Polis menahan empat orang kerana mengedarkan risalah berkaitan dengan krisis politik di Perak, semalam.
Mereka - dua lelaki dan dua perempuan berusia 40-an - ditahan di Arena Square Pasir Tani, di Kuala Kangsar, Perak.
Ketua polis Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mereka ditahan ketika mengedarkan risalah tersebut kepada orang ramai pada kira-kira jam 9 pagi.
Polis turut merampas risalah tersebut daripada mereka, demikian menurut Bernama.
Abdul Ghafar berkata, mereka ditahan kerana risalah mengenai krisis politik di Perak itu boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tangapan di kalangan rakyat.
Mereka yang disiasat mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakamkan kenyataan mereka.
sumber
0 comments:
Post a Comment