Tuesday, February 17, 2009

Serangan AS- 30 Maut di Pakistan


PARA penduduk menyempurnakan sembahyang jenazah terhadap mangsa serangan peluru berpandu terbaru dipercayai dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat di pekan Miranshah, Kurram di Pakistan, semalam. - AFP


PESHAWAR 16 Feb. - Sebanyak 30 orang maut, selepas satu peluru berpandu yang disasarkan oleh pesawat tanpa pemandu tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan Taliban di Kurram, di sini.

Menurut seorang saksi, Rehman Ullah yang berada di tempat kejadian, sebanyak 20 lagi mayat dijumpai di lokasi kejadian, menjadikan jumlah mangsa setakat ini kepada 30 orang berbanding 10 seperti yang dilaporkan sejurus serangan dilancarkan.

Tambah Rehman, dia turut ternampak pesawat tanpa pemandu berlegar di udara sebelum serangan dilancarkan.

''Sebuah peluru berpandu yang dipercayai ditembak dari pesawat tanpa pemandu tentera AS mengenai sebuah bangunan di kawasan Taliban di sini, mengakibatkan 30 orang terbunuh,'' kata seorang pegawai kanan keselamatan kepada AFP.

Serangan itu merupakan yang pertama dilancarkan tentera AS di Kurram, satu daripada tujuh kawasan Taliban di sempadan Pakistan, di mana Taliban berjuang menentang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Afghanistan.

sumber

0 comments: