POLIS mengetatkan kawalan berikutan serangan ke atas pejabat kerajaan di Kabul Khamis lalu yang mengakibatkan 26 orang maut. |
KABUL: Satu pertempuran di antara anggota tentera Australia dan pejuang Taliban di selatan Afghanistan mengakibatkan lima kanak-kanak terkorban, kata Kementerian Pertahanan Australia semalam.
Gabenor wilayah, Asadullah Hamdan, bagaimanapun hanya mengesahkan tiga kanak-kanak di antara tujuh dan 10 tahun terkorban.
Kematian itu berlaku ketika wakil khas Amerika Syarikat yang baru dilantik, Richard Holbrooke melawat Afghanistan dan membangkitkan beberapa isu yang bakal ditangani oleh pentadbiran Presiden Barack Obama.
0 comments:
Post a Comment