Thursday, June 26, 2008

Muslim Burma yang Tertindas (video)



Salman Rushdie Dianugerah 'Ksatria'

Ratu Englang benar-benar tidak menunjukkan sensitivitinya terhadap perasaan warga Muslim di negeranya. Sang ratu tak peduli dengan protes warga Muslim, ia tetap memberikan penghargaan "ksatria" kepada Salman Rushdie, penulis buku Ayat-Ayat Syaitan yang isinya melecehkan dan menghina Islam dan Rasulullah saw.

Sejak kerajaan Inggeris mengumumkan daftar nama yang akan menerima penghargaan "ksatria" bertepatan dengan hari ulang tahun Ratu Elizabeth II bulan Jun tahun 2007 lalu, dan terdapat nama Salman Rusdhie di dalamnya, warga Muslim di seluruh dunia melontarkan kecaman dan protesnya pada Kerajaan Inggeris.

Bagi Inggeris, Rushdie dianggap berjasa dalam bidang kesusastraan, meski karyanya Ayat-Ayat Syaitan yang diterbitkan tahun 1988 mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia. Negara Iran, bahkan sampai mengeluarkan fatwa mati untuk penulis kelahiran India itu. Untuk menghindari fatwa mati dan ancaman terhadap dirinya, Salman berlindung di Britain. (ln/iol)

sumber

Monday, June 23, 2008

Video serangan Israel ke Gaza

Gencatan Senjata HAMAS-Israel

BANDAR GAZA 19 Jun - Gencatan senjata selama enam bulan antara Israel dan Hamas mula berkuatkuasa di Genting Gaza pada waktu Subuh hari ini, walaupun Israel memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan akan diambil sekiranya perjanjian damai tajaan Mesir itu gagal.

Ia adalah gencatan senjata rasmi pertama sejak Hamas mengambil alih Genting Gaza dari tangan Fatah setahun lalu yang seterusnya membuatkan kawasan tersebut berdepan dengan sekatan Israel.

"Gencatan senjata ini mula berkuatkuasa pada pukul 6 pagi (pukul 11 pagi waktu Malaysia).

Hamas bertekad untuk menghormati perjanjian ini dan menjayakannya," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

sumber

Presiden Iran Selamat Daripaad Cubaan Bunuh

Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad menceritakan rancangan penculikan dan usaha membunuhnya yang gagal ketika melakukan kunjungan ke Iraq bulan Mac lalu.

Bercakap dalam pertemuan dengan para ulama di kota Qom, Ahmadinejad mengatakan dia terselamat dari pembunuhan dan penculikan itu kearana secara mendadak jadualnya sepanjang berada di Iraq diubah. Mereka yang membuat rencana jahat itu sangat terkejut kerana mereka mendengar perubahan jadual itu setelah dirinya meninggalkan Iraq. (ln/presstv/al-arby)

Friday, June 20, 2008

Taman Syurga untuk Muslimah Iran


Kaum wanita di Iran kini dapat lebih keselesaan lagi untuk melakukan aktiviti sukan dan bersantai secara terbuka, bermula dengan sekadar jalan-jalan, jogging, bersepeda sampailah beraerobik tanpa berasa khuatir akan menjadi sasaran pandangan mata kaum lelaki.

Mereka dapat melakukan semua kegiatan itu di "Syurga Para Ibu" nama taman terbuka di tengah kota Teheran, ibukota Iran yang memang disediakan pemerintah Iran khusus untuk kaum perempuan. Taman yang baru dibuka bulan Mei lalu dibangunkan di wilayah perbukitan di atas tanah seluas 50 ekar, dikelilingi pagar tinggi berwarna hijau dan kanopi-kanopi berwarna-warni untuk menjamin keselesaan para pengunjung.

Pagar taman dilapisi dengan lembaran-lembaran besi selebar empat meter untuk mengelakkan orang-orang yang ingin mengintip ke dalam taman. Kyaum perempuan yang ingin mengenakan pakaian olahraga bisa bergerak leluasa. Taman yang juga disebut "Surga Kaum Perempuan" ini juga menyediakan kemudahan untuk pertandingan sukan serta kegiatan latihan memanah.

"Dengan mempertimbangkan keyakinan agama masyarakat kami, kita harus dengan bijaksana mengerahkan semua kapasiti yang kita miliki untuk kesejahteraan kaum wanita, " kata Walikota Teheran, Muhammad Baqir Qalibaf dalam pidatonya ketika merasmikan taman khusus untuk wanita itu.

Warga Teheran menyambut positif keberadaan "Syurga Kaum Ibu." Sejumlah kaum wanita mengatakan mereka merasa lebih aman kerana semua pekerja di taman mulai dari pegurus taman, petugas kebersihan dan satpamnya semua perempuan.

"Ini adalah tempat yang baik untuk menghirup udara segar dan mengenakan pakaian yang kita inginkan. Ini idea yang positif untuk sebuah negara Muslim, " kata Nasrin, 39, wanitaIran yang hampir setiap hari berkunjung ke taman.

"Mereka harus membangun lebih banyak lagi taman seperti ini, " tambah Nahid Foadi, 50, yang datang ke taman bersama teman-temannya yang membawa beg berisi raket untuk main badminton dan perlengkapan senaman.

Meskipun demikian, ada segelintir warga yang mengkritik pembangunan taman tersebut. Sebahagian menyebutnya sebagai perancangan pemisahan antara kaum perempuan dan laki-laki yang makin meluas di Iran. Sebahagian lagi, menilainya tidak lebih sebagai perancangan politik Qalibaf yang kerap mengkritik Presiden Ahmadinejad dan akan menjadi pesaing Ahmadinejad dalam pilihanraya mendatang.

Selain di Teheran, taman-taman khusus untuk wanita sudah lebih dulu dibangunkan di kota-kota lain di Iran, seperti Isfahan, Shiraz dan Mashhad. (ln/iol/al-arby)

sumber

Israel dan Badwi Buat Laman Tafsir Quran

Kementerian Luar Negeri Israel mengumumkan mereka akan melancarkan projek tafsir alquran online. Sejumlah negara-negara Arab mencurigai projek yang menurut Israel bertujuan untuk menjambatani dunia Islam dengan Barat.

Kementerian Luar Negeri melibatkan sekitar 15 ahli akademik Muslim dari kalangan Arab Badwi di Israel untuk membuat projek yang diberi nama Quranet itu. Menurut Kementerian Luar Negeri, keterlibatan mereka sebagai sebahagian daripada program Master mereka di bidang kaunseling di bidang pendidikan dan sebagai "alat pendidikan untuk mengungkap keindahan al-Quran dan penghormatan al-Quran terhadap kemuliaan umat manusia."

Israel juga melibatkan tiga ulama Islam yang akan memeriksa kembali keseluruhan isi Quranet. Namun pengawasan terhadap Quranet tetap berada di pihak Israel, yang meletakkan seorang Yahudi Profesor Dr. Ofer Grosbard sebagai pengawasnya.

LamanKementerian Luar Negeri Israel menyebutkan, Quranet adalah projek untuk mentransformasikan al-Quran menjadi alat yang unik dan bisa dimanfaatkan untuk saranan pendidikan untuk warga tua dan guru. Dengan cara ini orang mudah mengakses keindahan dan kekuatan al-Quran.

Untuk mengakses Quranet, para penggunanya perlu memilih indeks topik yang diinginkan untuk mendapatkan ayat-ayat al-Quran yang relevan dengan topik terkait, disertai dengan penjelasan bagaimana cara mengimplementasikan ayat-ayat tersebut dalam kehidupan sehari-hari.

Projek Quranet ditampilkan pada bulan Mei di aula gedung kepresidenan Israel di wilayah pendudukan Jerusalem. Selain melancarrkan lamannyanya, bahan-bahan Quranet juga akan diterbitkan dalam bentuk buku oleh Penerbit Universitas Ben Gurion.

Israel melancarkan Quranet, karena terinspirasi dari seorang mahasiswa Badwi yang sedang mengikuti pendidikan di bidang ilmu Psikologi Pembangunan. Mahasiswa itu mengatakan kepada Profesor Grosbard bahawa ayat-ayat al-Quran mampu memberikan kesan yang kuat kepada warga tua yang berkonsultasi tentang masalah anak-anak mereka.

Grosbard kemudian membawa al-Quran ke kelas mereka dan meminta para mahasiswa Badwi itu menunjukkan ayat-ayat mana yang terkait dengan masalah pendidikan. Mereka kemudian memilih 300 ayat. Masing-masing ayat dikaitkan dengan cerita dan penjelasan singkat dari sisi pendidikan dan psikologi yang dibuat Grosbard. Ayat-ayat yang dipilih itu kebanyakannya ayat-ayat yang berkisar tentang tanggung jawab, saling menghormati dan kejujuran.

Namun projek Quranet Israel ini menimbulkan kekhuatiran di dalam dan di luar Israel. Kementerian Agama Mesir menilai Israel akan memanipulasi al-Quran untuk kepentingannya sendiri. Deputi Kementerian Agama Mesir Syeikh Shawqi Abdul Latief menyatakan, kementeriannya akan mengeluarkan pernyataan tentang manipulasi dalam projek itu dan akan mengeluarkan larangan terhadap Quranet di dunia Islam.

Pernyataan tegas juga dikeluarkan oleh Kementerian Agama Palestin yang meragui kesahihan tafsir al-Quran versi Israel. Menurut kementerian itu, sudah ada tafsir-tafsir al-Quran yang benar dan tidak perlu dilancarkan seperti projek Quranet Israel. (ln/al-araby)

Pejuang Bunuh 4 Musuh di Thailand


Anggota tentera dan penduduk kampung melihat mayat lelaki yang ditembak mati dari arah sebuah kereta semasa dia dan anak lelakinya yang berumur tiga tahun sedang dalam perjalanan ke kebun getah di Selatan Thailand, semalam.
- Reuters


YALA, Thailand 19 Jun - Pejuang pemisah membunuh empat orang termasuk seorang pegawai kanan polis dan seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun dalam serangan di selatan Thailand, yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Puak pemisah menyerang tiga orang polis di pos kawalan tengah malam tadi di Pattani, satu daripada tiga wilayah yang sering menjadi sasaran serangan oleh puak pemisah sejak empat tahun lalu.

Polis berkata, serangan itu bagi menarik tentera tambahan keluar dari pos kawalan berkenaan, ketika puak pemisah merancang memasang bom bagi meletupkan balai polis.

Kejadian itu telah menyebabkan seorang ketua penyiasat polis tempatan Leftenan Kolonel Narat Thepchalerm terbunuh bersama-sama Sarjan Pirasak Sungsomboon.

Letupan itu turut mencederakan lima anggota polis yang lain termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.

sumber

Monday, June 16, 2008

Anak Palestin Ini Anakku Juga (video)

Ratusan Tahanan Bolos di Kabul


KEADAAN penjara Kandahar di selatan Afghanistan selepas serbuan oleh pejuang Taliban yang menyaksikan ratusan tahanan berjaya memboloskan diri, malam semalam.– Reuters


KABUL 14 Jun – Pihak berkuasa Afghanistan dan tentera asing hari ini menjalankan operasi besar-besaran untuk memburu ratusan tahanan yang melarikan diri dari penjara utama di bandar Kandahar, selatan negara ini selepas satu serangan gerila Taliban, malam tadi.

Pihak berkuasa juga melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sama ada pegawai kerajaan terbabit dalam serangan ala komando oleh berpuluh-puluh pejuang Taliban tersebut.

Timbalan Menteri Kehakiman, Mohammad Qasim Hashimzai berkata, setakat ini tiada seorang pun tahanan yang berjaya ditangkap semula.

sumber

Friday, June 13, 2008

Muzium Syaitan di Jerusalem


Kabbalah yang merupakan induk segala ilmu sihir di dunia, sumber dari kitab iblis bernama Talmud, yang sekarang ini menjadi kitab suci kaum Zionis-Yahudi dan sangat dihormati oleh orang-orang Yahudi yang menjajah Tanah Palestin.

Awalnya, Kabbalah (Qibil) merupakan ‘ilmu’ atau ‘pengetahuan’ yang diturunkan secara lisan dan tidak ada kitab tentangnya. Namun oleh para penganutnya, ajaran iblis ini dibukukan. Ini terjadi di Aix en Provence, Perancis Selatan, di abad pertengahan.

Sekarang, Kabbalah menjadi 'trend' agama dalam kalangan artis-artis dunia terutamanya artis Hollywood. Madonna merupakan ikon dari Kabbalah Hollywood dan menjadi tokoh panutan banyak artis lainnya. Mereka berama-sama bergiat di Kabalah Center of Los Angeles. Nama-nama seperti David Beckham, Victoria Adam, Lindsay Lohan, Keira Knightley, David Radclive, dan sebagainya merupakan anggota Kabbalah Centre ini. Madonna sendiri tercatat seringkali mengunjungi Jerusalem dan melakukan ritual Kabbalis di sana.

Menurut laman The Jerusalem Post, penjajah Zionis-Israel akan membuka Muzium Kabalah di Jerusalem pada tanggal 25 Jun 2008. Dipilihnya kota suci Jerusalem karena diangap kota ini memiliki daya kesaktian yang luar biasa, antara lain kerana terletak di 33 darjah lintang utara dari garis meridian bumi. Kota-kota besar di dunia yang bersejarah juga terletak berdekatan dengan garis ini seperti Baghdad, Hiroshima, Los Angeles, dan Segitiga Bermuda.

Muzium Kabbalah ini secara ekslusif akan mempamerkan benda-benda dan kitab-kitab kuno Kabbalah, yang dipajang di empat ruangan besar. Muzium ini dibuka untuk umum dan diharapkan menjadi penyedut devisa yang besar bagi Israel selain kunjungan para pengunjung ke tembok ratapan, sinagog dan terowongan besar yang digali di bawah lantai kompleks Masjidil Aqsa, dan sebagainya. Ini dinyatakan oleh pimpinan projek, Rabbi Chaim Dalfin yang juga aktif di Sinagog New York, AS.

“Dengan hanya membayar tiket sebesar NIS 20 atau setara dengan US $5, Anda sudah dapat melihat-lihat koleksi Kabbalah kami, ” demikian Rabbi Dalfin.

Baphomet, patung sang dewa kambing yang merupakan penjelmaan dari Lucifer, yang terkenal dengan simbol kepala kambing mendez-nya merupakan salah satu sistem kepercayaan Kabbalah. Mungkin saja simbol iblis ini akan turut dipajang di sana.(rz)

sumber

Kepala Kanak-kanak Palestin Terputus

BANDAR GAZA 11 Jun – Seorang kanak- kanak perempuan Palestin terputus kepala apabila tembakan meriam Israel yang disasarkan terhadap sekumpulan pejuang di Genting Gaza mengenai rumahnya awal hari ini.

Pegawai di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Moaiya Hassanain mengenal pasti kanak-kanak yang terbunuh itu sebagai Hadeel al-Smari, 6.

Dua orang dewasa yang berada di rumahnya turut cedera.

Tentera rejim Yahudi melaporkan askarnya telah melepaskan tembakan ke arah pejuang Palestin yang sedang bersiap sedia untuk melancarkan roket ke arah Israel.

Pergerakan Hamas yang memerintah Gaza melaporkan, seorang pejuangnya terbunuh dalam operasi tentera Israel di kawasan berkenaan.

sumber

Iran Tidak Gentar Serangan Israel

TEHERAN 10 Jun - Menteri Pertahanan Iran, Mostafa Mohammad Najjar hari ini memberi amaran kepada Israel mengenai tindak balas yang "sangat menyakitkan" jika rejim Yahudi itu melancarkan serangan untuk menghentikan program nuklear Republik Islam ini.

Menteri Pengangkutan Israel, Shaul Mofaz pada Jumaat lalu berkata, serangan ke atas Iran nampaknya "tidak dapat dielakkan" memandangkan sekatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) gagal menghalang Teheran daripada memiliki teknologi yang boleh digunakan untuk membuat bom atom.

Mostafa yang ditanya mengenai kenyataan Mofaz itu memberitahu sebuah akhbar Iran:

"Angkatan bersenjata kita dalam keadaan bersiap sedia dan jika ada sesiapa yang mahu melakukan kerja bodoh itu, tindak balasnya sangat menyakitkan."

Kenyataan Mofaz itu turut menyebabkan harga minyak melonjak hampir sembilan peratus kepada AS$139 (RM445) setong pada Jumaat lepas.

sumber

Wednesday, June 11, 2008

120 Maut di Khartoum

Petugas pemadam kebakaran berupaya menaklukkan amukan kobaran api dari pesawat Sudan Airways yang keluar dari landasan dan meledak saat mendarat di bandara Khartoum, 10 Jun 2008.

KHARTOUM, RABU - 120 daripada 270 penumpang pesawat Sudan Airways, yang meledak membentuk gulungan bola api ketika berusaha mendarat di bandar Khartoum maut. "Ada 120 jenazah yang dikumpulkan dan 97 orang berhasil diselamatkan dari kecelakaan pesawat itu," kata seorang anggopta tentera Sudan Major Jeneral Mohamed Osman Mahjoub.

Zionis Bunuh 3 Pejuang HAMAS

Sementara pemerintah Israel mengadakan pertemuan untuk memantapkan serangan ke Jalur Ghaza, pasukan Zionis dalam operasi ketenteraannya ke Ghaza membunuh tiga orang pejuang Brigade Izzudin al-Qassam, sayap militer Hamas.

Petugas perubatan di Ghaza mengatakan, selain pejuang Palestin yang gugur, sekurang-kurangnya empat warga Palestin lainnya cedera dalam serangan yang dilakukan secara terpisah oleh pasukan Zionis. Seperti biasa, tentera pengganas Israel beralasan serangannya hari itu mensasarkan pejuang-pejuang Palestin yang telah menembak mortar ke wilayah perbatasan Israel.

Hamas menyatakan mereka menembak sekurang-kurangnya 16 mortar ke perbatasan sebagai balasan ke atas operasi-operasi militer Israel ke wilayah itu yang banyak membunuh warga dan pejuang Palestin. Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri mengatakan, aksi-aksi ketenteraan Ghaza menunjukkan Israel tidak berminat untuk melakukan gencatan senjata.

"Itulah sebabnya mereka mesti bersedia membayar harga atas tindakan-tindakan mereka, " tegas Abu Zuhri.
(ln/aljz)

Sunday, June 8, 2008

Israel Buat Serangan Udara

Israel mengerahkan pesawat-pesawat tempurnya hari ini ke Jalur Ghaza dan menyerang sebuah pos polisi Hamas. Akibat serangan itu, sepuluh warga Palestina mengalami luka-luka.

Sumber perubatan di Palestin mengungkapkan, warga Palestin yang cedera dalam serangan Israel ke Beit Lahiya itu semuanya adalah orang awam.

Jurucakap tentera Israel membenarkan serangan itu sebagai balasan atas tembakan mortar dari wilayah Ghaza yang menyebabkan seorang warga Israel maut pada hari Khamis lepas.

Dalam serangan hari Khamis itu, pasukan Zionis Israel juga menyebabkan seorang anak perempuan berusia 4 tahun dan ibunya berhampiran Khan Younis mengalami luka parah dan sekarang dalam keadaan kritikal.

Dengan alasan membalas tembakan mortar pejuang Palestin dari Jalur Ghaza, pasukan Zionis hampir setiap hari mengadakan operasi militer ke Ghaza dan membunuh serta mencedrakan sesiapa saja warga Palestin tanpa mengira kaum perempuan ataupun kanak-kanak. (ln/presstv)

Israel Hendak Serang Iran, Minyak Melonjak

NEW YORK 7 Jun – Harga minyak mentah dunia semalam mengalami kenaikan tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 (RM34.93) untuk mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25) apabila Israel menyatakan kesediaannya untuk menyerang Iran.

Perkembangan ini dilihat bakal menyebabkan harga minyak mentah mampu mencapai paras AS$150-AS$200 setong dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, bank pelaburan terkemuka dunia Goldman Sachs meramalkan kemungkinan paras berkenaan dicapai dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang.

Para penganalisis berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz yang dilaporkan akhbar Yediot Aharonot sebagai berkata, negara Yahudi itu akan menyerang Iran sekiranya republik Islam itu meneruskan program senjata nuklearnya.

Iran merupakan negara pengeluar minyak mentah keempat terbesar di dunia.

Sambil menyatakan serangan itu akan hanya boleh dibuat dengan sokongan AS, Mofaz berkata, pihaknya tidak melihat terdapat pilihan lain untuk menghentikan program itu kecuali dengan menyerang Iran.

“Pilihan-pilihan lain sudah tidak ada lagi. Sekatan tidak berkesan (untuk dikenakan ke atas Iran),’’ kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan Israel.

sumber

Friday, June 6, 2008

Obama Sokong Zionis, Musuhi Islam

BANDAR RAYA GAZA: Ucapan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Barack Obama terhadap konflik Israel dan Palestin menerima kritikan daripada kedua-dua kumpulan yang berkuasa di Palestin, kelmarin.

Pergerakan Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza menyelar ucapan kepada kumpulan pelobi Israel-AS di Washington itu sebagai mengesahkan yang AS memusuhi negara Arab dan penduduk Islam.

"Kami mendapati ucapan Obama itu sebagai bukti permusuhan pentadbiran AS terhadap negara Arab dan Muslim," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Dalam ucapannya pada persidangan tahunan Majlis Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (Aipac) yang juga kumpulan pelobi berpengaruh Amerika, Obama menegaskan Baitulmaqdis juga perlu dikekalkan sebagai hak Israel.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas (gambar) yang sebelum ini menggesa kawasan timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel secara haram pada 1967 dijadikan ibu negara Palestin, turut mengkritik ucapan berkenaan.

"Kami menolak kata-kata itu, Baitulmaqdis adalah satu daripada perkara yang sedang dirunding; seluruh dunia tahu yang kami tidak akan menerima satu negara tanpa (timur) Baitulmaqdis (sebagai ibu negara). Ia sepatutnya jelas," katanya.

Obama dalam ucapan dasar luar pertama selepas disahkan menewaskan Hillary Clinton sebagai calon Demokrat bagi pemilihan Presiden baru, turut menegaskan tidak akan berkompromi bagi sebarang isu membabitkan keselamatan sekutu utama negaranya, Israel.

"Baitulmaqdis akan terus kekal ibu negara Israel dan tidak boleh dibahagikan," katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Isu status Baitulmaqdis sememangnya menjadi isu getir rundingan damai Israel-Palestin kerana Palestin mahukan bandar itu menjadi ibu negaranya kelak.

Dalam ucapan pro-Israel dan di anggap asas pendirian dasar luar jika bergelar Presiden baru, Obama turut mengakui dirinya sebagai sahabat sejati Israel dan perhubu ngan Washington-Tel Aviv tidak mungkin terputus. � AFP

sumber

Abas Pula Rindukan Hamas

RAMALLAH 5 Jun - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam menggesa diadakan dialog baru dengan Hamas walaupun sebelum ini beliau bertegas menggesa pergerakan itu menyerahkan kawalan ke atas Gaza terlebih dahulu sebagai syarat memulakan rundingan.

Hamas yang menguasai Gaza tahun lalu mengalu-alukan tawaran Presiden Palestin itu.

Bagaimanapun, Mahmoud tidak menyatakan secara terperinci mengenai dialog masa depan itu termasuk sama ada beliau akan menyertai dialog atau mendapat perantara negara Arab dan tidak dapat dipastikan sama ada semua prasyarat yang ditetapkan sebelum ini akan digugurkan.

Malah tindakan Presiden Palestin ini mengadakan rundingan dengan Hamas dikhuatiri membahayakan sokongan antarabangsa kepada pentadbirannya.

Mahmoud menyatakan demikian selepas rundingan dengan Israel sejak beberapa bulan lalu tidak mendatangkan hasil yang nyata.

sumber

Wednesday, June 4, 2008

Temasya di Syam

Ingat lagi pada entri Jumaat di Syria? Sepatutnya saya nak tulis entri ini jumaat minggu lepas lagi. Tapi kesibukan apa entah yang menangguhkan saya ke jumaat ini pula. Tapi sekali lagi bercerita mengenai Syam. Syria dahulu dikenali sebagai Syam. Bahkan kalau ditelusuri balik kepada sirah Nabi, istilah Syam sangat popular dan sememangnya dikenali begitu. Namun, kini Syam telah terbahagi kepada (*beberapa) negara, antaranya Syria, Jordan, dan Palestin. Cumanya, kawasan Syam hanya meliputi sehingga ke kawasan Dimasyq sahaja di dalam Syria, yang terletak lebih sedikit ke arah selatan. Ini bermakna Halab, Raqqah, dan banyak lagi kawasan di atas Dimasyq tidak termasuk dalam istilah Syam. Dan pastinya rupa paras mereka mengiyakan apa yang saya maksudnya, terutamanya wanita Syam.

Jami' Zainal Abidin

Sambutan Maulidurrasul sudah hampir sebulan berlalu. Tambahan pula di Malaysia ini, kita bertuah sebab dapat cuti sehari. “Abistu kenapa nak cerita pasal maulidurrasul sekarang ni. Padahal dah lama habis. Dah Rabiul-Akhir dah”, mungkin anda tertanya sedemikian dalam hati. Jawapannya kerana begitulah cara orang Syam. Jangan pelik atau terkejut kalau sebulan selepas 12 Rabiul-awwal, masjid-masjid dan pusat-pusat sosial masih merayakan hari kebesaran itu. Meriahnya, cukup terasa. Dari lampu neon bewarna-warni tergantung di sepanjang kawasan penempatan, kain-kain rentang yang menghiasi pemandangan kota Dimasyq ini, majlis jamuan, sehinggalah ceramah dan pengisian kerohanian yang disampaikan oleh para masyaikh.

Pengalaman setahun lepas, dalam waktu-waktu beginilah, saya sempat menghadiri upacara meriah sambutan Maulidurrasul di Jami’ Zainal Abidin. Jami’ atau Masjid Zainal Abidin ini sangat terkenal di kalangan mahasiswa, terutamanya dari Nusantara kerana di situ tempat Syiekh Al-Allamah Dr. Mustafa Al’Bugha biasanya berkuliah kitab karangannya sendiri seperti Nuzhatul Muttaqin, dan Fiqh Manhaji. Selain itu, Syeikh Rushdi Al-Qalami, asalnya seorang alim dan saudagar kain, turut mencurahkan ilmunya di situ. Bahkan beliau juga sangat rapat dengan mahasiswa Malaysia, dan dikenali kenalan baik kepada Dr. Zulkifli Al-Bakri, pensyarah di USIM. Masjidnya agak luas, dan walaupun agak jauh, tetapi kegigihanlah yang telah membawa ramai penekun ilmu untuk menadah ilmu di situ secara bertalaqqi.


Maulidurrasul di Syam

Sambutan Maulidurrasul sangat teras di situ. Bermula dengan Solat Maghrib, masjid sudah dibanjiri dengan ribuan jemaah yang hadir untuk sama-sama meraikan kemuliaan. Lelaki, wanita, muda, tua, arab, ajam-ajanib (foreigner) turut hadir. Selepas selesai, para jemaah berehat sebentar sebelum sekali lagi berkumpul untuk solat Isya.

Selepas solat Isya’, para jemaah berkumpul dah berbaris menghadap kiblat, manakala, para syuyukh dan kibaar-ul-ulama disusun mengkikut seniority mereka berbaris menghadap para jemaah. Satu lorong kecil di tengah-tengah dewan Solat dikosongkan. Kelihatan beberapa ketika selepas itu, seorang demi seorang ulama yang berjalan masuk ke dewan dan berpelukan mengucap salam kesejahnteraan kepada kenalan ilmu mereka.

Upacara malam itu sungguh meriah. Di samping pembukaan majlis dengan alunan merdu bacaan Al-Quran, majlsi turut diseriakn dengan persembahan nasyid dan paluan kompang dan duff. Tak dilupakan salawat panjang, yang saya sendiri pertama kali mendengarnya. Acara kemuncak ialah pengisian rohani oleh para masyaikh, yang utama oleh Al-Allamah Dr. Mustafa Al-Bugha sendiri.

Friz bil halib?

Seusai itu, saya dan beberapa orang teman sempat singgah di kedai minum. Niatnya menghilangkan dahaga. Saya memilih untuk mencuba friz bil halib (strawberry dengan susu). Rasanya? Lemak, lembut tekstur, padu, sejuk dan, segar…ahhh.

Mungkin bila keluar dan lihat adat dan budaya orang baru kita faham kenapa mereka buat begitu. Mungkin di sini kuat pengaruh sufinya, tetapi para masyaikh masih tetap menuntun masyarakat dengan ilmu mereka yang memang luas. Kalau di tempat lain, sambutannya mungkin berbeza mengikut fahaman agama mereka, tetapi itu kan hanya manifestasi. Walau apapun caranya, selagi ia bukan dianggap sebagai satu upacara ibadah mahdhah, at least itu manifestasi kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w tercinta. Sallahu alaihi wassalam….ya nabi salam alaika…

sumber

Jihad di Bosnia

Dalam suatu ceramah yang saya dengar, Salahuddin dari England, yang pulang dari Jihad di Bosnia tahun 1995 berkata, “Jika esok ada operasi Jihad melawan tentera Serbia, petang sebelumnya dibuat susunan barisan Mujahideen mengikut prestasi masing-masing ketika latihan-latihan di kem kami. Mereka yang prestasi baik ketika latihan dan terpilih berada di barisan hadapan (yaitu yang paling banyak membunuh dan terbunuh) akan berasa sangat gembira dan mereka akan bersama-sama menyambutnya dengan mengeluarkan apa sahaja makanan yang mereka ada pada petang berkenaan sebagai kenduri kesyukuran kerana berharap mereka akan ke Syurga esoknya. Mereka yang disusun untuk berada di barisan belakang akan seharian murung, ada yang menangis, duduk bersendirian di sudut-sudut kem dan bertekad untuk membaiki prestasi mereka ketika latihan akan datang diadakan”.


Dalam satu operasi di bulan November 1995, 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan ribuan tentera Serbia dan menawan Gunung Palialik, ibu segala gunung di Bosnia yang pernah gagal ditawan Hitler selama 5 tahun berperang di Perang Dunia Kedua. Mujahideen menawan gunung tersebut dalam masa 4 minit sahaja !. Sebaik kemenangan tersebut Amerika memaksa Bosnia, Croatia dan Serbia menandatangani Perjanjian Dayton yang menghentikan Jihad Islami di Bosnia. Sebelum itu, disepanjang 1992-1995, Amerika berdiam diri dan menyerahkan urusan menghancurkan Bosnia kepada Eropah dan Rusia.

Salahuddin menyambung cerita bahawa kesemua Mujahideen yang datang ke Bosnia dari berbagai negara mengharap pintu Syurga mereka dari medan Jihad di bumi Bosnia, cuma setiap kali tamat dan berjaya operasi bertempur mengalahkan puak Serbia, mereka masih tidak dipilih Allah sebagai Syuhadak (plural Syahid). Hanya beberapa orang mendapat anugerah syahid. Mereka pun berbincang bagaimana kawan-kawan tersebut mendapat syahid sedang mereka tidak merasa. Lalu seorang berkata bahawa si polan sebelum operasi rajin membersihkan tandas kem, sedangkan waktu itu bukan gilirannya mencuci tandas. Seorang lagi berkata si polan tolong mengupas bawang, memotong daging dsb sedang bukan gilirannya seperti yang disusun dalam jadual. Bila menjelang hari operasi bertempur Serbia seterusnya, suasana kem menjadi riuh kerana ramai Mujahideen berebut untuk mengupas bawang, memotong daging, mencuci tandas dsb walaupun waktu itu bukan giliran mereka bertugas, tidak lain selain untuk mendapat anugerah Syahid dalam operasi esoknya !

Saya pernah bertemu dengan seorang Mesir yang juga pulang dari Jihad di Bosnia 1992 - 1995 dan minta dia ceritakan perihal Mujahideen di sana. Dia berkata, “Sebelum kami melancarkan mana-mana operasi bertempur melawan Serbia, kami terlebih dahulu memakai celak mata”. Setelah saya bertanyakan sebab mereka memakai celak, dia menjelaskan, “…kerana sekiranya kami gugur syahid, kami telahpun bersolek dan tak perlu membuang masa berhias ketika bertemu dengan bidadari-bidadari Syurga !”. Saudara dan saudari, lihatlah keimanan mereka yang begitu tinggi dengan janji Allah swt kepada para Syuhadak dan mereka yang berjuang dijalanNya.

sumber

5 Maut di Selatan Thai

YALA 3 Jun - Lima maut dalam serangan yang disyaki dilancarkan oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand semalam ketika angka kematian di kawasan ini meningkat kepada 3,300 orang setelah empat tahun pergolakan.

Dua orang lelaki pertengahan usia terbunuh dalam kejadian tembak menembak petang semalam sementara seorang remaja juga maut dalam satu serangan berasingan di Narathiwat.

Di Pattani pula, seorang lelaki berusia 45 tahun ditembak mati sementara di Yala, seorang remaja berusia 15 tahun terbunuh dalam serangan militan yang turut mencederakan adik perempuannya yang berusia empat tahun.

Pegawai di Ibu Pejabat Polis Selatan Thai hari ini melaporkan bahawa 475 terbunuh dalam insiden melibatkan kumpulan pemisah sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

sumber

Monday, June 2, 2008

Iran Gesa 'Padamkan' Israel

TEHERAN: Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki semalam menggesa penduduk Islam seluruh dunia berusaha 'memadamkan' Israel dalam serangan lisan terbaru oleh Teheran terhadap negara Yahudi berkenaan.

"Seperti kata Imam Khomeini, jika setiap penduduk Islam mencurahkan sebaldi air terhadap Israel, Israel akan tenggelam," kata Mottaki pada satu sidang media di Teheran sambil mengingati semula kata-kata yang pernah dikeluarkan pemimpin revolusi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad sebelum ini mencetuskan kemarahan antarabangsa kerana mengulangi serangan beliau terhadap Israel apabila beliau meramalkan negara itu akan musnah dan menyifatkannya sebagai 'mayat berbau' dan seekor 'bangkai tikus'.

sumber

Israel Bina 800 Rumah Lagi di Kawasan Palestin

BAITULMAQDIS 1 Jun - Rejim Tel Aviv akan membina 884 rumah di Baitulmaqdis Timur dan tindakan tersebut dijangka mencetuskan kemarahan Palestin yang menuntut kawasan itu sebagai ibu negara Palestin merdeka.

"Kami akan membuka tender bagi pembinaan 121 unit rumah di Har Homa dan 763 rumah di Pisgat Zeev," kata jurucakap Kementerian Perumahan, Eran Sidis.

Kedua-dua kawasan itu terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki rejim selepas perang 1967 tetapi dituntut oleh Palestin untuk dijadikan ibu negara dalam rundingan damai terbaru.

Datuk Bandar Baitulmaqdis, Uri Lupolianski mempertahankan langkah Tel Aviv itu dan mendakwa ia merupakan perkara yang perlu disegerakan "bagi mengatasi masalah penempatan."

Har Homa di pinggir bandar Baitulaham pernah menjadi punca pertelingkahan apabila rejim memulakan pembinaan perumahan Yahudi pada 1990-an.

seterusnya

Sunday, June 1, 2008

Askar AS Sebar Kristian di Iraq

WASHINGTON 30 Mei - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyiasat seorang askar marin yang dituduh menyebarkan agama Kristian di Iraq dengan mengedarkan duit syiling bertulis sepotong ayat Bible kepada penduduk tempatan.

Marin berkenaan didakwa mengedarkan duit syiling tersebut kepada penduduk Iraq ketika mereka melepasi pusat pemeriksaan di Fallujah, kata pegawai AS.

"Pihak kuasa tentera telah melancarkan siasatan mengenai dakwaan itu dan ada bukti menunjukkan pembabitan seorang askar," kata jurucakap Pentagon, Bryan Whitman.

Menurut laporan McClatchy News Service, pada sebelah duit syiling itu tertera tulisan bermaksud "di manakah anda akan menjalani kehidupan akhirat?"

Pada sebelah lagi ialah potongan ayat Bible dalam tulisan Arab yang merujuk kepada ajaran Kristian kononnya Nabi Isa ialah anak Tuhan.

Jika dakwaan itu didapati benar, askar marin berkenaan telah melanggar peraturan tentera AS yang melarang penyebaran sebarang agama, kepercayaan atau amalan.

seterusnya

Taufan Nargis Lebih Hebat Daripada Tsunami




KUALA LUMPUR 31 Mei - "Setiba di Yangon, anda tidak boleh melihat sepenuhnya kemusnahan yang berlaku. Sudah tentu kelihatan bangunan yang rosak dan pokok tumbang, tetapi keadaan sebenar betapa dahsyatnya malapetaka, hanya boleh disaksikan apabila anda tiba di kawasan delta.

"Terbang di atas kawasan bencana, saya sedari betapa kesannya adalah lebih teruk daripada kejadian tsunami di Asia pada 2004, dengan begitu ramai orang yang mati, hilang tempat tinggal dan kawasan bencana yang begitu luas sehingga 35 kilometer di sesetengah tempat berbanding hanya lima atau enam kilometer semasa tsunami."

Demikian gambaran yang diberikan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood (gambar), Presiden Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia, yang merupakan antara pekerja bantuan pertama yang tiba di Delta Irrawaddy, Mynmar yang dilanda Taufan Nargis pada 2 dan 3 Mei lepas.

"Tetapi kawasan yang lain di delta yang sempat saya lawati termasuk bandar Labutta dan Mawlamyinegyun, keadaannya tidaklah begitu teruk. Walaupun hospital terjejas, tetapi hospital yang saya lawati masih berfungsi," kata Jemilah yang juga merupakan anggota Pasukan Penilaian dan Koordinasi Bencana Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDAC).

Pemerhatian beliau selama 12 hari di Myanmar dimuatkan dalam laman web Integrated Regional Information Network (IRIN).

Taufan Nargis mengakibatkan sekurang-kurangnya 134,000 orang mati atau hilang.

seterusnya

Arkib MEI 2008