Friday, February 13, 2009

Ahmedinejad Bermesra dengan Rabi Yahudi

Tiga tahun tahun yang lalu, ketika baru terpilih menjadi Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad mengeluarkan pernyataan patriotik untuk umat Islam seluruh dunia. "Israel mesti dihapuskan di muka bumi ini. Dan lenyapnya Israel hanya masalah waktu saja." ujarnya ketika itu yang langsung disambut oleh gegak gempita dunia Islam.

Pada waktu agresi Israel ke Gaza yang belum usai satu bulan pun, Ahmadinejad juga mengecam Israel. Apakah benar begitu?

Menurut http://www.almokhtsar.com, banyak yang tertipu oleh Ahmadinejad, bahawa sikap Ahmadinejad itu adalah lakonan belaka. Bagaimana tidak, kenyataannya secara tersembunyi terjalin hubungan dan koalisi yang intim antara Ahmadinejad dan Israel dalam hal pembelian senjata dan transaksi lainnya.

Masih seperti yang diwartakan lamanyang terbit di Timur-Tengah tersebut, “Setelah pidato yang berapi-api itu, orang-orang mengira, Nejad akan mengembalikan wibawa dan kekuatan kaum Muslimin.

Demikiankah? Tunggu dulu! Jangan terburu-buru mengambil kesimpulan!" Oleh almokhtsar, Ahmadinejad tertangkap oleh juru kamera sedang bersama orang-orang Yahudi di Amerika.

Di New York, Presiden Iran itu menyambut kedatangan sejumlah Rabi Yahudi Amerika. Secara jelas, Ahmadinejad memberi sambutan hangat, saling memberi hadiah dengan orang-orang Yahudi dan penghormatan terhadapmusuh-musuh Islam itu.
sumber

2 comments:

Shereen said...

Assalamualaikum,

Saya tidak tahu jikalau anda sedar bahawa orang beragama Yahudi and mereka yang berprincipal Zionist adalah 2 kumpulan yang berlainan. Kumpulan yang President berjumpa adalah Kumpulan Yahudi Neturei Karta yang lebih Anti-Israel daripada kebanaykan umat Islam sedunia. Mereka percaya bahawa Israel tidak seharusnya ditubuhkan dari aspek ugama meraka dan telah membantah dari mula...sebelum kebanyakan umat Islam dan negara Islam mula membantah.
Mereka menyokkong President Ahmdinejjad lebih daripada ketua-ketua negara Arab yang duduk diam di dalam istana mewah meraka semasa Gaza dihujani bom.

Di bawah adalah lelaman yang menunjukkan pertemuan tersebut pada tahun 2007 and bagaimana Zionist telah cuba menghancurkan mereka dari kumpulan Neteurei Karta

http://www.tellingfilms.co.uk/atzmon-iran.html

http://www.tellingfilms.co.uk/netureikarta-attacks.htm

Jernih said...

Salam~

Anda perlu tahu membezakan istilah zionis dan Yahudi. Bukan semua Yahudi adalah Zionis dan bukan semua Zionis adalah Yahudi. Apakah anda tahu yang Zionis ni bukan sahaja yang beragama Yahudi, bahkan Kristian dan juga ada yang Islam. Orang yang bersekongkol dengan Israel bukankah ramai di timur tengah sana?. Sampai tidak mahu membuka pintu Rafah bagi menghulur bantuan kemanusiaan. Kalau Yahudi ini ialah dari jenis Yahudi yang anti Zionis, apakah salah bertegur sapa dan bermesra dengan mereka?.

Dalam sejarah Islam, terdapat puluhan malahan ratusan Yahudi yang akhirnya masuk Islam setelah berdialog dengan Nabi saw. Salah seorang yang terkenal, Abdullah bin Salam. Bukan isteri nabi sawa, Ummul Mukminin Safiyyah binti Akhtab adalah dari tawanan perang Khaibar berbangsakan Bani Israil @ Yahudi?. Bukankah ummat Islam boleh memakan sembelihan ahlul kitab yang salah satu dari golongannya ialah Yahudi?. Bukankah halal lelaki Islam mengahwini wanita ahlul kitab yang salah satu dari mereka ialah Yahudi?.

Kalau mengahwini wanita Yahudi pun sudah diharuskan, apatah lagi sekadar beramah mesra?. Apakah sikap kita kepada Yahudi yang ingin menunjukkan sokongan kepada kita dengan mereka jelas memusuhi Zionis @ Israel?