Saturday, February 14, 2009

Bom Berani Mati, 40 Maut di Iraq


SEORANG penduduk memeriksa barangan yang musnah di tempat kejadian seorang wanita meletupkan dirinya di bandar Mussayib, yang menyebabkan 40 kanak-kanak dan wanita maut, sambil diperhatikan oleh seorang anggota keselamatan Iraq, semalam. - REUTERS


BAGHDAD 13 Feb. - Seramai 40 orang maut, manakala 60 lagi cedera, apabila seorang wanita meletupkan dirinya berhampiran sebuah khemah yang dihuni kanak-kanak dan wanita, di selatan bandar ini, hari ini.

Seorang pegawai perubatan di bandar Mussayib berkata, kebanyakan yang maut dan cedera ialah kanak-kanak dan wanita.

Kejadian itu merupakan insiden paling buruk di Baghdad pada tahun ini dan yang ketiga berturut-turut sejak dua hari lepas.

Jurucakap polis berkata, insiden itu tercetus di sebuah lokasi yang terletak tidak jauh dari Karbala, lokasi di mana beribu-ribu penduduk Syiah akan berhimpun bagi menghadiri upacara keagamaan terutama pada hari Jumaat.

Menurut jurucakap itu, sempena upacara keagamaan itu, berpuluh-puluh khemah didirikan di tepi jalan bagi membolehkan orang ramai makan, minum dan berehat.

sumber

0 comments: