BAITULMAQDIS 5 Feb. - Tentera Laut Israel hari ini memintas sebuah kapal yang membawa 60 tan bekalan dari Lebanon ke Tebing Gaza dan menundanya ke pelabuhan negara Yahudi itu.
Kapal itu belayar dari pelabuhan Tripoli di Lebanon pada Selasa lalu, dalam usaha mengenepikan halangan Israel terhadap Gaza.
Para wartawan dari stesen TV Arab Al-Jadeed dan Al-Jazeera yang turut serta dalam kapal itu berkata, tentera Zionis menembak kapal itu sebelum menaikinya dan memukul semua orang di dalam kapal.
Terdapat 18 orang di dalam kapal, termasuk paderi Katolik berusia 86 tahun, Hillarion Capucci, yang semasa berkhidmat sebagai Ketua Biskop di Baitulmaqdis didapati bersalah oleh mahkamah Israel pada 1974 kerana menyalahgunakan status diplomatik untuk menyeludup senjata kepada pejuang Palestin.
Capucci yang lahir di Syria dipenjara tiga tahun setelah campur tangan Vatican dan diusir keluar.
0 comments:
Post a Comment