Sunday, January 4, 2009

Sejarah Palestin yang Dilupakan

Kondisi di bumi Palestin khasnya di wilayah Ghazzah makin meruncing. Lebih 400 umat Islam terkorban dan 2000 tercedera. Ratusan rumah musnah dan hampir 10 buah masjid dibantai teruk. Saat inilah Allah menzahirkan secara terang-terangan golongan Munafiq sebagaimana Allah menzahirkannya kepada Rasulullah ketika Islam dipukul hebat. Perhitungan antara saudara seAqidah dengan musuh yang membantai Islam tidak ada lagi dalam kotak fikiran golongan Sosialis, Nasionalis dan Sekular yang berselindung dengan nama-nama Islam ini. Mereka benar-benar menjadi Munafiqin dan Murtaddin. Itulah Mahmud Abbas, Husni Mubarak, seluruh pemimpin-pemimpin Arab yang mengelilingi Palestin dan pemimpin umat Islam seluruh dunia kecuali mereka yang masih mempunyai nilai ukhwah Islamiyyah. Sebahagian besar mereka telah menjadi musuh Allah, musuh Islam dan musuh ummah.

Peranan Khalifah Uthmaniyyah Dalam Isu Palestin:

Lupakah mereka bagaimana sikap Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang khalifah bagi kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum keruntuhannya menghadapi isu Palestin ? Turki Uthmaniyyah mempunyai seramai 8 orang Sultan dan 29 pemerintah yang mengguna gelaran Khalifah dengan pemerintahan yang begitu lama masanya iaitu selama 636 tahun bermula 1288 M sehinggalah 03 Mac 1924. Antara yang paling teruk ditekan oleh badai gerakan Freemasonry, Zionisme dan Barat ialah Sultan Abdul Hamid, khalifah ke 27 dalam pemerintahan tersebut. Beberapa kali beliau didesak agar menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi yang ketika itu bertebaran dipelbagai Negara kerana dihalau. Inilah sikap bangsa Yahudi sehingga Rasulullah mengahalau mereka ke Khaibar dan sebahagian mereka dibunuh. Penipu, pengkhinat, zalim, menjalankan riba’, menindas itu kelebihan mereka. Apabila berada di Negara-negara Eropah, pemimpin-pemimpin Kristian sendiri menghalau mereka dek kerana sikap buruk mereka.

Ketika Theodore Hertzel yang merupakan Ketua Pertubuhan Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry bertemu Sultan Abdul Hamid II memohon agar diberikan sedikit tanah Palestin kepada bangsa Yahudi untuk menubuhkan Negara, lihatlah apa jawatan Sultan Abdul Hamid :

baca seterusnya

1 comment:

Ezo said...

Assalamualaikum saudara,

Saya faham sensitiviti kita selaku umat islam pada ketika ini sejajar perkembangan terkini di GAZA.

Saudara barangkali perlu lebih memahami erti munafik dan hukum untuk menuduh seseorang itu munafik dan murtad.

Saya bukan hendak mempertahankan pemimpin ARAB terutamanya HUSNI MUBARAK,akan tetapi saya agak hairan mengapa saudara dengan berani menggelar sebahagian pemimpin arab seperti HUSNI MUBARAK sebagai MUNAFIK DAN MURTAD?? ISlam tak ajar kita menuduh orang sebarangan saudara!!!

Barangkali saudara harus lebih study atau buat research berkaitan HUSNI MUBARAK dan sumbangan beliau dalam mempertahankan MESIR dari terus diceroboh oleh ISRAEL pada tahun 1973!! dimana Mesir menang pada ketika itu dalam perang 6 Oktober 1973.

Kegagalan Mesir dalam isu GAZA hari ini cukup mengecewakan namun,pasti di sana ada beberapa isu yang tak terjangkau oleh kita rakyat biasa dan barangkali tidak mampu didedahkan oleh Mesir sendiri.

Harus kita lihat umat Islam itu sendiri.Apakah kita sesama umat Islam kuat? Nampaknya penuh dengan perpecahan.Tak habis2 berpolitik walaupun pilihanraya (merujuk pasca PRU ke 12) dah berlalu.BIla masanya umat Islam bersatu? kalau sering tuduh menuduh telanjang menelanjangi?

dari sudut Ekonomi! Apa Kahabar umat Islam? kita masih lemah dalam aspek ini.Tiada kerjasama yang kuat antara negara Islam dalam aspek ekonomi!

Jika Mesir bersungguh-sungguh membantu GAZA dan HAMAS khususnya,apakah akan terjadi dengan MESIR sementelah NEGARA2 ARAB sekeliling seperti ARAB SAUDI dan JORDAN yang jelas pro AMERIKA hanya pandai jaga periuk nasi mereka semata dan pasti jika jirannya MESIR pun diserang,mereka hanya menonoton berita dengan secawan teh di tangan!!!

Perlu diingat! semasa Mesir mengganyang ISRAEL di SINAI,Mesir,Mesir dibatu oleh tentera dan peralatan RUSIA bukan ARAB SAUDI yang membekalkan minyak kepada AMERIKA yang membantu membekalkan senjata dan peralatan perang kepada ISRAEL !!

Akhir sekali,saya amat berharap agar kita umat Islam jangan suka menuduh orang islam lain sebagai munafik dan murtad kalau jelas dia masih mengamalkan kewajiban sebagai seorang muslim.