BUKIT GANTANG 27 Februari.- Beberapa buah rumah di sekitar Changkat Jering dan Trong menerima surat yang berisikan kempen agar mengundi PAS dalam pilihan raya yang akan datang. Surat itu juga mengandungi maksud ayat-ayat al-Quran sebagai penguat hujah. Di bahagian belakang sampul surat itu pula mengandungi perkataan-perkataan mencaci-maki Sultan Perak. Dipercayai ia diedarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu memburukkan pandangan masyarakat ke atas PAS.- wartawan Satu Umat
0 comments:
Post a Comment