Monday, July 28, 2008

50 Taliban Terkorban

KHOST, Afghanistan 27 Julai – Seramai 50 hingga 70 anggota Taliban terbunuh dalam beberapa serangan udara yang dilancarkan pasukan tentera bersekutu di timur Afghanistan awal hari ini.

Gabenor Khost, Arsala Jamal memberitahu AFP bahawa kumpulan itu pada awalnya menyerang sebuah balai polis di wilayah itu yang terletak berhampiran sempadan dengan Pakistan dan membunuh dua pegawai polis dengan salah seorang dipenggal.

Jelasnya, pesawat penggempur tentera bersekutu dipanggil untuk melakukan serangan balas.

“Taliban telah menyerang salah satu balai polis dan semasa mereka berundur, tentera udara antarabangsa mengebom mereka menyebabkan antara 50 hingga 70 pemberontak terbunuh.” katanya.

Arsala berkata, dia mempunyai rakaman video pemberontak tersebut terbunuh dalam serangan di daerah Spera di sempadan kedua-dua negara.

– AFP

sumber

Bom, 45 Maut di India


Mayat-mayat bergelimpangan di tempat kejadian sejurus berlaku letupan bom yang membunuh hampir 45 orang di bandar Ahmedabad, India, semalam. – AP


AHMEDABAD 27 Julai – Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dan lebih 160 lagi cedera dalam kejadian berbalas serangan bom dalam kotak di bandar Ahmedabad, barat India, semalam.

Siaran televisyen India dalam laporan beritanya berkata, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Indian Mujahedeen” telah mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, manakala seorang pemimpin sayap kanan Hindu di negeri itu memberi amaran bahawa penjenayah tidak akan diampunkan.

Ahmedabad adalah ibu negeri yang sensitif kerana pembangkang Hindu menguasai negeri Gujerat yang menyaksikan lebih ribuan terkorban dalam serangan puak Hindu ke atas orang Islam pada 2002.

Sebanyak 16 pengeboman berlaku di seluruh bandar, yang turut melibatkan beberapa buah hospital, sehari selepas serangan yang sama dilaporkan di Bangalore, selatan India.

Jurucakap polis menjelaskan bahawa kebanyakan mangsa cedera akibat nat, skru dan bebola besi yang diletakkan bersama-sama dengan bom untuk memaksimumkan jumlah mangsa.

seterusnya

Letupan di Istanbul, 16 Maut

ISTANBUL 28 Julai – Sekurang-kurangnya 16 terbunuh sementara 154 yang lain cedera dalam dua kejadian letupan lewat malam tadi.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Mahkamah Agung Turki mengumumkan keputusan sama ada akan membubarkan atau tidak parti pemerintah negara ini, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Letupan pertama berlaku di tempat pembuangan sampah di kawasan kejiranan Gungoren manakala yang kedua berlaku beberapa minit kemudian tidak jauh dari situ.

Menurut televisyen tempatan, letupan berkenaan berpunca daripada kebocoran gas.

Bagaimanapun Gabenor Istanbul, Muammer Guler tidak menafikan kemungkinan ia angkara pemberontak dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) namun menyatakan masih terlalu awal untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak.

“Tidak dinafikan ini merupakan serangan pengganas dan dua letupan ini berpunca daripada bom yang diletakkan di dalam tong sampah.

sumber

50 Maut di Iraq

BAGHDAD 28 Julai – Serangan berani mati oleh tiga pengebom wanita di sini hari ini telah meragut 28 nyawa dan menyebabkan 92 yang lain cedera, ketika puak Syiah membanjiri ibu negara Iraq ini untuk menghadiri sambutan memperingati salah seorang imam Syiah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam insiden letupan di Baghdad itu.

Serangan berlaku di daerah Karrada, tengah Baghdad ketika penganut Syiah berjalan kaki menuju makam Kadhimiyah di utara ibu negara Iraq ini.

“Letupan hari ini akan meningkatkan lagi keazaman kami untuk menunaikan kunjungan kali ini dan menghalang keganasan,” kata salah seorang daripada penganut Syiah, Taher Abd-Noor.

Letupan yang dilihat sudah dirancang lebih awal ini turut menggoncangkan keadaan tenang selama beberapa bulan di Baghdad.

Kira-kira sejuta penganut Syiah dijangka menyertai sambutan memperingati Imam Mussa Kadhim iaitu salah seorang daripada 12 imam Syiah.

Sementara itu, satu serangan berasingan berlaku di bandar Kirkuk, utara Iraq yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan 112 yang lain dalam demonstrasi menentang undang-undang wilayah Iraq.

sumber

Friday, July 25, 2008

Jerusalem Diserang

Sekurang-kurangnya 10 orang mengalami kecederaan apabila sebuah traktor tiba-tiba merodok kenderaan-kenderaan di tengah lalu lintas yang sesak di wilayah pendudukan Israel di Jerusalem Barat. Israel menyebut insiden ini sebagai serangan yang mensasarkan warga Israel.

Polisi Israel menyatakan pelaku "serangan" itu adalah seorang warga Palestin berusia 22 tahun bernama Ghassan Abu Tir yang tinggal di kota tua Jerusalem Timur. Menurut mereka, pelakunya meniru serangan serupa yang terjadi tiga minggu yang lalu ketika seorang laki-laki yang menurut Israel orang Palestin dengan traktornya tiba-tiba masuk ke tengah lalu lintas yang ramai dan merodok kenderaan yang lalu-lalang. Insiden itu mengorbankan tiga orang Israel.

Dalam insiden yang terjadi hari Selasa (22/7) tidak jauh dari Hotel King David itu pelakunya ditembak hingga tewas di tempat oleh polis Israel.

sumber

Karadzic dipindah ke tribunal PBB


Karadzic (kanan) ketika masih berkuasa sedang memakai pakaian tentera Serb-Bosnia sambil diiringi oleh Ketua Komander Tentera Serb-Bosnia, Ratko Mladic di Mount Vlasic pada April, 1995.
- Reuters


BELGRADE 22 Julai - Pemimpin Serb-Bosnia yang ditahan semalam selepas menyembunyikan diri selama 13 tahun akan dipindahkan ke tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Hague sebaik-baik segala urusan perundangan diselesaikan.

Radovan Karadzic dilaporkan telah disoal siasat sepanjang malam dan akan didakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, kata ketua pasukan siasatan suspek perang Yugoslavia, Vladimir Vukcevic.

"Karadzic telah menggunakan haknya untuk berdiam diri sepanjang soal siasat dijalankan.

"Seorang majistret telah membuat keputusan bahawa semua syarat untuk dipindahkan ke Hague telah dipenuhi," kata beliau.

Penjenayah perang yang paling dikehendaki ini dilaporkan bekerja di sebuah klinik menggunakan nama palsu serta mengubah identiti dirinya dengan berambut panjang dan berjanggut lebat berwarna putih.

"Karadzic telah mengunakan dokumen palsu dengan nama Dragan Dabic dan dia sebenarnya bukanlah warga Serbia, malah taktik penyamaran yang digunakannya sangat meyakinkan," kata Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, Rasim Ljajic.

Ujar beliau, Karadzic menyara hidupnya dengan terlibat dalam perubatan alternatif di sebuah klinik swasta dan alamat terakhirnya ialah di New Belgrade.

sumber

Tuesday, July 22, 2008

Video Lelaki Palestin Ditembak di Kaki

Yusuf Islam Difitnah!


Penyanyi Muslim Yusuf Islam, yang juga dikenali dengan nama Cat Steven difitnah. Sebuah jaringan berita hiburan di Britain menyiarkan artikel yang menyebutnya sebagai Muslim fanatik dan mengatakan Yusuf Islam tidak mahu bercakap dengan perempuan yang tidak berjilbab.

Berita itu membuatkan Yusuf Islam mengemukakan saman ke pengadilan tinggi di London, Britain. Peguambela Yusuf Islam, Adam Tudor pada pengadilan mengatakan, artikel itu disiarkan oleh World Entertainment News Network pada bulan Mac 2007, dan disebarluaskan oleh Contactmusic.com, sebuah laman yang katanya diakses sekitar 2. 2 juta orang setiap bulann.

Menurut Tudor, dalam artikelnya World Entertainment News Network menulis penyanyi lagu "Morning Has Broken" itu "seorang yang sexist dan fanatik, menolak daripada berbual atau memberi tindakbalas kepada peminatnya dari kalangn wanita yang tidak mengenakan jilbab dalam sebuah majlis pemberian penghargaan."

Selain itu menurut Tudor lagi, artikel tersebut mendakwa mendapat keterangan dari pengurus Yusuf Islam yang mengatakan "Yusuf Islam tidak mahu berbicara dengan perempuan manapun kecuali isterinya. Terutama mereka yang tidak mengenakan kerudung, pembicaraan semacam itu dilakukan dengan menggunakan perantara."

Tudor menegaskan artikel itu telah memalukankan kliennya, membuat cerita yang salah tentang sikap kliennya terhadap kaum wanita dan merupakan pencemaran nama baik yang sangat serius terkait dengan agama yang dianut Yusuf Islam.

Tudor tidak menyebutkan berapa besar tuntutan ganti rugi yang diajukannya ke pengadilan atas artikel tersebut. Namun, jika terbukti artikel itu telah mencemarkan nama baik Yusuf Islam, semua pembayaran ganti rugi akan diserahkan Yusuf Islam ke organisasi amal yang dikelolanya, Small Kindness.

Mengetahui adanya saman itu, World Entertainment News Network langsung menyampaikan permohonan maaf dan mengatakan, "Kami sekarang menerima bahawa tuduhan-tuduhan ini... seluruhnya sama sekali tidak berdasar, dan Yusuf Islam tidak pernah menimbulkan kesulitan dan berinteraksi dengan kaum wanita, apakah untuk alasan agama ataupun untuk alasan lainnya."

Cat Steven, penyanyi balada berasal dari Britain ini menjadi seorang Muslim menjelang akhir tahun 1970-an. Ia kemudian mengubah namanya menjadi Yusuf Islam. Sejak menjadi seorang Muslim, ia mengundurkan diri dari dunia muzik setelah sebelumnya menghasilkan beberapa album muzik yang terjual sekitar 60 juta unit. Lagu-lagunya yang terkenal selain "Morning Has Broken" antara lain "Wild World" dan "Moonshadow."

Usianya kini 59 tahun, dan untuk pertama kalinya setelah masuk Islam, Yusuf Islam kembali mengeluarkan albumnya pada tahun 2006. Beliauke pernah ke Indonesia untuk memberikan bantuan pada korban tsunami di Aceh. (ln/al-arby)

sumber asal

Israel tembak penduduk Palestin bergari guna peluru getah


gambar yang dirakamkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi Israel, B'Tselem semalam menunjukkan bagaimana askar-askar Israel melayan seorang penduduk Palestin yang ditahan selepas mengadakan tunjuk perasaan. Tangan lelaki berkenaan, Ashraf Abu Rahman diikat dan matanya ditutup sebelum kakinya ditembak dengan peluru getah, di Nilin, Tebing Barat.
- AFP


BAITULMAQDIS 21 Julai - Satu rakaman video oleh kumpulan hak asasi di Israel yang disiarkan melalui televisyen semalam menunjukkan bagaimana seorang askar Yahudi menembak seorang penduduk Palestin dengan peluru getah.

Babak dalam video itu yang dirakamkan oleh kumpulan B'Tselem menunjukkan penunjuk perasaan Palestin yang dikenali sebagai Ashraf Abu Rahman, 27, telah digari tangan dan ditutup matanya ketika seorang leftenan kolonel tentera Israel menahannya.

Ashraf hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Julai lalu di perkampungan Nilin, Tebing Barat, tempat yang kerap menjadi lokasi protes membaling batu oleh penduduk terhadap tembok sempadan dengan Israel.

Pihak tentera Israel yang mendakwa lima orang pengawal sempadan, tiga askar dan dua orang pekerja di tembok itu cedera dalam protes yang diadakan pada Jun lalu itu, mengumumkan siasatan telah dimulakan selepas video tersebut ditayangkan di televisyen Palestin.

seterusnya

Sunday, July 20, 2008

Bom berani mati di Afghanistan, 24 terbunuh

KANDAHAR, Afghanistan 13 Julai - Sekurang-kurangnya 24 terbunuh dalam kejadian serangan bom berani mati hari ini di sebuah bazar yang sibuk di selatan Afghanistan.

"Sebahagian daripada mangsa mati di hospital dan kita mengetahui mangsa yang mati terdiri daripada 20 penduduk awam dan empat lagi merupakan anggota polis.

"Seramai 27 lagi yang cedera sedang dirawat di hospital," kata Ketua Polis Wilayah Uruzgan, Juma Gul Hemat.

Menurutnya, pengebom yang memandu kereta yang penuh dengan bahan letupan merempuh sebuah van polis yang berada di tengah bazar di kawasan Deh Rawood, iaitu kira-kira 400 kilometer dari barat laut ibu negara, Kabul.

sumber

Al-Azhar (Obor Ilmu)

Wednesday, July 16, 2008
Perkarangan dalam masjid Al-Azhar


UNIVERSITI TERAWAL & TERULUNG DI DUNIA


Sejarah ringkas Al-Azhar

Kali ini, afifzahrah tertarik hati untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang Al-Azhar yang mana dikatakan universiti yang terulung dan tertua di dunia. Al-azhar adalah tempat afifzahrah menuntut dan mengaji.
Seluruh pelusuk dunia dan zaman berzaman mengetahui Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggocakkan kealpaan jahiliyyah. Sejak dari dahulu lagi Al-Azhar didatangi oleh oleh pelajar dari seantaro dunias eperti Eropah, China , India, Asia, Tanah Melayu dan lain-lain. Semakin ramai tokoh pemikir Islam dapat dilahirkan semenjak pemerintahn kerajaan Fatimiyyah lagi.

Mihrab Masjid



Mengikut sejarah , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al-Azhar. Mengikut lembaran awal, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka rasminya dan dijadikan sebagai ibu Negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 970 M bersamaan 24 Jamadil Awwal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh seorang panglima tentera yang gagah perkasa dibawah zaman yang bernama Jauhari As-soqali di bawah zaman Fatimiyyah. Usaha ini mula selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramdhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan. Pada tahun 378H (988M), seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir, Yaakub bin Kals telah mencadangkan, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan msjid tersebut sebgai Jami’, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami’Azl-azhar.

Mercu Azan

Masjid Al-Azhar mempunyai 3 mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhartetap nampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.
Mercu-mercu ini dibina pada 3 zaman. Mercu disebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitibay, sementara sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman kesultanana Mamalik..
Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Aamir Abdul Rahman .Semenjak itu, kekallah Al-azhar dengan 3 mercu azan. Setiap mercumempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.

Salah satu menara




Gempa bumi di Mesir.

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,, satu bencana alam yang dahsyat berlaku.
Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azharr juga kehilangan sebhagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid Al-Azhardan Madrasah Tibrisiah merupahkan madrasah pertan. Ia diasaskan oleh oleh al-Amir Tibris bin Abdullah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau beliau dikebumikan di madrasah tersebut.

Matlamat Al-Azhar

Cemburu musuh Al-azhar meluap-luap melihat Az-Azhar.Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana adalah sasaran dan objektif nya satu hari nanti akan menghancurkan mereka.Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitunini. Ketua jihad ini terdiri daripada Syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya syeikh Sulaiman Jasuqi dan Syeikh Mauruqi. Targedi ini berlakuberlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussien .Perkara ini menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajahan Perancis.Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemekian rupa.Pada tahun 1800M, bangkit Sulaiman al-Halbi dan beliau menumpahkan darah Cilber , ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya .

Bahagian pintu masuk


Selepas itulah , tercatat sekali lagi apabila sejarah buat pertma kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan azhari.Muhammad Ali hakiman , hakim lulusan al-Azhar dilantik pada 1805 M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar.. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan 3 segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasir.Sekali lagi Mesir berada dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangn dan harumnya tersebar ke serta dunia.

AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN AYYUBIAH (567-648) (1170-1250)

Salahuddin Yusof bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah itu.Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir , Hadis, Ilmu Fiqh, ilmu Kalam , bahasa Arab dan sastera.Di samping itu ilmu aqli seperti Falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan.Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajianyang berteraskan ajaran Islam tulen iaitu Ahlu Sunnah Wal-Jamaah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.





AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIAH

Buat pertama kalinya , bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir , iaitu pada Januari 1517 M.Hal ini berlaku berlaku setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastantaniah , pusat pemerintahannya. Kepulangan baginda bersama pakar-pakar dalam bidang-bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azharr untuk dgunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu.
Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada azaman pemerintajhan keturunan Basya yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan par ulama’ yang disegani dan mempunyai kedudukan yang yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara’. Pada zaman inilah, gelaran as-Syeikh Jamil’ al-Azhar yang dianugerhakan oleh Khalifah semenjak abad ke-17M lantas dikekalkan hingga ke hari ini..

PENGAJIAN DI AL-AZHAR

Pengajian di Al-Azhar dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar Fiqh Syiah sebaik sahaj dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintahan kerajaan Fatimiyaah al-Maiz li Din Daulah, Qadhil Quda’ Abu Hassan Ali bin Nikman bin al-Qaitawani. Jawatan paling tinggi disandang oleh daie ialah Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada Khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas dari Khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.

Tecatat catatan sejarah



Di bawah kerajaan Ayyubiah pula, Sultan Salahuddin, yang telah berjaya menghapuskan pengaruh dan fahaman Syiah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahlus Sunnah Waljamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falaq, dan riadhah.Ilmu kesusasteraan Arab pula diajarkan oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu qalam, mantiq dan perubatan.

Ruangan dalam masjid


Penedkatan berbentuk halaqah yang mana soeorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiangmasjid dilingkungi oleh-oleh murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah SAW serta diikuti ilmu yang akan dipelajari.
Pada zaman pemerintahan Mamalik pula , Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti universiti Islam di Bghdad telah hancur akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air Sungai Furat dan Dajlah yang berwarna biru telah bertkar menjadi hitam kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan.Namun al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.




Selepas beberapa tahun, penekanan terhadap pendidikan wanita diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.

Juga salah salah satu menara



NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jamie al-Aazhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah.Pada peringkat pertama, al-azhar dikenali sebagai Jamie Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya. Menurut Ahmad Mohd Auf ialh seorang penulis Al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ al-Amru bin Al-as dikenali sebagai Jam’ulal-Jawamie.

Mimbar Masjid Al-azhar




Masjid al-Jamie atau Taj –al-Jawamie’. Selepas itu, masjid tersebut ditukarkan nama kepada Jamie’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama ketiga. Ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulillah SAW yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahrahra’.
Pendapat yang kedua, nama dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya yang ketiga, berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam.

Ukiran yang mengkagumkan


Afifzahrah teringat dengan satu kalam dari Dr.Syeikh Yusof Qardhawi ulama’ mujaddid abad ke-21pernah mengatakn peranan al-Azhar adalah Jami’ (masjid), jamiah (universiti) dan Jam’iyyah (persekutuan).
Walau apa-apa nama pun, al-Azhar tetap utuh seutuh namanya yang berusia lebih 1000 tahun ini. Dan perlu didiingatkan kepada mahasiswa al-azhar, afifzahrah ingin menyelitkan satu cadangan bahawa apa-apa pun kesukaran yang pernah menempuh dalam mempelajari ilmu di sini dan karenah orang-orang arab Mesir terutamanya hendaklah sentiasa mendokan kesejahteraan dan kerahmatan kepada al-Azhar ini samada syeikh-syeikh dan doktor-doktor ini serta tak dilupakan negara Mesir kerana al-Azhar tidak berdekatan atau terletak di Negara Hijjaz atau Haramain dan juga Palestin bahkan terletak di Mesir Ummu Dunia. Moga Allah terus mengekalkan dan memayungi al-Azhar sebagai manar ilmu ( obor ilmu ) yang terus menyinari Islam dengannya...amin.

Ukiran yang menakjubkan



Firman Allah SWT dalm surah at-Taubah (ayat 32) “ Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama ) Allah dengan mulut mereka (ucapan-ucapan) mereka) dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya, walupun orng0orng yang kafir tidak menyukainya...

Bahagian pintu masuk berdekatan perkarangan Khan Khalili dan Masjid Husin
posted by Afifzahrah @ 5:46 PM

sumber

Thursday, July 17, 2008

Video Kem Latihan HAMAS

Anwar Dibogel, Diperiksa Alat Sulit

Anwar dibogel, diperiksa alat sulit
Jimadie Shah Othman | Jul 17, 08 3:14pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.

Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.

Contoh DNA

Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.

Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 07"Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.

Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Sakit pinggang

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.

Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.

Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 08Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Saya rasa tak selesa, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.

Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.

sumber

http://www.malaysiakini.com/news/86280

PAS sokong keputusan Anwar enggan beri DNA

17/07/2008 4:57pm

KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga anggota Parlimen Bachok di Dewan Rakyat hari ini, berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

“Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.

“Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.

“Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama.

“Kami akan terus berjuang dengan pakatan pembangkang bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil berdasarkan suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi,” katanya.

Sebelum ini, peguam kepada Anwar, Sankara N. Nair berkata, anak guamnya tidak membenarkan HKL mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini.

Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. — BERNAMA.

sumber

Wednesday, July 16, 2008

Video Azmin Bantah Penangkapan Anwar di Parlimen

Himpunan Berita Anwar Ditangkap

KDN nafi Anwar dikasari

16/07/2008 7:07pm

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa polis bertindak kasar ketika menahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu tidak berlaku kerana Anwar telah memberikan kerjasama ketika ditahan dan beliau juga memasuki kenderaan polis secara sukarela.

``Ketika ini Anwar dalam tahanan, tetapi sebelum ditahan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Saya rasa tiada kejadian tidak diingini (berlaku)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan Anwar oleh polis pada pukul 1.05 petang ini dan dibawa menaiki kenderaan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, R. Sivarasa.- Utusan.

sumber

Musa enggan komen penahanan Anwar

16/07/2008 6:00pm

SEPANG 16 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas mengenai cara polis yang menggunakan pasukan komando bertopeng untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang ini, Musa tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai penahanan Anwar berhubung kes liwat itu.

Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:

“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”

Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:

“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.

Musa baru pulang dari Brunei kerana menerima Pingat Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama sempena Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Darul Iman, Bandar Seri Begawan semalam. – Utusan.

sumber

200 penyokong Anwar masih berkumpul dekat IPKKL

oleh Ifwan Tun Tuah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berkumpul di sepanjang Jalan Hang Tuah, berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), sejak tengah hari tadi.

Keadaan itu memaksa polis menutup jalan berkenaaan yang menjadi laluan utama ke IPKKL jam 5.30 petang.

Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu dibawa ke IPKKL sebaik dia ditangkap jam 1 tengah hari tadi berhampiran rumahnya.

sumber

Anwar ditahan untuk siasatan kes liwat: Bakri

oleh Jalal Ali A Rahim

KUALA LUMPUR: Polis petang tadi mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap bagi membantu siasatan kes liwat kepadanya yang dilaporkan bekas pembantunya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata Anwar ditangkap jam 1 tengah hari di sekitar Segambut.

“Ketika ini, beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang dilaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media tergempar di Bukit Aman, petang tadi.

Mohd Bakri berkata, polis tidak mahu membuat tangkapan terhadap Anwar di dalam rumahnya kerana boleh menimbulkan kekecohan serta tidak mahu timbul keraguan waran tangkap yang disempurnakan ke atasnya.

“Polis mahu memberi kepastian kepada semua bahawa Anwar ketika ini dalam selamat dalam tahanan polis,” katanya.

Beliau berkata, Anwar dibenarkan berjumpa dengan peguam yang dipilihnya dan peguam itu bersama beliau ketika ini.

Selain itu, ahli keluarganya beliau juga dibenarkan untuk bertemunya.

Katanya, polis mengambil kira sudut keselamatan ketika menjalankan operasi sama ada terhadap pegawai atau anggotanya atau individu yang dikenakan tindakan.

“Dalam melaksanakan tangkapan itu polis menggunakan cara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Tangkapan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (JSJK) Bukit Aman dan tidak melanggar sebarang keperluan yang ditetapkan,” katanya.

sumber


Polis sekali lagi berbohong kepada semua pihak dan menangkap Anwar tengahari tadi. Semalam Bakri Zinin (foto) mengancam akan menangkap Anwar jika beliau gagal muncul di IPK KL sebelum pukul 2 petang. Walaubagaimana pun, sebelum tempoh itu, Anwar telah ditangkap dan dibawa ke IPK KL oleh Unit Tindakan Khas Polis yang diiringi oleh 15 buah kenderaan.

Semalam Anwar Berdebat, hari ini Ditangkap, Malam ini Mungkin DiLokap. Beginilah janji BN pada Anwar.

Laporan Malaysiakini - Anwar ditahan polis bertopeng

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.



Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai “tidak bertamadun” kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

sumber

Mengapa Anwar ditahan di luar rumah...
Jul 16, 08 7:29pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap di dalam rumahnya kerana ia boleh menimbulkan kekecohan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd Zinin hari ini.

Pada masa ini, katanya, Anwar sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

"Beliau (Anwar) juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya di waktu ini," kata Bakri dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada pemberita petang tadi.

mohd bakri zininKatanya, waran tangkap juga telah disempurnakan ke atas Anwar. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan dari pemberita.

atanya, ahli keluarga Anwar juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya.

"PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis," katanya.

Bakri berkata, untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil, PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

Ikut garis panduan


"PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

"Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan.

"PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada," tambahnya.

Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Anwar, katanya, ianya dilakukan secara profesional, berdesarkan kepada keperluan tersebut.

"Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh jabatan siasatan jenayah khas Bukit Aman, tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garispanduan yang ditetapkan.

"Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1 petang di sekitar Segambut," kata Bakri.

Sebelum ini, Star Online memetik Bakri sebagai berkata, polis bimbang Anwar tidak hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan oleh itu memutuskan untuk menahan beliau.

Sebab ditahan

Bakri dipetik sebagai berkata, Anwar sepatutnya pergi terus dari ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya ke IPK Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa selepas meninggalkan ibupejabat BPR di Putrajaya, beliau telah mengubah laluannya dan menuju ke rumahnya di (Bukit) Segambut.

"Beliau ditahan kerana kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa beliau tidak akan hadir. Kami ingin menekankan bahawa Anwar pada mulanya bersetuju berjumpa kita pada hari Isnin tetapi gagal berbuat demikian," katanya.

Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan keluarganya ketika cuba menyerahkan perintah di bawah Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini atau menghadapi kemungkinan di tangkap. Pemimpin PKR itu setuju hadir.

Bagaimanapun, Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari tadi ketika dalam perjalanan pulang di Putrajaya. Beliau sedang ditahan di IPK Kuala Lumpur.


sumber

Video Debat Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek



KLIK video untuk siri seterusnya

Tuesday, July 15, 2008

Israel Serahkan Golan Jika Syria Khianati Iran dan HAMAS

Israel dikatakan mensyaratkan Syria untuk mengkhianati Iran jika menginginkan Israel mengembalikan sepenuhnya Dataran Tinggi Golan. Sementara itu, pemerintah Syria mengakui mereka telah menerima maklumat tentang niat Israel untuk kembali bertolak-ansur dengan Syria.

Akhbar The Jerusalem Post memetika pernyataan sejumlah diplomat Barat tentang syarat yang diajukan Israel itu. Para diplomatik itu menjelaskan memang Israel mengatakan kepada Syria perdamaian dicapai jika Syria menghentikan sokongannya kepada Hamas dan Hizbullah, mengusir Ketua Biro Politik Hamas Khaleed Mishaal yang sedang dalam perlindungan di negeri itu serta menjauhkan diri dari Iran.

Dataran Tinggi Golan adalah wilayah Syria yang dirampas Israel ketika Perang Timur Tengah tahun 1967. Sejak itu, kerap terjadi ketegangan antara kedua negara kerana Syria menuntut Israel untuk mengembalikan wilayah tersebut. (ln/presstv)

Sunday, July 13, 2008

Video: Palestin Sebelum 1948

Perhimpunan Kenang Tragedi Masjid Merah

ISLAMABAD 6 Julai - Sebanyak 10,000 hingga 15,000 pengikut radikal Islam menghadiri satu perhimpunan di pekarangan Masjid Merah di sini hari ini sebagai mengingati ulang tahun pertama masjid itu digempur oleh pihak berkuasa.

Pada perhimpunan itu, beberapa pemimpin agama telah menyampaikan ucapan untuk menuntut pembebasan imam Masjid Merah, Abdul Aziz yang dipenjarakan.

Polis berkata, Abdul Aziz ditangkap semasa beliau cuba melarikan diri dengan memakai burka pada hari kedua masjid itu digempur.

Para pemimpin agama dalam ucapan mereka turut menggesa kerajaan supaya menyerahkan semula kuasa ke atas komplek masjid berkenaan kepada bekas pentadbirnya.

Askar-askar Pakistan telah mengepung masjid itu pada 3 Julai tahun lalu selepas bertempur dengan pengikut Taliban dan Al-Qaeda yang bersembunyi di masjid itu.

Seminggu kemudian, askar-askar itu menggempur masjid tersebut, menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Tindakan tentera itu telah mencetuskan beberapa pengeboman berani mati di seluruh negara yang menyebabkan kira-kira 1,000 orang terbunuh.

Ia turut mendorong Presiden Pervez Musharraf untuk mengisytiharkan perintah darurat di Pakistan pada November lalu.

sumber

Banjir Bangladesh: 20,000 Terkandas

CHITTAGONG, Bangladesh 6 Julai - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, sementara lebih 20,000 penduduk terkandas akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat sejak seminggu lalu di tenggara negara ini.

Ketua Pentadbir Daerah Cox Bazar, Sajjadul Hasan berkata, tiga kejadian tanah runtuh di tenggara daerah itu menyebabkan 10 orang terbunuh, sementara enam yang lain dihanyutkan arus deras.

Empat lagi maut dalam satu kejadian tanah runtuh di bandar Teknaf pagi ini yang menimpa pondok kediaman mereka.

"Lebih 20,000 penduduk di kawasan rendah terkandas selepas banjir menenggelamkan kawasan tersebut antara 1.3 hingga 1.7 meter," katanya.

sumber

Pesawat Pengintip Zionis ke Iran

Israel tidak senang hati melihat kesungguhan Iran mengadakan latihan dan ujian peluru berpandunya. Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak kembali menegaskan bahawa pihaknya sedia mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran jika Israel berasa terancam.

"Israel telah membuktikan pada masa lalu, bahawa Israel tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika menganggap keamanan vitalnya terancam, " tegas Barak.

Namun Barak berdalih, penyelesaian diplomatik mestilah diusahakan sebelum langkah tersebut dilakukan. "Saat ini, fokusnya adalah sanksi internasional dan usaha diplomatik secara penuh, " kata Barak.

Sementara itu, sekutu Israel, Amerika Serikat melalui Menteri Luar Negerinya Condoleezza Rice menyatakan AS akan membela Israel dan akan meningkatkan keamanan wilayah Teluk.

Israel bertindak balas atas tindakan Iran dengan meluncurkan pesawat pengintip yang didakwa Israel dapat memantau aktiviti Iran. Menurut Israel Aerospace Industry, pesawat pengintip yang bernama Eitam sudah dilengkapi dengan sistem pengumpulan data yang canggih. (ln/BBC)

sumber asal


Presiden Sudan Cuba Ditangkap


Omar al-Bashir


WASHINGTON 11 Julai - Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merancang untuk menuntut waran tangkap dikeluarkan terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir kerana pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah Darfur.

Akhbar Washington Post hari ini melaporkan, Ketua Pendakwa ICC, Luis Moreno- Ocampo akan meminta waran itu dikeluarkan pada Isnin depan.

Tindakan itu menandakan kali pertama ICC yang beribu pejabat di The Hague mengambil langkah untuk mendakwa seorang ketua negara yang masih berkhidmat atas tuduhan jenayah, lapor Post dengan memetik kenyataan diplomat dan pegawai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

sumber

Friday, July 11, 2008

Video Kerja Ganas Zionis Celaka

Lelaki Palestin Dibelasah Habis

Biadab! Cuma perkataan itu yang sesuai atas perilaku para Yahudi perampas dan tentera Zionis di kota al-Khalil (Hebron), Tebing Barat terhadap seorang lelaki Palestin.

Ta'ayush, organisasi Arab-Yahudi, mengeluarkan sebuah rakaman video penyiksaan yang dilakukan para Yahudi perampas terhadap seorang lelaki Palestin bernama Abu Karch yang bekerja sebagai guru, berhampiran pemukiman Eshael. Dalam video itu terlihat Abu Karch diikat ke sebuah tiang elektrik dan sejumlah Yahudi perampas dengan sesuka hati menendang dan memukul Karch. Tentera Zionis yang berada di situ cuma diam melihat tindakan brutal para Yahudi perampas itu.

"Hari Sabtu lepas, saya berniat membantu kerabat saya di kebunnya. Di sana terjadi kebakaran. Saat itulah para pemukim Yahudi datang dan memukul kami, " kata Midhat Abu Karch.

Dia melanjutkan, "Mereka mengikat saya di tiang elektrik sambil terus memukul saya. Ada beberapa orang tentera pengganas Israel yang datang ketika insiden itu terjadi. Saya minta tolong tapi mereka suruh menunggu saja sampai polis datang."

Abu Karch lalu melaporkan peristiwa itu kepada polis Israel. Jurucakap Polis Israel Mickey Rosenfeld mendakwa terus melakukan siasatan dan berhasil menangkap sejumlah pemukim Yahudi dari pemukiman Assael untuk disoal siasat atas keterlibatan mereka dalam kes pembelasahan itu.

"Mereka dipercayai terlibat dalam kes ini, bukan berdasarkan rakaman video itu tapi berdasarkan pada hasil siasatan kami, " kata Rosenfeld.

Para pemukim Yahudi di Tebing Barat memang kerap menyerang warga Palestin, terutama di kawasan perbukitan tandus di selatan kota al-Khalil. Dua bulan yang lalu, sekelompok pemukim Yahudi menyerang dan memukul suami isteri warga Palestin di wilayah itu. Serangan itu juga dirakam menggunakan video dan akhirnya dua pemukim Yahudi di wilayah itu ditangkap. (ln/iol)

sumber asal

7 Lagi Maut di Selatan Thai

YALA 5 Julai - Tujuh orang mati dalam empat kejadian berasingan di negeri-negeri di selatan Thailand hari ini.Dalam satu kejadian awal hari ini, saksi berkata, lima anggota militan menaiki sebuah lori pikap melepaskan tembakan ke arah sebuah gerai di daerah Raman, Yala menyebabkan empat penduduk kampung mati dan empat yang lain cedera.

Di daerah Bannang Satta, Yala, seorang lelaki beragama Buddha berumur 56 tahun ditembak mati dan kepalanya dipenggal serta mayatnya dibakar dalam kejadian semalam, sementara anak lelakinya yang berumur 28 tahun cedera parah.

Selepas itu, di kawasan yang sama seorang lelaki Islam berumur 41 tahun ditembak mati dalam lori pikap.

Di wilayah Pattani, seorang pesara guru berumur 56 tahun ditembak mati lewat semalam di daerah Meung ketika meninggalkan masjid.

sumber

Wednesday, July 9, 2008

Cucu Khomenei Bantah Penyelewengan Mut'ah


Akhir-akhir ini di Iran sedang sibuk dibicarakan masalah nikah mut'ah. Hal ini kerana Ayatullah Husen Khomeni, cucu pemimpin revolusi Iran Ayatullah Khomeni, menolak keras pernyataan Menteri Dalam Negeri Iran yang mencadangkan nikah mut'ah sebagai jalan untuk memenuhi hajat biologi kaum muda Iran.

Terus saja pernyataan itu menimbulkan kemarahan cucu tokoh besar revolusi Iran itu. "Pernyataan (Mendagri) itu sangat menghina wanita. Secara keyakinan syariat, saya percaya (mut'ah) itu ada di dalam Islam dan di Al-Qur'an. Ini yang ditolak para ulama Sunni. Tapi praktik nikah mut'ah itu telah diselewengkan, padahal ia wujud untuk menghindarkan manusia daripada pelacuran dan terjerumus ke dalam perzinaan. Tapi terkadang (mut'ah) itu seperti perzinaan dan dalam prakteknya lebih buruk dari perzinaan, " ujar Husen Khomeni.

Husen Khomeni juga menambahkan, pernyataan Mendagri itu merendahkan keperibadian wanita, terlebih lagi sebahasgian wanita memandang dirinya seperti barang dagangan untuk kesenangan kaum agamawan dan non-agamawan yang menggagas idea seperti ini.

"Masalah ini tergantung kepada kaum wanita. Mereka memutuskan sendiri masalah ini. Bukan kaum agamawan atau non-agamawan yang memutuskan nasib mereka, " tegasnya.

Diakui Husen bahawa realiti nikah mut'ah memang berlaku di Iran. Tapi menurutnya, sebahagian kaum muda ada yang memilih nikah mut'ah dan ada pula yang lebih memilih jalinan persahabatan dan cinta.

Sementara aktivis wanita Iran Syadi Shadr menilai budaya Iran sekarang menganggap nikah mut'ah sebagai hal yang tak sepatutnya, meskipun dari segi hukumnya nikah mut'ah dibenarkan.

Aktivis wanita Iran lainnya Fatimah Siddiqi membeberkan hasil kajiannya, majoriti wanita Iran yang setuju atas praktik nikah mut'ah beralasan untuk memenuhi dan menutupi kesulitan ekonomi mereka.

Pada beberapa hari lalu Mendagri Bur Muhammadi mengeluarkan gagasan agar nikah mut'ah difokuskan untuk menjamin kaum muda Iran dalam hal memennuhi keperluan biologi, agar terhindar dari 'hubungan haram'.(ilyas/alrb)

sumber

Nikah Mut'ah Penyebab Utama HIV di Iraq

Hasil maklumat seorang gadis yang mengaku diperkosa seorang polis Iraq, ternyata Iraq menyimpan fakta lain yang sangat membimbangkan, baik dari segi moral ataupun kesihatan.

Empat tahun kebelakangan ini terjadi peningkatan mendadak pengidap AIDS di Iraq, yang paling parah berbanding masa-masa sebelumnya.

Tahun 2003, jumlah mereka yang positif HIV mencapai 265 orang dan sebahagian besarnya meninggal dunia. Dalam penelitian disimpulkan, 80 orang dari jumlah tersebut, menerima virus HIV melalui transfusi darah yang diperoleh dari luar Iraq sebelum tahun 1986. Tapi pada tahun-tahun belakangan ini, penyebaran virus HIV mengalami perubahan di Iraq. Melalui sejumlah kajian, diperolehi kesimpulan virus HIV di Iraq menyebar melalui hubungan dengan lawan jenis secara intensif, melebihi apa yang biasa dilakukan oleh seorang pelacur.

Sebuah lembaga penelitian Iraq yang khusus memantau perkembangan penyakit seksual antara warga Iraq di kota Nejef, Karbala, Wasith, Qadisiya, Maisan, Dzi Qar, Bashra, Matsana, dan Baghdad, baru baru ini mengeluarkan hasil kajiannya. Mereka menemukan beberapa tahun terakhir terjadi pernikahan mut’ah dalam banyak keluarga Iraq yang berada di bawah garis kemiskinan. Kaum wanita yang menjadi pelaku nikah mut’ah inilah yang menurut penelitian, menjadi salah satu agen perpindahan virus HIV ke manusia lain. Sementara si wanita tidak sadar bila dirinya membawa virus HIV.

Satu dari dua penderita AIDS di Irak adalah pelaku nikah mut’ah. Menurut perkiraan doktor, di sejumlah wilayah yang dihuni majoriti kaum Syiah, terjadi kes penderita penyakit AIDS lebih dari 75 ribu kes setiap tahun. Kajian yang dilakukan juga menghasilkan kesimpulan adanya sejumlah besar para penderita AIDS yang belum merujuk doktor karena alasan sosial. Jumlah pengidap AIDS di Iraq merupakan jumlah yang paling besar dari pelbagai negara Eropah dan Arab, setelah Iran. Dan pernikahan mut’ah menjadi sebab utama yang paling banyak menularkan virus HIV melalui hubungan seksual.

Sejak tumbangnya pemerintahan Iraq pimpinan Saddam Husein tahun 2003, secara tidak rasmi terjadi arus pernikahan mut’ah yang luar biasa di Iraq. Nikah mut’ah di Iraq bahkan dilakukan dalam tempoh sangat singkat iaitu satu kali hubungan badan saja dan kemudiannya berpisah. Sebab itulah sebahagian lelaki dan wanita terlibat hubungan seksual melalui pernikahan mut’ah beberapa kali dalam satu hari.

Dan kini, menurut Kementerian Kesihatan Iraq, selama tiga tahun terakhir, terjadi 64, 428 kes penderita AIDS di Iraq. Para tokoh agama dan pejabat pemerintah saat ini melakukan usaha intensif untuk menekan trend nikah mut’ah yang menjadi indikator hilangnya pertimbangan logika, kesehatan, etika dan moralitas warga Irak. (na-str/akhbr)

Tuesday, July 8, 2008

Himpunan PROTES di Malaysia- Ucapan Anwar Ibrahim







4 Kakitangan Kereta Api Terbunuh di Thailand

NARATHIWAT 21 Jun - Empat kakitangan kereta api terkorban apabila sekumpulan pejuang pemisah melepaskan tembakan ke arah kereta api penumpang di selatan Thailand lewat hari ini.

Dalam kejadian itu, empat orang pejuang pemisah dipercayai telah menembak mati seorang anggota polis kereta api dan tiga orang kakitangan keretapi di stesen kereta api Marubo di daerah Ra Ngae.

"Kesemua mangsa itu mati serta- merta.

seterusnya

Slaid: Sejarah Perang Iran-Iraq

Siapa Peduli Selatan Thai?

Masih adakah lagi sesiapa yang peduli nasib penduduk Islam selatan Thai. ?

Soalan ini di tanya oleh semua lapisan masyarakat selatan Thai , terutama di tiga wilayah selatan Pattani, Yala dan Naratiwats. Penoreh getah, pelajar sekolah, guru, pegawai kerajaan lebih-lebih lagi penduduk kampong, mereka menyimpan soalan ini dalam hati, kerana bagi mereka tiada siapa lagi yang peduli di kalangan penduduk dunia terutama dari Negara jiran Islam seperti Malayisia.

Sampai bila mereka harus hidup dalam ketakutan , rasa benci dan curiga pada semua orang sekeliling. Hari ini mereka hanya menunggu bila bom akan meletup, bila bunyi tembakan akan kedengaran dan apa lagi musibah yang bakal berlaku di depan mereka atau ke atas diri mereka sendiri.Masih adakah lagi sesiapa yang peduli nasib penduduk Islam selatan Thai. ?

Kehidupan dan kematian dipisahkan oleh garis yang sangat kecil sekali, hari ini beberapa lelaki mati di tembak esok penduduk kampong sebelah di bom , bila-bila masa, ada yang menjadi mangsa tiada siapa dapat pastikan. Hari-hari di hebahkan semua kejadian adalah angkara kumpulan pemisah , militant atau penduduk Islam, namun hakikat yang dunia tak tahu atau yang cuba di sembunyikan oleh regim kuffar Bangkok adalah penduduk Islam dibunuh oleh kakitangan kerajaan atau dengan kata lain tentera Thai sendiri. Bagi penduduk kampong sekarang apa yang berlaku adalah penghapusan etnik Melayu Islam oleh kerajaan kafir Thai.

Siapa yang peduli lagi pak imam atau ustaz ditembak oleh orang yang tidak dikenali . Siapa ambil tahu berapa ramai penduduk kampong yang tidak dapat pergi menorah getah atau ke kebun buah kerana takut .Adakah orang nak tanya berapa ramai anak-anak yatim tidak bersekolah pada hari ini. Semuanya yang menjadi mangsa adalah saudara kita yang beragama Islam yang dipisahkan oleh sebatang sungai sahaja.

Kita merayu , kerajaan Malaysia khasnya selaku anggota OIC dan rakyat Malaysia amnya mainlah peranan sewajarnya , atas dasar kejiranan , kemanusiaan lebih-lebih lagi seakidah . Sanggupkah kita membiarkan saudara kita tidur dalam kedukaan, makan dalam tangisan , bekerja dalam ketakutan tanpa ada pembelaan. Berikan sedikit harapan kepada mereka yang telah lama hidup tertekan, jenuh kepayahan keperitan . Buatlah siasatan sewajarnya, bantulah seadanya jangan kita membiarkan kezaliman di lakukan sewenang-wenangnya.

Apa nak di bangga dengan mercu tanda tersergam, pintu gerbang gemerlapan , rumah berbelas bilik ,kolam dan kemewahan sedang jiran dalam kesusahan. Kita harus khuatir atau takut amaran Allah dan rasul akibat tidak mengasihani saudara seagama. Apakah tidak mungkin perkara seumpamanya tidak akan berlakku ke atas Negara kita, atau mungkinkah Allha Taala akan turunkan bala yang seumpamanya dek kelapaan kita . Masih adakah sesiapa yang perihatin akan musibah yang menimpa saudara-saudara kita. .

sumber

41 Maut, Keduataan India Diserang


Anggota polis memeriksa sekitar kawasan kejadian selepas sebuah kereta sarat bahan letupan merempuh bangunan Kedutaan India di Kabul.
- Reuters


KABUL 7 Julai - Sekurang-kurangnya 41 terbunuh, sementara 141 lagi cedera setelah seorang pengebom berani mati merempuh pagar Kedutaan India di Afghanistan menggunakan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, kata pegawai hari ini.

Letupan kuat itu menyebabkan anggota badan dan daging manusia bertaburan di luar bangunan kedutaan tersebut.

India merupakan antara sekutu Afghanistan dalam pakatan memerangi pejuang Taliban.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan Kementerian Dalam Negeri hanya menyatakan, letupan berpunca daripada bom kereta.

"Jumlah kematian setakat ini ialah 41 orang, sementara 141 lagi cedera, separuh daripadanya telah dimasukkan ke hospital," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Abdullah Fahim.

seterusnya

Israel tutup sekolah, masjid tiga tahun

NABLUS 7 Julai - Israel melancarkan serbuan ke atas pejabat hal-ehwal agama Palestin di Tebing Barat hari ini dan mengarahkan sebuah sekolah, sebuah klinik dan sebuah masjid ditutup selama tiga tahun kerana disyaki ada kaitan dengan pergerakan Hamas.

Seorang pegawai tentera Israel berkata, serbuan di bandar ini bertujuan melumpuhkan 'pertubuhan-pertubuhan amal' yang didakwanya menjalinkan hubungan dengan pergerakan berhaluan Islam itu.

Pengarah Pejabat Kementerian Hal-Ehwal Agama di bandar ini, Hassan Hilali berkata, pihaknya mendapati pintu pejabat itu dipecahkan dan almari dalam keadaan terbalik, selain beberapa dokumen dipercayai dirampas.

Hassan berkata, askar menampalkan notis pada pintu-pintu sekolah tinggi, masjid dan klinik untuk mengarahkannya ditutup selama tiga tahun kerana terlibat dengan kumpulan militan.

sumber

Sunday, July 6, 2008

Video Berita Tuduhan Liwat Anwar

Video Ahli Parlimen Malaysia Berbasikal ke Parlimen

Syria Bunuh Tahanan Politik Berhaluan Islam

NICOSIA 5 Julai - Pihak keselamatan Syria menembak mati sekurang- kurangnya 25 banduan dalam satu rusuhan membabitkan tahanan politik di sebuah penjara di pinggir Damsyik hari ini, kata kumpulan hak asasi manusia.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kira-kira 400 orang banduan turut ditahan dalam rusuhan itu yang berlaku awal pagi ini.

"Tembakan telah dilepaskan secara berterusan ke arah banduan-banduan," kata kumpulan itu yang berpangkalan di London, dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu mendakwa, bilangan tahanan yang terbunuh dalam rusuhan itu dijangka meningkat.

Kumpulan itu yang rapat dengan puak pembangkang, pada mulanya menganggarkan angka korban hanya 10 orang, tetapi seorang jurucakap kemudiannya menghubungi AFP memaklumkan angka korban meningkat kepada 25 orang.

seterusnya

Saturday, July 5, 2008

Kashmir Bergolak Pula


protes besar-besaran yang disertai oleh semua kumpulan pemisah Islam Kashmir India menyebabkan bandar-bandar utama di wilayah itu terutamanya Srinagar, lumpuh sejak kelmarin.
- Reuters


SRINAGAR, India 30 Jun -


Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera dalam keganasan itu.

Para penunjuk perasaan itu bertindak liar dengan membakar tayar serta kenderaan, menyekat jalan dan berarak dalam bantahan terbesar pernah disaksikan setakat ini sejak meletusnya pemberontakan pemisah di kawasan Himalaya itu hampir dua dekad lalu.

Bantahan tersebut dicetuskan oleh penyerahan tanah seluas 40 hektar oleh kerajaan negeri kepada Lembaga Kuil Shri Amarnath untuk membina kemudahan bagi kegunaan beratus-ratus ribu pengikut Hindu yang menghadiri satu upacara keagamaan tahunan di sini.

Para penunjuk perasaan itu mendakwa pihak berkuasa merancang untuk menjadikan kemudahan itu sebagai penempatan tetap bagi masyarakat Hindu.

Para pegawai India menafikan dakwaan tersebut dan berkata India tidak pernah menggalakkan pemindahan para pengikut Hindu ke Kashmir, yang merupakan satu-satunya negeri di negara ini di mana majoriti penduduknya - AP

sumber

Selatan Thai- 55 Sekolah Ditutup

YALA 3 Julai - Thailand menutup 55 sekolah kerajaan di selatan negara ini untuk tempoh yang belum ditetapkan selepas seorang guru besar ditembak mati oleh kumpulan yang disyaki puak pemisah.

Semua sekolah di daerah Raman, wilayah Yala ditutup setelah guru besar sekolah rendah, Weera Mueanchan ditembak mati selepas kelas tamat semalam, kata seorang pegawai pendidikan tempatan hari ini.

Pembunuhannya menyusuli beberapa serangan ke atas sasaran yang ada kaitan dengan sekolah di wilayah-wilayah selatan, termasuk pembunuhan seorang pemandu bas dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

"Terdapat 55 sekolah di daerah Raman, kebanyakannya sekolah rendah dan hanya sebuah sekolah menengah.

sumber

Yang Baik-baik di Mesir


Ramai orang Malaysia yang hendak datang ke Mesir pada mulanya menyangka negara ini masih mengekalkan gaya arab tradisi seperti berjubah dan berserban. Wanita-wanitanya pula yang berniqab, unta-unta berkeliaran di sana sini, suasana yang benar-benar Islamik... tapi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, majoritinya terkejut. Mereka terkesima sebaik sahaja mendapati realiti itu ternyata bersalahan dan bercanggah dengan khayalan mereka sebelum ini.


Saya tidak bercadang hendak merendah-rendahkan Negara Republik Arab Mesir ini, kerana motif saya adalah hendak menunjukkan kepada anda bahawa masih terdapat banyak kemurnian dan keindahan suasana di Mesir ini yang saya kira sangat berkurangan di negara kita Malaysia.


Kemurnian yang pertama ialah saling memberikan salam dan dijawab pula dengan baik dan lebih baik. Di mana jua mereka berada, kenal atau tidak, budaya ini tetap segar di kalangan rakyat Mesir. Masuk kedai, naik kenderaan awam samada teksi ataupun bas, melintasi sekumpulan orang ramai, tumpang tanya dan dalam pelbagai situasi. Jika sudah lama tidak bersua muka dengan sahabat mereka pula (barangkali sekitar dua minggu sahaja), bukan sekadar berjabat tangan malahan mereka akan berpelukan tanda gembira yang amat. Bahkan, kedapatan orang Arab yang beragama Kristian di Mesir ini turut memberi salam kepada golongan Muslimin kerana ia sudah menjadi entiti masyarakat. Cuba bayangkan, bagaimanakah respon para penumpang apabila anda memberi salam ketika menaiki bas awam di Malaysia? Satu kenyataan yang hendak saya maklumkan tentang pemuda-pemuda Mesir ini ialah tiada budaya; “Asalamualaikum cik adik... kalau tak jawab salam berdosa”


Kedua, ketika masuknya waktu solat, akan berbondong-bondonglah umat Islam pergi ke masjid untuk menunaikan kewajipan mereka secara berjemaah. Rakyat Mesir Muslim sangat suka berjemaah. Sekiranya terlewat dan imam masjid pula telah memberikan salam, mereka akan terus mencari siapa lagi yang belum mendirikan solat lantas diajaknya berjemaah. Bagaimana pula jika mereka tidak sempat ke masjid? Biasanya akan kelihatanlah tikar yang terhampar di depan kedai mekanik. Semua mekanik itu akan berhenti bekerja untuk menunaikan solat secara berjemaah. Di bawah pohon-pohon yang rendang di kawasan Pameran Buku Antarabangsa Kaherah, di sudut-sudut bangunan, di atas balapan stadium (sebelum perlawanan bermula) dan di mana-mana jua. Suasana begini ada di Malaysia? Mudah-mudahan ada dan banyak.

Tidak cukup dengan itu, dipastikannya pula saf itu berada dalam keadaan yang benar-benar lurus. Mereka tidak akan mengangkat takbiratul ihram melainkan selepas yakin saf mereka tiada bengkoknya lagi. Sampaikan ketika rakaat kedua atau ketiga pun, kalau didapati orang sebelahnya ataupun sebelah orang sebelahnya tersasar, maka tangannya akan merayap menolak atau menarik yang berkenaan agar meluruskan dan membetulkan kembali kedudukannya. Pantang nenek moyang mereka, kalau ada yang ‘terpeleot’, nescaya akan ‘ditegur’. (siapa nenek moyang mereka, kalau bukan ulama’-ulama’ terdahulu). Cara meluruskan saf pula adalah dengan melihat hujung ibujari kaki, berbeza dengan kita di Malaysia yang melihat belakang tumit. Inilah kelainannya.


Seterusnya, mereka tidak kedekut untuk melaungkan kalimat “Aamiin” sebaik sahaja imam selesai membaca Surah Al Fatihah. Begitu juga ketika mengaminkan doa-doa. Tidak kira samada doa qunut, selepas solat fardhu, ketika khutbah Jumaat...janji doa. Suara mereka nyaring, kuat dan bersemangat. “Ya Allah, perkenankanlah doa kami” begitu tinggi harapan mereka terhadap Yang Maha Mendengar. Seandainya ada di kalangan kita yang beralasan tidak faham doa yang dibaca oleh imam kerana ia berbahasa Arab, soalannya adakah imam itu minta yang sesuatu yang tidak baik dan buruk? Jawapannya ialah, sudah tentu imam akan memohon yang baik-baik sahaja. Jadi apa masalahnya? Aminkan sahajalah!


Demikianlah sebahagian kecil keindahan dan kecantikan yang masih subur di Mesir, tetapi masih kemarau di Malaysia (menurut pengamatan saya). Saya pernah mendengar Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki mengatakan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bahawa, budaya-budaya ini tidak begitu bersemi di tanahair. Maka, ianya sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk dimasyhurkan dan dihidupkan di Malaysia.

Sekular Turki Mahu Rampas Kuasa?


PARA penyokong dasar sekular Turki memegang poster Mustafa Kemal Ataturk ketika menyertai demonstrasi membantah penahanan dua jeneral tentera yang didakwa berkomplot untuk merampas kuasa.
- AP


KETIKA masih lagi dalam suasana meraikan kejutan pasukan bola sepak mereka melangkah ke pentas separuh akhir di pentas EURO 2008 baru-baru ini, rakyat Turki digemparkan dengan satu cubaan rampasan kuasa.

Konspirasi yang meletakkan Turki dalam keadaan penuh sukar, demikian seperti yang digambarkan oleh Komander Tentera Darat, Jeneral Ilker Basbug, mengembalikan ingatan dunia kepada usaha menggulingkan kerajaan yang agak sinonim di negara republikan itu.

Disifatkan sebagai komplot yang belum pernah berlaku dalam sejarah Turki sebelum ini oleh akhbar tempatan, cubaan itu didalangi oleh dua jeneral kanan bersara Hursit Tolon dan Sener Eruygur.

Turut serta dalam pakatan itu ialah pengarang akhbar sekular, Cumhuriyet, ahli-ahli politik dan Pengerusi Dewan Perniagaan Ankara yang ditahan bersama 21 orang pengikut Ergenekon, iaitu kumpulan sekular sulit yang ultranasionalis.

Menilai konflik terbaru yang berlaku di Turki itu, Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohammad Redzuan Osman berkata, akar permasalahannya seperti yang difahami dunia adalah lebih kepada pertembungan kuasa di antara kebangkitan Islam dan survival sekular.

Dasar sekular di Turki yang bertapak sejak 1923 hasil revolusi Mustafa Kemal Ataturk yang menumbangkan kerajaan Uthmaniah dilihat menuju kehancuran selepas nilai-nilai Islam semakin subur dalam pemerintahan negara republik itu dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Lebih tepat, ancaman kepada dasar sekular itu paling menonjol pada 1994 ketika Parti Refah pimpinan Necmetin Erbakan yang terkenal dengan perjuangan Islamnya memenangi pilihan raya umum negara itu.

Bagaimanapun, kemenangan Parti Refah dinafikan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera pada 1997 yang dilihat sebagai satu tindakan terdesak dalam mempertahankan pengaruh sekular di negara berkenaan.

Usaha membunuh kebangkitan Islam itu bagaimanapun gagal apabila pilihan raya 2002 menyaksikan Parti AKP yang merupakan lanjutan Parti Refah memenangi majoriti kerusi di Parlimen sekali gus mengakhiri dominasi sekular di Turki.

Pilihan raya Presiden tahun lalu pula melengkapkan penguasaan pemerintahan Islam apabila pemimpin AKP, Abdullah Gul, 59, memenangi kerusi Presiden iaitu kemenangan ahli politik Islam pertama selepas era revolusi sekular.

Orang paling kanan AKP, Recep Tayyip Erdogan pula dilantik sebagai Perdana Menteri.

seterusnya

Tuesday, July 1, 2008

Kubah Masjid an-Nabawi

Memandang kubah hijau Masjid Nabawi, mengingatkan aku kepada bait-bait syair yang ditulis oleh al-Imam al-Muhaddits Wajihuddin 'Abdur Rahman 'Ali bin Muhammad bin 'Umar bin 'Ali bin Yusuf bin Ahmad bin 'Umar asy-Syaibani asy-Syafi`i ad-Diba`ie yang wafat tahun 944H. Bagi yang suka mencemoh, menghina dan mulutnya gatal hendak memperlekehkan karangan mawlid beliau ini, maka sebelum membuka mulut ketahuilah bahawa beliau ini adalah seorang ulama yang terkenal bahkan mendapat gelaran "wajihuddin (pemuka agama)" dan beliau juga adalah seorang ahli hadits yang tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau telah mengajar "Jami`ush Shohih" bagi Imam al-Bukhari lebih 100 kali dan dalam bidang hadits beliau berada pada darjat hafiz iaitu seseorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya (Agaknyalah, adakah orang yang mengaku dirinya ada Phd. dalam hadits kat Malaysia ini telah sampai ke darjat ini? Berapa banyakkah hadits dengan sanadnya yang telah dihafalnya???? Tolong kengkawang pergi tanya). Oleh itu, sebagaimana yang selalu aku dok peringat, berhati-hatilah bila mengkritik para ulama terdahulu.

Dalam mawlidnya yang masyhur tersebut, Imam ad-Diba`ie menulis, antara lain:-

و تلك القبة الخضرا و فيها * نبي نوره يجلو الغياهب

Itulah dia Kubah Hijau yang padanya (bermaqam)
Nabi yang cahayanya telah menyinari segala kegelapan

Kubah Hijau telah lama menjadi mercu tanda Kota Madinah, bahkan menjadi lambang yang mengingatkan kita kepada Junjungan Nabi s.a.w. kerana di bawah kubah itulah bersemadinya jasad Sayyidul Kawnain wats Tsaqalain s.a.w. Menurut sejarah, maqam Junjungan Nabi s.a.w. sentiasa mempunyai bumbung untuk menaunginya kerana ia asalnya adalah rumah (bilik) Sayyidatina 'Aisyah r.a. Pernah berlaku dalam sejarah bahawa penduduk Kota Madinah tatkala menghadapi musim kemarau yang teruk telah dinasihatkan untuk membuat satu bukaan pada bumbung atas maqam Junjungan s.a.w. sebagai upaya berwasilah dengan baginda. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya seperti berikut:

حدّثنا أبو النُعمانِ حدثنا سعيدُ بنُ زيدٍ ، حدثنا عَمْرُو بنُ مالكٍ النكريُّ ، حدثنا أبو الجوزاء أوسُ بنُ عبدِ اللَّهِ قال: قحطَ أهل المدينة قَحْطاً شديداً، فشَكَوْا إلى عائشةَ فقالَتْ: انظُروا قبرَ النبيِّ صلى الله عليه وسلّم فاجعلُوا منه كواً إلى السماءِ، حتى لا يكون بَيْنَهُ وبينَ السماءِ سقْفٌ. قال: فَفَعَلُوا فمطِرْنا مطراً حتى نَبَتَ العشبُ، وسَمِنَتِ الإبِلُ حتى تَفَتَّقَتْ من الشحمِ، فسُمِّيَ عامَ الفتقِ....انتهى
Diriwayatkan daripada Abu an-Nu'maan daripada Sa`id bin Zaid daripada 'Amr bin Malik daripada Abul Jawzaa` Aus bin Abdullah yang telah berkata: "Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah r.'anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh - tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqi" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."
Hadits ini telah dijadikan antara dalil yang mengharus bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dinyatakan oleh ulama dan ahli sejarah Kota Madinah yang masyhur, Sayyid as-Samhudi, dalam "Khulashatul Wafa`". Imam as-Samhudi menyatakan bahawa membuat lubang pada atap atas maqam Junjungan Nabi s.a.w. supaya ada lubang terus ke langit telah menjadi amalan penduduk Madinah sewaktu musim kemarau. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa pada kebelakangannya penduduk Madinah tidak lagi membuat lubang pada atas maqam Junjungan s.a.w. tetapi mereka akan membuka pintu yang menghadap wajah baginda yang mulia dan bertawassul dengan baginda serta memohon syafaat baginda di situ. Mulla 'Ali al-Qari dalam "Mirqaatul Mafaatiih" turut menukilkan hadits ini dan menyebut bahawa Aus bin 'Abdullah al-Azdi adalah ahli Bashrah dan seorang tabi`in masyhur yang meriwayatkan hadits daripada Sayyidatina 'Aisyah, Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu 'Umar r.'anhum. Hadhratusy Syaikh KH Hasyim Asy`ari juga memuatkan hadits ini sebagai antara dalil bagi mengharuskan tawassul, istighosah dan memohon syafaat kepada Nabi, para wali dan sholihin sebagaimana dimuatkannya dalam kitabnya "an-Nuurul Mubiin fi Mahabbati Sayyidil Mursaliin".

Juga daripada hadits di atas kita ketahui keadaan maqam Junjungan s.a.w. yang mulia itu mempunyai bumbung yang menaunginya. Dan kubah adalah satu rupa bentuk bumbung yang menaungi sesuatu. Oleh itu apa yang nyata di sisi ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tidak ada seorang pun yang menghukum haram membangunkan kubah atas maqam Junjungan Nabi s.a.w., baik ulama terdahulu maupun yang ada sekarang. Hanya ulama Wahhabi sahaja yang tidak senang dengannya sehingga pernah berusaha untuk memusnahkan kubah tersebut dan mengeluarkan fatwa untuk tujuan itu, seperti yang dilakukan oleh gembong Wahhabi yang bernama Muqbil bin Hadi al-Waadi`ii. Insya-Allah, nanti lain ketika kita bicarakan hukum berhubung membangun kubah atas kuburan para nabi dan sholihin menurut para ulama kita.

Menurut sejarah, orang yang pertama membuat bumbung berbentuk kubah atas maqam Junjungan Nabi s.a.w. adalah Sultan Manshur Qalawuun ash-Sholihi pada tahun 678H (1282M). Dan antara yang pernah membina dan memperbaharui kubah atas maqam yang mulia tersebut adalah Sultan an-Nashir Hasan bin Muhammad Qalawuun ash-Sholihi, asy-Syaraf Sya`ban bin Husein bin Muhammad, Sultan Qait Bey dan pembaharuan yang terakhir adalah oleh Sultan al-Ghozy Mahmud bin Sultan 'Abdul Hamid Khan al-Uthmani dalam tahun 1233H (1817M). Kubah ini dahulunya tidak mempunyai warna tetap, selain diwarnakan dengan warna hijau, ia juga pernah diberi warna biru, kelabu dan putih. Maka apabila Sultan 'Abdul Hamid al-Uthmani memperbaharui cat kubah tersebut pada tahun 1253H, maka baginda telah mengekalkan warna hijau padanya dan memerintahkan agar warna itu dikekalkan sebagai warna rasmi kubah tersebut. Maka berterusan sehingga ke hari ini kubah tersebut diwarnakan dengan warna hijau dan masyhurlah panggilannya sebagai "Qubbatul Khadhra`". Itulah kubah yang di bawahnya bersemadi jasad Junjungan Nabi s.a.w.

يا صاحب قبة الخضراء و منبرها
يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي
يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي

sumber

Arkib JUN 2008

Muslim Burma yang Tertindas (video)



Salman Rushdie Dianugerah 'Ksatria'


Video serangan Israel ke Gaza


Gencatan Senjata HAMAS-Israel


Presiden Iran Selamat Daripaad Cubaan Bunuh


Taman Syurga untuk Muslimah Iran


Israel dan Badwi Buat Laman Tafsir Quran


Pejuang Bunuh 4 Musuh di Thailand


Anak Palestin Ini Anakku Juga (video)


Anak Palestin Ini Anakku Juga (video)


Ratusan Tahanan Bolos di Kabul


Muzium Syaitan di Jerusalem


Kepala Kanak-kanak Palestin Terputus


Iran Tidak Gentar Serangan Israel


120 Maut di Khartoum


Zionis Bunuh 3 Pejuang HAMAS


Israel Buat Serangan Udara


Israel Hendak Serang Iran, Minyak Melonjak


Obama Sokong Zionis, Musuhi Islam


Abas Pula Rindukan Hamas


Temasya di Syam


Jihad di Bosnia


5 Maut di Selatan Thai


Iran Gesa 'Padamkan' Israel


Israel Bina 800 Rumah Lagi di Kawasan Palestin


Askar AS Sebar Kristian di Iraq


Taufan Nargis Lebih Hebat Daripada Tsunami