Presiden Israel Shimon Peres mendesak Eropah agar tidak menjalin hubungan dengan Hamas. Keada ketua parlimen Eropah Hans-Gert Poettering, Peres menyebut Hamas sebagai kelompok Islam "teroris yang mematikan", yang berkuasa di Jalur Gaza.
"Negara-negara Eropah mesti tahu bahawa Hamas adalah organisasi yang membawa mautdan berbahaya. Eropah mesti segera menghentikan simpati dan dukungannya pada Hamas, kerana sikap seperti ini menggagalkan proses perdamaian," kata Peres pada Poettering yang memimpin delegasi parlimen Eropah dalam kunjungan mereka ke Jalur Gaza hari Isnin lalu.
Poettering mengungkapkan keprihatinannya yang besar melihat situasi dan keadaan warga Palestin di Gaza akibat sekatan dan agresi brutal rezim Zionis Israel. "Kita harus menolong warga Gaza dengan membuka semua perbatasan," kata Poettering.
Ketua parlimen Eropha itu juga menyatakan setuju jika senjata-senjata Hamas dilucuti. "Kami berpihak pada perdamaian dan menentang peperangan serta terorisme," sambung Poettering tanpa peduli bahawa selama ini rejim Zionislah yang telah melakukan aksi-aksi keganasan terhadap rakyat Palestin, terutama warga Gaza dengan langkah sekatan dan serangan-serangan militernya.
Setelah delegasi parlimen Eropah, ketua tindakan luar negeri Uni Eropah Javier Solana juga dijadualkan berkunjung ke Gaza minggu ini dalam rangkaian kunjungannya ke negara-negara Timur Tengah. Solana berkunjung ke Gaza dengan tujuan melakukan konsolidasi bagi usaha gencatan senjata antara Israel-Hamas.
Kunjungan delegasi Eropah dan delegasi AS ke Jalur Gaza minggu lalu merupakan hal yang jarang terjadi, kerana AS dan Eropah selama ini menjaga jarak dengan Jalur Gaza sejak Hamas menguasai wilayah tersebut tahun 2007 lalu. Selain itu, Eropah dan AS juga memasukkan Hamas ke dalam daftar organisasi teroris meskipun faktanya Hamas-lah yang memenangi pilihan raya di Palestin. (ln/DailyStar)
0 comments:
Post a Comment