KUALA LUMPUR 5 Feb. – Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demontrasi haram berikutan senario politik yang berlaku di Perak berikutan peralihan tampuk pemerintahan.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penyokong yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demonstrasi secara haram kerana ia mengganggu ketenteraman awam.
“Saya berharap penyokong mana-mana parti tidak mengadakan sebarang perhimpunan kerana ini bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi ini akan mengganggu ketenteraman awam.
“Pemimpin tertinggi bagi kedua-dua parti juga diminta memberi nasihat kepada penyokong masing-masing supaya bertenang dan tidak membuat perkara-perkara yang boleh melanggar undang-undang negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
0 comments:
Post a Comment