Friday, February 13, 2009

2 Roket Menggegar Israel

BAITULMAQDIS: Pejuang Gaza melepaskan dua roket ke selatan Israel hari ini tetapi tiada yang tercedera, kata jurucakap tentera.

Roket jarak pendek itu meletup berhampiran bandar Sderot, lokasi yang sering menjadi sasaran Hamas.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Kaherah melaporkan Hamas menerima gencatan senjata 18 bulan dengan Israel yang dirundingkan Mesir.

Beberapa roket ditembak dari Gaza sejak 18 Januari lalu apabila Israel menamatkan serangan besar-besaran selama tiga minggu yang membunuh lebih 1,300 rakyat Palestin. -AFP

sumber

0 comments: