Sunday, February 22, 2009

HAMAS Utus Surat kepada Obama

WASHINGTON 21 Feb. – Amerika Syarikat (AS) semalam menerima surat daripada Hamas yang dipercayai ditujukan kepada Presiden AS, Barack Obama.

Seorang pegawai Jabatan Negara yang enggan dikenali mengesahkan berkenaan surat itu dan menyatakan bahawa pegawai AS, sedang menimbang bagaimana untuk melayan surat tersebut.

“Bagaimanapun, masih tidak jelas adakah surat berkenaan bertujuan untuk membuat hubungan baik dengan Obama yang sebelum ini menyatakan bahawa Washington tidak akan berunding dengan Hamas, selagi pergerakan itu tidak mengiktiraf Israel, menghentikan keganasan dan menerima persetujuan rundingan damai,” katanya.

Senator daripada Parti Demokrat, John Kerry dikatakan telah menerima surat itu semasa lawatan ke Genting Gaza dan memberikan surat itu kepada pejabat konsul AS di BaitulMaqdis awal Jumaat lalu.

Beliau menerima surat itu daripada Ketua Agensi Bantuan dan Perkhidmatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) ketika tamat mesyuarat di Genting Gaza.

Hamas bagaimanapun, menafikan telah menghantar surat berkenaan.

“Tetapi kami sentiasa terbuka untuk membuat hubungan baik dengan sesiapa sahaja yang bersedia untuk membantu mengembalikan hak penduduk Palestin,” jelas jurucakap Hamas, Fawzi Barhum kepada AFP di Genting Gaza.

Sementara itu, jurucakap UNRWA, Christopher Gunness berkata, surat berkenaan telah ditinggalkan di pintu kawalan masuk ke pejabat UNWRA di Gaza dan dipercayai daripada Hamas. – AFP

sumber

0 comments: