
Yayasan aqsa mengatakan peninggalan hari ini hasil dari penjajahan Israel terhadap tanah suci baitul maqdis telah membawa masuk ratusan pelancong luar yang berpakaian seperti tidak berpakaian terutama golongan wanita, dan telah masuk ke dalam masjid Al-aqsa dengan pakaian yang memalukan.
Terbukti yayasan Israel yang telah membawa masuk ratusan lelaki dan wanita warganegara asing itu jelas untuk mengotorkan dan tidak menghormati kesucian masjid Al-aqsa. Lebih susah apabila jelas kumpulan lelaki dan wanita itu berpakaian seperti orang yang tidak berpakaian dan memalukan sambil berjalan-jalan di kawasan masjid tanpa menghiraukan kesucian dan keberkatan masjid itu.
Dinyatakan bahawa para penjaga masjid telah cuba untuk menghalang pelancong-pelancong asing itu dari memasuki kawasan masjid tetapi polis Israel memukul mereka malah ada yang ditangkap kerana menghalang pelancong-pelancong tersebut dari masuk ke perkarangan masjid.
Yayasan Aqsa menerbitkan beberapa rangkaian gambar-gambar pelancong wanita asing yang berjalan-jalan di perkarangan masjid dan masuk ke dalam qubah as-sakhra dengan pakaian yang tidak mengikuti etika menghormati masjid dan sebahagian besar dari badan mereka yang terdedah seperti tidak memakai pakaian.
Dan 'Al-aqsa' menyeru kepada semua lembaga-lembaga Palestin, arab dan umat islam agar menjaga kesucian masjid daripada kemasukan unsur-unsur berbahaya, dan masalah ini masalah serius kerana melibatkan kehadiran harian jemaah ke masjid.
ciksantun : masuk masjid putrajaya pun mesti menutup aurat, ape tah lagi masjid suci umat islam. Sekurang-kurangnya, hormatlah tempat ibadah.
1 comments:
astaghfirullah al azim..
semoga Allah memberi pengajaran ke atas manusia2 keji ini..
Ya Allah kau tunjukkanlah kaum kafir dan yahudi ini azab yang amat pedih Ya Allah.
Post a Comment