Friday, January 30, 2009

Misy'al: Mari Tukar Shalit dengan Tahanan Palestin

Di tengah perayaan kemenangan Gaza di Doha, Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misy'al dalam ucapannya menegaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditawan Hamas, kebebasannya tidak boleh disamakan dengan dibukanya perbatasan. Sikap ini sebagai jawaban atas permintaan PM. Israel, Ehud Olmert kepada Hamas untuk melepaskan askarnya yang ditawan sejak tiga tahun silam itu.

Dalam acara yang bertajuk "Kemenangan Gaza" tersebut, Khalid Misy'al mengatakan, "Hamas tidak akan menyamakan harga pembebasan Shalit dengan membuka perbatasan, Shalit hanya boleh ditukar dengan bangsa Palestin yang ditawan oleh Israel" jelas Misy'al melalui ucapan secara langsung yang ditayangkan pelbagai stesen TV di Jazirah Arab.

Pernyataan ini mementahkan kembali tawaran Israel yang disampaikan Olmert kepada George Mitchell, utusan Presiden AS, Barak Obama untuk Timur Tengah. Olmert mengatakan, "Pembukaan perbatasan memiliki kaitan dengan kebebasan Gilad Shalit" jelasnya kepada Mitchell.

Olmert juga menyampaikan kepada utusan AS itu, bahawa di tengah keadaan Gaza yang lemah akibat serangan selama 22 hari dari militer negerinya, Presiden Palestin, Mahmud Abbas diharap segera memanfaatkan peluang tersebut guna memperkuat pengaruh pemerintahannya di Gaza.

Pernyataan Olmert ini mendapat bantahan dari pihak Hamas. Masih dalam pidato yang sama, Misy'al mengulang dakwaannya bahawa kemenangan hakiki telah diraih oleh seluruh kelompok pejuang di Jalur Gaza, "Dan kami atas nama kelompok perlawanan berjanji, tidak akan menghentikan perlawanan hingga embargo terhadap Gaza dicabut dan perbatasan-perbatasan dibuka," tegasnya. (SN/IOL)

sumber

0 comments: