BEIT LAHIYA: Mahmoud Ghabayen dan adik lelakinya, Hassan menceritakan bagaimana mereka disoal siasat oleh seorang pegawai Israel ketika perang Gaza dengan melakonkan semula kejadian kepada pemberita.
Mahmoud, 16, mengikat tangan adiknya berusia 15 tahun itu ke belakang, menggunakan wayar yang ditemui dalam runtuhan rumah bapa saudara mereka di Beit Lahiya, sebuah bandar di utara Semenanjung Gaza, lokasi militan membedil roket ke arah Israel.
Beliau kemudian mengarahkan Hassan berlutut sambil Mahmoud berdiri di atas beliau dan menjerit: "Bagaimana roket? Bagaimana terowong?"
"Saya tidak tahu," jawab Hassan.
Sambil menendang Hassan, Mahmoud mengulangi: "Saya tidak tahu apa-apa."
Tujuh kumpulan hak asasi Israel mengadu kepada tentera Israel dan pihak berkuasa perundangan awam mengenai perbuatan kejam, tidak berperikemanusiaan dan keadaan memalukan membabitkan tahanan Palestin yang ditahan beberapa hari.
Tentera yang bergerak ke Beit Lahiya ketika serangan 22 hari Israel menemui saudara Ghabayen dan jiran mereka disembelih di bawah tangga.
Mahmoud dan Hassan berkata, mereka diarahkan untuk berdiri di luar, dalam keadaan bogel, dengan muka mereka menghadap dinding. Tentera Israel sering mengarahkan tahanan mereka menanggalkan pakaian sebagai langkah waspada sekiranya mereka menyembunyikan senjata atau bahan letupan.
"Mereka memukul kami yang berdiri menghadap dinding dan juga melontarkan batu ke arah kami," kata Mahmoud.
sumber
0 comments:
Post a Comment