Janji Presiden baru AS Barack Obama untuk menarik pasukannya dari Iraq membuatkan banyak orang terlena dan melupakan persoalan paling penting iaitu apa tanggung jawab AS terhadap Iraq setelah menarik pasukannya nanti? Ini kerana sejumlah data menunjukkan, penjajahan AS di Iraq telah menyebabkan kehancuran hebat bukan hanya fizik tapi juga tatanan kehidupan masyarakat Negeri 1001 Malam itu.
Tak adil jika Iraq mesti menanggung sema beban itu, sementara AS melenggang begitu saja keluar dari Iraq dan tidak mempertanggungjawabkan kehancuran yang telah dilakukannya di negeri orang. Pertikaian sektarian di Iraq adalah salah satu warisan penjajahan AS di negeri itu. Invasi yang kemudian berubah menjadi penjajahan AS di Iraq juga sudah menelan begitu banyak korban.
Data PBB menyebutkan, selama enam tahun penjajahan AS di Iraq, sekitar 4.5 juta rakyat Iraq menjadi pelarian dan hanya lima peratus dari jumlah itu yang kembali ke Iraq selama tempoh waktu 2007-2008, ketika AS mendakwa aksi-aksi kekerasan di Iraq mulai menurun.
Akibat perang AS di Iraq, pengangguran di kalangan warga Irak juga meningkat, sulitnya kemudahan perubatan, sumber air bersih dan sedikitnya jumlah sekolah. Menurut data Unicef, banyak laporan dari pelbagai wilayah di Iraq menyebutkan bahawa lebih dari 60 peratus rumah di Iraq tidak mendapatkan bekalan air bersih, lebih dari 40 peratus kanak-kanak di kota Basrah dan lebih dari 70 peratus kanak-kanak di kota Baghdad tidak bersekolah.
Jumlah warga Iraq yang terkorban selama enam tahun perang AS di Iraq dianggarkan mencapai 800,000 hingga 1.3 juta orang. Jumlah ini masuk akal jika bandingkan dengan laporan dari para pejabat pemerintahan Iraq yang menyebutkan bahawa ada sekitar 1-2 juta kaum wanita Iraq yang menjadi janda akibat perang dan sekurang-kurangnya 5 juta kanak-kanak di Iraq menjadi yatim piatu.
Fakta ini menunjukkan invasi AS ke Iraq hanya membawa kehancuran dan kenestapaan bagi rakyat Iraq. Janji AS untuk memberikan kehidupan yang lebih baik setelah ditumbangkannya Saddam Hussein, tidak pernah terbukti. Dan sekarang, di bawah pemimpin barunya Barack Obama, AS ingin meninggalkan Iraq begitu saja. AS hanya membicarakan penarikan pasukan tanpa pernah menyinggung tanggung jawab moral yang harus ditunjukkan pada rakyat Iraq yang selama enam tahun menjadi korban dan hidup dibawah penjajahan AS. (ln/isc/alternt)
0 comments:
Post a Comment