Kedekatan antara kelompok tersebut dikhuaatiri akan semakin memperkuatkan pengaruh Republik Islam Iran di Timur Tengah sehingga dapat memancing beberapa negara Arab yang "tak terlalu menyukai Iran" untuk semakin menjauhi bahkan memeranginya.
Hal di atas dikemukakan oleh Dr. Mahdi Khalji, visiting-fellow pada WINES dalam artikelnya yang berjudul "al-Ikhwan al-Muslmun in Egypt and Iran" dan dimuat di jurnal WINES untuk edisi terbarunya yang baru terbit baru-baru ini.
Dalam analisanya, Khalji mengemukakan jika sekalipun berbeza mazhab, iaitu Sunni dan Syi'ah, namun antara Iran yang menganut Syi'ah dan Ikhwan yang bermazhab Sunni tidak mustahil untuk dapat bersatu padu.
Dari mulai republik Mesir didirikan pada tahun 1953 M hingga sekarang, Ikhwan telah menjadi pembangkang terkuat negeri itu. Sementara itu, Iran, semenjak masa revolusi Islam pada tahun 1979 M, negeri para Mullah itu kerap bersitegang dengan Mesir--salah satu sekutu terdekat Amerika dan Israel di Timur Tengah. Syah Iran yang dijungkalkan oleh gerakan revolusi Islam Iran kabur dan "dilindungi" oleh pemerintahan Mesir kala itu.
Baik antara Iran dan Ikhwan di Mesir, keduanya memiliki satu cita-cita iaitu didirikannya negara-republik Islam dan diterapkannya ysari'at Islam sebagai hukum positif negara. Selain itu, kejayaan revolusi Islam Iran turut semakin memantik berkobarnya api gerakan pan-Islamisme di Timur Tengah, salah satunya adalah Ikhwan di Mesir. Hal inilah yang menjadi salah satu faktor yang kemudian mendekatkan hubungan Iran dan Ikhwan.
Kedekatan antara keduanya pun kian diperkuat oleh sikap Tehran yang mengkritik tajam Mesir selama invasi Israel ke Gaza beberapa hari silam. Iran mengecam Mesir kerana negara itu tak mahu membukakan pintu perbatasan Rafah-Gaza untuk masuknya barang-barang bantuan ke Gaza.
Kecaman Iran tersebut langsung mendapatkan respon yang tak kalah keras dari pihak Mesir. Ahmad Abou al-Ghayth, Menteri Luar Negeri Mesir menuding Iran dan Hizbollah Lebanon tengah berupaya untuk meledakkan perang yang lebih besar di Timur Tengah.
Tentu saja, kedekatan hubungan antara Iran dengan Ikhwan menjadikan pihak pemerintahan Mesir kian bimbang dan tak tentu arah. Selain kerana ancaman ideologi, Ikhwan juga menjadi ancaman serius bagi pemerintahan Mesir di sisi politik. Pada pilihanraya legilatif 2005 silam, secara mengejutkan suara Ikhwan naik secara signiikan dan meraup banyak kerusi di parlimen.
Dalam sebuah wawancara dengan pejabat berita Iran "Mehr" baru-baru ini, Mursyid Tertinggi Ikhwan, Mahdi Akif menyatakan jika jama'ah al-Ikhwan al-Muslimun mendukung prinsip dan konsep sang pendiri Republik Islam Iran. Ikhwan juga mendukung penuh jerih payah upaya Iran tberkaitan masalah Palestin. (atj cairo/iol)
0 comments:
Post a Comment