KUALA LUMPUR: Sultan Perak berkuasa memecat Menteri Besar sekalipun enggan meletak jawatan selepas diperintahkan berbuat demikian, kata seorang pakar perlembagaan hari ini.
Bagaimanapun, kuasa berbuat demikian tidak terdapat dalam peruntukan perlembagaan Perak tetapi daripada Akta Interpretasi yang menyatakan kuasa melantik termasuk kuasa memecat, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi.
“Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan.
"Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.
“Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan beliau mesti meletak jawatan. Jadi kawasan kelabu ialah apa berlaku jika beliau tidak meletak jawatan,” katanya bila dihubungi hari ini.
Beliau berkata dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi, yang menyebut kuasa untuk melantik termasuk kuasa memecat. - Bernama
sumber
1 comments:
Post a Comment