Sunday, August 31, 2008

Video Palestin: Siapa yang Pengganas?


- For more funny videos, click here

Antara Malaysia Boleh dan Pelacur

Salam Hormat buat insan bloggers serta pengunjung.

Sejak slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan oleh kerajaan satu ketika dulu, banyak benda yang diberikan pengiktirafan oleh kerajaan sendiri tentang kebolehan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang tidak terfikir boleh dilakukan sebelumnya dan juga sepatutnya tidak perlu untuk dilakukan.

Kita tak perlu bersusah payah mendaki Gunung Everest atau menumpangkan seorang yang kita sendiri iktiraf sebagai angkasawan untuk ke angkasa lepas hanya untuk membuktikan slogan "Malaysia Boleh".

Tentu lebih bermakna sekiranya kalau kalau rakyat Singapura boleh menikmati pendapatan lebih dari USD30,000 per kapita, maka kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membuktikan rakyat Malaysia juga boleh.

Tetapi nampaknyanya semangat "Malaysia Boleh", lebih lazim dari tidak, kerap dipergunakan untuk perkara remeh dan tidak mendatangkan faedah yang tangible untuk rakyat.

Mungkin juga semangat Malaysia Boleh ini diambil oleh Noor Azura Mohd Yusoff, atau nama timangannya "Princess".

Princess adalah seorang remaja perempuan Melayu, beragama Islam dan berusia 22 tahun serta pekerja sebagai pelacur di London.

Hari ini nampaknya, orang Melayu sudah boleh menjadi pelabur di sebuah kota metropolitan seperti London. Dan rupa-rupanya cerita Sufiah, gadis genius Matematik yang juga melakukan pekerjaan yang sama di London bukanlah sebenarnya kes terpencil.

Cerita Noor Azura menjadi sensasi di London apabila beberapa hari lalu Mahkamah Old Bailey, London menjatuh hukuman 15 tahun penjara terhadap beliau kerana disabitkan bersubahat membunuh dan memenggal kepala seorang lagi remaja wanita Xie Xing Xing (bukan rakyat Malaysia) sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam Sungai Thames.

Tentu sekali ia satu pembunuhan kejam. Apa yang menarik ia dilakukan oleh seorang remaja perempuan Malaysia di luar negara.

Tidak diketahui sekiranya Princess pernah mengikuti kursus khidmat negara namun apapun ia merupakan satu lagi kes "Malaysia Boleh"? Aduhai Melayu...

Bebas! Anda Nilailah dengan bebas...

sumber

Penerbit Jerman Batalkan Novel Isteri Rasulullah

Perusahaan penerbitan Random House menarik bali novel berjudul "The Jewel of Madina" kerana khuatir menimbulkan ketegangan. Novel karya Sherry Jones itu mengisahkan kehidupan isteri Rasululllah- Aisyah, saat beliau menikah dengan Rasulullah sampai kematiannya.

Penerbitan novel itu mengikut rancangannya akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos dan jadual jelajah promosi buku itu, menurut Jones yang berprofesi sebagai wartawan, sudah disusun. Novel itu, adalah salah satu dari dua buku Jones yang disepakati akan diterbitkan oleh Random House bernilai 100,000 dollar.

Jones mengungkapkan, novel yang ditulisnya tentang Aisyah adalah perpaduan dari apa yang pernah dipelajarinya. Jones pernah beberapa tahun mempelajari sejarah Arab, tapi belum pernah berkunjung ke satu pun negara di Timur Tengah. Dalam novel itu, Jones menulis bahawa Aisyah masih berusia enam tahun ketika menikah dengan Rasulullah dan disebutkan bahawa Rasulullah wafat dengan kepala terkulai di atas payudaranya.

"Mereka memiliki kisah cinta yang hebat. Dia (Rasulullah) meninggal dengan kepala di atas payudaranya, " tulis Jones yang kerap menyebut bahwa Aisyah isteri yang paling disayangi Rasulullah

sumber asal

Israel Serahkan Tebing Barat kepada Palestin Kecuali Jerusalem

Palestin membantah laporan yang disiarkan akhbar Israel Haaretz, yang menyebutkan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert telah menawarkan perdamaian dengan memberikan 93 persen wilayah Tebing Barat yang saat ini diduduki Israel kepada Palestin.

Dalam laporan yang dimuat Haaretz edisi Selasa (12/8) juga disebutkan Presiden Palestin Mahmud Abbas bersedia menerima tawaran itu jika pasukannya berhasil merebut kembali Jalur Gaza dari kekuasaan Hamas, yang mengambilalih wewenang di Jalur Ghaza pada bulan Jun 2007.

sumber

Bom di Algeria: 43 Maut

ISSERS, Algeria 19 Ogos - Seramai 43 orang terbunuh, manakala 45 lagi cedera dalam serangan bom berani mati di sebuah sekolah latihan polis kira-kira 60 kilometer ke timur Algiers.

Pihak berkuasa hari ini berkata, kumpulan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan berlaku ketika lepasan universiti sedang menunggu untuk menduduki peperiksaan di sekolah itu.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan, angka korban masih belum muktamad.

sumber

Friday, August 29, 2008

Bosnia Angry Over Gay Festival


Amazing Bosnia And Hercegovina - Awesome video clips here

SARAJEVO — In a rare show of inter-ethnic unity, Bosnian Muslims, Serbs and Croats were united on Thursday, August 28, in condemning the first-ever gay festival to be held in the former Yugoslav republic.

"It is unnatural, sick and deviant behavior," said Rajko Vasic of the Social Democrats, who hold power in Bosnia's Serb entity of Republika Srpska, reported Agence France-Presse (AFP).

The former Yugoslav republic's main religious and ethnic groups are infuriated by Queer Sarajevo Festival that will be organized by next month.

The controversial four-day event, to open on September 24 in the capital, Sarajevo, will tell through films, exhibitions and panels the life stories of gays and lesbians in the country.

Homosexuality from an Islamic Stand

"Bosnia is a conservative society," Amir Zukic, of the Party of Democratic Action, Bosnia's main Muslim party, told the local newspaper Dnevni Avaz.

"I doubt that such an event would be accepted."

Islam considers homosexuality to be clearly sinful.

Islam teaches that believers should neither do the obscene acts, nor in any way indulge in their propagation.

Bosnia, a small country on the Balkan Peninsula, is home to three ethnic "constituent peoples": mainly Muslim Bosniaks, Serbs and Croats.

Out of Bosnia and Herzegovina's nearly 4 million population, some 40 percent are Muslims, 31 percent Orthodox Christians and 10 percent Catholics.

Provocative

Ivo Tomasevic, a Croat leader, said the festival runs against the norms of the conservative Bosnian society.

The event is organized by "a small group of people promoting ideas which do not represent basic values," said Tomasevic, the Secretary of the Catholic Bishops' Conference of Bosnia.

The festival will be held at a time Bosnian Muslims are observing the holy fasting month of Ramadan.

"We respect freedom and tolerance," Zukic, of the Muslim party of Democratic Action, said.

"But the festival is a kind of provocation since it is taking place during Ramadan."

Ramadan, the ninth month on the Islamic lunar calendar, will fall this year in September.

In Ramadan, which is dedicated for spiritual growth, adult Muslims, save the sick and those traveling, abstain during daylight hours from food, drink, smoking and sex between dawn and sunset.

After breaking their fast, Muslims attend Tarawih, a special nightly prayers.

Muslims also dedicate their time during the holy month to become closer to Allah through prayer and self-restraint.

Many men perform i`tikaf (spiritual retreat), spending the last 10 days of the month exclusively in the mosque.

It is also customary for Muslims to spend part of the days during Ramadan studying the Noble Qur'an.

sumber

Tuesday, August 26, 2008

Berita Anwar Ibrahim dari Indonesia

teman

Tuduhan pelecehan seksual tidak mempengaruhi popularitas Anwar Ibrahim, tokoh oposisi Negeri Jiran Malaysia. Ia diprediksi akan memenangkan pemilu khusus untuk wilayah Penang, yang akan menjadi jalan baginya kembali ke parlemen dan panggung politik Malaysia.

Ribuan orang baik yang mendukung dan menentang Anwar Ibrahim tumpah ruah ke Permatang Pauh dalam kampanye yang berlangsung selama dua hari dan dijaga ketat oleh aparat kepolisian. Melihat banyaknya dukungan terhadap Anwar, hampir bisa dipastikan tokoh oposisi Malaysia itu bakal menang dalam pemilu awal di Penang.

"Rakyat Malaysia memandang pemilu ini sebagai titik kritis dalam sejarah bangsa kita, apakah kita akan mendapatkan mandat untuk memberikan arah baru bagi Malaysia atau kita cukup senang dengan pemerintahan yang sama, yang korup, " tukas Anwar Ibrahim.

Hal serupa diungkapkan lawan politik Anwar Ibrahim dalam pemilu di Penang, Deputi Perdana Menteri Najib Razak, yang menyebut pemilu kali ini sebagai "perjuangan besar", bahkan seorang pejabat pemerintah menyebutnya sebagai 'jihad.'

Pemilu di Penang diwarnai dengan pemberitaan surat-surat kabar Malaysia yang memang berada dalam kontrol pemerintah, yang mengedepankan kasus tuduhan sodomi Anwar Ibrahim. Bahkan ada sekelompok orang yang mengibarkan bendera-bendara Israel sebagai upaya kampanye hitam bahwa kelompok oposisi mendukung negara Israel. (ln/bbc)

Berita Palestin

Aktivis pro-Palestin dari 17 negara tinjau Gaza

BANDAR GAZA 24 Ogos - Berpuluh-puluh aktivis pro-Palestin dari 17 negara meninjau keadaan di Genting Gaza hari ini selepas dua bot nelayan yang mereka naiki dibenarkan mendarat sekalipun Israel mengenakan sekatan ke atas wilayah pentadbiran Hamas ini.

Pelayaran aktivis tersebut dianjurkan oleh gerakan Free Gaza (Bebaskan Gaza) yang berpangkalan di California.

"Kami sangat gembira berada di sini.

"Kami macam tidak percaya apabila kami melihat pantai," kata aktivis Amerika Syarikat (AS), Greta Berlin, 67 yang juga salah seorang pengasas Free Gaza.

Beliau menyifatkan ketibaan mereka di Gaza sebagai satu langkah kecil yang diambil oleh manusia, tetapi langkah gergasi untuk Palestin.

Kumpulan 44 aktivis itu berlepas dari Cyprus kelmarin dengan tujuan melanggar sekatan rejim Yahudi ke atas wilayah miskin 1.5 juta penduduk ini.

Tentera Israel serbu pejabat Institusi Al-Aqsa

BAITULMAQDIS 24 Ogos - Pihak berkuasa Israel hari ini menyerbu pejabat Institusi Al-Aqsa di bandar Umm-al Fahm, utara negara ini kerana dipercayai membiayai pergerakan Hamas.

Berpuluh-puluh anggota polis dan perisikan negara Yahudi itu menggeledah pejabat yang dikendalikan oleh Parti Islam Arab Israel tersebut.

Mereka bertindak merampas dokumen, komputer dan peti simpanan yang mengandungi beribu-ribu mata wang Israel, shekels.

Operasi terhadap pejabat ini didakwa diarahkan oleh Kementerian Pertahanan kerana pertubuhan itu dikatakan membiayai pergerakan Hadawa milik Hamas yang menguasai Genting Gaza sejak Jun tahun lalu.

sumber: UM

Mesir Halang Majlis Iftar Ikhwanul Muslimin

Untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun, pemerintah Mesir melalui Kementerian Dalam Negerinya melarang Ikhwanul Muslimin mengadakan majlis berbuka puasa bersama yang diadakan di hotel lima bintang di Kaherah. Padahal majlis berbuka puasa bersama yang melibatkan sekitar 1,500 orang undangan itu sudah menjadi tradisi tahunan organisasi Ikhwanul Muslimin.

Perihal larangan itu disampaikan oleh Muhammad Mahdi Akef, pemimpin Ikhwanul Muslimin. "Larangan ini memburukkan reputasi dan martabat Mesir, serta menunjukkan situasi Mesir yang tidak stabil, yang bakal memberikan kesan negatif kepada ekonomi, politik dan sosial, " kata Akef.

Akef tidak memaklumkan alasan Kementerian Dalam Negeri melarang majlis yang dibuat ala ‘gala dinner’ itu. Beliau hanya menyatakan, dirinya berharap Tuhan akan memulihkan "kewarasan" mereka yang melarang majlis tersebut. Setakat ini, Kementerian Dalam Negeri Mesir belum memberikan komentar atas larangan tersebut.

Ikhwanul Muslimin , merancang mengadakan majlis itu pada hari Sabtu (22/9), namun pihak berkuasa Mesir menolak permohonan permit penyelenggaran acara tersebut. Majlis gala dinner yang akan diadakan Ikhwanul Muslimin kebetulan bersamaan dengan acara konferens tahunan Parti Nasional Demokrat, parti yang berkuasa di Mesir pada masa ini.

Pemerintah Mesir sejak sekian lama sudah menyatakan organisasi Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi haram dan kerap melakukan penangkapan terhadap para anggotanya, meskipun faktanya Ikhwanul Muslimin mempunyai perwakilan sekitar seperlima daripada jumlah kerusi di parlimen Mesir.

"Mereka ingin menghancurkan semua entiti yang dapat mengungkap kegagalan-kegagalan pemerintah Mesir, " kata tokoh Ikhwanul Muslimin, Dr. Abdel-Moneim Aboul Foutouh.

Sejumlah kalangan yang mengkritik larangan terhadap majlis berbuka puasa Ikhawanul Muslimin mengatakan, larangan tersebut menunjukkan kelemahan pemerintah Mesir yang merasa terancam oleh kewujudan Ikhwanul Muslimin. (ln/al-arby)

http://www.eramuslim.com/berita/int/7919113714-pemerintah-mesir-larang-ikhwanul-muslimin-gelar-acara-buka-puasa-bersama.htm?rel

sumber asal

Saturday, August 23, 2008

Anak-anak Palestin & Iraq

Dua Exco Perak ugut saman BPR RM100j

IPOH 22 Ogos - Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak mengugut untuk memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekiranya gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengaitkan mereka dengan satu kes rasuah sebuah projek perumahan di Seri Iskandar yang didakwa palsu dan berunsur fitnah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi turut meminta pihak media berbuat demikian atau berhadapan dengan tindakan sama kerana menyiarkan laporan palsu.

Mohd. Osman berkata, selepas berita mengenai penahanannya disiarkan secara meluas dalam akhbar dan televisyen, beliau seisi keluarga merasa tertekan dan malu kerana dikaitkan dengan rasuah serta seks.

Katanya, tuduhan tersebut sebenarnya tidak berasas dan merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mencemarkan nama baik kerajaan negeri serta ingin mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

''Saya memberikan tempoh selama 24 jam kepada BPR dan media untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan atau saya akan memfailkan saman sebanyak RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

seterusnya

Najib Bersumpah Tak Kenal Altantuya

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata, apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya”.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.

Terdahulu, Najib yang menyempurnakan solat Isyak di masjid itu menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid dan surau untuk seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini.

seterusnya

Video: Bahang Permatang Pauh





Video sumpah liwat menjadi bahan kempen


Penafian Ustaz Shamsuri

Wednesday, August 20, 2008

Video Promosi PKR di Permatang Pauh

Sejarah Jenayah Amerika

Berikut sejarah peperangan dan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara-negara seluruh dunia.

1. Perang dunia pertama (1917-1918): Tentera laut dan darat dihantar ke eropah untuk menentang kuasa Axis.
2. Rusia (1918-22):Tentera laut dan pasukan tentera dihantar ke timur rusia selepas revolusi Bolsheveik, Tentera darat telah membuat lima pendaratan.
3. Honduras (1919); Tentera Marin telah dihantar semasa pilihanraya kebangsaan Honduras.
4. Guatemala(1920):Pasukan tentera menakluk Guantemala selama 2 minggu semasa kesatuan sekerja mogok.
5. Turki(1922): Tentera menentang nasionalis di Smyrna.
6. China(1922-27):Tentera laut dan darat berpecah semasa pemberontakan nasionalis.
7. Honduras(1924-25): Pasukan tentera mendarat sebanyak 2 kali semasa pilihanraya kebangsaan.
8. Panama(1925): Pasukan tentera dihantar masuk utk meleraikan mogok umum.
9. China(1927-34): Tentera marin dihantar msk dan bertapak selama 7tahun diseluruh China.
10. El Savabor(1932): Kapal-kapal perang laut telah berpecah semasa pemberontakan FMLN dibwh Marti.
11. Perang dunia ke-2(1941-45): Tentera telah menentang kuasa Axis(jepun, jerman dan itali).
12. Yugoslavia(1946):tentera laut berpecah meninggalkan persisiran pantai Yugoslavia sebgi tindakbalas ke ats kejatuhan pesawat juang US .
13. Uruguay(1947);Pasukan pengebom telah bertindak utk menunjukkan kekuasaan tentera US.
14. Greece(1947-49):operasi US telah menjamin kemenangan kpd kumpulan kanan dlm pilihanraya kebangsaannya.
15. Jerman(1948): Tentera dibubarkan sebgi tindakbalas keatas sekatan Berlin,pengangkutan udara Berlin digantung selama 444hari.
16. Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .
17. Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce.
18. Perang Korea(1951-53): tentera US masuk kancah peperangan tersebut.
19. Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).
20. Vietnam(1954): US telah menawarkan senjata api kpd Perancis dlm peperangan menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.
21. Guatemala(1954):CIA menguling pemerintahan Arbenz yg dilantik secara Demokrasi dan meletakkan Kolonel Armas dlm kekuasaannya.
22. Mesir(1956):US Marin bertindak utk memindahkan orang asing selepas Nasser menasionalisasikan Terusan Suez.
23. Lebanon(1958):Tentera laut menyokong penaklukansemasa peperang saudara di Lebanon.
24. Panama(1958): US army mendarat selepas orang Panama melakukan Demontrasi mengancam Zon Terusan.
25. Vietnam(1950-75):US berperang dengan Vietnam.
26.Cuba(1961):Pencerobohan Bay of Pigs yg diarahkan oleh CIA gagal utk mengulingkan kerajaan Castro.
27. Cuba(1962):US Marin mengkuarantin Cuba semasa krisis Peluru Berpandu Cuba.
28. Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa.
29. Panama(1964): Pembunuhan orang Panama semasa memprotes kehadiran Amerika Syarikat di Zon Terusan.
30. Indonesia(1965): CIA telah mengaturkan satu rampasan kuasa ketenteraan.
31. Republik Dominican(1965-66): Campurtangan US dlm pilihanraya disana.
32. Oman(1970):Marin melakukan pencerobohan secara langsung keatas Iran.
33. Loas(1971-75): US terbabit dlm peperangan saudara dgn menggunakan ‘Amerika Carpet-Bomb’.
34. Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.
35. Cambodia(1975): Rampasan kuasa
36. Angola(1976-92):Menokong pemberontak menentang Marxist Angola.
37.Iran(1980): Mengatur utk menyelamatkan tebusan seramai 54 orang telah ditawan di kedutaan Teheran.
38. Libya(1981):US menembak jatuh 2 pesawat Libya.
39. Lebanon(1982-84): Menakluki Beirut dlm perang saudara.
40.Iran(1984): Menembak jatuh pesawat Iran di teluk Parsi.
41.Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq.
42.Arab Saudi(1990-91):US masuk campur dgn berpihak kpd Arab Saudi ketika peperangannya menentang Iraq.
43.Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).
44.Somalia(1992-94): US menakluki Somalia semasa perang saudara.
45. BOSNIA(1993-94): Jet tentera US telah mengebom ‘NO Fly Zone” semasa peperangan saudara di Yusgolavia.
46.Sudan(1998): Peluru Berpandu US menembak komplek farmasi yg dituduh disitu ada komponen gas saraf.
47. Afganistan(1998): Peluru pandu US jatuh keatas kem orang Afganistan yg dituduh adanya aktiviti latihan pengganas.
48.Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan ‘No Fly Zone”.
49. Yugoslavia(1999):US lakukan pengebom dlm 11 minggu untuk menentang Milosevic.
50. Afganistan(200?);US berperang dgn Afganistan.
51.Iraq(200?):US berperang dgn Iraq.
52. Iran/ Syria/ Indonesia/ Malaysia(????): INI SEMUA DALAM PERANCANGAN AMERIKA SYARIKAT AKAN DATANG……..

Dari sejarah Amerika dengan penuh peperangannya serta campurtangan diseluruh negara didunia ini…maka kita perlu akui bahawa Amerika Syarikat lebih layak digelar sebagai NEGARA PENGGANAS…bukannya tuduhannya kepada kumpulan-kumpulan kecil yang hanya menuntut haknya untuk meneruskan kehidupannya.

Dari sejarah ini, jugak…contohnya yang berlaku di Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.Dan contoh bagi negeri umat Islam pula iaitu Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).
Jelaslah Amerika Syarikat mampu lakukan disini iaitu Malaysia, yang mungkin pepimpin PAS diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-??? Untuk hanya menerapkan hukum hudud sahaja setelah susah payah meraih undi dari pengundi orang Islam dan bukan Islam. Dengan mudah-mudah ajer Amerika masuk dan lakukan rampasan kuasa serta membunuh dan kemudian Amerika memilih pepimpin yg boleh mendengar arahannya.

Dari sejarah ini jugak…contohnya Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa. Dapat menunjukkan bahawa Amerika boleh memasuki Thailand yang sedang bergolak dan pemberontak rakyat thai dengan pepimpinnya sekarang ini…mungkin Amerika masuk campur dan meletakkan Pengkalan tenteranya…kemudian pengkalan tentera US mampu mengawal Malaysia dan Indonesia.

Dari sejarah ini jugak…contohnya Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq. Dan kemudian negara yang dibantu oleh Amerika (seperti Iraq) akan diserang kembali,, sepertimana terjadi Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).dan Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan ‘No Fly Zone”.Dan seterusnya US berperang dan mengalahkan Iraq pada tempoh masa terdekat ini.

Jadii, secara kesimpulannya..
1. Amerika memang negara Pengganas dan bukannya yang ia dakwa sebagai negara Pengaman.
2. Semua janji Amerika boleh masuk ke dalam bakul sampah kerana dalam siri peperangan dengan Iraq dapat membuktikannya Amerika yg bertopengkan PBB menyuruh Iraq membuang semua peluru pandu jarak jauh, dan setelah Iraq mematuhi arahan itu, kemudian Amerika menyerang Iraq.
3. Semua janji hak asasi dan kebebasan yg dilaungkan oleh Amerika adalah Palsu dan donggeng sahaja. Amerika mampu mengangkat dan menjatuhkan pepimpin yang ia sukai.Amerika Syarikat sebagai ketua demokrasi dunia menunjukkan contoh tak baik kepada negara diseluruh dunia….Patutkah kita mengikuti sistem Demokrasi itu.??
4. Kadang-kadang umat Islam perlu fikirkan siri pengeboman yg berlaku pada masa kini, contohnya di Bali yg menggunakan bom C4(adik nuklear)..tentu saja ada dalang dan campurtangan musuh Islam seperti Amerika ini…maka dari sejarah diatas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh Amerika sendiri..contohnya(16). Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .
Dan (17.) Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce. Tak mustahil Amerika menjadi dalang dalam siri pengeboman pada masa kini dan dirata tempat.


Penyelesaian: Umat Islam perlu kembali kepada Islam supaya menjadi kuat atau setidak-tidaknya mampu mempertahankan Islam itu sendiri. Kalau dulu Islam mampu mengalahkan musuh dengan sedikit bilangannya dlm siri peperangannya (cthnya Badar) ,dan berbeza dengan sekarang ini bilangan umat Islam yg ramai tapi tak mampu membuat apa-apa atas pembunuhan, perogolan, penindasan dan pencerobohan pihak musuh Islam keatas Islam. Apakah resepi umat Islam terdulu??? Inilah perkara yg perlu difikirkan!

sumber

Muslim Albania Selamatkan 2000 Yahudi Kala Holocaust

"Orang Islam menyelamatkan orang-orang Yahudi? Bagaimana mungkin?" Pertanyaan itu dilontarkan banyak orang pada Norman Gershman, saat mereka melihat foto-foto dan mendengar cerita Gershman tentang Muslim yang menyelematkan banyak orang Yahudi saat tragedi Holocaust.

Gershman, lima tahun belakangan ini terlibat dalam proyek BESA, proyek untuk memberikan penghormatan terhadap keberanian warga Muslim Albania dan menyelamatkan ribuan orang Yahudi baik yang tinggal di Albania maupun yang menjadi pengungsi pada Perang Dunia II.

"BESA adalah tradisi masyarakat Albania sejak ribuan yang lalu. BESA falsafahnya adalah, ketika ada orang yang mengetuk pintu rumah Anda untuk minta bantuan, maka Anda punya kewajiban untuk menolongnya, tak peduli siapa orang itu, " jelas Gershman.

Ia memulai proyek BESA berawal dari New York, ketika sedang mencari foto-foto orang-orang non-Yahudi yang telah membantu para Yahudi dari kejaran tentara NAZI pada masa Holocaust. Ia tercengang ketika menemukan nama-nama Muslim di antara nama-nama non-Yahudi itu. Apalagi ketika diberitahu bahwa mereka adalah Muslim Albania.

Rasa ingin tahu membawanya ke museum holocaust Yad Vashem yang dibangun Israel di Yerusalem. Di museum itu, ia lebih banyak lagi menemukan nama-nama Muslim Albania. Setelah itu, ia melanjutkan perjalanannya ke pelosok Albania dan Kosovo. "Di sana saya bertemu dengan mereka yang kini sudah berusia 60 tahunan bahkan lebih tua dari itu, yang ketika Holocaust terjadi mereka masih usia anak-anak, dan merekalah yang menyelamatkan Yahudi-Yahudi itu, " ujar Gershman.

Ia menghabiskan waktu lebih dari empat tahun untuk mengumpulkan foto-foto hitam putih dan kisah-kisah tentang Muslim Albania yang menyelamatkan orang-orang Yahudi dari Holocaust. Gershman kemudian menggelar pameran pertamanya di Yad Vashem bulan November lalu, kemudian pameran di markas besar PBB di New York, sebelum memutuskan untuk pameran ke seluruh dunia.

Selain foto-foto, Gershman juga membuat buku-buku berisi profil Muslim Albania dan Kosovo yang menyelamatkan orang-orang Yahudi dan sedang membuat film dokumentarnya, yang diharapkan sudah bisa dirilis pada tahun 2009. "Saya bahagia dan bangga bisa menunjukkan kisah ini pada dunia, " tukas Gershman.

Gershman membantah pernyataan yang mengatakan bahwa Muslim Albania telah menyerahkan orang-orang Yahudi pada NAZI, karena yang terjadi adalah sebaliknya. Muslim Albania justeru memberikan perlindungan pada orang-orang Yahudi. Ini terlihat dari jumlah orang-orang Yahudi di Albania yang meningkat lebih dari sepuluh kali lipat dibandingkan sebelum masa Perang Dunia II.

"Albania adalah satu-satunya wilayah pendudukan NAZI yang memberikan perlindungan pada orang-orang Yahudi. Kedatangan orang-orang Yahudi dianggap sebagai tamu, diberi nama Muslim dan tinggal bersama keluarga-keluarga Muslim, " tutur Gershman.

Dari cerita-cerita yang disampaikan Muslim Albania, Gershman menemukan alasan mengapa warga Muslim Albania menyelamatkan orang-orang Yahudi, yaitu tradisi BESA yang merupakan manifestasi dari ajaran Islam bahwa seorang Muslim harus menepati janjinya dan melindungi yang lemah.

"Saya ingat, sebagian dari mereka bilang 'tidak ada BESA tanpa Qur'an. Mereka menyelamatkan orang-orang Yahudi atas nama agama yang mereka anut. Mereka sama sekali tidak menyimpan prasangka buruk, " ungkap Gershman.

Ia melanjutkan, "Saya pernah bertanya pada mereka 'mengapa Anda melakukan ini semua?' Apa yang diajarkan Qur'an sehingga Anda melakukan ini?'. Mereka cuma tersenyum dan sebagian mereka menjawab 'kami menyelamatkan hidup orang lain supaya bisa masuk surga'."

Islam Tidak Seperti Gambaran Dunia Barat

Gershman meyakini keberanian Muslim Albania dalam melindungi dan menyelamatkan orang-orang Yahudi dari ancaman Holocaust adalah sebuah tindakan yang luar biasa. "Ini merupakan sejarah yang penting, di mana ribuan Yahudi telah diselamatkan oleh Muslim Albania, " katanya.

Apa yang dilakukan Muslim Albania menunjukkan bahwa mereka adalah orang-orang yang memiliki toleransi keagamaan yang tinggi. Sebuah fakta yang bertolak belakang dengan maraknya stereotipe terhadap umat Islam yang dilakukan Barat.

Terkait hal ini, Gershman menyampaikan pesan pada dunia Barat bahwa banyak sekali orang-orang yang berhati mulia di dunia ini, dan banyak di antara mereka adalah Muslim. "Kalau Anda melihat foto-foto dan membaca kisah-kisahnya, tidak diragukan lagi bahwa mereka (Muslim Albania) adalah orang-orang yang berhati mulia, " imbuh Gershman.

"Jika ada yang melihat foto-foto saya, khususnya di negara-negara Barat dan mengatakan bahwa mereka adalah militan dan pendukung kekerasan, saya menolak pernyataan itu, " tegas Gershman, seorang Yahudi Amerika yang kini sedang belajar sufisme.

"Islam tidak seperti yang ada dalam pikiran orang-orang Barat. Buat saya, Islam adalah puisi, ilmu pengetahuan, agama yang sempurna. Islam ada keindahan, " tandas Gershman. (ln/iol)

sumber

Radovan ke Pengadilan...ala Barat

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.
  5. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  6. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  7. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  8. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  9. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo seperti Malam Airmata Palestin yang dianjurkan di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

Saturday, August 16, 2008

Thursday, August 14, 2008

Derita Darfur Pasti Berpanjangan

MUNGKIN sudah ditakdirkan, Sudan yang masih bergelut dengan krisis kemanusiaan di Darfur kini berhadapan dengan satu lagi masalah.

Sudah pastilah masalah terbaru ini dijangka terus meletakkan negara itu dalam keadaan terumbang-ambing.

Segalanya bermula apabila Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Luis Moreno-Ocampo memohon waran tangkap ke atas Presiden Sudan, Omar al-Beshir atas jenayah perang di Darfur.

Tanpa mempedulikan apakah dakwaan itu benar atau tidak, kerajaan Sudan termasuk Omar serta Kesatuan Afrika (AU) menentang keras pengeluaran waran tangkap tersebut.

Mereka memberi amaran bahawa konflik di Sudan akan bertambah buruk dan boleh menjurus kepada rampasan kuasa tentera dan anarki berleluasa.

Amaran itu setakat ini hampir menjadi kenyataan apabila ribuan rakyat Sudan mula turun ke jalan-jalan raya bagi membantah kewujudan waran tangkap itu.

Dan dalam masa yang sama kakitangan sokongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula dikeluarkan dari Darfur kerana bimbang ancaman bunuh oleh puak-puak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICC.

sumber

Allah Sudah Memberi Peringatan


Firman ALLah s.w.t yang bererti :

Sesungguhnya kami (diutus) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat). Surah al Ankabut (29:34)


Fakta dan Angka

SIKLON NARGIS DI MYANMAR

78,000
Cyclone Nargis dan ombak gadang menyapu bersih lanar Irrawaddy, dan Yangon, meninggalkan 78,000 orang maut dan 56,000 hilang.

2.4
juta mangsa bencana

5.5 meter ketinggian ombak bersama 190 kph kelajuan angin

10,000 orang maut dalam satu bandar sahaja - Bogalay, 90km di barat daya Yangoon

35.2 bilion ringgit nilai harta dimusnahkan oleh siklon Nargis, yang paling buruk di Asia sejak 1991 di Bangladesh.

GEMPA DI CHINA


7.9 Gempa bumi yang terburuk sejak lebih 30 tahun lalu pada skala Richter 7.9 menyebabkan lebih 80,000 orang maut dan hilang, lebih 360,000 cedera dan lebih 5 juta rumah musnah di wilayah barat daya China wilayah Sichuan.

1976 Gempa di Bandar Tongshan di Timur laut China pada 1976 mengakibatkan 300,000 orang maut.

130,000

China menggerakkan 130,000 anggota tentera dan paramilitari menyediakan tiga juta khemah dan mula membina satu juta rumah sementara dalam tempoh tiga bulan akhir Ogos 2008

11.2

China memerlukan lebih RM11.2 billion untuk tabung bantuan kecemasan.

Sumber : Milenia Muslim, m/s 14-15, Julai 2008.

****
Kerana hakikat manusia itu lupa, ALlah selalu mengingatkan kepada apa yang telah kita lakukan selama ini. Sudahkah kita melakukan perkara ma'ruf dan mencegah kemungkaran yang berada di sekeliling kita ?

Sudahkah kita menegur saudara-saudara kita (dengan hikmah - mengikut keadaan dan situasi) atau hanya membiarkannya?

Kita sibuk menunding dan mencari ruang perbalahan tetapi tidak mahu memberikan keyakinan. Sedangkan perkara yang lebih utama tidak diperhatikan. Maksiat di kiri kanan, yang tidak tahu bersyahadah, yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk mandi wajib dan masih berterabur fatihahnya.

Tugas kita hanya memerhatikan sahaja. Hanya pandai mengeji, memaki hamun, mengejek, tetapi kita tidak pula mendoakan atau cuba membantu diri mereka.

ALlah sudah selalu memberikan peringatan. Tentera-tentera ALlah hanya menjalankan suruhan-Nya. Dan kita semua akan terpalit sama..

sumber

Sandiwara Selatan Thai

APABILA tiga lelaki yang mendakwa mengetuai kumpulan puak pemisah di selatan Thailand muncul membuat pengumuman bersetuju mengadakan gencatan senjata, ia telah menimbulkan tanda tanya apakah ia benar-benar satu komitmen atau sekadar satu sandiwara.

Dua jam kemudian selepas pengumuman itu dilakukan, seorang tentera Thailand cedera parah setelah ditembak oleh puak pemisah di daerah Krongpinang, Yala.

Kejadian itu sekaligus mengesahkan bahawa pengumuman yang dilakukan boleh ditafsirkan sebagai satu pembohongan dan mempunyai agenda politik tersendiri.

Malah kumpulan Human Right Watch Thailand juga turut meragui apakah benar tiga lelaki itu mewakili puak pemisah kerana mereka muncul dengan nama Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Thai ( Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand).

Nama ini agak asing bagi mereka yang mengikut perkembangan konflik di wilayah itu. Satu sumber memberitahu, di selatan Thailand, hanya ada empat kumpulan puak pemisah iaitu Pertubuhan Bersatu Pembebasan Pattani (PULO),Gerakan Mujahideen Islam Pattani (GMIP), Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Mujaheen.

‘‘Oleh itu kita ragu apabila tiga lelaki yang muncul di televisyen tersebut mendakwa mereka mewakili 11 kumpulan pemisah,’’ kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia.

seterusnya