TRONG 15 Feb. - Satu gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Jarum Mas anjuran JKKKP Sungai Nyior tidak mendapat sambutan apabila hanya lebih kurang 40 orang sahaja yang menyertainya. Pada surat yang diedarkan sebelum itu kepada 4 buah kampung meminta setiap kampung "diwajibkan hadir seramai 40 orang atau lebih lelaki perempuan".
Kehadiran yang tidak mencapai sasaran sekurang-kurangnya 160 orang itu menunjukkan sikap dingin masyarakat setempat terhadap program anjuran JKKKP itu. Penduduk juga berasa ragu kerana sebelum ini gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dibuat besar-besaran ketika menjelang hari raya sahaja.
Sementara itu bendera dan lambang UMNO dan Barisan Nasional semakin banyak dan terus menguasai pinggir-pinggir jalan. - wartawan Satu Umat
0 comments:
Post a Comment