Friday, February 27, 2009

BUKIT GANTANG- 4 Isu BN dalam Pilihan Raya

BUKIT GANTANG 27 Februari.- Datuk Rosli Husin selaku ADUN Trong secara tidak langsung menggariskan 4 isu yang bakal dibawa oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya kali ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tinggi, Trong petang ini.

Isu pertama ialah halalnya kerajaan BN di Perak sekarang. Kenyataannya ini bersandarkan kepada 'majoriti' yang diperolehi Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat dan lantikan oleh sultan. Isu kedua ialah orang Melayu yang menyokong pembangkang di Perak digunakan oleh orang-orang bukan Melayu. Kenyataan ini bersandarkan kepada peristiwa demonstrasi di Kuala Kangsar yang hanya disertai oleh kaum Melayu. Isu ketiga ialah kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membenarkan sesiapa saja berbogel kerana itu adalah hak peribadi ketika membela seorang ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang gambar bogelnya tersebar. Sementara isu keempat ialah kes Kugan. Menurut Datuk Rosli, Kugan ialah seorang penjenayah tetapi dipertahankan bagai seorang hero. Menurut beliau lagi, kes Kugan ini menunjukkan dunia sudah akhir zaman kerana manusia sudah menyokong yang salah dan menolak yang benar.

Dalam majlis itu juga Datuk Rosli mengumumkan sumbangan RM 1000 kepada PIBG sekolah tersebut. Sebagai makluman, DUN Trong ialah salah satu daripada 3 DUN dalam Bukit Gantang.- wartawan Satu Umat

3 comments:

solehah_hafizatul said...
This comment has been removed by the author.
Marzuki said...

agaknya datuk ni dah tak betul kalau mengatakan tok guru kata boleh telanjang, seingat saya tok guru kata adalah hak peribadi kalau nak bertelanjang di dalam rumah atau bilik sendiri. jangan nak sangat jadi orang munafik hanya kerana nak menegakkan benang basah.

Try to be secretive said...

Memang realiti umat akhir zaman di mana ada sesetengah orang menegakkan kebatilan demi kepentingan dunia...

datuk tu xsedar tu...