![]() |
| PENDUDUK Syiah yang mengadakan demonstrasi membantah serangan bom berani mati di pekan Dera Ghazi Khan bertindak ganas membakar perabot dan peralatan di balai polis di pekan Dera Ghazi Khan, Multan, semalam. - AP |
MULTAN 6 Feb. - Demonstrasi yang diadakan oleh sekumpulan penduduk Syiah di pekan Dera Ghazi Khan di tengah Pakistan bagi membantah pembunuhan 33 orang dalam letupan bom dekat sebuah masjid Syiah di pekan itu malam tadi bertukar menjadi ganas.
Dalam kejadian bom malam tadi, seorang pengebom berani mati disyaki meletupkan diri di tengah-tengah penduduk Syiah dekat sebuah masjid di pekan tersebut di wilayah Punjab.
Angka kematian meningkat kepada 33 orang hari ini, manakala 52 lagi cedera, kata seorang pegawai kanan polis.
Polis telah menahan 16 suspek berhubung serangan itu.
Sekolah, kedai, pejabat dan premis perniagaan di pekan itu turut ditutup berikutan keganasan sepanjang malam oleh pelajar Syiah yang merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan lampu isyarat, kata polis.
Sekumpulan pemuda membakar sebuah pos polis dan memecahkan tingkap dan perabot hari ini.
"Kira-kira 20 pemuda merusuh dengan memusnahkan harta benda setelah ahli keluarga mereka terbunuh dalam letupan semalam, tetapi keadaan sudah terkawal," kata pegawai polis, Ausaf Ali Rana.

0 comments:
Post a Comment