BANDAR GAZA 22 Feb. - Sempadan antara Gaza dan Mesir, satu-satu jalan keluar dari Israel di Genting Gaza, dibuka kepada para pelajar dan mereka yang sakit untuk tempoh tiga hari bermula hari ini.
Pegawai Hamas di sempadan Gaza-Mesir, Adel Zurub memberitahu AFP, laluan sempadan di Rafah itu mula dibuka pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan dan dijadual berlanjutan untuk tempoh tiga hari sahaja.
Laluan di Rafah itu ditutup sejak Jun 2006, dengan tentera rejim Zionis bertindak merampas, menyerang dan menembak mati mereka yang cuba melintasi sempadan tersebut.
Selepas tentera rejim Zionis Israel berundur dan keluar dari Gaza, mengikut perjanjian 2005, Rafah dibuka dengan pemerhatian oleh Kesatuan Eropah dengan pemantauan terus oleh kamera litar rejim Zionis. - AFP
0 comments:
Post a Comment