Tuesday, February 3, 2009

3 Yahudi Masuk Wad Terkejut Roket Hamas

Tiga warga Israel di kota Ashkelon diangkut ke rumah sakit gara-gara terkejut oleh tembakan roket Grad yang jatuh di kota itu pada Selasa pagi waktu tempatan. Israel mendakwa tembakan roket itu berasal dari wilayah Gaza dan untuk pertama kalinya roket yang digunakan adalah roket jenis Grad.

Tembakan roket Grad itu membuat warga Ashkelon yang berada di selatan Israel panik kerana biasanya para pejuang Palestin di Gaza hanya menggunakan roket al-Qassam.

Tembakan-tembakan roket ke wilayah Israel terjadi sepanjang hari Isnin. Pada pagi hari, sekurang-kurangnya tiga roket menghentam kota Eshkol dan pada petangnya sebuah roket al-Qasssam jatuh di lapangan terbuka di Sha'ar Hanegev. Semua tembakan roket itu tidak menimbulkan kerosakan dan korban jiwa di pihak Israel.

Namun sebagai balasan atas tembakan roket tersebut, Israel melakukan serangan udara ke selata Jalur Gaza yang menyebabkan satu warga Palestin syahid dan tiga orang lainnya cedera. Israel mendakwa sasaran serangan mereka adalah kelompok orang yang melakukan tembakan roket ke Israel.

Para pejuang Palestin sesekali menembakkan roketnya ke Israel kerana Israel tidak juga membuka perbatasan dan mengakhiri sekatan sebagai syarat gencatan senjata yang diajukan para pejuang. (ln/hrtz)

sumber

0 comments: