Wednesday, February 4, 2009

Perisik Israel Warga Palestin Ditangkap

Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza, Selasa- pihak keamanan telah menangkap dan menahan sejumlah kelompok yang menjadi mata-mata Israel. Mereka memberikan informasi kepada tentera Israel ketika berlangsungnya perang di Gaza. Mata-mata itu memberikan informasi kepada pihak tentera Israel tentang kedudukan para pejuang Palestina.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin, Ihab al-Ghussian, menyampaikan kepada Palestinian Information Center (PIC), bahawa pihak keamanan telah membongkar sebuah jaringan yang menjadi mata-mata Israel. Sebelum berlangsung perang mereka ini mengumpulkan informasi yang sangat penting tentang posisi-posisi pejuang Palestin, dan rumah para pemimpin Hamas. Para mata-mata dan kolaborator itu dipimpin oleh Mohammad al-Habbash, yang masih keponakan Menteri Sosial Autoriti Palestin (PA) di Ramallah. Para mata-mata itu disebar ke seluruh Gaza, sebelum agresi militer Israel ke Gaza berlangsung.

Namun, ketika berlangsung agresi militer Israel ke Gaza, hubungan komunikasi antara tentera Israel dengan para mata-mata dan kolaborator itu terputus, kerana sebahagian mereka melarikan diri dan terbunuh, serta sebahagian mereka tertangkap oleh pejuang Palestin. Informasi penting yang mereka berikan itu, mengakibatkan korban sejumlah pejuang Hamas, serta pemimpinnya seperti Prof. Nizar Rayyan dan Mendagri Hamas, Sheik Said Seyam.

Memang, Israel sebelum melakukan penyerbuan ke Gaza telah melakukan koordinasi dengan pegawai Intelijen Autoriti Palestina (PA) di Ramallah dan Ketua Perisikan Mesir, Omar Sulaiman. Kegagalan para agen intelijen dari Autoriti Palestin yang menyusup ke Gaza, tak lain keberhasilan gerakan kontra intelijen yang dimiliki Hamas. Dan menurut Ismail al-Ashqar yang menjadi reporter PLC, peranan mata-mata itu, sangatlah besar dalam perang selama 23 hari di Gaza.

Kini, Mesir selain memasang kamera sepanjang perbatasannya dengan Gaza, negara piramid itu mulai melaksanakan kerjasama dengan Israel dan Amerika menghancurkan terowongan yang ada disepanjang garis perbatasan antara Mesir-Gaza, yang terletak digaris Rafah. Padahal, terowongan itu digunakan oleh rakyat Gaza, mendapatkan bekalan makanan dan ubatan-ubatan yang mereka beli dari Mesir.

sumber

0 comments: