BUKIT GANTANG 21 Februari. - Selain Jins Shamsuddin, Rosli Husin dan Kamarulail, satu lagi nama yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional untuk parlimen Bukit Gantang ialah T. Murugiah- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Biro Pengaduan Awam) dari People Progressive Party (PPP) pimpinan Kayveas.
Beliau merupakan anak jati tempatan dan memang disenangi oleh penduduk tempatan terutamanya dalam kalangan penduduk berbangsa India, sesuai dengan ciri-ciri yang digariskan oleh pimpinan BN. Pada bulan Januari lalu Murugiah mengadakan beberapa aktiviti di Ladang Allagar dan pekan Trong. Selain itu beliau melawat sekolah lamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng dan menyalurkan RM 10,000 sebagai asas tapak bangunan surau sekolah tersebut- wartawan Satu Umat
0 comments:
Post a Comment