Israel menuding siaran-siaran televisyen Aljazeera dan sejumlah stesen tv di negara-negara Arab dalam melaporkan agresi brutal Israel ke Gaza telah membuat imej Israel buruk.
Menteri Kesejahteraan Sosial dan urusan Yahudi diaspora, Isaac Herzog mengusulkan agar pemerintah membuat siaran tandingan al-Jazeera yang disebutnya sebagai tv "Aljazeera Yahudi" untuk melawan fenomena pemberitaan dan tayangan televisyen yang mengancam imej Israel.
Namun usulan Herzog gagal kerana ditolak oleh menteri kewangan Israel dengan alasan Israel tidak punya cukup dana untuk membangunkan siaran seperti al-Jazeera.
Israel memutuskan untuk membataskan siaran stesen televisyen al-Jazeera yang berpusat di Qatar, sebagai balasan atas keputusan pemerintah Qatar untuk menutup pejabat perwakilan perdagangan Israel di Doha, bulan Januari lalu.
Qatar menyatakan menutup pejabat perwakilan dagang Israel di Doha sebagai bentuk protes atas agresi brutal Israel ke Gaza yang menyebabkan lebih kurang 1,340 warga Gaza syahid.
Sementara itu, menurut sumber-sumber di Israel, ada tiga langkah yang akan dilakukan untuk membataskan stesen televisyen al-Jazeera yang juga menayangkan laporan langsung situasi di Jalur Gaza ketika agresi Israel tempoh hari. Pembatasan siaran itu akan dilakukan di wilayah Israel mahupun Palestin.
Langkah pertama pembatasan, Israel tidak akan memanjangkan visa staff al-Jazeera yang tidak memiliki identiti sebagai orang Israel. Langkah kedua, reporter al-Jazeera dilarang mewawancara anggota parlimen Israel dan hanya diberi akses untuk bicara dengan tiga juru bicara pemerintah Israel, iaitu juru bicara penajbat perdana menteri, juru bicara militer dan juru bicara kementerian luar negeri. Langkah ketiga, reporter al-Jazeera tidak boleh meliput di lingkungan lembaga pemerintahan dan militer Israel dan tidak boleh ikut serta dalam briefing atau keterangan media yang diadakan lembaga-lembaga itu.
0 comments:
Post a Comment