Tuesday, September 30, 2008

Tenang peluk Islam

Penduduk Muslim makin ramai di Sepanyol

MADRID: Beribu-ribu rakyat Sepanyol terutama golongan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi mengaku memeluk Islam kerana menemui ketenangan dan kedamaian dalam agama suci itu.

"Penduduk Sepanyol yang memeluk Islam mencatatkan peningkatan di sebalik kempen jahat media Barat," kata Ketua Persatuan Islam Catalonia, Abdul-Nour Brado.



Anggaran menunjukkan antara 3,000 hingga 4,000 penduduk wilayah autonomi Catalonia di Sepanyol memeluk Islam sejak kebelakangan ini tetapi Brado percaya bilangan mungkin lebih tinggi daripada itu.

Laporan media tempatan menunjukkan intelektual, pakar akademik dan aktivis antiglobalisasi membentuk sebahagian besar saudara baru di Sepanyol. Penduduk Catalonia memeluk Islam buat kali pertama pada 1960-an dan ia cuma sebilangan kecil.

Kini beribu-ribu penduduk wilayah berkenaan dipercayai sudah memeluk Islam. Catalonia meliputi kawasan 31,950 kilometer persegi dengan penduduk rasmi berjumlah 6.3 juta dan ibu negerinya, Barcelona.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20080929230001/Article/index_html

5 maut serangan bom kereta di Lebanon

TRIPOLI, Lebanon 29 Sept. – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan 25 lagi cedera hari ini dalam satu letupan bom kereta berdekatan sebuah bas tentera yang membawa askar ke tempat bertugas di utara Lebanon.

Pegawai keselamatan berkata, kebanyakan mangsa adalah askar dalam serangan maut kedua ke atas tentera di utara negara ini dalam tempoh kurang dua bulan.

Kereta yang sarat dengan bahan letupan itu diletakkan di tepi jalan dan diletupkan dengan alat kawalan jauh apabila bas itu lalu di kawasan kediaman Bahsas di jalan masuk sebelah selatan ke bandar pelabuhan ini.

Menurut pegawai keselamatan, bahan letupan yang digunakan dicampur dengan bebola besi untuk memaksimumkan kemalangan jiwa.

Letupan yang menyebabkan kereta berkenaan tercampak beberapa puluh meter berlaku semasa waktu sesak sebelah pagi.

Siaran televisyen menunjukkan askar menutup kawasan berkenaan dan menghalang penduduk menghampiri tempat kejadian.

Tripoli sebelum ini digegarkan oleh pertempuran puak antara pejuang Sunah prokerajaan dengan kumpulan bersenjata pro-Syria yang bermazhab Syiah.

Pada 13 Ogos lalu, sejumlah 18 askar dan orang awam terbunuh dalam letupan bom tepi jalan dekat sebuah bas yang membawa askar di sebatang jalan sibuk di sini.

Letupan bom itu adalah yang paling dahsyat di negara ini dalam tempoh lebih tiga tahun

– AP

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Sunday, September 28, 2008

Video Tentera MILF di Filipina




Video Tentera Kanada vs Pejuang Afghanistan

Video Sambutan Hari al-Quds di Iran



26 Sept. 2008: IRAN -- Millions Commemorate Al Quds (Jerusalem) Day. Millions of Iranian citizens pour out onto the streets of the homeland of colorful Aryan tribes of West & Central Asia to commemorate the "Al Quds" (Jerusalem) day. The day was set by Ayatollah Khomeini during 1980's to coincide with the last Friday of the holly month of Ramadan. The day is meant to symbolize unity among all Muslim and progressive forces in their resistance to the colonial European and US Weapons Industry's occupation of Palestinian land under disguise and cover-up of the sacred religion of Judiasm.

Sejuta Yahudi ke al-Quds pada 2020




Aldustur – Infopalestina: Harian al Dustur, Sabtu (20/09), memetik pernyataan Ketua Kesatuan al Quds di Kepresidenan Autoriti Palestina, Ahmad Ruwaidhi, yang menegaskan bahawa keadaan di kota al Quds sangat berbahaya. Dia mengatakan, “Sebanyak 300 ribu warga Palestina al Quds kini hidup di tengah-tengah dua bibir penyepit tembok pemisah racial, blokade, koloni permukiman, langkah-langkah represif dan Yahudisasi terhadap al Quds.”

Hal tersebut disampaikan Ruwaidhi saat berbicara dalam pertemuan yang diselenggarakan Asosiasi Wartawan Palestina di al Quds. Dia mengingatkan potensi ledakan kondisi di kota suci al Quds kapan saja akibat langkah-langkah represif penjajah Israel.

Ruwaidhi mengatakan negara penjajah Israel sedang merencanakan untuk mendatangkan satu juta Yahudi dari seluruh dunia hingga tahun 2020 ke al Quds. Hal ini dilakukan Israel sebagai sebahagian dari rencana strategi untuk menghabisi ide bahwa al Quds timur adalah ibukota negara dan bangsa Palestina.

sumber asal

Kisah imej Islam di Asia

Ketenangan meliputi seluruh masjid ketika bilal melaungkan azan. Kira-kira 500 orang makmum kemudian solat di Masjid Tokyo yang dibina pada tahun 1938. Demikian laporan sebuah terbitan Jepun baru-baru ini yang juga menyiarkan bahagian dalam masjid tersebut (gambar).

Dicatat seterusnya betapa masyarakat Islam mula muncul di Jepun berikutan revolusi komunis di Russia pada tahun 1917. Sebilangan orang Islam bangsa Turki yang bermastautin di Russia melarikan diri dan sesetengahnya mendapat perlindungan di Jepun. Lalu pada tahun 1935 masjid pertama dibina di bandar Kobe.

Masjid Tokyo kini menerima bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Turki. Sebenarnya ia telah dibina oleh para pekerja Turki dengan bahan-bahan pembinaan dibawa dari Turki. Imamnya kini, Ensari Yenturk lalu menjelaskan: "Masjid kami mengalu-alukan ke semua orang Islam tanpa mengira bangsa. Sesiapa juga boleh sembahyang di sini."

Hal ini ternyata ketika waktu sembahyang kerana ramai makmumnya ialah dari Asia Tenggara, termasuk Indonesia dengan warga Islam paling ramai sekali dalam dunia. Demikian juga makmum dari Malaysia, Pakistan dan Bangladesh. Turut kelihatan ialah warga Arab dan Afrika. Diadakan di Masjid Tokyo ialah kelas belajar membaca al-Quran.

Menarik perhatian, terbitan Jepun itu ialah "ramai wanita Jepun yang telah berkahwin dengan orang Islam bukan bangsa Jepun dan anak-anak mereka." Dianggarkan bahawa bilangan warga Islam di Jepun kira-kira 70,000 orang termasuk para isteri bangsa Jepun dan bilangan mereka dijangka meningkat hingga 100,000 orang.




seterusnya

17 maut serangan bom kereta di Damsyik

DAMSYIK 27 Sept. - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam satu letupan bom kereta berhampiran satu pusat pemeriksaan keselamatan di selatan bandar raya ini, hari ini.

Stesen televisyen Al-Jazeera di Syria melaporkan, kereta terbabit dilengkapi dengan bahan letupan yang dianggarkan kira-kira 200 kilogram.

Menurut laporan itu, letupan berlaku berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan di sebatang jalan menghala ke sebuah lapangan terbang di daerah Siti Zeinab yang popular di kalangan penganut Syiah dari Iran dan Lebanon.

sumber

Sunday, September 21, 2008

92 Muslimah Masih Dipenjara Israel




Gaza – Infopalestina: Departemen Urusan Tahanan Palestina menegaskan bahawa otoritas penjajah Israel meningatkan aksi penculikan terhadap kaum wanita Palestina sejak awal tahun 2008. Tidak kurang dari 26 wanita Palestina diculik Israel sejak awal tahun 2008, sebagian besar dari mereka berasal dari kotaNablus.

Israel sampai saat ini masih menahan lebih 95 wanita Palestina yang tersebar di 12 penjara. Di antara para tahanan wanita tersebut ada 2 tahanan yang masih mengasuh bayinya di dalam penjara. Pertama bernama Fatimah Yunus Zaitawi asal Jabalia, wilayah utara Jalur Gaza, yang melahirkan bayi laki-laki di dalam penjara Israel 6,5 bulan yang lalu. Yang kedua bernama Khaula Zaitawi, saat ditangkap meninggalkan bayi kecil. Kemudian dibawa ke dalam penjara setelah itu. Sesuai undang undang Israel anaknya sudah harus dipisah dengan ibunya pada 13 Juli lalu setelah berusia 2 tahun. Namun dia mendapatkan perpanjangan sampai berakhir masa tahanannya akhir tahun ini.

Banyak para tahanan wanita yang menderita berbagai penjakit karena tidak mendapatkan pelayahan medis yang layak dan sengaja diabaikan oleh pihak Israel, tidak ada dokter spesialis atau dokter wanita untuk memantau urusan kesehatan para tahanan wanita yang sakit. Banyak dari mereka yang menderita sakit kulit karena minimnya kebersihan dan banyaknya serangga di dalam sel tahanan.

sumber

7 Penjenayah Perang Bosnia Dipenjara

SARAJEVO 29 Julai - Tujuh penjenayah Serb dipenjara antara 38 dan 42 tahun oleh Mahkamah Jenayah Perang Bosnia hari ini setelah didapati bersalah melakukan 'pembersihan etnik' di Srebrenica pada Julai 1995.

Hakim Hilmo Vucinic turut mensabitkan enam daripada tertuduh terlibat secara langsung dalam pembunuhan lebih 1,000 umat Islam di bandar Kravice, timur Bosnia.

Antara yang dijatuhi hukuman ialah Milos Stupar, 42, bekas komander perang yang didapati bersalah kerana tidak menghalang pembunuhan dan gagal menghukum penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah yang dibarisi panel hakim dari Bosnia, Belanda dan Amerika Syarikat (AS) itu membebas empat lagi tertuduh.

"Semua defendan tahu bahawa dengan membunuh lelaki Islam Bosnia, mereka terbabit dalam penghapusan etnik Bosnia dari Srebrenica.

"Mereka jelas membunuh beratus-ratus umat Islam Bosnia dengan tujuan mengusir umat Islam Bosnia dari Srebrenica," kata Hakim Vucinic.

- AFP

sumber

Video: Helikpoter AS Bom Penentang di Iraq


War Is Hell.compilation - Click here for more free videos

Catatan Perjalanan ke Hadramaut, Yaman

Ramadhan di Korea

Masjid Sentral.

Seperti masyarakat Muslim lainnya di seluruh dunia, warga Muslim di Korea Selatan mengisi ibadah puasa Ramadhan dengan memperbanyak membaca al-Quran dan berkumpul di masjid-masjid, terutama pada petang hari menjelang berbuka puasa sampai pelaksanaan salat tarawih.

Pemandangan seperti ini terlihat di Masjid Sentral yang terletak di jantung kota Seoul, ibukota Korea Selatan. Setiap petang masjid ini dipadati ratusan jamaah dari berbagai usia, baik warga Muslim Korea maupun warga negara asing. Saking banyaknya, jamaah bahkan meluber sampai ke luar gedung masjid, sehingga tak jarang mengundang perhatian warga lokal.

Seorang jamaah bernama Zain, asal Pakistan mengatakan, ia selalu menyempatkan diri datang ke Masjid Sentral meski untuk itu ia harus menutup tokonya di kawasan Itaetown. Jamaah lainnya, Seid Issdram asal Maroko yang bekerja di dekat Provinsi Gyeonggi. Ia harus menempuh perjalanan sekitar satu setengah jam setiap hari ke kota Seoul agar bisa menjalankan salat tarawih berjamaah di Masjid Sentral.

Suasana akrab penuh persaudaraan begitu terasa, para jamaah yang datang meski tak saling kenal saling mengucapkan salam. Tak ketinggal para Muslimah berjilbab, banyak juga yang datang ke masjid sementara anak-anak mereka dibiarkan bermain di halaman masjid.

Menurut data Korea Muslim Federation (KMF) yang dibentuk sejak tahun 1967, di Korea Selatan terdapat 120.000-130.000 Muslim, baik dari orang Korea asli maupun warga negara asing. Imigran Muslim di Korea Selatan, kebanyakan berasal dari Pakistan dan Bangladesh. Sementara warga Korea asli yang memeluk Islam jumahnya sekitar 35.000 orang.

Meski demikian, masih banyak masyarakat Korea yang tidak mengetahui bahwa saat ini umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa bulan Ramadhan, ibadah puasa yang hukumnya wajid bagi umat Islam.

Seorang remaja Muslim bernama Ahn Tae-hwan bercerita, teman-temannya sering bertanya mengapa ia tidak makan apapun selama beberapa hari ini. Tae-hwan tidak mengatakan bahwa ia sedang puasa bulan Ramadhan, tapi menjawab pertanyaan teman-temannya itu dengan mengatakan bahwa ia sedang diet.

Pemuda Muslim bernama Sun Ju-young mengaku kesulitan untuk memberikan pemahaman pada teman-temannya mengapa ia tidak makan daging babi atau tidak minum alkohol, ketika ia dan teman-temannya sedang jalan-jalan bersama. Teman-teman Ju-young berpikir bahwa ia alergi dengan makanan-makanan itu.

Sumber

Serangan bom di Hotel Marriot, 60 terbunuh


HOTEL Marriot di Islamabad yang menjadi tumpuan penginapan pelancong asing, musnah akibat serangan bom yang dilancarkan malam tadi. – Reuters


ISLAMABAD 20 Sept. – Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan lebih 200 cedera setelah sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan meletup di Hotel Marriot, di sini hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia.

“Sebuah kereta yang mengandungi bahan letupan merempuh pintu pagar Hotel Marriot malam ini dan setakat ini jumlah kematian mencecah 40 orang.

“Bagaimanapun jumlah kematian dijangka terus meningkat dan serangan ini dipercayai satu serangan berani mati,” kata Ketua Polis Islamabad, Asghar Raza Gardazi.

Ujar beliau, kebanyakan mangsa mati akibat terjun dari bangunan setinggi enam tingkat itu.

Hotel tersebut yang terkenal sebagai penginapan pilihan di kalangan pelancong asing dilaporkan rosak teruk dan berpuluh-puluh kenderaan dilaporkan turut musnah.

Api yang marak turut memusnahkan beberapa tingkat bangunan hotel berkenaan.

Sejam sebelum kejadian, Presiden yang baru dilantik Asif Ali Zardari melakukan ucapan pertama di Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari hotel berkenaan.

Ini merupakan kejadian serangan bom kali kedua di hotel 290 bilik itu, namun letupan hari ini merupakan yang paling teruk dilaporkan pernah berlaku di ibu negara Pakistan.

– Reuters

sumber

Thursday, September 18, 2008

Video: Kejayaan Operasi Mujahiddin Chechnya


Satoy Operation in Chechnya - The most amazing bloopers are here


War In Chechnya - The most popular videos are a click away

Jumlah Penduduk Tebing Barat 2 350 583 Jiwa

Ramallah – Infopalestina: Ketua Badan Pusat Statistik Palestin, Dr. Luai Syabana pada Isnin (01/09), mengumumkan bancian terakhir jumlah penduduk di Tebing Barat. Bancian terakhir ini menunjukkan jumlah keseluruhan penduduk di Tebing Barat pada bancian kedua tahun 2007 sebanyak 2350583 jiwa, 1193244 laki-laki dan 1157339 perempuan.

Dia menambahkan hasil pendataan jumlah penduduk di Tebing Barat pada bancian pertama tahun 1997 mencapai 1873476 jiwa, 951693 laki-laki dan 921783 perempuan.

sumber asal

Tentera Filipina Serang Jemaah Jumaat

13 sept 2008
Gabungan tentera Filipina dari darat dan laut telah melancarkan serangan ke atas umat Islam yang sedang menunaikan sembahyang Jumaat di masjid Daliao, Maasim, Saranggani.. Masjid ini adalah dalam kawasan kawalan 107th Base Command of the Moro Islamic Liberation Front (MILF). Pertempuran berlaku dari 12.30pm hingga ke 3 pm di bahagian Post 3 of Camp Khalid bin Walid of the 107th Base Command.Bedilan dari 2 kapal tentera yang berlabuh di Daliao in Maasim turut di gunakan dalam pertempuran 30 mujahideen dengan 500 askar Filipina itu.

Nampaknya sekarang bukan commander bravo dan kato yang di cari tetapi operasi tentera Flifpna telah ke arah mewujudkan peperangan besar dengan umat Islam Moro. Ini adalah bukannya kali pertama askar Filifina menyerang umat Islam semasa bersembahyang di masjid. Pada February 11, 2003, tentera Filipina telah menyerang ummat iIlam di Buliok Kompleks sewaktu umat Islam menunaikan Eidul Adha semasa Ketua MILF Salamat Hashim memberi khutbah.

sumber asal

Israel Curi Air Sungai NIl!



Infopalestina: Harian Mesir “al Misriyun”, Ahad (07/09), memuatkan peringatan sebuah laporan yang dikeluarkan lembaga HAM “al Ardh Center” tentang kesan projek air Israel terhadap sungai Nil melalui penggalian sumur-sumur di bawah permukaan tanah berhampiran perbatasan dengan Mesir.

Laporan ini menyebutkan bahwa Israel melakukan penggalian sumur-sumur dalam di bawah permukaan tanah dan dilakukan melalui projek “Elyasya’ Kaly” untuk memindahkan air sungai Nil ke Israel melalui tabung lengkung di bawah terusan Suez, sebagaimana yang sedang dilakukan melalui proyek “Yu’r" yang memindahkan air sungai Nil ke Israel dengan jalan menembus 6 terusan di bawah air terusan Suez.

Projek ini berupaya mengalirkan air sungai Nil satu million meter kubik untuk mengaliri padnga pasir Nagev. Di antaranya 150 juta meter kubik untuk Jalur Gaza. Hal ini mempengaruhi keperluan air Mesir di masa akan datang.

“Al Ardh Center” juga mengingatkan persoalan pembagian kembali air sungai Nil, di mana meletus kembali dan dengan kekuatan dalam pertemuan Nairobi pada tahun 2004 iaitu setelah parlimen Kenya, Tanzania dan Uganda pada Disember 2003 mengeluarkan seruannya tentang pentingnya melihat kembali soal pembahagian air sungai Nil dan tidak mengakui kesepakatan senjarah hubungan antara negara-negara hulu dan negara hilir.

Laporan ini mengisyaratkan ada sekitar 30 juta orang Mesir tidak memperolehi air bersih dan mereka minum air tercemar. Air yang tidak layak dikonsumsi manusia akan mengakibatkan bertambahnya penyakit sekitar tidak kurang 20%, seperti typhus, gagal ginjal dan penyakit-penyakit lain yang menjangkiti para petani. (seto)

sumber asal

Saturday, September 13, 2008

Si Kebal Maut di Tangan Polis Indonesia

Wanita Letup Diri di Baghdad, 19 Maut



Kelihatan selipar dan kasut milik mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian seorang wanita meletupkan dirinya dalam satu perarakan di Iskandariya, semalam. – AP


BAGHDAD 15 Ogos _ Sebanyak 19 terbunuh, kebanyakannya wanita, manakala 75 lagi cedera apabila seorang wanita meletupkan dirinya di dalam satu perarakan yang dikawal polis menuju ke Karbala bagi menyambut upacara agama, semalam.

Letupan yang berlaku lewat petang semalam di bandar Iskandariya, 40 kilometer selatan Baghdad ketika pengikut-pengikut Syiah berarak menerusi bandar itu, yang ramai dihuni pengikut Sunnah dalam perjalanan menuju Karbala - bandar suci bagi puak Syiah.

Seorang polis turut terbunuh dan tiga lagi anggota cedera dalam `serangan’ yang disifatkan oleh tentera Amerika Syarikat berlaku di kawasan Tiga Segi Kematian, berikutan kawasan tersebut dihuni bersama puak Sunni dan Syiah.

Beribu-ribu pengikut Syiah memulakan perjalanan sambil berjalan kaki menuju ke Karbala bagi menyambut hari kelahiran Imam ke-12 Syiah, Imam al-Mehdi yang dipercayai seorang Penyelamat Akhir Zaman yang hilang dan tidak pernah mati.

Perarakan itu yang dihadiri beratus-ratus ribu pengikut merupakan satu upacara tahunan kaum Syiah bagi menunjukkan kekuatan Syiah di Iraq sejak kejatuhan Saddam Hussein.

– Reuters

sumber

340 Kanak-kanak Palestin di Penjara Israel

Ramallah – Infopalestina: Ketika kelompok usia anak-anak di seluruh dunia mengalami kebebasan dan 'dimanjakan' karena dianggap tunjang masa depan, askar-askar penjaja Israel justru terus menangkap ratusan anak-anak Palestin dan menyumbat mereka dalam penjara. Israel menolak kesepakatan antarabangsa dalam soal ini.

Lembaga Waid untuk Tahanan di Palestina menegaskan, pemerintah penjajah Israel pernah menangkap dan menahan lebih dari 3500 anak sejak Intifadlah. Kini mereka masih menahan 340 yang tersebar di penjara-penjara yang ada. Tujuh di antara mereka anak-anak perempuan yang masih kecil dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Jumlah itu terbahagi sebagai berikut; 104 anak di penjara Talmud, di Auvar 80 anak , di Naqab 38 anak, di Magedo 45 anak, dan sisanya di pusat-pusat investigasi Israel. Disamping itu adalah 312 anak yang sudah divonis dengan hukuman dan 107 masih menunggu vonis dan 10 anak ditahan dengan status tahanan adimistrasi.

27 dari mereka berusia i bawah 15 tahun , dua tahanan belum berusia 13 tahun, 150 ditahan di bawah usia 18 tahun dan 99 peratus mereka mengalami siksaan minimal kepalanya dibungkus kantung, dipenteng dan dipukul.

Secara rasmi Israel membolehkan menangkap anak di bawah umur 16 tahun. Ini bertentangan dengan konvensi internasional pasal 1.

Lembaga Waid menegaskan bahwa Israel tidak memperhatikan kesihatan anak-anak Palestin yang mereka tahan. Semua penyakit yang dialami oleh tahanan Palestin dirawat dengan Akamol.

Dua bulan lalu seorang anak Palestina berusia 17 tahun diitangkap Israel dari rumahnya dengan ditutup matanya dan dibawah ke permukiman Maalih Admim. Di sana ia disiksa dengan ditampar wajahnya berkali-kali hingga tersungkur ke tanah. Kemudian tentera Israel memukulnya dengan tongkat. Hal ini berlangsung hingga berjam-jam.

Lebih dari itu, wajah itu kemudian distrum dengan listrik hingga wajahnya gosong yang membekas hingga sekarang. Tidak sampai di situ, Israel mengancam akan melepaskan anjing ganas kepadanya. Ketika anak itu menyatakan sakit, seorang serdadu Israel memukul kakinya.

Lembaga Waid meminta kepada Organisasi Anak milik PBB (UNECEF) dan Palang Merah Dunia serta lembaga HAM lainnya untuk bertanggungjawab atas kondisi anak-anak yang ditahan Israel yang bertentangan dengan kesepakatan Jenewa IV. Lembaga Meminta agar masalah pembebasan tahanan Palestina dari penjara Israel menjadi prioritas. (bn-bsyr)

sumber asal

Chechnya Bina Masjid Terbesar di Eropah


Setelah menunggu sekian lama, warga Muslim Chechnya akhirnya memiliki masjid besar yang dibangun di kota Grozny. Masjid itu akan menjadi masjid terbesar bukan hanya di Chechnya-negeri di Utara Kaukasus-tapi juga di seluruh Eropah.

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov mengatakan, masjid ini akan dibuka secara rasmi pada tanggal 17 Oktober bersamaan dengan hari pertama pelaksanaan International Peacemakers's Conference yang bertajuk "Islam-Religion of Peace and Progress."

Masjid itu diberi nama Masjid Ahmad Kadyrov, nama ayah dari Ramzan Kadyrov. Masjid yang mampu menampung lebih dari 10.000 jamaah ini dilengkapi dengan menara-menara setinggi 180 kaki, yang menjulang ke langit. Di masjid ini juga terdapat kantor administrasi urusan agama Islam Chechnya, sekolah agama, universitas Islam, hotel serta perpustakaan Islami. Pembangunan masjid ini sudah dimulai sejak tiga tahun yang lalu dan menelan biaya sekitar 20 juta dollar.

"Untuk pertama kalinya setelah 60 tahun lamanya, rakyat Chechnya bisa memiliki masjid agung di Grozny sebagai tempat melaksanakan kegiatan dan ibadah, " kata Presiden Ramzan Kadyrov.

Ia mengungkapkan, ketika masih berada di bawah rezim Soviet, tak satu pun masjid bisa dibangun di Chechnya. Masjid-masjid yang ada bahkan ditutup, dihancurkan dan dirampas.

"Rakyat Chechnya tidak pernah punya kesempatan untuk beribadah di dalam satu masjid yang besar, sesuatu yang seharusnya menjadi hal yang biasa di negara Islam dan di wilayah-wilayah di mana agama Islam dianut, " tukas Ramzan. (ln/iol)

sumber

Tuesday, September 9, 2008

Kaitan Brunei Dengan 16 September

Salam hormat warga Malaya dan Borneo,

 Pandangan ini saya dedikasikan kepada seluruh Warga Borneo yang terdiri dari pelbagai suku dan etnik dengan harapan sentiasa menjunjung tinggi tanah kelahiran sendiri, dan juga untuk generasi mendatang yang bakal mewarisi Borneo yang tentunya bergantung kepada sikap baik dan baruk generasi yang hidup dan bernafas kini.

Sebermula Pulau Borneo telah dijumpai oleh orang-orang cina sebelum abad pertama lagi, namun tidak ada pula percubaan mereka untuk menakluki Borneo, walaupun pada dasarnya mereka mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

Sementelahan, pada zaman tersebut, seluruh Pulau Borneo diperintah oleh Sultan Brunei sebagai antara negara yang terkuat di rantau ini. Pulau Borneo merupakan pulau yang kedua terbesar di dunia selepas Green Land, jika Australia tidak diambil kira sebagai sebuah pulau lantaran dianggap sebagai sebuah benua.

Sesungguhnya, betapa saya begitu menjunjung tinggi Pulau Borneo. Yang demikian, saya begitu bangga menjadi warga pulau ini. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di pantai timur Federation Of Malaysia. Keindahan alam semulajdi dan keharmonian Sabah membantu Negeri ini menjadi terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Penduduk Sabah terdiri dari pelbagai kaum dan etnik yang menjadikan negeri ini begitu unik. Namun demikian, keamanan di negeri ini masih dapat dinikmati bersama berkat persefahaman pelbagai kaum yang telah mendarah daging semenjak dari nenek moyang lagi.

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara pulau Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar dalam Federation Of Malaysia selepas Sarawak. Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' lantaran kedudukan negeri ini yang berada di bahagian luar zon ribut.

Asal usul nama 'Sabah' diperoleh dari sejenis pokok pisang yang dikenali sebagai 'pisang saba'. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Kini 'pisang saba' lebih dikenali dengan nama Pisang Menurun.

Menurut legenda masyarakat Sulu, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh moyang Tun Datu Mustapha yang merupakan anak bongsu Sultan Sulu. Moyang Tun Datu Mustapha telah mengambil keputusan untuk menetap di Kinabatangan dan enggan kembali ke Sulu apabila tentera kerajaan Sulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah dihancurkan oleh tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan kerajaan Sulu dan Kerajaan Brunei.

Moyang Tun Datu Mustapha bersama-sama dengan pengikutnya telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pokok pisang yang tumbuh subur di kawasan pesisiran Sungai Kinabatangan. Pada mulanya mereka tidak begitu mengetahui nama sebenar jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu. Lantas kononnya mereka telah menamakan pisang tersebut sebagai Sabbah atau Sappah dalam bahasa mereka (Bahasa Sulu) dan nama tersebut terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ianya digunakan untuk merujuk kepada negeri yang wujud kini.

Menurut catatan sejarah, nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang luar yang mengembara di Kepulauan Sulu dan Brunei. Pendek kata, nama 'Sabah' telah pun digunakan semenjak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Setelah Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' dengan rasminya pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat (1881).

Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 tatkala pimpinan awal Borneo Utara bersetuju membantu membentuk gagasan Federation Of Malaysia yang terdiri dari empat buah negara, iaitu Malaya, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.

Justeru, negara yang baru diwujudkan ini diberi nama dengan Federation Of Malaysia pada 16 September 1963 yang secara rasminya menyatukan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Brunei tidak menganggotai Federation Of Malaysia ini walaupun memang berhasrat juga pada awalnya, namun telah menarik diri akhirnya akibat tentangan sebahagian besar Warga Brunei yang kecewa kerana Sultan Brunei tidak disenaraikan sebagai antara yang bakal menjadi Yang Di-Pertuan Agong bagi Federation Of Malaysia.

Berdasarkan kepada checkpoint sejarah yang telah saya bentangkan walau hanya secara ringkas, namun sudah memadai bagi saya untuk membuat pemberatan dan pendirian bahawa tidak timbul istilah Sabah masuk Malaysia. Dengan kata lain, Sabah bukan masuk Malaysia, Sabah tidak masuk Malaysia, Sabah hanya bersetuju membantu membentuk Federation Of Malaysia. Justeru, standard Malaya, Sabah dan Sarawak dalam hukum persekutuan dan bernegara dalam Federation Of Malaysia adalah setara. Tegasnya, Malaya, Sabah dan Sarawak laksana duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam adat dan hukum berpersekutuan dan bernegara dalam Federation Of Malaysia.

Sesungguhnya 16 September adalah hari lahir bagi Federation Of Malaysia yang menggabungkan empat negara, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak, walau pun Singapura memisahkan diri juga akhirnya, jadi tinggallah tiga negara, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, setiap tahun Sabah dan Sarawak diheret bersama meraikan 31 Ogos yang seolah dianggap sebagai tarikh bagi pembentukan Federation Of Malaysia.

saya ingin menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak tidak sewajarnya membebalkan dirinya dengan turut serta meraikan 31 Ogos ini sebagai tarikh apa pun bagi Federation Of Malaysia. Sesungguhnya pimpinan yang berpiawai sebagai negarawan tulen pasti dapat menyelami tentang betapa tarikh 31 Ogos, Sabah dan Sarawak masih belum merdeka dan pada masa yang sama Federation Of Malaysia sah belum wujud lagi. Justeru, seluruh pimpinan Borneo semasa dan selamanya jangan pura-pura melupakan tarikh 16 September yang terang dan nyata sebagai tarikh sebenar bagi pembentukan Federation Of Malaysia.

Betapa kini kaedah pengurusan dan pentadbiran serta standard Federation Of Malaysia terang dan jelas telah diselewengkan dari semangat asalnya. Dalam gagasan awal yang mendasari dan menjiwai persetujuan gagasan pembentukan Federation Of Malaysia hanya berintipatikan kepada empat buah negara sahaja, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak dan kini hanya tinggal tiga buah negara lagi apabila Singapura telah mengundurkan diri dari gagasan Federation Of Malaysia pada tahun 1965, iaitu kini hanya tinggal Malaya, Sabah dan Sarawak sahaja.

Namun begitu, apa yang berlaku kini ialah Sabah dan Sarawak masing-masing standardnya telah diturunkan hanya kepada sebuah negeri. Yang demikian, Sabah kononnya negeri yang ke -12 sementara Sarawak sebagai negeri yang ke -13 gamaknya. Sesungguhnya penyelewengan yang nyata dalam persetujuan asal pembentukan gagasan Federation Of Malaysia kini wajib dipulihkan kepada semangat asal intipatinya dengan satu bentuk kepemimpinan yang tegas dan berani menjunjung paradigma kebenaran di bawah naungan kesaksamaan bersama.:)

"WARGA BORNEO BIAR ADA HARGA DIRI"
"REMPUH UMNO SAMPAI JATUH"


- Naspazi
http://naspazi.multiply.com/journal/item/385

Video: Ramadhan di Indonesia


Video Ramadhan 1429 H - Funny home videos are a click away

Pelarian Mindanao 500,000 Orang

– Palang Merah


sebahagian pelarian berhenti rehat sewaktu menempuh perjalanan ke pusat perlindungan di bandar Talayan, Maguindanao di selatan Filipina, semalam. Pertubuhan bantuan antarabangsa merayu masyarakat dunia menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban pelarian yang terhimpit oleh pertempuran antara tentera Manila dan pejuang pemisah.– AFP


MANILA 8 Sept – Persatuan Palang Merah Antarabangsa merayu masyarakat antarabangsa memberi bantuan kepada 500,000 orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat pertempuran antara tentera dengan pejuang pemisah di selatan Filipina.

Pertempuran yang berlaku antara tentera kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kini mencapai tahap terburuk dalam tempoh lima tahun, lapor persatuan tersebut.

Pertempuran berlaku di Pulau Mindanao sejak 10 Ogos lepas setelah Mahkamah Agung membatalkan satu draf perjanjian yang bertujuan mencari penyelesaian politik antara dua pihak tersebut.

sumber

Saturday, September 6, 2008

Video: Lelaki Iraq Letupkan Kereta Kebal AS


An American Tank Experience In Iraq: IED Delivered In Person - Click here for more free videos

Iraq: Kereta Kebal AS Terlanggar Kereta Awam


USA Tank Crashes A Car In Iraq - Celebrity bloopers here

Video: Free Palestine (sedihnya)


Free Palestine** فلسطين حرة** يا نبض الضفة - احمد قعبور - Celebrity bloopers here

Ramadhan dengan Air Mata di Selatan Filipina



Esok mungkin kita akan menyambut puasa Ramadan dan masing masing sudah bersiap sedia dengan makanan dan persiapan puasa namun ummat Islam MORO masih di kemah pelarian dan di tepi jalan raya melarikan diri dari serangan tentera filifina. Jumlah kematian di pihak awam akibat kezaliman tentera Filifina juga meningkat. Tentera filifina akan meneruskan serangan dan tidak mahu mengindahkan sensitiviti ummat Islam berpuasa kerana bagi mereka puasa akan menyebabkan ummat Islam lemah dan inilah masa nya mereka akan menyerang habis habisan. .



Kalau di Malaysia kita boleh menyambut kemerdekaan dengan riang dan masih boleh bereksperimen pula dengan risiko politik bermacam, di Filifina Ummat Islam telah ber puluh tahun di jajah terus menerus dari Sepanyol, USA dan sekarang Manila. Mereka hidup dengan air mata di bumi mereka sendiri akibat pemimpin mereka yang lalai satu masa dahulu. Saya pun kadang kadang rasa letih untuk berkongsi menulis berkaitan nasib ummat Islam untuk mereka yang telah tertutup hati dan telinga dan tidak mahu kisah langsung dengan nasib ummat Islam . Kadang kadang terfikir juga apa guna nya menulis kepada orang yang pekak dan buta tetapi saya berharap mungkin di antara pekak dan buta itu ada yang celik dan mendengar. Kalau bukan ayah nya, anaknya , kalau tidak cucunya.


Sekarang seramai lebih dari suku juta penduduk Islam Mindanao telah terpaksa meninggalkan rumah mereka mencari tempat perlindungan supaya tidak menjadi mangsa kezaliman tentera filifina .Kanak perempuan orang sakit dan tua membawa barang barang dan ternakan lari dari kampung halaman kerana bimbang di bedil oleh tentera filfina. Namun ada juga tak sempat lari kerana di serang secara tiba tiba bukan saja oleh tentera filifina tetapi oleh fantatik kafir tempatan. Ini berlaku di Barangays Dungguan, Langayen danTapodoc of Aleosan dan juga di baragays Pigcawayan.

Tentera filifina juga telah menyerang bukan saja kem 105th Base Command of Commader Ameril Umbra Kato dan 102nd Base Command of Commander Bravo Macapaar. tetapi juga kem MILF yang mempunyai perjanjian gencatan senjata dengan filifina. Turut di bedil oleh tentera filifina ialah kem MILF 104th Base Command, 107th Base Command, MILF Central Committee Task Force Ittihad based in Maguindanao dan Joint Ceasefire Monitoring Elements (JCMEs). Nampaknya Filifina menggunakan taktik perang USA di afghanistan di mana penduduk di salah kan dan diserang atas alasan tidak masuk akal.


Peristiwa di filifina sepatutnya menjadi iktibar kepada ummat Islam di Malaysia supaya jangan terlalu bodoh tidak menjaga kuasa politik yang kita ada sekarang . Kelalaian dalam menjaga kekuatan ummat Islam di Malaysia akan menjebak kita ke dalam jalan yang tidak ketentuan.

Kita memohon agar kita tidak akan turut menjadi pelarian di negara sendiri dengan kebodohan kita berpolitik


Sila ke laman web MILF untuk maklumat terkini

Sila ke laman web AL MUSLIMIN untuk nasib ummat Islam moro

sumber

Selatan Filipina Adalah Darfur Asia Tenggara


"
Terdapat berita terkini bahawa pihak tentera Filipina telah mengadakan sekatan makanan kepada orang awam dari sampai ke kawasan pertempuran . Ini adalah bercanggah dengan K0nvensyen Geneva dan perkara ini patut di ambil perhatian oleh kumpulan pemerhati gencatan senjata antarabangsa yang di ketuai oleh Malaysia dan ahli nya terdiri dari Jepun, Brunei dan Libya. Jika food blockade atau sekatan makan di lakukan keatas orang awam, maka Mindanoa akan menjadi DARFUR asia tenggara di mana beribu akan mati kebuluran.



Buat masa ini kawasan yang di kenakan sekatan makanan oleh tentera filifina ialah Dilabayan, Kauswagan, Lanao del Norte. Pihak tentera filifina telah menyekat kemasukan makanan, ubat dan kemudahan perkemahan untuk pelarian Islam di kawasan tersebut yang di bawa oleh pasukan bantuan kemanusiaan UN Act for Peace Program, MERN, Peace and Development Advocates. Dalam perkembangan lain tentera filifina yang telah menukar gerakan memburu komandar Kato dan Bravo telah menukar operasi itu kepada serangan keatas MILF camp yang lain yang termaktub dalam perjanjian damai yang di tandatangani oleh OIC. Sekarang ini kira kira dua ribu tentera filifina lengkap bersenjata berat dan kereta kebal sedang berada di sekitar Kem Alim Abdulaziz Mimbantas, MILF Vice-Chairman for Military Affairs, yang merupakan pejabat untuk tujuan rundingan damai MILF Peace Negotiating panel . Ini adalah di kawasan zone perang Lanao del Sur.
Ketumbukan tentera filifina juga sedang bergerak kearah Butiq dari Cagayan de oro city . Tentera MILF sekarang sedang bersiap sedia untuk mempertahan kawasan mereka dan pertempuran akan berlaku bila bila masa."


sumber

Italy Mohon Maaf Kemusnahan Ketika Menjajah Libya

BENGHAZI, Libya 31 Ogos - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi semalam memohon maaf kepada Libya di atas kemusnahan yang dilakukan oleh negara itu semasa menjajah negara Afrika utara itu.

Beliau membuat permohonan maaf itu semasa melawat bandar ini untuk bertemu Presiden Libya, Muammar Gaddafi bagi menandatangani perjanjian persahabatan dengan negara yang kaya minyak ini.

Ia melibatkan perjanjian pelaburan bernilai AS$5 bilion (RM16.98 bilion) sebagai bayaran ganti rugi di atas kemusnahan tersebut.

"Adalah menjadi tugas saya, selaku ketua kerajaan, untuk memohon maaf kepada anda di atas nama rakyat Itali, dan menyuarakan rasa kesal atas apa yang telah kami lakukan dahulu," katanya ketika berucap pada majlis tersebut, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Ini diikuti dengan Berlusconi dan Muammar Gaddafi kemudiannya menandatangani "perjanjian persahabatan dan kerjasama" tersebut.

"Perjanjian ini membabitkan pelaburan berjumlah AS$200 juta (RM679 juta) dalam projek infrastruktur di Libya bagi tempoh 25 tahun.

sumber

Friday, September 5, 2008

1,000 Askar Filipina Dikerah ke Selatan

MANILA 5 Sept. – Sekurang-kurangnya 1,000 anggota tentera telah dikerahkan ke selatan Filipina sejak beberapa hari lalu untuk melindungi penduduk dan memberi bantuan selepas tercetus satu serangan besar oleh kumpulan pejuang pemisah.

Menurut jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Jorge Segovia, dua batalion tentera telah ditugaskan semula di kawasan tengah dan barat Pulau Mindanao.

Jelasnya, Mindanao yang menempatkan 4.5 juta penduduk Islam dan telah menyaksikan perjuangan pemisah sejak empat dekad lalu, berada dalam keadaan tenang minggu ini ketika umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan Ramadan.

sumber

Tuesday, September 2, 2008

Video: Detik-detik Kemenangan Anwar di Permatang Pauh

Somalia Opposition Fighters

92 Muslimah Masih di Penjara Israel


[ 05/08/2008 - 02:45 ]

Gaza – Infopalestina: Departemen Urusan Tahanan Palestina menegaskan bahwa otoritas penjajah Israel meningatkan aksi penculikan terhadap kaum wanita Palestina sejak awal tahun 2008. Tidak kurang dari 26 wanita Palestina diculik Israel sejak awal tahun 2008, sebagian besar dari mereka berasal dari kotaNablus.

Menteri Urusan Tahanan Palestina Dr. Ahmad Syuwaidih dalam pernyataan pers, Rabu (30/07), mengatakan bahwa otoritas penjajah Israel terur melakukan operasi penculikan terhadap warga tidak terkecuali kaum wanita. Bahkan belakangan mereka fokus pada aksi penculikan sebanyak mungkin dari kaum wanita yang dilakukan secara sistematis untuk menghancurkan bangunan utama masyarakat Palestina, mempengaruhi semangat mereka dan menghancurkan kemauannya. Karena penjajah Israel mengetahui sensistifitas penculikan kaum wanita di masyarakat yang memiliki komitmen.

Syuwaidih menambahkan, “Penjajah Israel telah gagal merealisasikan tujuan-tujuan busuknya di balik siasat ini. Para tahanan wanita Palestina ini telah memberikan contoh luar biasa dalam semangat perjuangan dan perlawanan, menghadapi perbagai macam cara penangkapan, penyiksaan dan tekanan. Mereka mengubah sel-sel tahanan menjadi menara-menara ilmu dan pencerdasan. Para tahanan wanita itu keluar tahanan menjadi sangat sadar dan kimitmen pada prinsip-prinsip dah hak-haknya meskipun mengalami berbagai provokasi dan larangan untuk mendapatkan haknya yang paling menimal sekalipun, sebagaimana disebutkan dalam hukum internasional, terutama masalah berobat, pendidikan dan kunjungan keluarga. Bukti dari semua itu adalah bahwa banyak dari mereka yang sudah keluar dari penjara Israel, mereka mendedikasikan diri pada kerja-kerja nasional yang melawan penjajah Israel dan kemudian mereka kembali lagi ke dalan penjara Zionis Israel dengan berbagai macam tuduhan.”

SETERUSNYA

Islam Tatar Perlu Pembelaan

“ROGER, kenderaan terakhir sedia bergerak,”' ujar Azman Baharuddin selaku sweeper konvoi Petronas Adventure Team (PAT) melalui set radio amaturnya dan sejurus selepas itu satu demi satu kenderaan bergerak meninggalkan Motel Oson, di pergunungan Kyrgystan.

Ketika menunggu 17 kenderaan pacuan empat roda (4X4) itu memasuki laluan utama, penulis yang berada di tempat duduk belakang kenderaan Azman didatangi pengawal keselamatan motel yang membantu mengawal lalu lintas, di situ.

Pada mulanya, lelaki warga emas itu menuturkan bahasa Rusia tetapi selepas beberapa kali penulis menggelengkan kepala dia berulang kali menyebut perkataan ‘Kurr-An’.

Menggunakan isyarat tangan dia sebenarnya bertanya sekiranya ada sebuah al-Quran yang boleh disedekahkan kepadanya.

Tersentuh hati penulis, kerana pada masa sesuntuk itu memang sukar untuk bertanyakan kepada peserta lain yang membawanya dan jika ada sekalipun pasti sudah ‘tertanam’ bersama isian kargo di dalam bonet kenderaan.

Timbul rasa simpati kerana tidak dapat membantu lelaki berkenaan tetapi tetap kagum melihat keinginannya mendalami isi kandungan kitab suci itu.

Perjalanan diteruskan tetapi peristiwa itu meninggalkan tanda tanya mengenai penghayatan Islam di kalangan penduduk di kawasan tanah tinggi itu.

“Adakah terlalu sukar untuk mendapat senaskhah al-Quran di sini,” detik hati penulis.

SETERUSNYA

Rakyat Malaysia Ditahan Lanun di Somalia

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Kumpulan lanun yang merampas kapal tangki MT Bunga Melati 2 milik MISC Bhd. (MISC) di Teluk Aden berhampiran Somalia dan Yemen pada 19 Ogos lalu, menuntut RM10 juta sebagai wang tebusan bagi membebaskan 39 anak kapalnya termasuk 29 rakyat Malaysia.

Tuntutan wang tebusan sejumlah RM10 juta itu telah didedahkan oleh seorang anak kapal tersebut ketika dia menghubungi tunangnya di Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tuntutan mereka itu belum dipenuhi sama ada oleh pihak MISC atau Kerajaan Malaysia.

Difahamkan, ia telah menyebabkan lanun terbabit menahan sebuah lagi kapal tangki milik MISC iaitu MT Bunga Melati 5 malam semalam dan menawan 41 anak kapal iaitu 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina di perairan Somalia.

Ini menjadikan kesemuanya 65 orang anak kapal rakyat Malaysia dan 15 warga Filipina menjadi tebusan kepada lanun-lanun tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan bahawa lanun terbabit menuntut sejumlah wang sebagai tebusan tetapi tidak diberitahu jumlah sebenar tuntutan mereka.

seterusnya

PASIR PUTEH 31 Ogos - Salah seorang mangsa tebusan yang terlibat dengan kejadian rampasan kapal tangki MT Bunga Melati 2, milik MISC Bhd. di Teluk Aden tidak dapat menghadiri majlis pertunangannya ekoran insiden terbabit.

Anak kapal berkenaan, Mohd. Salwadi Mamat, 31, dari Kelantan sepatutnya pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis pertunangannya di rumah wanita pilihannya, Nor Hazliza Mat Zin, 22, di Pasir Puteh pada Ahad lalu.

Nor Haliza yang ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini memberitahu, bagaimanapun majlis pertunangan mereka diteruskan tanpa kehadiran tunangnya itu kerana ia telah diatur lebih awal.

Tambahnya, beliau dan Mohd. Salwadi dijadualkan melangsungkan perkahwinan Disember ini.

Penuntut Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang itu berkata, dia sudah menjangkakan tunangnya terlibat dalam kejadian itu kerana Mohd. Salwadi telah berjanji akan menghubunginya sehari sebelum hari pertunangan mereka.

seterusnya