![]() |
| Masjid di Sha Tian, sebuah penempatan Islam yang mempunyai 15 buah masjid. |
Pada 27 Disember 2008, saya bertolak dengan kapal terbang dari Guangzhou ke Kunming. Rakan saya, Harun seorang Cina Muslim menanti di lapangan terbang Kunming walaupun kapal terbang ini belum bertolak dari Guangzhou. Perjalanan kami itu mengambil masa dua jam 40 minit.
Kunming adalah sebuah bandar seolah-olah seperti bandar Ipoh tetapi orang Islam tidak ramai di sini. Pada keesokannya, kami bertolak ke Jian Shui, suatu bandar kecil, kira-kira 220 km dari Kunming yang mempunyai kira-kira 30 peratus orang Islam. Kami dibawa oleh Harun ke satu madrasah tempat beliau pernah menimba ilmu.
Kami disambut dengan meriah oleh Ustaz Ibrahim, mudir di situ serta pelajar-pelajar lain yang berjumlah kira-kira 40 orang.
Kemudian, kami dibawa oleh Harun serta rakan-rakannya ke sebuah penempatan Islam kira-kira 50 km dari Jian Shui. Penempatan ini bernama Sha Tian dan kawasannya tidaklah besar tetapi mempunyai kira-kira 15 buah masjid yang terdiri daripada masjid lama dan baru dengan pelbagai saiz.
Selain itu, di sini juga terdapat banyak madrasah-madrasah di mana beratus-ratus orang pelajar mempelajari agama Islam dan bahasa Arab. Selain itu, terdapat ramai gadis-gadis Muslim yang bertudung dan berpurdah.

0 comments:
Post a Comment