![]() |
| SEORANG kanak-kanak lelaki Palestin yang cedera dalam serangan terbaru Israel di bandar Khan Younis meraung menahan kesakitan ketika dirawat di hospital Khan Younis, selatan Gaza semalam. -AP |
GAZA CITY 29 Jan. - Pesawat perang Israel mengebom sebuah bengkel pengeluaran senjata di Genting Gaza awal hari ini, selepas pejuang Palestin melancarkan sebuah roket ke wilayah Israel.
Israel melancarkan serangan itu, ketika Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell berada di rantau ini dalam usaha mengukuhkan gencatan senjata yang diisytiharkan lebih 10 hari lalu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu yang dilancarkan oleh Israel sebelum subuh ke atas sasaran di bandar Rafah, dekat sempadan Gaza dengan Mesir.
Saksi dan pejuang Hamas berkata, sebuah bengkel membuat acuan logam mengalami kerosakan.
Sejurus sebelum itu, sebuah kumpulan pejuang yang ada hubungan dengan Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mengaku bertanggungjawab melancarkan sebuah roket ke selatan Israel lewat semalam.
Jet pejuang Israel kemudian melancarkan satu lagi serangan ke atas bandar Khan Younis mengakibatkan 18 cedera, termasuk 11 murid sekolah, seorang wanita mengandung dan seorang polis Hamas.

0 comments:
Post a Comment