran BEI 135kW/j setiap meter persegi setahun, pencapaian serendah 100kW/j boleh dicapai seperti dibuktikan sebuah bangunan berkonsep Pejabat Guna Tenaga Rendah (Low Energy Office) di Putrajaya yang membuktikan potensi penjimatan sehingga melebihi 50 peratus tenaga berbanding bangunan yang sedia ada di seluruh Malaysia hari ini.

Ahli profesional seperti arkitek dan jurutera, sebenarnya boleh membuat sumbangan besar jika reka bentuk bangunan berasaskan ciri-ciri cekap tenaga diaplikasikan.

Masalahnya, tahap kesedaran dan amalan berkaitan kecekapan tenaga masih rendah sama ada di kalangan orang ramai mahupun kakitangan kerajaan dan pereka bentuk bangunan.

Dalam kajian berjudul ‘Program Pengurusan Tenaga Di Bangunan’ mendapati tahap kesedaran dan amalan terhadap penggunaan dan menguruskan tenaga elektrik didapati masih tidak memuaskan.


Umar Mukhtar Pahlawan LIbya

/

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dengan nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi.. ”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak. Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.

Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, "Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâ, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâ bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Namun demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

sumber

Wednesday, May 28, 2008

Polis Belanda Baca Quran & Sirah Nabi

THE HAGUE: Polis Belanda digalakkan membaca terjemahan kitab suci al-Quran dan mengkaji biografi Nabi Muhammad untuk mendalamkan pengetahuan mereka mengenai Islam.

“Pegawai atasan memutuskan kakitangan yang membeli kitab itu akan mendapat kembali separuh daripada bayaran harga membeli al-Quran,” kata jurucakap polis, Ebe van der Land, kelmarin.

Terjemahan baru al-Quran dan biografi Nabi Muhammad bertajuk The Message, dalam bahasa Belanda diterbitkan Hossein Sadjadi Ghaemmaghami Farahani, yang menggunakan nama pena Kader Abdolah, bulan lalu.

sumber

Tuesday, May 27, 2008

Penduduk Yahudi di Israel Kini 7,282,000 Orang

Harian Ha’aretz pertengahan bulan Mei ini menyebutkan bahawa jumlah penduduk negara penjajah Israel saat ini mencapai 7,282,000 jiwa, dari jumlah mereka sebanyak 873 ribu jiwa pada bulan November 1948. Jumlah ini memberikan isyarat bahwa jumlah warga negara Israel pada tahun 2030 akan datang dianggarkan sebanyak 10 juta jiwa.

Disebutkan bahwa 75.5% penduduk negara Zionis Israel saat ini adalah Yahudi dan 20.1% Arab (Palestina). Sedangkan warga lainnya sebagaimana disebutkan Badan Pusat Statistik Israel, mencakup para pendatang dan anak keturunan mereka yang tidak terdaftar sebagai Yahudi di kementerian dalam negeri, jumlah mereka sebanyak 322 ribu jiwa atau sekitar 4.4% dari keseluruhan jumlah penduduk negara Israel.

sumber


2,700 Palestin Ditangkap Zionis Sejak Januari

Penjajah Zionis-Israel sejak Januari 2008 hingga pertengahan Mei 2008 telah menangkap dan memenjarakan sekurang-kurangnya 2,700 orang awam Palestin, sebagimana yang dilaporkan oleh Kementerian Urusan Tahanan dari kelompok HAMAS yang berkuasa penuh atas Jalur Gaza, Isnin (26/5).

Dalam laporan tersebut dipaparkan bahawa 255 remaja di bawah usia 18 tahun masih berada di dalam penjara, termasuk 14 orang perempuan. Mereka terdiri daripada pesakit di hospital yang diserbu tentera Zionis, warga tua, pimpinan organisasi pergerakan kemerdekaan Palestin dan lain-lain.

sumber

Monday, May 26, 2008

Kenali Bumi Bangladesh (video)

Uskup England Desak Pemurtadan Muslim

Nazir Ali, seorang uskup senior Gereja England menuding para pimpinan gereja gagal melakukan lebih banyak lagi pemurtadan terhadap penganut agaam Islam di England. Dia mengatakan, para pemimpin agama Kristian sehpatutnyanya tidak perlu malu-malu melakukan pemurtadan terhadap orang Islam sebagai sebahagian daripada usaha untuk menerima kedatangan kalangan etnik minoriti.

Akhbar Daily Mail edisi Ahad (25/5) mengutip pernyataan Uskup Nazir Ali yang mengatakan, "Bangsa kita berakar pada agama Kristian dan agama ini menjadi asas untuk menerika kedatangan warga penganut agama lain."

Nazir Ali yang bertugas di Keuskupan Rochester Tenggara England mengatakan, pernyataannya ini boleh jadi berlebihan tapi ia mendesak para pimpinan gereja untuk mengubah jalan pemikirannya dan berbuat lebih banyak lagi usaha memurtadkan umat Islam di England.

Uskup kelahiran Pakistan dan menjadi satu-satunya orang Asia yang menjadi uskup di England. Ayahnya Nazir Ali dulunya adalah seorang Muslim yang bertukar agama menjadi seorang Kristian. Nazir Ali adalah tokoh Kristian yang tidak begitu disukai dalam kalangan Muslim di England kerana sering melontarkan pernyataan yang menyerang Islam. Pada bulan Januari, dia menuding warga Muslim di England telah membuat sebahagian wilayah di negeri itu sebagai wilayah "terlarang" bagi umat penganut agama lain. Namun pemerintah England menolak pernyataan Ali.

Ia juga mendakwa masjid-masjid mendidik kelompok-kelompok "Islam radikal" dan meminta pemerintah England untuk menyekat kedatangan ulama Muslim dari negara lain. Bertolak belakang dengan desakan Nazir Ali, Menteri Dalam Negeri England Jacqui Smith dalam kunjungannya ke Pakistan dan Bangladesh belum lama ini malah mengumumkan akan mengundang para imam Muslim dari Asia untuk membantu mengatasi persoalan "ekstrimisme" di England.

Di England, seruan Nazir Ali agar para pemuka Kristian lebih gigih melakukan pemurtadan terhadap warga Muslim mendapat dukungan dari sejumlah anggota lembaga Musyawarah Gereja. Mereka mendesak agar isu pemurtadan ini menjadi salah satu agenda pertemuan mereka pada bulan Julai nanti.

Anggota Musyawarah Gereja Paul Eddy menjadi penyumbang gerakan pemurtadan tersebut dan menyerukan para uskup untuk lebih memperjelas strategi mereka untuk memurtadkan lebih banyak lagi orang-orang Islam, Hindu, Sikh dan pengikut agama lainnya yang ada di England. Menurutnya, melakukan pemurtadan terhadap agama lain merupakan perintah bagi seluruh penganut Kristian.

sumber

Tuesday, May 20, 2008

US sniper shot at Koran in Iraq (Penembak Tepat AS Tembak Al-Quran di Iraq)

Seorang penembak tepat (sniper) Amerika Syarikat (AS) telah dihantar pulang dari Iraq kerana menggunakan kitab Al-Quran untuk latihan menembak berdekatan Baghdad, menurut tentera AS...

Baca lanjut di BBC.

Monday, May 19, 2008

Pub Islamik di Kuantan, Malaysia

Warga kota Kuantan Malaysiatidak lama lagi dapat menikmati layanan sebuah pub yang khusus diwujudkan untuk orang Islam dengan pelayanan yang Islamik. Pembinaan pub ini terinspirasi dari pub Islami di kota Oldham, Great Manchester, England.

Pembinaan pub sudah diusulkan oleh Dewan Bandaran Kuantan. "Saya fikir, kita sepatutnya memiliki sebuah pub Muslim, yang memungkinkan mereka menikmati hiburan yang sihat dan bersih, " Presiden Dewan Perbandaran Kuantan Datuk Azizan Ahmad, seperti dipetik New Strait Times.

Menurut Azizan, idea ini sebenarnya bukan idea yang baru, karena pub Islamik sudah beroperasi di Britain. Di pub Islamik, para pengunjungnya hanya boleh menikmati minuman ringan atau sari buah dan tidak menyediakan makanan serta minuman yang dilarang dalam Islam.

Pub muslim pertama di Britain, bernama Halal Inn, didirikan oleh Azizur Rahman dan Muzahid Khan. Pub yang hanya boleh dikunjungi kaum lelaki ini, selain menyediakan makanan dan minuman halal, juga menyediakan fasilitas misalnya restoran dan ruang khusus untuk solat. Muzik yang diputar pun musik-musik Islamik.

"Ini merupakan tempat berkumpul untuk mereka yang mengambil berat dengan aturan-aturan dalam Islam dan tidak mahu pergi ke tempat-tempat yang menyediakan alkohol, " kata Muazahid Khan pada harian Inggeris, Publican. Meskipun demikian, Khan menyatakan bahawa pub Muslim miliknya terbuka bagi siapa saja dari berbagai-bagai latar belakang. (ln/al-arby)

sumber

History of Bangladesh Independence (video)

60 Tahun Nakbah Palestin


Seorang kanak-kanak lelaki mendukung adiknya melintasi kereta yang rosak teruk akibat serangan udara tentera Israel di Rafah, selatan Genting Gaza, baru-baru ini.
- Reuters

TANGGAL 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhan- nya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah di- isytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

Nakba bermaksud malapetaka atau ben cana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar ne- gara, manakala 30,000 yang lain telah di- usir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

seterusnya

Sunday, May 18, 2008

Korban Nargis Sudah 78,000 Orang

YANGON 17 Mei - Korban Taufan Nargis meningkat dua kali ganda kepada hampir 78,000 orang, tatkala pekerja bantuan terus bergelut dengan kerenah junta tentera yang enggan bekerjasama.

Pada masa yang sama hujan lebat di kawasan yang dibadai taufan dua minggu lalu menambahkan lagi kesukaran kerja-kerja menyelamat.

Stesen televisyen Myanmar lewat semalam melaporkan, angka kematian akibat taufan itu berjumlah 77,738 orang dengan 55,9176 orang dilaporkan hilang.

Angka terbaru itu hampir dua kali ganda berbanding laporan sebelum ini tetapi stesen televisyen melaporkan, ia hampir dijadikan angka rasmi.

sumber

Friday, May 16, 2008

Bush Percaya Zionis Umat Pilihan Tuhan

Apa yang membezakan Presiden AS George W. Bush dengan ilmuwan besar Albert Einstein? Boleh jadi keyakinannya tentang Yahudi Israel.

Einstein dalam suratnya yang bakal dilelong di London menyatakan tidak percaya dengan keyakinan Yahudi yang menyebutkan bahawa kaum Yahudi adalah umat pilihan. Tapi Bush, sangat percaya bahwa kaum Yahudi Israel adalah umat terpilih.

Di saat bangsa Palestin memperingati 60 tahun hari malapetaka akibat penjajahan rejim Zionis Israel, Presiden Bush malah mengungkapkan dukungannya pada rejim Zionis Israel si penjajah. Dalam pidatonya di acara perayaan 60 tahun berdirinya Israel, Bush mengatakan yang orang-orang Israel adalah "umat pilihan" dan AS selamanya akan mendukung kewujudan mereka.

Bush mengaitkan Israel dengan keyakinannya tentang "janji Tuhan" untuk memberikan "tanah air bagi umat pilihan" seperti tercantum dalam kitab suci Yahudi dan alkitab umat Kristian yang dianutinya. Bush menyatakan, kesamaan itu membuat aliansi Israel dan AS tidak akan tergoyahkan.

Dalam kunjungan ke Muzium Israel, Bush mengulas sebuath teks kuno alkitab yang tertera di bahagian dinding muzium. "Dokumen-dokumen ini bercerita tentang Tuhan dan hubungannya dengan umat manusia di zaman purbakala, " ujarnya.

"Saya tidak ragu lagi bahawa para pemimpin bangsa Israel kuno dan para pelopor negara modern Israel akan mencapai prestasi yang mengkagumkan, " sambung Bush.

Pada kesempatan itu, Bush juga mengatakan yang Hamas dan Hizbullah akan dikalahkan dalam pertempuran yang ia sebut sebagai "pertempuran antara kebaikan dan kejahatan."

Komentar-komentar Bush selama kunjungannya di Israel, makin menguatkan keyakinan rakyat Palestin bahwa Bush hanya beretorika soal perdamaian antara Israel-Palestina dan Bush bukan seorang meditor yang jujur dan tulus dalam upaya perdamaian itu.

Bagi Hamas, Bush sudah bicara seperti seorang "pendeta atau rabbi" dan pernyataan-pernyataan Bush merupakan tamparan keras ke muka rakyat Palestin yang selama ini menaruh harapan padanya. (ln/presstv)

sumber

Ratu Elizabeth Bertudung di Turki

Kunjungan Ratu Inggeris, Ratu Elizabeth II ke sebuah masjid terkenal di Turki menjadi berita utama media-media massa di Britain pada Khamis (15/5). Bagi media massa Inggeris, apa yang dilakukan Ratu Elizabeth II saat berkunjung ke masjid mungkin dianggap hal yang luar biasa dan yang menjadi sorotan mereka adalah kerudung yang dikenakan sang Ratu.

Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip melakukan kunjungan selama empat hari ke Turki, kunjungan pertama ratu dan raja Inggeris selama hampir 37 tahun. Dalam kunjungannya ke Masjid Hijau-masjid yang dibangun pada abad ke-15 saat Bursa masih menjadi ibukota kekhalifahan Turki Utsmani-Ratu Elizabeth II tidak segan-segan membuka kasutnya, mengenakan kerudung dan mendengarkan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibawakan oleh Imam Ayhan Polat.

Akhbar Inggeris The Telegraph pada tajuknya menulis, "Ratu mengenakan kerudung di Masjid Turki." Isi beritanya tertulis, "Yang Mulia, yang semula mengenakan topi lebar dan kasut berwarna putih, memakai busana Muslim yang menghendaki perempuan menutup kepalanya dan semua pengunjung membuka kasutnya selama berada di masjid dari abad ke-15, Masjid Hijau di sebelah timur kota Bursa."

Akhbar Times membuat headline berita yang hampir sama, "Ratu mengenakan kerudung saat berkunjung ke masjid." Times menulis, "Ratu melakukan kunjungan istimewa ke sebuah masjid kemarin, mengenakan kerudung bersama ibu negara Turki." Times juga menulis bahwa Ratu dibantu melepas sepatunya di pintu masuk masjid.

Selain mengunjungi Masjid Hijau, Ratu Elizabeth II juga berkunjung ke makam Sultan Muhammad II yang berada di dalam lingkungan masjid. Sultan Muhammad adalah sultan ke-5 dari 39 sultan dinasti kekhalifahan Turki Utsmani yang berjaya selama 624 tahun.

Begitu keluar dari masjid untuk melanjutkan kunjungan ke Istanbul, suara azan bergema dari Masjid Hijau. Sehari sebelumnya, Ratu Elizabeth II melontarkan komentarnya tentang Turki. "Bagi kami, Turki adalah negara yang penting. Posisinya sangat unik, sebagai jambatan antara timur dan barat pada masa yang sangat penting bagi Uni Eropa dan dunia pada umumnya, " kata Sang Ratu.

Ironisnya, ketika Ratu Elizabeth II mau berkerudung saat berkunjung ke masjid, kaum perempuan Turki masih terus berjuang agar dibolehkan mengenakan jilbab di mana saja. Kelompok sekular di Turki memandang jilbab sebagai ancaman bagi prinsip sekularisme yang dianut Turki. (ln/iol)

sumber

Negara Islam Indonesia?

JAKARTA 14 Mei - Seramai 17 pelampau yang mengisytiharkan Negara Islam Indonesia (NII) menghadapi tuduhan melakukan subversif dan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, jika didapati bersalah.

Mereka ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar Bandung, Jawa Barat pada awal bulan ini, termasuk pemimpin kanan kumpulan itu, kata ketua polis wilayah, Susno Duaji kepada Jakarta Post.

"Sebahagian besar suspek itu memegang pelbagai jawatan dalam NII, daripada gabenor bagi kawasan selatan Jawa Barat, sehingga kepada pemangku raja, setiausaha pemangku raja dan pegawai-pegawai daerah," kata Susno.

Menurutnya, pihak polis mempunyai bukti-bukti mereka melakukan subversif itu termasuk perlembagaan NII, kanun jenayah, pengisytiharan kemerdekaan dan bendera iaitu seperti bendera Indonesia merah dan putih yang ditambah dengan bulan sabit dan bintang.

Mereka akan didakwa cuba menjatuhkan kerajaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun penjara.

Polis sebelum ini telah membebaskan 18 anggota kumpulan ini setelah siasatan mendapati mereka hanyalah anggota baru pertubuhan itu.

- AFP

sumber

Tuesday, May 13, 2008

Wanita Palestin HasilkanFilem Animasi

Kaum wanita Palestin membuat sebuah filem animasi, bertepatan dengan 60 tahun penjajahan dan perampasan tanah Palestin oleh rejim Zionis Israel.

Filem animasi itu diberi judul "Kisah Sebuah Kunci" sepanjang 32 minit dan diproduksi oleh JohaToon Company, perusahaan rumah produksi yang dikelola oleh kaum wanita di Gaza. Filem animasi itu menggambarkan rejim Zionis Israel sebagai "musuh dari tanah air dan agama" bangsa Palestin.

"Filem ini mengisahkan tentang penderitaan, pembunuhan dan pengusiran. Filem ini menunjukkan bangsa Palestin meninggalkan tanah airnya bukan atas kehendak mereka sendiri, mereka dipaksa untuk pergi, " kata Moamena Abu Hamda, pengarah JohaToon Company di pejabatnyanya di Gaza.

Seperti yang diketahui, ketika "negara" Zionis Israel berdiri pada tahun 1948, gerombolan Yahudi Zionis mengusir sekitar 700 ribu warga Palestin.

Abu Hamda mengatakan, "Kisah Sebuah Kunci" merupakan filem animasi yang boleh disaksikan oleh anak-anak mahupun orang dewasa. Tajuk filem ini menjadi simbol bagi kunci-kunci milik warga Palestin yang kehilangan rumah-rumah mereka kerana dirampas rejim Zionis Israel.

Filem animasi ini akan ditayangkan di Ghaza bulan ini juga dan perusahaan pembuat filem itu berharap filem ini juga dapat dimainkan di negara-negara Arab lainnya. (ln/presstv)

sumber

Sunday, May 11, 2008

Taufan Nargis

Taufan di Bagladesh 1991:
138,000 maut

Taufan Nargis di Burma (setakat 10 Mei) 2008:
23,000 maut
43,000 hilang
Jangkaan: 100,000 maut


Pergerakan Taufan Nargis

Palestin: 5 Maut 6 Cedera

BANDAR GAZA 10 Mei - Lima penduduk Palestin terbunuh manakala enam lagi cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr. Muawiya Hassanein, serangan udara pertama ke atas sebuah balai polis di Rafah yang digunakan kumpulan Hamas itu, telah membunuh dua orang pejuangnya.

Katanya lagi, serangan kedua yang disasarkan ke atas pangkalan polis Hamas di bandar Khan Younis pula meragut tiga nyawa anggota separa tentera Hamas.

Pasukan perubatan menjelaskan, serangan ketiga pula menyebabkan dua orang pejuang dari pergerakan Jihad Islam cedera.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan dua serangan udara ke atas bangunan Hamas dan satu lagi serangan ke atas kumpulan bersenjata yang menghampiri pagar sempadan di selatan.

Ujarnya, pejuang Palestin telah melancarkan kira-kira 10 serangan roket ke arah Israel dan tiga daripadanya mengenai bandar Sderot.

sumber

Monday, May 5, 2008

Antara Rejab & Syaaban

Apabila kaum muslimin memasuki bulan Rejab dan Sya’ban, ke alaf baru banyaklah perkara-perkara yang berlaku dan banyaklah perkara perkara yang telah berlalu yang dapat diungkitkan sejarahnya kembali.

Hadis Rasulullah saw. “Sesiapa yang bangun pagi tanpa mengingati Allah swt. atau tidak berminat untuk berusaha semata mata untuk Allahs swt. maka Allah swt. tidak kena mengena dengannya. Dan sesiapa yang bangun pagi dengan tiada mengambil berat hal ehwal kaum muslimin bukanlah sebahagian dari kita.”

Maka adalah perkara penting bagi kaum muslimin untuk mengikuti perkembangan kaum muslimin di serata dunia dan mengambil berat tentang hal ehwal saudara saudara kami di mana mana jua. Apakah yang berlaku kepada kaum muslimin di al-Qafqaz (Chechnya, Ingushetia, Dagestan), di Paksitan dan di Palestin? Adakah ini sebahagian hal ehwal kaum muslimin di sini atau tidak?

Percubaan menawan Dagestan pada tahun 1722 oleh Raja Rusia Peter the Great tidak berjaya. Satu lagi percubaan untuk menakluki Al-Qafqaz (Caucasus) tetapi dipatahkan oleh seorang pejuang Islam bernama Syeikh Mansur. Imam Syamil pernah berperang menentang Rusia dan menubuhkan wilayah otonomi sendiri selama 1825-1859. Apabila Parti Bolshevik menguasai Rusia, Stalin telah berjanji memberikan kebebasan beragama kepada wilayah Al-Qafqaz tetapi telah menyalahi janji itu maka penduduk wilayah memberontak diketuai oleh cucu Imam Syamil. Parti Komunis pimpinan Stalin pernah melakukan pembunuhan beramai ramai pada tahun 1937 di mana seramai 14,000 rakyat Chechnya terkorban. Pada tahun 1944, Stalin telah memindahkan seramai 390,000 penduduk Chechnya dan 92,000 penduduk Ingushetia ke Asia Tengah di dalam gerabak gerabak yang dijangkiti oleh kuman typhoid dan akibatnya seramai 100,000 orang terkorban disebabkan oleh kebuluran dan penyakit. Entiti Chechnya-Ingushteia telah hilang selepas itu sehinggalah tahun 1950 apabila penduduk asal dbolehkan untuk pulang ke tanah air mereka (Chechnya-Calamity in the Caucasus- pengarang: Carlotta Gall, Thomas de Waal, 1997 New York University Press). Apabila Komunis tumbang, seramai 1.2 juta rakyat Chechen mengundi untuk merdeka tetapi diserang dan dinafikan hak mereka untuk merdeka sedangkan kesemua wilayah wilayah bekas Soviet Union telah merdeka.

Walaupun nisbah pejuang Islam Chechnya kepada Rusia adalah 1:10, tetapi Allah swt. telah menjanjikan kemenangan bagi kaum muslimin yang kecil bilangannya ke atas kaum kafir yang besar bilangannya. Pejuang Islam mujahidin di Chechnya berjuangsemata mata kerana Allah swt. dan balasannya di syurga akan dibalas dengan kemenangan. Sementara tentera Rusia berjuang semata mata gaji bulanan yang tak seberapa dan khidmat perempuan perempuan pelacur.

Pakistan adalah penting bagi kaum muslimin kerana kedudukannya, juga senjata nuklear dan juga tenaga muda kaum muslimin yang ramai. Menepikan Nawaz Sharif dan menggantikannya dengan General Musyaraf tidak akan membuahkan apa apa hasil bagi penduduk kaum muslimin di Pakistan. Menepikan satu agen Amerika dan menggantikannya dengan satu agen Amerikan yang baru tidak akan menguntungkan kaum muslimin di Pakistan tetapi sebaliknya akan menguntungkan Amerika sendiri. Kami menyeru kepada kaum muslimin yang ikhlas di Paksitan khususnya tentera sendiri supaya mendirikan Khilafah Islam.

Pada 27 Rajab 583 Hijrah atau pada tahun 1187 A.D. Salahuddin al-Ayubi telah membebaskan Baitul Muqaddis daripada pemerintahan tentera Salib yang menguasai selama 88 tahun. Baitul Muqqadis merupakan tanah suci umat Islam di mana Rasulullah saw. Telah mengembara dari Makkah al-Mukaramah ke Al-Quds pada malam 27 Rajab dinamakan malam Isra’ dan Miraj Nabi saw. Tetapi selepas kaum muslimin meninggalkan Islam, Al-Quds telah jatuh semula ke tangan msuuh musuh Islam. Juga pada 27 rejab khilafah telah diruntuhkan 79 tahun hijrah lalu.

Hadis Rasulullah saw. diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal menyatakan “Akan ada ba’ya ketaatan di Baitul Muqaddis” Iaitu maksudnya ba’ya kepada Khalifah akan ada di baitul Muqaddis insyallah kerana belum ada sebelum ini.

Hadis Rasulullah saw. yang lain dinyatakan oleh Ibnu Asakir dalam bukunya di mana Younes bin Maysara mendengar Rasulullah saw. berkata “Pemerintahan ini (Khalifah) akan berada di Madinah selepas kematian saya, kemudian di As-Syam (Syria, Jordan, Palestin, Lebanon) kemudian di Jazirah, kemudian di Iraq, kemudian di Madinah, kemudian di Baitul Muqaddis, apabila di Baitul Muqaddis ia akan bertapak di sana” Hadis ini sahih dan bermakna Khilafah selepas kematian Rasulullah saw. akan berada di Madinah pada masa Khulafa ar-Rasyidin, kemudian ibukotanya berada di as-Syam iaitu pada zaman Khalifah Bani Umayyah di mana Muawiyah Abi Suffian mendirikan ibukota Khalifah di Damsyik. Selepas itu ibukotanya berada di al-Jazirah iaitu sebuah tempat di as-Syam di mana Khalifah Marwan al-Himar mendirikan inukota di kawasan iu. Kemudian ibukotanya akan berada di Baghdad iaitu pada zaman pemerintahan Khilafah Bani Abbasiyah. Selepas itu ibukotanya akan berada di Madinah, bukan Madinah al-Munawarah tetapi Madinah Hiraql pada masa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah. Emudian Khilafah akan berada di Baituk\l Muqaddis di manan belum terjadi lagi.

Hadis Rasulullah saw. yang dilapurkan oleh Ibnu Hawwala r.a. “Sekiranya kamu melihat Khilafah memasuki Baitul Muqqadis, maka berhati hatilah tentang gempa bumi dan lain lain peristiwa dasyat akan berlaku, Hari Kiamat akan hampir” (Abu Daud, Ahmad Hanbal). Hadis ini bermakna bahawa Khilafah akan didirikan diluar kota Baitul Muqaddis tetapi Baitul Muqaddsi akan dijadikan ibukotanya.

Kaum Yahdi tidak berbeza dari kaum Nasrani, kedua duanya berfifkir akan menguasai Baitul Muqaddis selama lamanya dan telah membunuh beribu ribu nyawa kaum muslimin dan memenjarakan beribu ribu lagi. Tetapi ianya akan dibebaskan oleh kaum msulimin dan dijadikan ibukota Khilafah apabila tiba masanya kelak.

Dalam suatu hadis Rasulullahs saw. yang dilaporkan oleh Thawban r.a. di mana Rasulullah saw. bersabda “Allah swt. Telah memperlihatkan kepada aku seluruh pelusuk dunia dan umatku akan menguasai apa apa yang ditunjukkan kepada aku.”

Kaum muslimin sepatutnya berusaha untuk menjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibukota Khilafah bebas daripada agen agen musuh musuh Islam, para pengkianat dan kuasa imperialis.

Kami berdoa kepada Allah swt. sempena bulan Rajab dan Syaban yang mulia ini, agar Allah swt. melimpahkan penganpunanNya, kemenangan dan pertolonganNya yang pasti akan sampai kepada kaum muslimin yang berjuang dengan ikhlas semata mata untuk Allah swt. untuk mendirikan Khilafah Islam dan yang berperang menentang musuh musuh Islam, Amiin!

sumber

Friday, May 2, 2008

100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia, 11 Muslim


Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, dari ahli politik, cendekiawan, sampailah artis.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pelopor kelompok pembangkang di Malaysia, Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, beliau berada di kedudukan ke-9. Diikuti kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13.

Kemasukan al-Sadr dalam 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, bekas komandan pasukan AS di Iraq, Leftenan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati masyarakat miskin Syiah di mana dia berhasil memengan kendali kestabilan di selatan Iraq.

Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling popular kerana telah mengubah dunia, menjadi lebih baik ataupun lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh versi majalah Time. Dan tokoh yang menduduki tempat pertama ialah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali menimbulkan kontroversi dalam kalangan ahli akademik dunia.

Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu-satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Iraq.

Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bonda Theresa dari Baghdad' kerana wanita ini mengabdikan seluruh tenaganya untuk membantu warga Iraq yang menjadi pelarian. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya sepertinya yang boleh ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania sebagai komen terpilihnya Madeeha.

Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang doktor bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popular dan media Amerika kerap menempatkannya di kedudukan pertama, dalam deretan doktor paling terkenal.

Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi dari Britain keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabiliti institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu beliau mendirikan Ibrahim Foundation.

Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66. (ln/iol)

sumber

Thursday, May 1, 2008

Ikhwan Mesir Telibat Mogok Besar-besaran

Muhammad Mahdi Akef, Pemimpin Ikhwanul Muslimun di Mesir menyatakan organisasinya akan ikut serta dalam mogok besar-besaran pada 4 Mei akan datang.

Seruan mogok besar-besaran yang digaungkan melalui laman Facebook itu akan dilakukan bertepatan dengan tanggal kelahiran Presiden Mesir Husni Mubarak, yakni tanggal 4 Mei. Mubarak lahir tahun 1928, bererti di tahun ini dia mencecah usia 80 tahun.

Pernyataan Al-Ikhwan Al-Muslimun menyebutkan, sebagai organisasi pembangkang terbesar di Mesir, organisasi ini ingin menindaklanjuti perkembangan sikap Al-Ikhwan yang sebelumnya menahan diri untuk tidak terlibat dalam mogok besaran-besaran pada 6 April. Mogok ini dilakukan untuk memprotes keadaan ekonomi yang kian mencekik dan mahalnya harga bahan asas di Mesir.

Pemimpin Tinggi Al-Ikhwan dalam pernyatannya mengatakan, “Al-Ikhwan Al-Muslimun menyahut seruan agar rakyat Mesir tinggal di rumah mereka pada tanggal 4 Mei akan datang, kecuali mereka yang kesihatan dan peperiksaan serta para petugas negara yang bertanggung jawab terhadap kehidupan masyarakat umum.”

Ia menambahkan, mogok itu akan dilakukan secara, menuntut pemerintah Mesir mencari penyelesaian atas krisis yang terjadi dan telah membuat rakyat menderita. Ia juga memandang pemerintah eksekutif Mesir selama ini telah menutup telinga dan mata mereka terhadap berbagai seruan untuk reformasi di Mesir.

Namun demikian, ditegaskan Al-Ikhwan meskipun terlibat dalam mogok itu, tetap menolak apa saja tindakan kekerasan yang akan merosak pejabat institusi negara dan fasiliti umum. Al-Ikhwan menegaskan, “Aksi ini adalah aksi damai yang tidak boleh ternoda oleh kekacauan.”

Al-Ikhwan menolak bila keterlibatan mereka dalam mogok ini terkait pemenjaraan sejumlah tokoh pimpinan mereka yang ditangkap sejak sepuluh tahun terakhir oleh rezim Mubarak.

DR. Muhammad Habib, wakil satu pimpinan Al-Ikhwan mengatakan tidak ada kaitannya aksi mogok ini dengan penangkapan para tokoh Ikhwan. “Tapi memang keraa ada krisis ekonomi, sosial dan kekacauan di negara ini, di samping itu pemerintah bersikap otoriter dalam politik. Apakah pemerintah tidak dapatmencari penyelesaian dari krisis ini?”ujarnya.

Ia mengatakan bahawa tingginya harga roti dan bahan makanan lain, tidak lain cermin dari krisis di pemerintahan Mesir sendiri. (na-str/iol)

sumber

Teksi di Gaza Guna Minyak Masak!

GAZA: Pemandu teksi di sini mulai menggunakan minyak masak untuk menggerakkan kenderaan kerana kekurangan bekalan diesel berikutan sekatan Israel dan mogok oleh pembekal Palestin.

Akibatnya, asap daripada teksi berbau seperti makanan segera yang digoreng garing. Menurut pemandu teksi, Hassan Amin al-Bana, 40, penggunaan minyak masak tidak seperti diesel dan "ia mengambil masa lebih lama untuk menghidupkan enjin pada waktu pagi."

Minyak masak yang digunakan itu adalah saki baki lebihan minyak yang sudah dipakai oleh gerai yang menjual makanan di tepi jalan.

Menurut pemandu teksi itu, mereka mencampurkan minyak berkenaan dengan turpentin sebelum mengisi tangki kereta. Minyak yang terpakai adalah lebih baik daripada yang baru, jadi mereka sering meminta atau membeli minyak terpakai daripada peniaga "falafel" atau snek ayam goreng di tepi jalan, sejenis snek popular di Asia Barat.

sumber