Saturday, February 14, 2009

Dunia khususnya umat Islam mesti menggesa AS dan Rusia bertanggungjawab terhadap dua satelit mereka yang saling bertembung dan menghasilkan sampah angkasa. Kedua-dua pihak mesti dipaksa untuk membersihkan kembali ruang angkasa bumi yang tercemar - Satu Umat

MOSCOW: Pakar angkasa lepas berkata pelanggaran dua satelit kelmarin menyebabkan lebih 10,000 serpihan 'sampah' di angkasa yang mengelilingi bumi dan bakal memberi ancaman kepada satelit lain untuk 10,000 tahun lagi.

Pakar berkenaan menyifatkan pelanggaran satelit komersial Amerika Syarikat dan satelit tentera Russia itu sebagai nahas angkasa yang memberi kesan berpanjangan.

Beliau berharap presiden Barrack Obama akan memberi penekanan terhadap insiden itu kerana ia mewujudkan serpihan bahaya di ruang angkasa.

Ketua Kawalan Misi Angkasa Russia, Vladimir Solovyov, berkata pelanggaran dua setelit itu mewujudkan satu kawasan sibuk yang dipenuhi serpihan kira-kira 800 kilometer (km) di atas ruang angkasa bumi.

"Kawasan 800km adalah satu ruang orbit yang popular yang digunakan untuk satelit komunikasi dan penyelidikan lain," katanya.

Solovyov berkata, serpihan akibat pelanggaran itu akan kekal di orbit untuk tempoh lebih 10,000 tahun dan ia bakal memberi risiko kepada kapal angkasa yang turut menggunakan sistem orbit berkenaan. - AP
sumber

0 comments: