Friday, October 31, 2008

Video: Data Islam di Eropah

Video Gempa i Pakistan, 160 Maut

Rescue efforts are under way in southwestern Pakistan after a powerful earthquake hit the region. More than 150 people are confirmed dead. The 6.4 magnitude earthquake has flattened hundreds of mud and timber houses. The epicentre of the quake was 60km from Quetta near the valley of Zairat. Al Jazeera's Kamal Hyder reports.




Thursday, October 30, 2008

Hollywood Akan Keluarkan Filem Tentang Rasulullah

Oscar Zoghbi akan mengeluarkan filem berjudul "The Messenger of Peace" yang mengisahkan kelahiran Islam dan kehidupan Rasulullah Muhammad saw. Filem ini akan menampilkan kehidupan pada masa Rasulullah dan pembikinannya akan mengambil lokasi di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.

"Filem ini bukan filem tentang perpecahan dan konflik, tapi secara menyeluruh akan memfokuskan pada kekayaan nilai-nilai yang selama ini dikenal secara umum bagi semua Muslim, seperti rasa kasih sayang dan toleransi," kata Zoghbi.

Ia juga menegaskan tidak akan memvisualkan jasad Rasulullah dalam filemnya dan ia menyedari sensitiviti serta tentangan dalam pembuatan filem ini. Sebelum ini, Zoghbi pernah terlibat dalam pembuatan filem yang bertema sama, iaitu filem "The Message" yang dikeluarkan pada tahun 1976.

Filem "The Message" sempat menimbulkan kontroversi kerana watak utamanya, Anthony Quinn diisukan akan melakonkan watak Rasulullah. Isu itu tidak terbukti kerana watak Rasulullah dan sahabat-sahabat (utaman)nya tidak ditampilkan jasad secara utuh menghadap kamera, tapi hanya diperdengarkan suara dialognya saja.

Produser filem "The Messenger of Peace" Ramsey Thomas mengatakan, filem ini akan menjadi filem kedua yang dibuat oleh Barat, dengan menggunakan bahasa Inggeris, yang menampilkan potret kehidupan pada awal dakwah Islam. "Di abad 21, ada keperluan kepada sebuah filem yang secara emosional dapat membuatkan para penontonnya mengingat kembali perjalanan lahirnya agama Islam," kata Thomas yang juga merangkap sebagai penulis senario.

Hal yang sama diungkapkan oleh produser eksekutif "The Messenger of Peace" Haji Subhia Abu Alheja. Dia mengatakan, selama lebih dari tiga dekad, hanya filem "The Message" satu-satunya filem Hollywood yang mengisahkan tentang lahirnya agama Islam.

Lebih lanjut, Thomas mengatakan filem ini nantinya juga akan dialihbahasakan ke dalam beberapa bahasa, terutamanya bahasa Arab. Baik Thomas maupun Abu Elheja meyakini, media massa dan industri perfileman dapat membantu menjembatani jurang yang dalam antara dunia Islam dan masyarakat Barat, terutama sejak peristiwa serangan 11 September di AS. (ln/mol/iol)

sumber

1 Maut 9 Cedera di Yala, Thailand

YALA, Thailand 29 Okt. - Seorang mati manakala sembilan orang, termasuk tiga anggota tentera cedera dalam satu serangan berasingan di selatan Thailand hari ini.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Somchai Wongsawat melawat wilayah bergolak itu.

Seorang ketua kampung, 52, telah ditembak mati semasa berada di Masjid wilayah Pattani pada pukul 6 petang dan dua jam selepas itu, sembilan orang pula tercedera dalam serangan bom.

Menurut polis, bom seberat lima kilogram telah disembunyikan di pondok telefon berdekatan pintu masuk pasar utama Yala dan diletupkan menggunakan telefon bimbit pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan.

sumber

Tuesday, October 28, 2008

Hamas- Fatah Akan Bergabung?

BANDAR GAZA 21 Okt. - Pertubuhan Hamas pada dasarnya bersetuju dengan cadangan Mesir berhubung penyatuan pergerakan itu dengan pesaingnya, kumpulan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

"Kami bersetuju dengan draf cadangan itu dan tidak akan menolaknya.

"Tetapi terdapat keperluan jaminan bahawa setiap yang dipersetujui itu mesti dilaksanakan," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

Menurutnya, Hamas akan memberi kerjasama bagi memastikan usaha Mesir itu berjaya bagi mencapai penyatuan kebangsaan yang akan melindungi prinsip-prinsip pertubuhan itu, memelihara nyawa dan menyatukan semua pihak.

Katanya, bagaimanapun Hamas akan meminta supaya dibuat beberapa pindaan.

"Draf itu mengandungi elemen-elemen yang positif. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan perlukan penjelasan terutama daripada kepimpinan Mesir," katanya.

Kedua-dua pergerakan utama Palestin itu telah berpecah sejak Hamas berjaya menyingkirkan pasukan keselamatan Fatah di Semenanjung Gaza pada Jun 2007.

Kedua-dua belah pihak telah dijemput bagi menghadiri pertemuan di Kaherah pada 9 November ini bagi membincangkan pelan cadangan Mesir itu.

Pihak Hamas berkata, Mahmud yang dilantik sebagai Presiden pada Januari 2005 akan berakhir pada Januari ini.

sumber

Banjir di Yaman, 100 Dikhuatiri Maut

Banjir yang melanda beberapa tempat di Yaman akibat hujan lebat menyebabkan 100 orang maut ataupun dilaporkan hilang.

Laporan-laporan di televisyen Yaman menayangkan warga yang selamat dari banjir di wilayah Hadramout dan Mahra, meminta pertolongan kepada helikopter-helikopter penyelamat. Dua wilayah ini diguyur hujan selama 30 jam terus menerus.

"Sekitar 7.000 orang kehilangan rumahnya dan ada sekitar 100 orang yang tewas atau hilang. Kami masih berusaha untuk mengira jumlah korban tapi komunikasi dengan wilayah-wilayah yang terkena banjir terputus," kata seorang pegawai pemerintah Yaman.

Presiden Ali Abdullah Saleh, hari Ahad lalu meminta parlimen untuk meluluskan dana bantuan darurat sebesar 100 juta dollar untuk operasi penyelamatan korban banjir dan membantu membangunkan kembali wilayah-wilayah yang rosak berat akibat banjir.

Presiden Abdullah Saleh juga mengunjungi wilayah-wilayah yang oleh aotoriti Yaman dinyatakan sebagai wilayah bencana. Setiap musim hujan tiba, negara di hujung selatan Semenanjung Arab ini memang selalu terkena bencana banjir. (ln/aby)

sumber

Friday, October 24, 2008

Iraq tidak akan dibuli

BAGHDAD 23 Okt. - Iraq memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan dibuli supaya menandatangani pakatan keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS), walaupun diberi amaran oleh pemimpin AS bahawa padah buruk akan menimpa jika Baghdad gagal meluluskan perjanjian itu.

Jurucakap kerajaan Iraq, Ali al-Dabbagh menyelar kenyataan ketua tentera AS, Michael Mullen yang mendakwa Baghdad bakal menanggung kerugian besar daripada segi keselamatan jika perjanjian tersebut tidak dimeteraikan.

"Adalah tidak betul untuk memaksa Iraq membuat pilihan dan adalah tidak wajar untuk bercakap dengan pihak Iraq dengan cara begitu," kata Ali.

Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari semalam berkata, Washington sudah bersetuju untuk menimbangkan perubahan yang diminta oleh Baghdad terhadap perjanjian penuh kontroversi itu.

Perjanjian tersebut menetapkan syarat-syarat penempatan jangka panjang askar AS di Iraq selepas akhir tahun ini.

Bagaimanapun White House menegaskan bahawa perjanjian yang dihasilkan daripada rundingan sukar selama berbulan-bulan itu boleh dikatakan muktamad dan sebarang pindaan hanyalah bertujuan untuk memperkemaskannya.

Dalam tindakan yang dipercayai mengecewakan pihak AS, Kabinet Iraq kelmarin memutuskan untuk menuntut pindaan terhadap perjanjian yang sepatutnya telah ditandatangani selewat-lewatnya Julai lalu.

Draf perjanjian tersebut menetapkan pengunduran askar tempur AS menjelang akhir 2011 dan termasuk konsesi AS yang melepaskan bidang kuasanya ke atas askar Amerika yang dituduh melakukan "jenayah serius" semasa tidak bertugas atau sewaktu berada di luar pangkalan mereka. - AFP

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

Monday, October 20, 2008

Keindahan Bumi Iran

Dubai bakal miliki bangunan tertinggi dunia yang baru


Sultan Ahmed bin Sulayem, Pengerusi Dubai World menerangkan kepada tetamu mengenai rancangan membina projek Pelabuhan dan Menara, bangunan tertinggi di dunia setinggi 1 kilometer yang akan dibina di Dubai, kelmarin. – AP


DUBAI 6 Okt. – Syarikat pemaju Nakheel semalam mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara setinggi satu kilometer atau 3,280 kaki, sekali gus bakal mengatasi rekod bangunan tertinggi di dunia yang ada sekarang.

“Keseluruhan projek membabitkan kawasan seluas 270 hektar bagi mewujudkan bandar baru Dubai, merangkumi sebuah menara setinggi satu kilometer,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita WAM semalam.

Beliau berkata, projek Menara dan Pelabuhan Hakheel itu dijangka siap menjelang tahun 2020 dengan kos pembinaan bernilai berbilion dirham. (Satu dirham bersamaan AS$0.27)

Ketika ini, bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai masih dalam pembinaan dan telah mencapai ketinggian 688 meter atau 2,257 kaki.

Menurut syarikat pemaju bangunan itu, Emaar - Burj Dubai kini telah mencapai paras 160 tingkat. – AFP

sumber

Palestin Terus Lahirkan Mujahid


Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam


IMAM Hasan Al-Banna, seorang tokoh dan pejuang Islam sejati berkata: "Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.

"Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.

"Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda."

Sebab itu kata mujahid agung itu, kewajipan, tanggungjawab dan amanah ke atas orang muda terlalu banyak dan berat. (kitab Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna - edisi Bahasa Melayu).

Islam yang sangat menitikberatkan keharmonian ummah dengan mengajak serta menyuruh kepada hidup bermuafakat dan kesepakatan dengan saling berbaik sangka serta tolong menolong perlu dijadikan asas kehidupan dan perjuangan.

Namun keadaan kini semakin tidak keruan, ummah sering mengadu domba sesama sendiri dengan pelbagai fitnah demi menjayakan survival kenafsuan diri dan minoriti dari ummah sejagat.

"Fitnah merupakan senjata dan musuh yang paling bahaya dan dahsyat bagi manusia dan Islam menjadi sasaran fitnah paling hebat kini," kata mantan khatib Masjid Al-Aqsa di Palestin, Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam.

Presiden Persatuan Ulama Palestin yang berpusat di Yaman itu berkata, umat Islam sekarang sedang menghadapi peperangan dan jihad yang paling besar untuk menentang fitnah.

Fitnah itu pula beritahu Dr. Seyam yang juga mantan Rektor Universiti Islam Gaza, bukan hanya dari golongan kuffar tetapi di kalangan Muslim sendiri.

Sebab itu Allah SWT awal-awal lagi melarang daripada terlibat dalam membuat fitnah dan yang seumpamanya sebagaimana maksud dalam firman-Nya: Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya. (al-Qalam: 10-13)

Menurut Dr. Seyam, apa yang terjadi ke atas negara-negara Islam seperti Palestin, Iraq, Afghanistan dan Sudan serta Muslim di Thailand dan Filipina adalah angkara fitnah manusia yang memusuhi Islam.

Katanya, fitnah dan pembohongan besar yang berterusan menjadikan bumi dan rakyat Palestin dan umat terus dihimpit, ditekan dan ditindas.

"Malah masjid al-Aqsa yang menjadi tanda arah kiblat pertama Islam kini hanya menunggu masa untuk dilenyapkan dari muka bumi oleh Yahudi Israel," katanya.

Lebih dahsyat lagi tambah beliau, apabila negara Palestin berdaulat cuba dihapuskan untuk diganti dengan negara yang tidak pernah wujud sama ada dalam udang-undang manusia, apa lagi hukum Allah, iaitu Israel.

Dr. Seyam berkata demikian dalam Ceramah Perdana Akademi Ramadan '08 bertajuk Dari Palestin ke Malaysia - Nasihat Seorang Imam dan Pejuang Untuk Mahasiswa di dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM), bulan lalu.

Ceramah hampir sejam kelolaan Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Yaman itu dihadiri lebih 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang.

Kata Dr. Seyam, apa yang berlaku dan ditanggung oleh generasi muda Islam di Palestin serta negara-negara Islam sekarang adalah kerana kesilapan generasi dahulu.

Menurutnya, generasi dahulu dan yang masih memimpin sekarang, terlalu banyak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) dan berkiblat kepada Barat.

"Akibatnya generasi kamu sekaranglah yang menanggung beban dan perlu mengatasinya," katanya.

Tegas beliau, fitnah paling dahsyat yang menimpa dan ditanggung oleh umat Islam sekarang ialah peperangan yang ditiup oleh musuh Islam dan permusuhan sesama Muslim.

Mengenai keadaan dan nasib pejuang Palestin kini Dr. Seyam memberitahu, angkara fitnah musuh Islam, bangsanya kini berpecah dua.

Satu kumpulan sekular yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh Islam dan menurut telunjuk AS serta Yahudi. Mereka berpusat di Tebing Barat dan rela hidup dan berjuang bersama musuh Islam.

Kumpulan satu lagi memilih jihad menegakkan Islam dan mempertahankan bumi serta bangsa Palestin dengan menentang apa sahaja ancaman dan tekanan musuh Islam hingga ke titisan darah terakhir.

"Kumpulan sekular tidak mementingkan Islam, mereka sedia serahkan senjata dan apa sahaja kepada musuh Islam untuk kesejahteraan hidup dunia." jelasnya.

seterusnya

Wednesday, October 15, 2008

Bekalan Lanun Somalia Cukup 20 Tahun

NAIROBI, Kenya 6 Okt. – Seorang penganalisis Somalia, Ted Dagne berkata, kumpulan lanun di negara itu mempunyai kelengkapan senjata yang mencukupi untuk berperang selama 20 tahun.

Justeru, katanya, kempen memerangi lanun akan menemui jalan sukar, ditambah lagi dengan sikap lanun yang rela mati.

“Tidak ada jalan untuk memenangi pertempuran apabila satu pihak lagi mempunyai pemikiran rela untuk mati,” katanya kepada The Associated Press semalam.

Menurut Dagne, kumpulan lanun di Somalia mempunyai peruntukan kewangan, pentadbiran yang lebih baik daripada apa yang disangkakan oleh kebanyakan orang.

Malah katanya, mereka juga mempunyai kelengkapan persenjataan jauh lebih baik.

“Mereka juga mendapat sokongan daripada komuniti mereka dan sebahagian pemimpin kerajaan. Sesetengah kumpulan lanun itu malah berjanji untuk menyumbangkan sebahagian wang tebusan yang diperolehi untuk membangunkan sekolah dan jalan-jalan raya,” katanya.

Berdasarkan jumlah wang tebusan yang dibayar, kegiatan lanun dianggap sumber pendapatan terbesar di Somalia, katanya.

Menurut beliau, kumpulan lanun jarang mencederakan tebusan mereka, sebaliknya hanya menahan mereka untuk mendapatkan wang tebusan.

sumber

Olimpik 2012: "Tandas di London tidak akan mengadap kiblat"

LONDON: Para penganjur Sukan Olimpik London telah membentangkan beberapa syarat reka bentuk bagi prasarana sukan yang bakal diadakan pada 2012 itu.

Ini termasuk menetapkan agar tandas yang dibina di Taman Olimpik London tidak akan dibina menghadap Makkah.

Pihak Berkuasa Pembentangan Olimpik (ODA) mahukan reka bentuk dan rangka kerja pembinaan menghasilkan lokasi sesuai untuk semua golongan pelbagai kebudayaan, kepercayaan, usia dan mesra pengguna cacat untuk kejohanan Olimpik 2012 dan seterusnya.

Jurucakap ODA memberi jaminan 'tandas tidak akan dibina menghadap Makkah'.

Namun, bilangan tandas serupa itu belum disahkan.

Kemudahan membasuh khas disambung ke bilik solat juga dirancang dibina di taman berkenaan, yang bakal terletak di timur London.

ODA berharap ia akan menetapkan tanda aras baru Britain bagi ruang berkerusi roda dan tempat duduk selesa.

Laluan di arena sukan selalunya terlalu curam bagi pengguna kerusi roda dan bagi mengatasi masalah itu, laluan lebih landai dibina dengan keluasan lebih dan permukaan lebih licin.

Kemudahan tandas termasuk kawasan khas bagi membolehkan warga tua yang cacat menukar keperluan, termasuk kawasan bagi bayi juga akan dibina.

Tahun lalu, beribu-ribu paun sterling wang pembayar cukai digunakan bagi memastikan tandas di penjara Brixton di London tidak menghadap kiblat.

Pegawai penjara terpaksa mengalihkan tandas 90 darjah setelah para banduan Islam mengadu mereka terpaksa duduk senget di atas tandas kerana tidak mahu menghadap kiblat semasa membuang air. / Agensi

sumber

Monday, October 6, 2008

Komandan Britain: Mustahil Tewaskan Taliban

"Kita tidak akan mampu memenangi peperangan ini. Terlalu hebat dan tidak realistik jika berfikir bahawa tentera bersekutu pimpinan AS bisa membebaskan Afghanistan dari Taliban," kata Brigadier Carleton-Smith kepada The Sunday Times.

Brigadier Mark Carleton-Smith, komandan askar Britain mengakui kekebalan Taliban. Menurutnya, pasukan asing pimpinan AS di Afghanistan, tidak akan mampu mengalahkan Taliban dan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah Afghanistan yang muncul akibat invasi AS ke negeri itu adalah dengan berdialog dengan Taliban.

Pasukan bersekutu AS menumbangkan pemerintahan Taliban di Afghanistan dalam invasinya ke negeri itu setelah serangan 11 September 2001 di AS. Sebagai penggantinya, AS mengangkat presiden Hamid Karzai sebagai pemerintahan bonekanya di Afghanistan. Selama tujuh tahun penjajahan AS di Afghanistan, Taliban terus melakukan perlawanan terhadap pasukan koalisi AS.

Gubenur Helmand-salah satu provinsi di Afghanistan-Gulab Mangal mengatakan kekuatan Taliban sudah berhasil menguasai lebih dari setengah wilayah di selatan Afghanistan meskipun di wilayah itu ditempatkan sekitar 8.000 askar Britain. Dan menurut laporan terbaru lembaga think-tank Senlis Council, Taliban sudah berhasil menempatkan pasukannya secara tetap di lebih dari setengah wilayah Afghanistan.

Melihat keadaan itu, Brigadir Carleton-Smith menyarankan agar dilakukan dialog dengan Afghanistan untuk menyelesaikan konflik di negeri itu. Sejumlah negara yang mengirimkan pasukannya untuk bergabung dengan pasukan AS dalam invasinya ke Afghanistan, kebelakangan ini lebih yakin bahawa negosiasi dengan Taliban adalah satu-satunya jalan keluar untuk mengakhiri konflik di Afghanistan. Namun Washington menolak idea itu.

Pembicaran Damai Rahsia

Sementara itu, sejumlah sumber mengungkapkan bahwa pemerintahan Afghanistan dan sejumlah perwakilan Taliban telah melakukan negosiasi perdamaian secara rahsia di kota Makkah, Arab Saudi bulan September lalu.

Laporan CNN menyebutkan, Raja Saudi, Raja Abdullah mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan 17 anggota delegasi Taliban untuk menunjukkan komitmen Taliban mengakhiri konflik di dalam negerinya sejak invasi pasukan koalisi AS yang memporakporandakan Afghanistan. Dalam pertemuan itu, menurut CNN, delegasi Taliban dan perwakilan pemerintah Afghanistan menetapkan garis besar tentang posisi dan tujuan bersama mereka dengan suasana terbuka.

Seorang sumber yang mengetahui jalannya pertemuan tersebut mengatakan, semua pihak setuju bahawa persoalan-persoalan yang terjadi di Afghanistan selayaknya diselesaikan dengan cara dialog dan bukan dengan peperangan.

Sebelumnya, Presiden Afghanistan Hamid Karzai meminta Raja Abdullah untuk menjadi mediator pembicaraan damai antara pemerintah Afghanistan dan Taliban. "Persiapan untuk negosiasi dilakukan hampir setiap hari. Utusan-utusan jadi lebih sering melakukan kunjungan ke Arab Saudi dan Pakistan. Tetapi pada saat itu negosiasi belum dimulai," kata Karzai.

Saudi dipekirakan akan menjadi tempat negosiasi-negosiasi selanjutnya antara pemerintah Afghanistan dan Taliban. Arab Saudi adalah satu dari tiga negara yang mengakui pemerintahan Taliban saat naik ke tampuk kekuasaan di Afghanistan pada tahun 1996. (ln/iol/prtv)

sumber asal

Video: Pejuang Chechnya Serang Trak


CHECHNYA : Attack on Russian Armored Truks - Click here for this week’s top video clips

Pakar Bedah Bongkar Kezaliman Zionis

KEGANASAN, kekejaman, kezaliman dan kerakusan Israel sudah lama jelas nyata, tetapi terus dilindung, dibela dan dipupuk oleh barat diketuai Amerika Syarikat.

Menceroboh dan mengusir serta membunuh rakyat Palestin secara berterusan dengan matlamat melupuskan kewujudan negara berdaulat itu dari peta dunia dan menggantikannya dengan negara ‘impian’ Israel yang tidak pernah wujud.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, apa sahaja kedajalan ke atas makhluk di muka bumi sekarang adalah angkara Israel-zionis Yahudi.

Penyembelihan rakyat Palestin oleh tentera Yahudi zionis-Israel di kem pelarian Sabra dan Shatila pada musim panas, September 1982 adalah puncak segala bentuk keganasan dan kerakusan manusia di dunia.

Pembunuhan dan penderaan harian tentera Israel ke atas rakyat Palestin sekarang hanyalah rentetan tragedi penyembelihan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila 1982 dalam usaha menghapuskan keturunan Palestin.

Untuk mengimbau dan meneliti kembali penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem Sabra-Shatila yang terletak di pinggir bandar Hamra di Beirut Barat, Lubnan anda perlu memiliki buku Dari Beirut ke Jerusalem tulisan Dr. Ang Swee Chai .

Buku hasil catatan testimoni dengan mangsa kedajalan Israel dan pengalaman sendiri Dr. Swee Chai sebagai sukarelawan doktor pembedahan ortopedik di kem berkenaan mula diterbitkan tahun 1989 dan 2002 di London.

seterusnya

Arkib Berita SEPTEMBER 2008